oo2

K A P S U L

Chanyeol terdiam seribu bahasa. Matanya fokus memandang ke jalan dan sesekali menjeling ke cermin pandang belakang. Lelaki tinggi lampai itu mengigit bibirnya dan kemudian menggelengkan kepalanya. Soo Ae menjadi sebak kembali. Dia tahu dia sudah bertanyakan soalan yang tak masuk akal. Masakan seorang Park Chanyeol boleh menjadi seperti sediakala bila kawan baiknya Byun Baekhyun sudah tiada di dunia? Itu adalah soalan paling bodoh yang Soo Ae pernah tanya dan kini dia amat kesali dengan tindakannya. Chanyeol dan Baekhyun rapat dari kecil lagi; dari mereka dalam perut ibu masing-masing lagi kerana mereka berjiran. Ke mana ada Chanyeol, di situ ada Baekhyun dan begitulah sebaliknya. Mereka digelarkan ‘yin dan yang’ ketika di sekolah dulu.

Soo Ae memutuskan untuk tidak bersuara lagi dan membiarkan kesunyian yang ada menelan kepekatan hiba mereka berdua…

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

“Sorry menyusahkan makcik,” ujar Soo Ae yang sedang meletakkan beg pakaiannya di tepi katil.

 

Makciknya menggeleng kepala dan tersenyum “Ish Soo Ae ni… menyusahkan apanya. Ni pun rumah Soo Ae jugak. Lagipun mak cik dengan pak cik je yang ada kat rumah ni. Sunyi. Sekurang-kurangnya bila ada Soo Ae, meriah lah sikit.”

 

Soo Ae membalas senyuman makcik bongsunya. Ternampak garis halus kedut di sekitar mata makciknya itu. Soo Ae sedar yang dia sudah lama tidak balik sehingga dia tidak sedar yang makciknya itu juga makin dimamah usia.

 

“Kamu pergilah tukar baju dulu, kejap lagi Chanyeol datang karang kelam kabut pulak,” Mak Cik Yoon Ju segera keluar dari bilik itu untuk memberi ruang pada Soo Ae.

 

Sejurus makciknya keluar, mata Soo Ae meliar memandang segenap penjuru bilik itu. Tidak banyak yang berubah. Di sinilah dia menghabiskan masanya dari kecil hingga berumur 15 tahun sebelum dia berpindah ke bandar. Tangan Soo Ae mengusap dinding berdekatan tempat dia berdiri. Ada tanda contengannya ketika kecil dulu. Kaki Soo Aee bergerak perlahan menelusuri dinding itu sehingga terberhenti ke hujung. Mata Soo Ae terpaku pada tanda garisan di dinding itu. Tandanya sudah hampir pudar namun tulisannya masih utuh terpatri pada dinding. Nama Soo Ae dan Joohyun terukir pada dinding itu. Mereka mengukur ketinggian dan seperti biasa ketinggian Joohyun melebihi sikit dari Soo Ae. Gadis kecil itu kemudian mendongak. Dia terlihat sesuatu di atas garisan-garisan ketinggian mereka berdua. Di atas garisan pudar itu, ada tulisan ‘Soo Ae and Joohyun best friend forever!’ yang terpamer. Semestinya Joohyun yang menulis kerana tulisan Soo Ae sentiasa kemas dan teratur sedari kecil lagi. Nafas Soo Ae mula berombak, matanya berkedip-kedip. Dia mengigit bibir dalamnya. Ah, betapa dia rasa bersalah pada kawannya itu…

 

“Joohyun, aku…. Aku mintak maaf,” Soo Ae termelutut di tepi dinding itu sambil teresak-esak menahan sedih…

 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

Soo Ae dan Chanyeol sedang berdiri di hadapan sebuah rumah. Soo Ae menghembuskan berat nafasnya.

 

“Aku tak tahu aku mampu ke tak, Chanyeol. Aku… aku dah lama tak contact dia. Maybe aku orang terakhir yang dia nak jumpa,”

 

Chanyeol menoleh ke arah gadis kecil sebelahnya. Muka gadis itu tampak gelisah sedari tadi.

 

“Tapi kalau bukan kau, siapa lagi? Puas aku dengan Jongdae pujuk tapi dia masih tak nak keluar dari bilik. Sekurang-kurangnya kau dapat buat dia keluar dari bilik pun jadilah. Suruh dia makan… kalau dia tak nak pergi ke majlis tu pun takpe,”

 

Soo Ae termenung buat sekian kalinya. Sesungguhnya dia tidak tahu jika dia boleh bersemuka dengan Joohyun, setelah apa yang dia lakukan dengan mengelak dari berjumpa dari berhubung dengan kawan baiknya itu.

 

“Kau rasa dia akan maafkan aku ke? Sebab… selama ni aku mengelak dari dia?” tanya gadis genit itu yang masih berbelah bahagi. Jari jemarinya terasa sejuk dan dia tidak henti dari mengigit kukunya sejak tadi.

 

“Dia tahu kenapa kau mengelak dari dia… dia pun… rasa bersalah jugak,”

 

Serta merta Soo Ae menoleh pada Chanyeol. “Dia tahu? Kau rasa dia tahu?”

 

Chanyeol mengangguk. “Korang berdua kawan baik. Kau rasa kau boleh tipu dia? Kau rasa dia tak boleh agak apa yang kau sembunyikan? Sebab tu dia pun tak contact kau sangat. Dia tahu apa yang kau rasa,”

 

Satu keluhan besar lepas dari mulut Soo Ae. Sesungguhnya dia tahu dia bersikap seperti budak kecil. “Aku ni bodoh kan?”

 

“Sebab jatuh hati pada kawan sendiri?” usik Chanyeol.

 

Soo Ae menggeleng. “Sebab mengelak dari kawan baik sendiri bila dapat tahu dia bercinta dengan orang yang aku jatuh hati tu,”

 

Ya, Soo Ae menyukai Baekhyun. Namun Baekhyun akhirnya bercinta dengan Joohyun, kawan baik Soo Ae sendiri. Dia sendiri tidak tahu apa reaksi yang dia perlu tunjukkan ketika dia mendengar perkhabaran itu waktu dulu. Gembirakah? Atau kecewa? Dia sendiri tidak faham dengan perasaannya ketika itu.

 

Yang pasti Soo Ae rasa tertipu. Terasa di pinggirkan. Memang betul Soo Ae tidak pernah sekali pun memberitahu Joohyun tentang perasaan dia menyukai Baekhyun. Ketika mereka di tahun akhir di ‘middle school’, sudah ada khabar angin mengatakan Baekhyun dan Joohyun berpasangan. Namun Soo Ae tidak percaya kerana mereka berlima sememangnya rapat waktu itu dan mungkin rakan-rakan sekolahnya salah faham bila melihat Joohyun dan Baekhyun bersama. Namun apabila Soo Ae sendiri terserempak dengan mereka berdua di luar sekolah, dia sendiri sudah mula musykil. Dia kemudian bertanya sendiri pada kawan baiknya itu dan Joohyun menafikan. Bukan sekali tapi dua kali. Dan akhirnya bila mereka berdua akhirnya mengaku, Soo Ae berasa dia ditikam dari belakang, dia rasa dikhianati.

 

Salahkah dia jika dia berasa begitu? Soo Ae begitu mempercayai Joohyun bila kawannya itu menafikan dia dan Baekhyun berpasangan. Dan Soo Ae pula terasa seperti orang bodoh kerana dia ingat dia masih mempunyai peluang untuk bersama Baekhyun sedang hati budak lelaki itu telah dicuri oleh Joohyun.

 

Bahu Soo Ae dipegang lembut Chanyeol dan terus membuatkan gadis itu kembali ke reality semula. Soo Ae menoleh ke kanan. Chanyeol memandangnya tepat pada anak mata.

 

“Kau dah sedia? Please… tolong pujuk dia keluar ye,”

 

Mulut Soo Ae lantas terukir senyuman kecil. Risau sungguh nampaknya Chanyeol. Yalah, lelaki tinggi lampai itu juga mempunyai sebuah rahsia. Chanyeol menyukai Joohyun namun terpaksa merahsiakan perasaannya bila kawan baiknya Baekhyun bercinta dengan gadis yang dia suka. Ah.. kejamnya permainan takdir ini.

 

Walaupun Chanyeol tak pernah mengaku dari mulutnya sendiri, Soo Ae sendiri dapat agak. Sebab bila mereka berlima bersama, Chanyeol pasti akan curi-curi pandang ke arah mereka, memandang Joohyun yang setiap kali akan duduk bersebelahan Soo Ae. Satu hari, Soo Ae bertanyakan jika benar tekaannya bahawa Chanyeol menyukai Joohyun. Budak lelaki itu hanya tersenyum. Tak mengiakan mahupun menafikan. Soo Ae fikir mungkin Chanyeol berasa malu. Disebabkan ‘rahsia’ yang itu, Soo Ae dan Chanyeol menjadi rapat. Rahsia yang mereka janji akan bawa sampai mati. Chanyeol berjanji takkan beritahu sesiapa tentang perasaannya pada Baekhyun dan begitu juga Soo Ae. Namun mungkin mereka bukan pelakon yang bagus kerna seketat mana mereka cuba mengunci rahsia ini, orang lain boleh menghidu jua, termasuk Joohyun.

 

Soo Ae menyentuh lembut tangan Chanyeol yang masih hinggap di bahunya. “Aku cuba,” ujar gadis itu. Chanyeol mengangguk dan Soo Ae melangkah perlahan menuju ke pintu utama rumah di hadapannya itu.

 

 Bersambung   

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 3: tbh, dah lama ya tak baca fanfic malay :") this is my first malay fanfic in 2021! keep update, author-nim!

p/s: baca cite ni sambil melayan lagu what if :")
BaeBacon__L #2
Chapter 2: Updateee!!!! Best citer ni :)
--bwoyaaaa
#3
Chapter 1: Oh my god.