oo1

K A P S U L

Kriiinggggggggg

 

Tok. Tok. Tok.

 

Soo Ae bangun tersentak dari lenanya. Loceng sekolah berbunyi membingitkan telinga sambil diselangi bunyi mejanya diketuk. Soo Ae berkalih memandang ke kiri. Tangan Joohyun berkali mengetuk mejanya untuk menyedarkan Soo Ae dari tidur.

"Hah, bangun pun. Ingatkan dak K.O tadi,"

"Dah bunyi loceng ke?" tanya Soo Ae yang terpisat-pisat bangun.

“Dah,” jawab Joohyun ringkas.  Kawan Soo Ae itu sudah pun berdiri dan bersiap sedia untuk keluar dari kelas.

“Eh, perempuan, cepat lah sikit! Karang kita terlepas!” bising Joohyun pada Soo Ae yang masih lagi lemah longlai menyimpan buku-bukunya di dalam beg.

Badan Soo Ae terhenti. “Terlepas? Terlepas apa?”

“Ishhhh kau ni banyak makan semut ke?? Kita kan nak pergi tengok Battle of the Band yang Chanyeol, Jongdae dengan Baekhyun join tu!! Kau ni dah kenapa?”

Soo Ae merenung muka Joohyun yang putih mulus itu. Kenapa dia tiba-tiba merasakan benda itu macam sudah pernah berlaku? Bukan ke peristiwa kawan-kawan lelakinya masuk bertanding sudah lama berlaku? Jadi kenapa tiba-tiba dia melalui lagi situasi ni? Rasa seperti… dejavu?

“Lah, yang kau termenung lagi tu kenapa?” Joohyun mengoncangkan badan Soo Ae supaya cepat. Semakin lama, goncangan itu kuat dan makin kuat. Soo Ae pelik mengapa tangan Joohyun semakin kuat mengerakkan badannya. Soo Ae hanya memandang wajah kawan baiknya itu namun entah kenapa mulutnya terdiam membisu. Dia berusaha untuk mengeluarkan suara untuk mengarah Joohyun supaya berhenti. Seraya suara Soo Ae keluar, gadis kecil itu akhirnya tersedar dari tidur.

“Berhenti!” terngiang-ngiang perkataan itu di telinga Soo Ae. Dia memandang seorang  pakcik tua yang berdiri di hadapannya. Muka Soo Ae merona merah. Dia tahu yang baru sahaja bercakap dalam tidur, malah menjerit menyuruh berhenti. Soo Ae melihat sekelilingnya. Ah, dia bermimpi lagi… Aduhai… kenapa dia asyik termimpi kenangan lama dia? Yang kalau boleh dia tak mahu ingat langsung… sebab.. sebab semua itu hanya akan memedihkan hatinya.

Lelaki tua itu hanya tersenyum melihat Soo Ae. Sudah banyak dia lihat penumpang bergelagat sepeti Soo Ae yang tertidur dalam bas dan mengingau.

“Dik, bas dah sampai dah ni. Adik boleh turun sekarang,” ujar pakcik pemandu bas itu yang pada Soo.

Soo Ae mengucapkan terima kasih lalu bangun dari tempat duduknya dan menjinjit beg pakaian miliknya keluar dari perut bas itu. Bila dia jejak saja kaki keluar, Soo Ae tersenyum kelat. Dia menghirup udara di sekitarnya. Ada bau masin laut serta bercampur asap bas. Bau yang dia tidak sangka akan rindu.

“Soo Ae!” ada suara menjerit memanggil gadis genit itu. Seraya Soo Ae berpaling. Pemilik suara itu lekas berlari menuju Soo Ae.

“Chanyeol!” air mata Soo Ae terus bergenang. Dia berlari memeluk lelaki tinggi lampai itu. Dan lelaki bernama Chanyeol itu tanpa ragu-ragu memeluk gadis kecil di hadapannya. Mereka berpeluk erat, air mata saling tumpah. Setelah seketika, Soo Ae meleraikan pelukannya.

“Ma-macam…. Macam ma-,” suara Soo Ae tersekat-sekat dek tak dapat menahan rasa hiba. Chanyeol juga terdiam, tahu apa yang ingin Soo Ae ujarkan tapi tak terkeluar dari mulutnya sebuah jawapan.

“Nanti aku cerita dalam perjalanan,”

Soo Ae angguk dan Chanyeol mengambil beg Soo Ae dari tangannya. Mereka menuju ke trak Chanyeol yang di parkir tidak jauh dari stesen bas itu.

Soo Ae khusyuk melihat suasana luar sekitarnya ketika di dalam trak Chanyeol. Sesekali Chanyeol yang sedang memandu itu mencuri pandang di sebelahnya; melihat Soo Ae yang kelihatan jauh terdampar di dalam memorinya sendiri. Chanyeol hanya mampu tersenyum. Mereka berdua sedang menuju ke tempat halaman mereka. Di mana tempat Soo Ae, Chanyeol, Jongdae, Joohyun dan… Baekhyun membesar. Walaupun mereka membesar di pekan yang sama, mereka hanya mula rapat sejak berumur 9 tahun, ketika mereka semua berada di dalam kelas yang sama. Sejak dari itu, mereka berlima menjadi seperti isi dan kuku malah mereka turut memohon untuk masuk ‘middle school’ yang sama.

Ketika mereka berumur 14 tahun, mereka ada menanam sebuah kapsul masa. Di mana mereka menyimpan semua barang-barang berharga mereka waktu itu dan berjanji akan membukanya selepas 10 tahun. Namun kini impian hanya tinggal harapan kerana salah seorang daripadanya sudah tidak bersama dengan mereka.

“Ayah kau bagi pulak kau drive trak dia?” Soo Ae tiba-tiba bersuara, mengejutkan Chanyeol yang sedang fokus memandang jalan.

“Haha, kau ingat lagi ye!”

“Mestilah! Takkan tak ingat! Berapa kali kau kena hambat dengan penyapu sebab curik-curik bawak trak ni dulu! Dengan kiteorang-kiteorang sekali kena sebab kiteorang selalu duduk belakang tu sambil buat konsert!” sambil jari Soo Ae menunjuk belakang trak yang kosong itu. Waktu dulu, SooAe, Joohyun dan Jongdae selalu berkaraoke di belakang manakala Chanyeol dan Baekhyun akan duduk di depan sambil menjadi DJ, memainkan lagu dari radio trak using itu.

“Tahan lagi ye trak ni,”

“Eh, kau jangan cakap lebih-lebih. Karang dia merajuk!”

“Opss.. okay-okay,” Soo Ae terus membuat gerak ‘zip’ mulutnya dan tersenyum. Chanyeol tergelak melihat telatah gadis kenit di sebelahnya itu. Namun entah kenapa tiba-tiba mereka berdua menjadi terdiam selepas itu. Mungkin masing-masing teringat kenangan yang sama. Oleh itu, hati masing-masing juga remuk dengan kenangan itu.

“Joohyun macam mana? Dia okay ke?” Soo Ae cuba memecahkan suasana janggal itu.

“Dia… dia tak okay. Dia langsung tak keluar dari bilik dia,” ujar Chanyeol, layu.

Soo Ae melepaskan sebuah keluhan berat. Terasa bersalah kerana tidak bertanya khabar mahupun menelefon Joohyun dahulu. Tapi Soo Ae sendiri tidak berdaya. Dia tak mampu mahu mendengar suara Joohyun di telefon. Soo Ae sendiri pun sebenarnya tidak kuat namun dia terpaksa.

“Mungkin kau boleh pujuk dia… kejap lagi aku bawak kau singgah rumah dia,”

Soo Ae mengangguk. Dia pun tidak tahu jika dia boleh memujuk kawan baiknya itu… Dia pun sudah lama tidak berhubung dengan Joohyun jadi Soo Ae risau jika kedatangannya hanya akan membuatkan keadaan lebih teruk. Namun Soo Ae juga teringin berjumpa Joohyun setelah sekian lama tidak bertemu. Tidak terlintas langsung pada fikiran Soo Ae yang mereka akan berjumpa di bawah keadaan begini. Oh, kalaulah masa boleh diputar.

“Aku hantar kau dekat rumah nenek kau dulu. Lepastu aku jemput kau dan kita pergi rumah Joohyun. Kemudian baru  kita pergi ke… majlis penghormatan terakhir tu,” suara Chanyeol semakin perlahan.

“Okay,” jawab Soo Ae, lemah.

Soo Ae dan keluarganya dahulu tinggal bersama nenek di sebelah ayahnya. Setelah ayahnya mendapat kerja lain di bandar, mereka sekeluarga berpindah.  Tak sampai beberapa bulan mereka pindah ke bandar, nenek Soo Ae meninggal dunia. Soo Ae berasa sangat sedih kerana dia membesar dengan neneknya. Oleh sebab itu, Soo Ae jarang mahu balik ke sini.

Kini rumah nenek Soo Ae diduduki makcik Soo Ae. Makciknya sudah lama berkahwin tapi tidak mempunyai anak. Makciknya selalu mengajak Soo Ae datang ketika cuti sekolah namun Soo Ae sering menolak. Bukanlah kerana dia membenci makciknya, Cuma Soo Ae sendiri tidak begitu selesa. Semua tentang pekan ini mengingat dia tentang neneknya jadi Soo Ae takut dia akan rasa sedih tanpa sebab… dan kini tambah lagi seseorang yang akan buat memori Soo Ae tentang pekan ini menjadi pilu.

“Kau, kau macam mana, Chanyeol? Kau okay ke?” tanya Soo Ae pada lelaki yang sedang memandu di sebelahnya.

Chanyeol terdiam seribu bahasa. Matanya fokus memandang ke jalan dan sesekali menjeling ke cermin pandang belakang. Lelaki tinggi lampai itu mengigit bibirnya dan kemudian menggelengkan kepalanya. Soo Ae menjadi sebak kembali. Dia tahu dia sudah bertanyakan soalan yang tak masuk akal. Masakan seorang Park Chanyeol boleh menjadi seperti sediakala bila kawan baiknya Byun Baekhyun sudah tiada di dunia? Itu adalah soalan paling bodoh yang Soo Ae pernah tanya dan kini dia amat kesali dengan tindakannya. Chanyeol dan Baekhyun rapat dari kecil lagi; dari mereka dalam perut ibu masing-masing lagi kerana mereka berjiran. Ke mana ada Chanyeol, di situ ada Baekhyun dan begitulah sebaliknya. Mereka digelarkan ‘yin dan yang’ ketika di sekolah dulu.

Soo Ae memutuskan untuk tidak bersuara lagi dan membiarkan kesunyian yang ada menelan kepekatan hiba mereka berdua…

 

 Bersambung...   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 3: tbh, dah lama ya tak baca fanfic malay :") this is my first malay fanfic in 2021! keep update, author-nim!

p/s: baca cite ni sambil melayan lagu what if :")
BaeBacon__L #2
Chapter 2: Updateee!!!! Best citer ni :)
--bwoyaaaa
#3
Chapter 1: Oh my god.