「 ᴍᴀᴀꜰ 」
The Ghost and Her Lover | B.BAEKHYUN"Apa yang Puan Byun buat dekat sini?"
Puan Byun dengan tenang berjalan ke arah Baekhyun. Hanya kasut tumit tingginya yang mengeluarkan bunyi diantara suasana tegang di antara dua beranak itu.
Mata Baekhyun masih melirik dengan tajam ke arah ibunya.
"Saya suruh Encik Kang memberitahu lokasi kamu," terang Puan Byun sambil matanya melihat kawasan hospital yang suram.
Rasa marah semakin membara di dalam dada Barkhyun. Sampai begitu sekali Puan Byun tidak mempercayai dirinya? Sampai perlu menyuruh orang kanannya merepot segala pergerakkannya.
Bukankah hubungan mereka sebagai ibu dan anak sudah berakhir?
Baekhyun tersenyum sinis. Bukankah itu apa yang wanita ini mahukan?
"Puan tak perlu risau," Baekhyun menggosok-gosok belakang lehernya. Dia perlu bersabar.
"Saya tak akan buat perkara bodoh yang boleh menjatuhkan maruah Puan lagi."
Puan Byun sedikit sebanyak terkesan dengan kata-kata Baekhyun. Dia tidak sangka begitu buruk sekali anggapan Baekhyun kepadanya. Tetapi pada masa yang sama, Puan Byun sedar, itu semua hasil daripada keangkuhannya selama ini.
Puan Byun sekadar berdehem. Kedua-dua tangannya disilangkan ke dada.
"Saya di sini untuk melawat Jihee," ujarnya tenang.
Jantung Baekhyun bagaikan mahu gugur apabila mendengar nama Jihee dikeluarkan daripada bibir wanita tua itu. "M-Macam mana Puan kenal Jihee?"
Kedua-dua beranak itu berdiri di hadapan wad Jihee. Mata redup Puan Byun memandang sayu keatas susuk tubuh Jihee yang terbaring lemah di atas katil hospital. Kepalanya dililit dan terdapat banyak tiub yang memasuki tubuh kecilnya itu.
Baekhyun yang sekadar menjadi pemerhati masih sukar memproses apa yang baru diketahuinya. Dia melabuhkan punggungnya di kerusi menunggu yang disediakan di hadapan wad tersebut.
Selama ini Jihee telah berjumpa dengan Puan Byun semasa hari jadi Puan Byun secara senyap-senyap di belakang Baekhyun.
Beritahu Puan Byun lagi, Jihee sering meminta Puan Byun agar membaiki hubungannya semula dengan anak sulungnya itu.
Baekhyun meraup wajahnya. Dia tidak sangka Jihee sanggup mengambil langkah sebegitu sekali buatnya dan dia. . . Baekhyun tanpa menyedari hal itu telah membelakangi Jihee semasa Jihee benar-benar memerlukannya.
Bodohnya aku! Kedua-dua tangannya dikepal dengan kuat.
"Dia budak yang baik," beritahu Puan Byun. Memecahkan suasana sepi diantara mereka.
Baekhyun mengangkat wajahnya untuk memandang Puan Byun. Wanita tua itu masih lagi memandang kearah Jihee. Terdapat senyuman kecil yang bermain di wajahnya.
"Dia akan selalu membawa sebiji kek chiffon bila melawat Eomma,"
<
Comments