「 ᴛᴀᴋᴅɪʀ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KE TUJUH BELAS - 3 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

Malaikat maut yang diutuskan oleh Jihee mendayung perahu yang sedang membawa mereka dengan perlahan dan berhati-hati. Dayungannya juga sekata. Dia langsung tidak nampak penat. . . atau mempunyai sebarang perasaan. 

 

 

 

Jihee sekadar mendiamkan diri sambil melihat refleksinya yang terdapat di air jernih tersebut.

 

 

 

Langit yang berada di atas mereka telah lama dicatkan dengan warna biru gelap yang hanya ditemani dengan bentangan bintang-bintang yang berkelipan. 

 

 

 

Jadilah ini dia. . . inilah pengakhiran hidupnya sebagai Do Jihee. 

 

 

 

"Urusan kau sudah selesai?" suara yang dalam itu membuatkan lamunan Jihee terhenti. 

 

 

 

Jihee menoleh dan memandang kearah malaikat itu. Wajahnya masih tidak mempamerkan sebarang emosi dan tangannya masih ligat mendayung perahu mereka.

 

 

 

Jihee mengangguk, "terima kasih kerana memberikan saya masa".

 

 

 

Malaikat itu bagaikan tersentak dengan kata-kata Jihee. Dayungannya turut terhenti dan membuatkan perahu itu tidak stabil. Hampir-hampir sahaja Jihee terjatuh. 

 

 

 

"A-Apa maksud kau!?" Teriaknya semula. 

 

 

 

Jantung Jihee masih lagi berdegup kencang akibat situasi tadi. Nafasnya ditarik dalam-dalam untuk menenangkan perasaannya. 

 

 

 

"Maksud saya, tuan ada banyak peluang untuk bawa saya bersama tetapi saya pelik kenapa tuan selalu lepaskan saya," terang Jihee. Matanya memandang tepat kearah mata malaikat tersebut yang jelas kelihatan cuak. 

 

 

 

Jihee berdehem, "jadi kenapa tuan tak ambil saya terus?"

 

 

 

Kebolehannya yang tidak membenarkan dia tidur sepanjang dia berada di dunia nyata membuatkan otak Jihee ligat memikirkan soal-soal kehidupannya sebagai suatu entiti yang dinamakan roh. 

 

 

 

Pelik juga Jihee bila memikirkan bagaimana dia boleh bangun di hadapan rumah Baekhyun. Walhal dia kemalangan di lebuh raya Daegu. 

 

 

 

Selepas ditemukan dengan malaikat maut itu di tempat kerja Baekhyun barulah dia faham kenapa. Iyalah, kenapa perlu malaikat di hadapannya ini mengugutnya tentang waktunya yang hampir tamat. . . sedangkan  dengan mudah sahaja dia boleh membawa Jihee pergi.

 

 

 

Malaikat tersebut kelihatan terkesima. Perahu yang telah lama berhenti di tengah-tengah lautan itu bergoyang-goyang akibat arus yang ada. 

 

 

 

Suasana diantara mereka menjadi sepi buat seketika namun Jihee masih tetap tidak mahu mengalah. Matanya memandang tajam kearah malaikat itu. 

 

 

 

Selepas beberapa ketika barulah malaikat tersebut mengalah. "Kerana aku pernah berjanji dengan Encik Byun untuk memastikan anaknya hidup bahagia,"

 

 

 

Mata Jihee membulat. Encik Byun. . . bapa Baekhyun!?

 

 

 

"Jadi tuan ni-"

 

 

 

Kata-kata Jihee dipintas laju oleh malaikat itu, "malaikat maut untuk bapa Baekhyun juga."

 

 

 

 

 

 

"Baekhyun!" Jerit Kyungsoo apabi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!