p r o l o g

K A P S U L

"Wei, tunggulah aku!"

"Cepat!!"

Soo Ae menghentikan langkahnya. Nafasnya termengah-mengah mengejar kawan-kawannya yang sudah jauh berada di depan. Kakinya mula terasa lembik. Haish, kenapalah dia setuju nak ikut dia orang berempat ni. Dah lah tak tunggu dia pulak tu. Tau la masing-masing 'fit'. Dia seorang je lari kat belakang macam 'big foot' dah. Sekurang-kurangnya, 'Big Foot' pun lari laju. Dalam Soo Ae mengomel sendirian,  tiba-tiba terasa tangannya ditarik.

"Cepat, pegang tangan aku," tangan budak lelaki itu memegang erat tangan Soo Ae dan berlari bersama. Soo Ae memandang wajah budak lelaki itu. Mukanya ceria dan langsung tiada kesan peluh menitik di mukanya. Nafas Soo Ae yang tadi bercelaru kini menjadi senang. Entah mengapa ye. Bila dia sedar Soo Ae memandangnya, dia tersengih. "Senyum sikit. Muka kau ni asyik berkerut. Kita kan nak have fun hari ni,"

Soo Ae mencebik. Cakap senanglah. Soo Ae mana pernah buat aktiviti fizikal-fizikal ni. Selalu lepas sekolah, dia terus balik. Lain dengan rakan-rakan mereka yang masing-masing ada sertai kelab. Kawannya semua aktif, terutama budak lelaki yang sedang menarik tangannya ni. Dia seorang je yang suka terperap dekat rumah. Sama ada membaca atau tengok TV. Kadang-kadang ulangkaji. Itupun bila disuruh ibunya.

"Kau tak penat ke?" tercungap-cungap Soo Ae cuba menyamakan langkah mereka.

"Tak," jawabnya ringkas dan dia masih tersengih.

"Soo Ae, Baekhyun, cepat sikit! Nanti kita tertinggal bas tu!" jerit Chanyeol yang sudah jauh ada depan, meninggalkan empat orang kawannya di belakang.

Bila dia dengar sahaja jeritan Chanyeol, Baekhyun memecut laju sambil menarik Soo Ae bersama berlari mengatasi Jongdae dan Joohyun.

"Woi, tak aci!" jerit Jongdae lalu menarik tangan Joohyun bersama meniru aksi Baekhyun dan Soo Ae. Jongdae cuba mengatasi mereka berdua. Soo Ae dan Baekhyun memandang ke belakang sambil tergelak melihat Joohyun memukul-mukul bahu Jongdae kerana menarik tangannya secara tiba-tiba. Nafas Soo Aee kembali kencang pabila dia cuba menyamai rentak lariannya dengan Baekhyun. Namun entah mengapa wajah Baekhyun masih kekal tersenyum seperti dunia ni dalam dakapannya, seperti anak kecil yang tidak pernah kenal apa itu masalah.

Chanyeol masih lagi berada paling depan. Tiada seraut wajah risau pada wajah mereka berlima pada saat itu. Masing-masing sedang mengukir senyuman. Seraya itu, matahari memancar terik dan sinaran matahari pagi itu tepat jatuh pada wajah Baekhyun. Mata Soo Ae masih tidak berkalih dari memandang dia. Senyuman Baekhyun membuatkan hati Soo Ae menjadi tenang walaupun dia sedang hampir separuh nyawa berlari. Dan kini budak lelaki itu nampak terlalu mempesonakan. Seperti seorang malaikat. Mata Soo Ae terpejam apabila terikan matahari beralih bersinar mengenai matanya. Mukanya terasa panas dan matanya terasa pedih. Dia cuba membuka matanya tapi matahari masih lagi tegak mengenai mukanya. Dia cuba dan cuba dan cuba dan akhirnya dia berjaya membuka matanya....

Soo Ae bangun tegak dari katil. Cahaya matahari menembusi langsir biliknya yang tersingkap sikit lalu singgah tepat pada mukanya. Dia lihat sekelilingnya. Dia berada di dalam biliknya, berseorangan. Ah, dia bermimpi rupanya. Dia menghela nafas yang panjang sambil meramas rambutnya. Otaknya yang selalu kosong waktu pagi tiba-tiba ligat berfikir. Kenapa dia bermimpikan mereka? Lagi-lagi bermimpikan kenangannya yang lalu. Mimpinya seperti realiti. Seperti dia kembali pada masa dulu. Adakah dia sudah mula rindukan kawan-kawan lamanya? Mungkin. Tak dinafikan waktu Soo Ae bersama mereka berempat merupakan saat-saat terindah hidupnya. Namun masa itu raja. Masa bisa mengubah dunia, apatah lagi makhluk bernama manusia. Setelah dia berpindah sejak 3 tahun lalu, dia sudah jarang berhubung dengan mereka berempat termasuk Joohyun yang dulunya berkawan baik. Soo Ae termangu seketika. Dan kenapa di dalam mimpinya, dia lebih banyak teringatkan Baekhyun? Tahu, dia sememangnya pernah menyukai budak lelaki itu (dan mungkin masih lagi) tapi tidak pernah sehingga termimpikannya sebegitu. Sedetik rindu muncul kembali merayap di dalam hati budak perempuan itu. Soo Ae mengetap bibirnya dan badannya terhenjut terkejut apabila pintu biliknya diketuk.

"Soo Ae, dah bangun ke?' suara ibunya lembut menegurnya. Soo Ae terus bangun dari katil dan menuju ke pintu biliknya. Dia mencapai tombol pintu lalu memulasnya. Tersergam wajahnya ibunya yang cuba tersenyum namun matanya tidak memandang tepat pada Soo Ae.

"Nape bu? Selalunya mesti kejut orang sambil jerit-jerit. Hari ni macam pelik je," Terpisat-pisat Soo Ae memandang ibunya lalu menguap.

"Erm... tadi ada kawan kamu call," jawab ibunya.

Soo Ae mengerutkan dahinya. "Kawan orang? Tapi kenapa dia call ibu?"

"Dia call telefon rumah. Dia kata dia cuba call handphone kamu tapi tak berangkat,"

Anak mata Soo Ae meliar ke kiri dan ke kanan. Takkanlah. Soo Ae seorang yang sensitif pada bunyi. Semestinya dia akan dengar jika telefon bimbit berdering walaupun dia tidur. Ahh, dia teringat. Dia letakkan telefonnya di dalam 'silent mode' semalam semasa ulang kaji. Nampaknya dia terlupa untuk setkan semula handphonenya.

"Jadi, siapa yang call?" tanya Soo Ae.

"Chanyeol.. dia.." mata ibunya tertunduk memandang lantai, langsung tidak melihat anaknya.

Mata Soo Ae terbeliak. "Chanyeol? Chanyeol call rumah ni pagi-pagi macam ni?" Entah mengapa kawan lamanya itu menelefon. Mesti ada hal yang sangat penting. Kalau tak takkan dia sampai boleh menelefon ke rumah bila Soo Ae tak angkat panggilannya. Tiba-tiba dia teringat pada mimpinya tadi. Hati Soo Ae mula jadi tidak sedap. Jantungnya berima tidak mengikut rentak seperti biasanya.

"Ch-Chanyeol cakap apa, bu?" nafas Soo Ae mula bercelaru. Jantung berdegup laju.

Thud.

"Dia nak bagitahu yang..."

Thud.

 "Baekhyun.."

Thud.

"Kenapa? Kenapa dengan Baekhyun, bu?" Soo Ae semakin tidak sabar.

"Dia..."

"Dia...?"

 "Dia mati kemalangan..."

Thud.

********************************************************************

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
AQFXQX
#1
Chapter 3: tbh, dah lama ya tak baca fanfic malay :") this is my first malay fanfic in 2021! keep update, author-nim!

p/s: baca cite ni sambil melayan lagu what if :")
BaeBacon__L #2
Chapter 2: Updateee!!!! Best citer ni :)
--bwoyaaaa
#3
Chapter 1: Oh my god.