「 ᴍᴇɴᴀᴋᴜᴛᴋᴀɴ 」

The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN
Please Subscribe to read the full chapter

 [ HARI KESEPULUH - 10 HARI SEBELUM KRISMAS ] 

 

 

 

Melihat Jihee yang hanya mendiamkan diri di sebelahnya menyebabkan Baekhyun tidak senang duduk. Hatinya asyik tertanya-tanya jika Jihee ingin bertanyakan apa-apa padanya. 

 

 

 

Kerana Baekhyun pasti banyak perkara bermain di minda Do Jihee kini. Lebih-lebih lagi perihal abangnya, Kyungsoo yang sudah lena diulit mimpi di bilik tetamu. 

 

 

 

"Jihee," panggil Baekhyun dengan lembut. Dengan berjaga-jaga, tangan Baekhyun menyentuh bahu Jihee apabila Jihee tidak membalas kata-katanya. 

 

 

 

"Ah, ada apa?" Jihee tersentak. Dipalingkan wajahnya untuk melihat Baekhyun yang sudah bangun dari pembaringannya. 

 

 

 

Baekhyun melemparkan suatu senyuman kecil. Dia pasti Jihee sedang memikirkan tentang Kyungsoo. Adik mana yang tidak merisaukan abangnya. 

 

 

 

"Aren't you going to ask me something?" Soalnya. 

 

 

 

Jihee yang berasa pelik dengan soalan Baekhyun itu menaikkan sebelah keningnya.

 

 

 

"Apa?"

 

 

 

Baekhyun mendekatkan lagi badannya dengan Jihee sehingga lutut mereka bertemu kemudian ditarik tangan Jihee agar dekat dengannya. 

 

 

 

"Saya akan cuba jawab segala soalan awak tu," ucap Baekhyun jujur. "Now shoot it".

 

 

 

Jihee melepaskan keluhan berat. Dia tahu sukar buatnya untuk menyembunyikan sesuatu daripada Byun Baekhyun. Pasti lelaki itu dapat melihat segala yang dipendamkannya. 

 

 

 

"Ma— Kenapa awak balik lambat?" Tanya Jihee. Biarlah soalan tentang Kyungsoo dibiarkan dahulu. 

 

 

 

"And you were half sober at that time".

 

 

 

Baekhyun mengulas-ulas belakang tangan Jihee. Kejadian pagi tadi terimbas semula di kotak memorinya. Pandangan sejuk Puan Byun dan kata-kata yang begitu perit buat Baekhyun.

 

 

 

"Saya jumpa. . . dia," keluh Baekhyun. 

 

 

 

Makin pening Jihee jadinya. Dia? Kini giliran Jihee pula merapatkan tubuhnya. Lututnya yang lutisnar sudah tidak kelihatan. Lututnya kini melalui lutut Baekhyun.

 

 

 

Perasaan ingin tahunya membuak-buak. 

 

 

 

"Siapa dia?" Tanya Jihee tergesa-gesa. 

 

 

 

Baekhyun melepaskan gelak pendek apabila melihat gelagat Jihee. Rambut Jihee dibelai penuh kasih. 

 

 

 

"Puan Byun. Ibu saya. Okay?" Jawab Baekhyun dengan nada mendatar. Lalu ditarik badan kecil Jihee ke dalam dakapannya. 

 

 

 

Sukar buatnya untuk bercakap tentang hal itu. Baekhyun benar-benar belum bersedia untuk bercakap tentang hal pagi tadi. Apa yang dia perlukan kini hanyalah Jihee. Untuk berada bersama Jihee di sisinya itu sudah cukup baik buatnya. 

 

 

 

"Belum habis lagilah Baek!" Marah Jihee. 

 

 

 

Jihee dengan mudah melepaskan diri dari dakapan lelaki itu.

 

 

 

Baekhyun pula hanya membiarkan badan lutsinar Jihee melepasi tangannya. Muka Jihee masam mencuka apabila Baekhyun cuba untuk melarikan diri dari persoalannya. 

 

 

 

"Awak cakap awak akan cuba jawab sebaik mungkin!" 

 

 

 

"Saya tak sangka yang awak akan tanya tentang saya. Okay? Please let it slide, Jihee." Kata Baekhyun dengan nada merayu. 

 

 

 

Apabila mendengar kata-kata Baekhyun, mata Jihee kembali redup semula. Dipandang anak mata Baekhyun yang berkaca dan dicapai kedua-dua bahu lelaki itu. Jihee mendakap Baekhyun dengan erat. 

 

 

 

"Okay.." kata Jihee seakan-akan memujuk. "Bila tiba masanya— bila awak dah ready, please let me know," 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taenovella
It's back!

Comments

You must be logged in to comment
Khahani #1
Chapter 1: Hi! I baru nak baca your fics ni. Tak sabar nak baca sampai habis. Hehe. Happy because finally ada bm punya fanfics. Ayat you pun tak cringe so sesuai dgn taste I. Goodluck😉
1004ngel #2
Chapter 10: Hai
Baru sekarang nak komen
Hehe
Banyak cerita ala2 macam ni
Yang saya pernah baca dan tengok
Tapi fanfic ni lain sikit
Sebabnya,watak utama perempuan dah pun mati
Selalu,watak utama
Saling tak mengenali lagi
Park_Rafa88
#3
author-nim this is a savage fic for my Kyung T^T..Kesian dia~ Huhuhuhu ff ni adalah antara serpihan ff EXO yg lari dari cliche~ saya dah lama tengok ff ni ada dalam ni tapi tak sempat baca and harini tertarik nak baca and saya geram tgk org-org yg benci and pergunakan Kyung gerrkk! Apapun ni sangat menarik and serius buat saya curious siapa dan apa sebenarnya terjadi dalam setiap chap? You makes me curious~ hehehe btw saya harus cakap ini antara ff yg sesuai utk dibaca tapi sayang ramai tak subscribe or komen..saya harap lebih ramai yg baca sebab saya dah survey ff awak yg lain dan ianya menarik dan lari dr ff cliche! Saya harap awak dapat baiki typo Siaul dalam satu chap dalam ffni kepada silau ><…Dan saya mengharapkan ending yg baik dari ff ni utk Baek! Fighting TGAHL dan author-nim! *maaf komen pepanjang
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: Gosh, ff pertama saya baca lepas aktif balik kat AFF ni xD
Best, sebab elemen misteri + mistik dia memang feel!
lilylunalove
#5
Chapter 10: Goshhhh I'm hoping that Jihee will not be gone! She needs to be strong! For Baekhyun, for Kyungsoo and for herself :')
lilylunalove
#6
Chapter 7: I bet the boy is a grim reaper? Am i right or wrong?
BaeBacon__L #7
Chapter 9: Finally!! Update!!