' Rumah Kita '

Jodohku Si Ex-Jiran : Baekhyun
Please Subscribe to read the full chapter

Aku mengangkat kain dijemuran . Kak Yun sedang masak didapur , manakala mama sedang mengemas barang untuk berangkat ke China untuk urusan kerja . Aku berjalan longlai ke bilik mama dan memberikan pakaiannya . Ku pandang wajahnya yang bersinar-sinar . Langsung tak kesahkan perasaan aku yang tengah sedih medih ni . Huhuuu..

 

 

“mama...”panggilku longlai .

 

“hmm?”

 

 

Balas mama dengan senyuman tanpa menoleh ke arah ku .

 

 

“adik nak ikut..”

 

 

Aku merayu untuk ke berapa ratus kali tah, mana tahu boleh ke kan ?

 

 

“hish, adik..berapa kali mama nak cakap ni . Adik tak bolehlah macam ni . Hari tu kan adik dah setuju?”

 

 

Kata mama sambil tangannya laju melipat kain . Lagi sehari je tinggal . Lusa mama dengan papa dah pergi overseas . Tak adillah ! Kenapa aku tak boleh ikut? Aku bukan anak diorang ke? Ke aku ni anak angkat je? Haish! Apa kau pikir ni Sooyoung, merepek sangat dah ni .

 

 Aku baring di atas katil mama . Muka sedih 100% . Kenapa aku tak boleh ikut ? Mesti sebab diorang dah rancang lama nak kahwinkan aku dengan mamat poyo tu . Adoii! Tak adilnya !  

 

 Aku bangun dan terus keluar dari bilik mama dan menuju terus ke bilik tidurku . Aku hempaskan badan . Tangan sebelah ku tempatkan di atas dahi . Tanpa bunyi, air mataku mengalir laju . Aku sedih sangat . Tak ada orang faham aku . Tak ada siapa . Semua aku tanggung sorang-sorang . Kenapa sorang pun tak tanya apa yang aku nak? Apa yang aku tak nak? Apa yang boleh membahagiakan aku? Diorang cuma fikir apa yang diorang nak fikir je. Tak fikir langsung tentang perasaan aku, aku nak ke? Aku tak nak ke? Aku suka ke? Aku tak suka ke? Makin deras air mataku .

 

‘trutt trutt’

 

 Telefonku bergetar di atas meja . Silent, bukan tak ada lagu okay . Dengan rasa malas aku berjalan ke meja dan mengambil telefon dan kembali ke katil .

 

 

From : Mamat Poyo .

-bz ke? Buat apa?

 

 

 Ni lagi satu, dah kenapa tiba-tiba nak mesej aku pula ni? Malas aku nak layan . Aku biarkan mesej tidak berbalas . Malaslah, tak ada mood .

 

‘trutt trutt’

 

 

From : Mamat Poyo .

-oii, jari dah patah ke . Balaslah .

 

 

Hish! Dia nak apa ni?! Aku tumbuk kang .

 

 

To : Mamat Poyo .

-kau nak apalah budak poyo . (emoji marah)

 

 

 Amik kau . Kacau aku lagi . Aku dah lah tengah tak ada mood ni, kau pula menyibuk . Nak kena ke apa ?

 

‘trutt trutt’

 

 

From : Mamat Poyo .

-uii, garangnya . Janganlah marah-marah sayang . (emoji kiss)

 

 

Eew! Kau ni dah kenapa? Memang tempah maut dengan aku ke macam mana ni?

 

 

To : Mamat Poyo .

-kau nak apalah?! Aku tak ada mood ni! ( emoji marah banyak2 )

 

 

  Aku mengurut kepalaku . Pening pula rasanya . Sejak akhir-akhir ni aku selalu penat, pening, sakit pinggang . Apa? Hamil? HAHAHA . Mengarut ! Memang taklah kan! Aku suci lagi okayyy!

 

 Aku banyak buat kerja rumah. Saja sebukkan diri . Tolong kak Yun buat kerja rumah . Bukan sebab aku nak kahwin okay, aku memang dah terbiasa . Mama pun memang nak aku belajar benda-benda asas seorang wanita . Dulu masa sekolah aku jarang buat, masa cuti minggu je buat . Sekarang tiap hari , so, benda tu dah jadi rutin harian aku . Tu yang sakit-sakit badan . Mesti kak Yun rasa macam ni bila dia balik rumah dia . Kesian dia .

 

‘trutt trutt’

 

 

From : Mamat Poyo .

-rilekslah..pagi-pagi dah nak marah-marah, nak moody . Berkedut nanti muka tu . Tak kahwin nanti . Kehkehkeh . XD

 

 

 He’eh dia ni . Memang suka kena sumpah seranah dengan aku agaknya . Aku dahlah tengah marah ni, kau bakar aku lagi . Aku BAKAR kau betul-betul kang, baru tahu .

 

 

To : Mamat Poyo .

-kau nak apalah beruk! Jangan buang masa aku boleh tak?!

  

 

  Kan dah dapat beruk, padan muka .

 

‘trutt trutt’

 

 

From : Mamat Poyo .

-okay,okay..gurau sikit tak bolehlah dia ni . Ni aku mesej ni nak ajak kau makan tengah hari ni, sekali pergi tengok rumah kita nanti .okay?

 

 

 Ajak makan tengah hari tu aku faham lagilah, walaupun pelik tapi...yang ‘rumah kita’ tu, apa benda pula? Aku kerutkan dahi sambil membalas mesej .

 

 

To : Mamat Poyo .

-rumah kita?? Kau cakap apa ni, aku tak fahamlah .

 

 

 Menunggu Baekhyun membalas .

 

‘trutt trutt’

 

 

From : Mamat Poyo .

-rumah kitalah, yang kita duduk berdua nanti tu .

 

To : Mamat Poyo .

-eh?? Bukan duduk rumah aku ke??

 

 

‘trutt trutt’

 

 

From : Mamat Poyo .

-rumah kau buat apa . Daddy dah beli rumah baru untuk kita . Nanti lepas makan tengah hari kita pergi sana .okay . Aku ada kelas ni , bai sayang . Jumpa nanti . (emoji kiss banyak2)

 

 

 Rumah baru pula dah . Tak boleh berjimat sikit ke? Rumah ni nanti bukan ada orang pun . Tak boleh ke guna yang sedia ada je?

 

 Oh, okay. Aku rasa dia beli tu memang untuk kitaorang . Hadiahlah tu konon . Kata nak KAHWIN kan . Oh My God !

 

Ku rautkan mukaku dengan kedua tapak tanganku . Hadui, sabar jelah senahhh .

 

 

 

~~~~

             

 

 Aku sudah siap bersolek dan ku turun ke ruang tamu . Menunggu panggilan dari Baekhyun . Ku ambil remote tv dan menonton tv . Mama keluar dari biliknya dan bergerak ke dapur . Kemudian mama duduk di sebelahku sambil dia meletakkan dua gelas air oren di atas meja serta beberapa roti yang kak Yun buat untuk sarapan pagi tadi . Aku ambil segelas air .

 

 

“thanks mama”,

 

 

Aku senyum tanpa menoleh . Tengok tv .

 

 

“ni nak pergi mana? Keluar?”

 

 

Aku hanya menganggukkan kepala sahaja .

 

 

“dengan siapa?”

 

“si Baekhyun kesayangan mama tulah.”

 

 

Jawab ku mendatar . Mama gembira . Senyum sampai telinga, kalau boleh koyak mulut tu, dah koyak dah agaknya . Aku letakkan gelas dan mengambil sedikit roti .

 

 

“oo, dating ea?”

 

 

Soalnya tersengeh-sengeh .

 

 

“ha’ah, dating dengan katak”

 

 

Jawab ku selamber . Dengan sepantas kilat cubitan mama menyambar lengan kananku .

 

 

“aw! Apa mama ni? Sakit tau!”

 

 

Rengekku . Dahlah cubit macam kena sengat lebah .

 

 

“cakap lagi macam tu, siap kamu mama teakwando nanti”

 

 

Mama memberi amaran . Amboi! Sanggup tu nak taekwando aku demi membela anak orang . Apa dah jadi kat dunia ni sebenarnya ? Aku dah salah planet ke?

 

 

“yelah, dating dengan Byun Baekhyun kesayangan mama tu . Eh, mamakan sayang sangatkan dekat Baekhyun tu kan? Apa kata mama je yang kahwin dengan dia?” kataku spontan .

 

 

Bertubi-tubi cubitan aku kena . Dah macam kena sengat betul dah rasanya . Sakit woo!

 

 

“mama!”

 

 

Jerit ku kesakitan .

 

 

“cakap lagi benda merepek, cakaplah..mama cubit lagi”,

 

 

Kata mama dengan muka marahnya . Aku mencebikkan mulut .

 

‘trutt trutt..trutt trutt’

 

Telefon bimbitku bergetar . Ku cari di dalam beg dan mengambilnya keluar . Tertera nama ‘Mamat Poyo’ di skrin . Mama turut melihat dan dia mengerutkan dahi . Peliklah tu . Aku menjawab .

 

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Omggg how I was almost flip my phone when I saw Kyonggg in the house!!!! Hehehe ff awak bestlah ~ ada tak playlist yg awak boleh cadangkan sambil baca ff ni? Saya suka baca ff ala-ala cliche ni and opsss saya pun pernah dream ada jiran mcam Baekhyun >< hope your ff would be completed soon! Fighting author-nim *maaf buat penuh ruang komen T^T*
Fisha99 #2
Chapter 2: nak lagiii, tak puas baca nihh (TOT)
lyanaesyaz #3
Chapter 2: update lgii please