Shopping

Jodohku Si Ex-Jiran : Baekhyun
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Baekhyun sedang memakai jam tangannya menghadap cermin di dalam biliknya . Dia tertanya-tanya adakah Sooyoung sudah siap , bukan, sepatutnya ia lebih kepada adakah Sooyoung sudah bangun dari tidurnya ? Dia mengambil handphonenya dan bergerak ke bilik Sooyoung . Dia mengetuk bilik Sooyoung .

 

“Sooyoung ! Dah bangun ke belum?”

 

Sesaat kemudian pintu bilik terbuka .

 

“dah, dah siap dah”

 

Jawab Sooyoung dengan reaksi tidak berpuas hati .

 

‘ish, mamat ni, dia ingat aku tak bangun lah tu’ bebelnya dalam hati .

 

“wuuu, awalnya bangun . Bagus ”

 

Puji Baekhyun dengan senyumannya .

 

“tak payah nak bagus, bagus sangatlah . Dah jom”

 

Sooyoung berlalu meninggalkan Baekhyun . Baekhyun hanya tersenyum tetapi dia memang menjangkakan Sooyoung masih lagi sedang tidur . Dia berjalan ke bawah dan mereka pun bergerak keluar .

 

Baekhyun memberhentikan kereta di salah sebuah restaurant kegemarannya . Mereka bersarapan disitu . Disebabkan restaurant tersebut berdekatan dengan tempat belajar Baekyun dan ia memang terkenal dikalangan pelajar, jadi ramai pelajar yang sedang membuat study grup disitu .

 

Pada mulanya suasana hanya biasa saja tetapi lama kelamaan Sooyoung perasan bahawa tingkah lakunya diperhatikan . Mata-mata yang memerhati membuatkan Sooyoung tidak senang hati . Baekhyun pula hanya bersikap selamber dan ia sebenarnya lebih kepada buat bodoh je . Sooyoung sudah tidak berselera mahu meneruskan menikmati sarapannya . Baekhyun yang perasan dengan tingkah laku Sooyoung dan mata-mata yang memerhati mula bersuara .

 

“okay tak?”

 

Tanya Baekhyun . Sooyoung hanya mengangguk .

 

“tu kenapa tak makan?” tanyanya lagi .

 

“aku tak suka orang tengok aku makan”

 

Jawab Sooyoung sambil menyandarkan dirinya . Baekhyun memandang keliling dan mata-mata yang memerhati kembali membuat kerja masing-masing .

 

“dah, tak ada orang tengok dah. Makan habiskan”

 

Baekhyun kembali menikmati sarapannya .

 

Sooyoung memerhatikan sekeliling . Memang betul sudah tiada mata-mata memerhati . Sooyoung berasa sangat pelik . Dia pula yang memerhatikan Baekhyun makan dengan reaksi yang pelik . Dia tertanya-tanya , bagaimana dengan sekali pandang semua orang sudah tidak memerhatikannya . Ada laser ke kat mata dia?

 

Baekhyun perasan diperhati dan berhenti makan . Dia memandang Sooyoung pelik . ‘minah ni dah kenapa pulak’ hatinya berkata .

 

“kau ni dah kenapa?” tanya Baekhyun pelik .

 

“kau buat apa kat diorang?” tanya Sooyoung pula .

 

“diorang? Siapa?” soal Baekhyun lagi .

 

“diorang semua tulah,”

 

Bebola matanya di pusingkan ke kanan dan ke kiri

 

“aku..tak buat apa pon”

 

Jawab Baekhyun kurang pasti dengan jawapannya sendiri .

 

“yeke? Habis tu kenapa diorang dah tak perhati bila kau tengok diorang? Kau ada jampi ea?”

 

Sooyoung bersungguh bertanya . Dia betul-betul pelik dengan situasi tadi . Sikapnya ketika ini sangat polos dan kebudak-budakkan . Semua salah movie fiction yang ditontonya .

 

Baekhyun yang mendengar tergelak besar sampai sakit perutnya. Dia tidak menyangka Sooyoung masih berperangai seperti budak-budak . Gelak tawanya mencuri perhatian orang lain dan alhasil, mereka kembali diperhati .

 

“yah! Diamlah! Oi!”

 

Sooyoung memukul lengan Baekhyun berkali .

 

“baguslah, ketawalah kuat lagi ,sekarang semua orang pandang kita lagi . Dengan tuan kedai pon pandang . Kau ni, buat malu jelah . Gelak tu tak boleh perlahan ke?” marah Sooyoung .

 

Suara Baekhyun sudah diperlahankan . Dia masih lagi tersenyum menahan ketawa . Kepalanya digeleng-gelengkan .

 

“nak tengok aku buat magik lagi tak? Tengok eh”.

 

Baekhyun yang tersengih-sengih memerhatikan orang sekeliling seperti yang dibuatnya tadi dan sekali lagi sudah tidak ada mata yang memerhati . Dia kembali memandang Sooyoung dengan wajah penuh takbur . Berlagak lerr .

 

Sekali lagi Sooyoung berasa pelik . Dia membuat reaksi yang sangat pelik .

 

“macam mana kau buat?” tanya Sooyoung yang polos .

 

Baekhyun berusaha menahan ketawanya . Dia kembali memandang Sooyoung dengan wajah yang serius . Dia mendekatkan kepalanya dan menyuruh Sooyoung turut mendekatkan kepalanya dan berbisik .

 

“rahsia~~”

 

Bisiknya dan dia ketawa perlahan . Sooyoung membuat muka . ‘kalau dah kedekot tu , cakap jelah. Kenapa nak kena berbisik bagai . Ish! Geram betullah aku dengan mamat ni!” marah hatinya .

 

“dah, makan cepat . Dah pukul berapa ni”

 

Arah Baekhyun sambung menikmati makanannya .

 

Selesai makan , mereka bergerak ke pasaraya Q . Sooyoung menyuruh Baekhyun mengambil troli dan penuhkan trolinya dengan bahan dan makan apa yang dia mahu makan untuk sebulan . Sooyoung turut mengambil troli untuknya dan mula mencari bahan . Baekhyun yang terpinga-pinga menyorong trolinya perlahan . Sebenarnya Baekhyun hanya tahu makan saja . Dia tidak tahu bahan apa yang patut dibelinya .

 

 

 

SOOYOUNG

 

Aku menyorong troliku memasuki bahagian bahan basah seperti ayam, ikan dan sewaktu dengannya lah . Lebih kurang stegah jam jugaklah aku nak penuhkan troli . Sekarang tinggal nak bayar je .

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Omggg how I was almost flip my phone when I saw Kyonggg in the house!!!! Hehehe ff awak bestlah ~ ada tak playlist yg awak boleh cadangkan sambil baca ff ni? Saya suka baca ff ala-ala cliche ni and opsss saya pun pernah dream ada jiran mcam Baekhyun >< hope your ff would be completed soon! Fighting author-nim *maaf buat penuh ruang komen T^T*
Fisha99 #2
Chapter 2: nak lagiii, tak puas baca nihh (TOT)
lyanaesyaz #3
Chapter 2: update lgii please