Dah Pergi T^T

Jodohku Si Ex-Jiran : Baekhyun
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hari ni mama dan papa akan berangkat ke China . Sekarang kami sudah pun berada di Seoul Airport . Dari tadi aku hanya berdiam diri saja . Tak ada mood . Mereka sibuk berbual , aku pula malas nak layan . Sedih sebenarnya . Memanglah dah biasa tapi kali ni lain sikit . Sikit ke? Lain banyak kot . Tak tahulah, aku rasa sedih sangat . Kalau inilah penyebabnya aku kena kahwin, kenapa tak bawa je aku sekali ? Apa yang susah sangat nak bawa aku sekali ? Bukan aku suruh dokong ke, apa ke . Sedihhh . T.T

 

“oh, Baekhyun ! Sini!”

 

 Mama melambaikan tangannya . Seorang lelaki berpakaian kemeja putih dan berjeans biru cair mendekati . Siapa lagi, dah dengarkan mama menjerit nama siapa tadi ? Hem, tu lah dia . Byun Baeakhyun .

 

“sorang je? Mana mummy dengan daddy?”

 

Tanya mama setelah melihat Baekhyun berseorangan .

 

“ha’ah, sorang..mummy dengan daddy minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat datang . Ada pembentangan penting hari ni katanya .”

 

Jelas Baekhyun . Dia duduk di kerusi di sebelahku .

 

“oh, tak apalah kalau macam tu . Ni mama ada buat kek pagi tadi , ingat nak bagi mummy kamu . Nanti bagi kat dia yee “ ,

 

Mama menghulurkan beg kertas yang berisi bekal keknya . Sanggup tu bangun pagi-pagi semata-mata nak bagi mummy . Aku pun tak dapat tau . Baekhyun mengambilnya . Aku hanya bermain dengan telefonku . Nak nangis !T^T

 

“hehe..terima kasih mama, susah je..”

 

Katanya malu-malu . Dia menoleh ke arahku dengan tanda tanya . Sebenarnya dia patutnya tahu apa yang aku rasa sekarang , tak payahlah nak buat muka bengong lagi . Malas aku nak tegur dia .

 

“adik, pergi beli air untuk Baekhyun . Mesti dia haus kan” kata mama .

 

 Aku mengangkat muka dengan kening yang bertaut . Eh? Apekehal aku nak kena belikan dia pula?? Dah tak boleh beli sendiri ke ?

 

 “kenapa adik kena belikan pula? Belilah sendiri .”

 

Ujarku dan kembali bermain dengan telefon ku .

 

“Aww!”,

 

Tengok tu! Sanggup mama tendang kaki aku ? Aku dah tak tahu dah siapa anak dia yang sebenor-benornya .

 

 Mama membesarkan matanya . Aku membalas tapi papa pula yang membalas balik . Hish! Aku menjeling Baekhyun, sengaja bagi dia nampak yang aku tengah marah . Semua sebab kau tahu tak? Aku bangun dan terus bergerak menuju ke kaunter .

 

 “eh, takpe . Saya boleh beli sendiri .”

 

Baekhyun terus bangun mengejar aku yang sudah hampir sampai di kaunter . Laju kan aku jalan? Ngehngehngehehehe...

 

 Sampai di hadapan kaunter aku beratur . Sheit ! Aku tak minta duit pula tadi kat mama . Tak kan aku nak patah balik pula? Aku dah pusingkan badan separuh dan Baekhyun sedang berlari anak menuju ke arahku . Aku pusing balik badan menghadap kaunter . Sibuklah dia ni, apesal datang pula . Kan ada ‘angel’ kau ni nak belikan air untuk kau .

 

“takpelah, kau pergilah duduk sana . Aku boleh beli sendiri .”

 

Katanya sedikit mengah . Aku tak bergerak . Buat-buat tak dengar . Tangan dah berlipat di dada . Marah ni marah tahu?!

 

“hei, kau dengar tak? Aku cakap dengan kau ni . Pergilah duduk sana ,”

 

Dia cuba membuatkan aku menoleh ke arahnya . Tak berganjak, aku ke depan sikit lepas orang yang didepan pergi membawa airnya .

 

“Sooyoung-ah..pergilah duduk sana, mama dengan papakan dah nak berangkat kejap lagi . Luangkanlah masa yang tinggal ni dengan diorang” pujuknya .

 

  Aku masih tak bergerak tapi muka dah sedih habis dah cuma aku tahan je . Air mata dah tunggu nak jatuh je ni .

 

“sooyoung..” pujuknya lagi . “pergilah..” ringkas je dia cakap .

 

 Aku terus berlari tanpa menoleh ke arah Baekhyun yang sedang memerhatikan aku . Aku berlari ke arah mama dan terus memeluk mama . Aku menangis tersesak-esak . Aku keluarkan semua air mataku yang sudah berhari-hari ku simpan . Aku dah tak kesahkan orang keliling yang memandang . Aku menangis sebolehnya . Mama pun apalagi, mahu tak melalak . Dah macam drama anak kena pisahkan dari ibunya dah . Kemudian aku peluk papa pula . Papa pun menangis juga tapi man style lah kan .

 

 Selang sejam kemudian, pengumuman kapal terbang yang menuju ke China bergema . 30 minit je masa yang tinggal untuk bersama mama dan papa . Aku memeluk mama erat . Tak nak lepaskan .

 

“mama...janganlah pergi..”rayuku .

 

“adik..tak bolehlah macam ni . Bukan mama tak balik langsung , nanti dah selesai semuakan papa dengan mama balik .”

 

Kata mama sambil mengusap-usap lembut bahu ku dan kemudian dia mencium dahiku . Aku membuat muka sedih .

 

“dahlah adik, tak mau nangis-nangis macam ni . Nanti dah selesai semua papa janji papa dengan mama balik cepat-cepat ,okay?”

 

Kata papa memujukku .

 

“pinky promise ?”

 

Aku menunjukkan jari kelingkingku ke arah papa dan papa menyarungkan jari kelingking dengan senyuman .

 

“pinky promise”

 

Papa tersenyum . Baekhyun yang sedari dari tadi hanya memerhatikan kami anak beranak dengan senyuman . Sekali lagi pengumuman dibuat . Tak tahulah apa yang menyebabkan aku rasa sedih sangat-sangat sekarang ni . Rasa tak nak berhenti menangis . Air mata tak berhenti keluar dari tadi . Walaupun aku cuba tahan tapi dia keluar je . Aku cuba senyum depan mama dan papa tapi dengan air matalah .

 

“adik..kan mama kata jangan nangis lagi”

 

Kata mama lepas dia nampak air mata aku ni tak henti-henti mengalir .

 

“mana ada adik nangis, dia yang nak keluar . Nak buat macam mana...”

 

Aku muncungkan mulutku . Mereka tertawa melihat gelagatku yang macam perangai budak empat tahun.

 

“yelah, yelah..mama dengan papa pergi dulu . Baekhyun jaga Sooyoung yee”

 

Mama menasihati Baekhyun . Tangannya masih tak lepas dariku .

 

“papa harapkan kamu Baekhyun . Jagalah Sooyoung baik-baik. Terima kasih .”kata papa pula .    

 

“adik, jaga perangai . Jangan susahkan Baekhyun ,okay ..bai..saranghae sooyoung-ah”

 

 

Mama bergerak ke arah eskulator dan genggaman tangannya terlerai perlahan-lahan . Aku cuba menahan sebaik yang boleh daripada menangis . Kami bergerak ke tepi . Aku cuba untuk senyum dan melambai ke arah mereka sehingga mereka hilang dari pandangan . Aku masih tidak mengalihkan pandanganku . Tangan Baekhyun memegang bahu kananku dan mengusap lembut . Aku dah tak boleh tahan , aku menangis sepuasnya . Baekhyun memelukku . Dia mengusap dan menepuk-nepuk lembut belakang badanku . Aku menangis tersesak-esak sekali lagi dalam dakapannya .

 

“takpe...takpe..nangislah..takpe..”

 

Kata Baekhyun untuk menenangkanku . Aku menangis sepuas-puasnya dan Baekhyun mengajakku pulang .

 

 

BAEKHYUN

 

 Sesekali aku menoleh ke arah Sooyoung , dia hanya berdiam diri dari tadi . Mata dah sembam habis dah . Sebenarnya tak nampak macam dia buka mata pun , sepet sangat mata . Aku menumpukan kembali pemanduanku . Selang beberapa minit, ku toleh lagi dan melihat dia sudah tertidur . Penat menangislah tu .

 

 Sampai dirumah aku mengejutnya .

 

“sooyoung...sooyoung ui, bangun, dah sampai rumah ni”

 

Tak bergerak , ku dekatkan jari ke hidungnya . Hidup lagi ni .

 

“yah, Sooyoung-ah...bangun, dah sampai ni”, aku kejut lagi .

 

Kali ni aku goyang-goyangkan badannya .

 

“bangunlah Sooyoung.”

 

Tak bangun juga . Eh dia ni, nak ikut aku balik ke macam mana ni?

 

“kau nak ikut aku balik ea? Hah? Sooyoung? Bangunlahhhh”

 

Dah nak putus asa aku dibuatnya . Oh! Baru aku ingat! Dia ni kalau dah tidur , gempar bumi pun tak sedar . Haish! macam mana aku boleh lupa .

 

 Aku berjalan dan membuka pintu gate kecil dan mengetuk pintu rumah . Kak Yun membuka dan aku menyuruhnya biarkan pintu bilik Sooyoung terbuka . Aku kembali ke kereta dan mengangkatnya bridal style masuk ke rumah dan kemudian hantarnya ke bilik . Selebihnya Kak Yun yang uruskan .

 

“Kak Yun balik pukul berapa?”

 

“em, akak biasa balik pukul 7 petang ni..kenapa?”

 

“emm, kalau akak teman Sooyoung malam ni boleh?”

 

“err..bukan akak tak nak , tapi akak kena jaga mak ayah akak kat rumah .”

 

Kata Kak Yun serba salah . Alamak, macam mana ni ek?

 

“apa kata kamu je teman Sooyoung? Tak lama lagi kamu kena duduk berdua juga kan? Makan malam jangan risau, akak siapkan” kata Kak Yun .

 

Aku berfikir sejenak . Tak pe ke aku tinggal sini? Tapi Sooyoung tak boleh tinggal sorang, kang meroyan pula minah tu .

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Omggg how I was almost flip my phone when I saw Kyonggg in the house!!!! Hehehe ff awak bestlah ~ ada tak playlist yg awak boleh cadangkan sambil baca ff ni? Saya suka baca ff ala-ala cliche ni and opsss saya pun pernah dream ada jiran mcam Baekhyun >< hope your ff would be completed soon! Fighting author-nim *maaf buat penuh ruang komen T^T*
Fisha99 #2
Chapter 2: nak lagiii, tak puas baca nihh (TOT)
lyanaesyaz #3
Chapter 2: update lgii please