「 ᴡᴀʏᴀɴɢ 」
The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN[ HARI KELAPAN - 12 HARI SEBELUM KRISMAS ]
"Saya tak nak!" Jihee masih berdegil.
Baekhyun yang sudah lengkap berpakaian jaket tebal dan sarung tangannya memandang Jihee dengan wajah pelik.
"Awak ni dah kenapa Do Jihee?" Marah Baekhyun pula.
Niatnya ingin membuat Jihee ceria seperti selalu tetapi wanita itu terlalu degil! Sabarnya juga ada had limitnya.
"Saya tak nak ikut" Jihee kembali duduk di atas tilam yang sudah dikemas. "Saya benci salji, Baek" luahnya.
Setahu Baekhyun Jihee merupakan orang yang paling seronok jika bertemu dengan musim sejuk. Dialah orang pertama yang akan mengajak Baekhyun untuk melakukan pelbagai aktiviti outdoor yang berkaitan dengan salji.
Walaupun kebanyakkan aktiviti itu nampak kebudak-budakkan.
Baekhyun berjalan dengan laju lalu memasuki tandas. Pintu tandas sengaja ditutup dengan kasar.
BAM!
Jihee yang perasan akan sikap Baekhyun hanya melepaskan keluhan kecil.
Matanya dialihkan ke tingkap besar yang terdapat pada bilik mereka. Dapat Jihee lihat dengan jelas mereka-mereka yang seronok bermain dengan salji.
Salji— dia benci perkataan itu.
"Termenung?"
Jihee memalingkan wajahnya memandang Baekhyun yang sudah siap menukar pakaiannya. Sangka Jihee, Baekhyun akan mengalah. Tetapi Byun Baekhyun terkenal dengan sikap degilnya.
Dia takkan mudah berputus asa!
"Nak keluar ke?" Tanya Jihee. Masih tidak menganjak dari kedudukannya.
Baekhyun mengangguk selepas memandang sekilas jam tangannya. "Jom!" Tanpa menunggu jawapan dari Jihee, Baekhyun berjalan keluar dari bilik mereka. Tangan Jihee yang lutsinar digenggam kemas.
Jihee hanya mengikut sahaja rentak Baekhyun. Tangannya yang digenggam dipandang sekejap.
Jihee melihat sekelilingnya sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Baekhyun. Siapa sangka hotel mewah ini mempunyai panggung wayangnya yang tersendiri?
Lamunan Jihee terhenti apabila merasakan tangan Baekhyun yang mengenggam tangannya lalu dimasukkan tangan Jihee ke dalam poket jaketnya.
Suatu senggihan nakal diberikan kepada Jihee. Jihee hanya menghelakan nafasnya dan merehatkan kepalanya pada bahu Baekhyun.
Sewaktu zaman sekolah menengah, itulah perkara yang akan dilakukan setiap kali perg
Comments