「 ɪʙᴜ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KELAPAN - 12 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

Suasana restoran itu benar-benar membuat Baekhyun serabut. Matanya dikatup seketika sebelum kembali memandang wajah Jihee. 

 

 

 

Jihee asyik mengikut rentak lagu yang dimainkan oleh live band itu, tangannya ditepuk-tepuk begitu juga kakinya. Sedar akan mata Baekhyun yang sedang memerhatikannya, Jihee memalingkan kepalanya memandang Baekhyun. 

 

 

 

"Kenapa Baek?" Soalnya. 

 

 

 

Lidah Baekhyun kelu apabila wajah Jihee bertukar mirip dengan wajah roh yang berada di panggung wayang tadi. 

 

 

 

Roh itu tersenyum sinis melihat wajah ketakutan Baekhyun.

 

 

 

"Kenapa Baek? Takut dengan gelap—" teka roh itu. Suasana riuh restoran itu kian menghilang. Yang tinggal kini hanya Baekhyun dan roh itu di dalam bilik yang gelap. 

 

 

 

Roh itu mendekati Baekhyun yang hanya membatu di kedudukannya. 

 

 

 

"Atau engkau takut dengan diri sendiri?" Sentuhan sejuk terasa apabila roh itu berjalan melepasinya. Baekhyun memejamkan matanya dengan rapat dan tangannya dikepal. 

 

 

 

Apabila Baekhyun membuka matanya, kelihatan bilik gelap tadi sudah dilengkapi dengan cermin-cermin panjang. 

 

 

 

"Raksasa!" Jerit salah satu imejnya. 

 

 

 

Baekhyun memusingkan badannya ke arah lain. Namun imej yang sama tetap memandangnya dengan wajah jijik. 

 

 

 

"Takut dengan diri sendiri?" Soal imej itu, sinis. 

 

 

 

Baekhyun cuba untuk melepaskan diri namun tiada jalan keluar. Bilik itu hanya dilengkapi dengan cermin-cermin ini!

 

 

 

"Pembawa bala!" Jerit salah satu imejnya.

 

 

 

"Anak malang!"

 

 

 

Baekhyun mencari-cari jalan keluar. 

 

 

 

"Raksasa!"

 

 

 

"Raksasa!"

 

 

 

    THUMP!

        THUMP!

 

 

 

Salah satu cermin itu cuba dipecahkan namun tidak berjaya. 

 

 

 

"Kenapa? Takut dengan diri sendiri?"

 

 

 

Lantas bilik itu dipenuhi dengan gelak ketawa nyaring dari setiap imejnya. Kata-kata cemuhan bergema di seluruh penjuru bilik itu. 

 

 

 

Baekhyun hanya mampu menutup telinganya menggunakan kedua-dua belah tangannya. 

 

 

 

Buat seketika, bunyi bising itu mula reda. 

 

 

 

"Baekhyun?" Panggil suara yang amat dikenalinya. 

 

 

 

Baekhyun melarikan pandangannya pada cermin di sebelah kirinya. Wajah wanita yang amat dirindunya kini berada di hadapannya. 

 

 

 

"E-Eomma," 

 

 

 

Wajah tenang Puan Byun bertukar menjadi wajah jijik. Pandangan tajam diberikan kepada Baekhyun. "Jangan dekat dengan aku!" 

 

 

 

Jeritan itu hampir membuat Baekhyun terlonjat. Memori beberapa tahun yang lalu kembali bermain di akal fikirannya. 

 

 

 

"Jangan dekat dengan aku!" Jerit Puan Byun sejurus sahaja majlis perkebumian bapa Baekhyun selesai.

 

 

 

Mata Puan Byun dipenuhi dengan ketakutan. Dipandang jijik anaknya yang baru berumur 7 tahun itu. 

 

 

 

"Kau. . . . kau. . Raksasa!" 

 

 

 

 

 

 

"Baekhyun! Baekhyun!" Badan Baekhyun cuba digoyangnya namun hampa, Jihee tidak dapat menyentuhnya. 

 

 

 

Jihee cuba memegang bantal kusyen yang terdapat di atas katil. Fokus Jihee. . . Fokus!

 

 

 

Setelah beberapa kali Jihee mencuba, akhirnya tangannya dapat merasakan permukaan kusyen itu. Tanpa menunggu dengan lebih lama, kusyen itu diambil lalu dicampak ke muka Baekhyun. 

 

 

 

"Baekhyun bangun!" Jerit Jihee sekali lagi. 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!