Pindah Jom!

Jodohku Si Ex-Jiran : Baekhyun
Please Subscribe to read the full chapter

Keesokan paginya, Sooyoung terlewat bangun . Dia membasuh muka dan menggosok gigi . Rambutnya diikat ‘bun’ dan dia memakai cermin mata bulat kerana ingin meng’cover’kan wajahnya yang sememangnya nampak baru bangun tidur . Mood mandinya belum ada , jadi, dengan berbaju tidur dan berseluar pendek , Sooyoung turun ke bawah mencari makanan .

 

 Dia melangkah ke dapur dengan langkah yang malas . Sesekali dia menguap dan tiba-tiba dia terbau sesuatu yang sedap dari dapur rumahnya. Apabila sampai saja di dapur , dia hampir menjerit kerana terkejut bagaimana Baekhyun boleh berada di dalam rumahnya .

 

“yakk!! Kau buat apa kat sini?! Siap masak lagi?!” jeritnya memeluk dinding .

 

 Baekhyun yang sedang memasak telur untuk sarapan mereka hampir saja menjatuhkan kuali kerana terkejut dengan sergahan Sooyoung . Dia memegang dadanya . Kus semangat !

 

“yahh!! Kalau tak menjerit-jerit tak boleh eh? Kalau aku terbaling kuali ni kat kau tadi macam mana?!”

 

Marah Baekhyun kembali . Dia dengan mengangkat telur dan diletakkan di atas pinggan .

 

“macam mana kau.....”

 

Dengan tiba-tiba ingatan Sooyoung kembali mengimbas apa yang sudah berlaku semalam . Baru dia ingat kenapa Baekhyun ada di dalam rumahnya . Baekhyun meletakkan dua pinggan berisi nasi goreng dan telur di atas meja makan di dapur .

 

“haa, dah ingat ke?”

 

Tanya Baekhyun . Dia kembali ke kabinet dapur mengambil dua biji gelas dan kembali ke meja makan .Sooyoung yang sedang cover malu menutup mulutnya mengangguk perlahan . Dia masih lagi berdiri jauh dari meja makan bulat yang ada di dapur . Dia melihat sarapan yang Baekhyun sediakan . Baekhyun menanggalkan apron yang di pakainya tadi dan menarik salah satu kerusi . Dia memandang Sooyoung .

 

“silakan tuan puteri..”

 

Pelawa Baekhyun dengan senyuman . Lebih kepada senyuman palsu . Sooyoung memutarkan matanya dan bergerak ke arah kerusi yang lain dan duduk dengan selamba . Baekhyun hanya tersenyum dan dia duduk di atas kerusi yang ditariknya tadi .

 

“mana kak Yun? Kenapa kau yang masak?”

 

Tanya Sooyoung mendatar . Kononnya mahu membantah tetapi hakikatnya dia sangat terliur dengan bau masakan Baekhyun .

 

“dia kata hari ni dia masuk lambat sikit . Dia kena bawa ayah dia pergi hospital buat check up .”

 

Jawab Baekhyun yang yang sudah menyuap sesuap nasi ke dalam mulutnya . Baru Sooyoung ingat, kak Yun akan membawa ayahnya check up setiap hari sabtu . Dia sememangnya seorang yang pelupa . Sooyoung mengambil sudu dan dia agak segan untuk makan kerana lelaki yang masak . Sepatutnya dia sebagai tuan rumah yang masak . Dia menggigit sudu sambil memandang nasinya . Baekhyun mengangkat mukanya memandang Sooyoung .

 

“laa, makanlah . Jangan risau, aku tak letak racun pon .” kata Baekhyun .

 

 Sooyoung terkejut mendengar perkataan ‘racun’ . Dia mengecilkan matanya memandang Baekhyun . dia letak racun ke?? Seriuslah?, kata hatinya . Baekhyun hanya ketawa bila diperhatikan begitu .

 

“hahaha..kau ni, aku cakap aku tak letak apa-apalah . Kalau aku letak racun, dengan aku sekali mati sebab aku masak satu kuali kot . Lagipun agak-agaklah , nak buat apalah aku nak letak racun”

 

Baekhyun masih tergelak kecil dan menyambung makan . Sooyoung membuat muka .

 

“kau tu bukan boleh percaya sangat pun”.

 

Dia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya . Macam biasa, nasi goreng Baekhyun sememangnya sedap .

 

“aku pukul 10 ni aku ada hal kejap . Lepastu aku nak pindah terus kat rumah baru . Kau nak ikut tak ? Ke kau nak duduk rumah je?”

 

“hal apa?”

 

Tanya Sooyoung . Dia menuangkan air di dalam gelasnya dan gelas Baekhyun . Baekhyun mengambil gelasnya dan minum .

 

“aku nak jumpa kawan aku jap , nak bincang pasal assignment . Kau nak ikut ke?” Baekhyun bertanya lagi .

 

 Sooyoung diam . Dia berfikir sejenak . Sooyoung tidak suka ditinggalkan keseorangan di rumah . Kalau dulu mama dengan kak Yun ada ,sekarang dia keseorangan . Sebenarnya dia dah habis kemas barang dah pun . Adalah 3 beg baju , dan beberapa kotak barang seperti buku-buku dan sebagainya . Cuma dia malas mahu berpindah . Baekhyun masih lagi menunggu jawapan Sooyoung .

 

“so...?”

 

Tanya Baekhyun yang tidak reti diam .Sooyoung memandang Baekhyun .

 

tapi tak pe ke aku ikut dia?ke dia ada muslihat lain ni?

 

“lama ke kau jumpa kawan kau?”

 

Sooyoung mengangkat pinggannya . Baekhyun menghulurkan sekali pinggannya dengan sengihan . Dengan muka menyampah Sooyoung mengambil dan membasuhnya di sinki .

 

“em..maybe dalam setengah jam je kot sebab nanti nak angkat barang lagi .” Baekhyun menghabiskan air minumannya .

 

“kalau aku ikut masa pindah ,boleh?”

 

Tanya Sooyoung selesai membasuh .

 

“okay, kau nak pindah sekali ke?”

 

Baekhyun sengaja bertanya kerana dia tahu Sooyoung mesti sudah siap kemas . Sooyoung membalas dengan anggukan .

 

“okaylah kalau macam tu . Aku pergi dulu . Nak pukul 10 dah ni”,

 

Baekhyun bergerak  ke dalam biliknya menukar baju dan mengambil beg berisi laptop dan barang kerjanya . Sebelum dia keluar rumah , dia memesan ,

 

“dalam setengah jam lagi aku datang balik , kau siap-siaplah”

 

Arah Baekhyun dan dia pun berlalu dengan kereta mewahnya berwarna merah .

 

“aku tahulah, tadikan kau dah cakap. Huh!”

 

Bebel Sooyoung sendiri sambil menapakkan kaki ke biliknya . Dia tidak suka perangai Baekhyun yang suka mengarah-arah dirinya melakukan apa yang dia sudah tahu . Sooyoung membawa turun satu persatu beg dan barang-barangnya ke ruang tamu . Setelah selesai , dia mandi dan bersiap-siap .  Sementara menunggu Baekhyun sampai, dia menonton tv sehingga tertidur di atas sofa .

 

 

Di cafe berdekatan UBAMS....

 

 

 Baekhyun ,Chanyoel dan Chen duduk semeja membincangkan mengenai assignment mereka . Chen selaku ketua, membahagikan kerja masing-masing .

 

“wei, asal kau tak pergi parti Suzy semalam?”

 

Tanya Chanyoel memecah kesunyian .

 

“kan aku dah cakap aku ada hal”

 

Balas Baekhyun sambil tangannya sibuk menaip .

 

“hal apa?” tanya Chen pula .

 

Baekhyun masih sibuk menaip . Matanya melekat di screen laptopnya .

 

“adalah, hal keluarga . Tak yah tahulah”jawabnya .

 

Chanyeol dan Chen berpandangan ,kemudian mereka membuat muka tidak percaya .

 

“eyy..eleh, entah-entah kau pergi parti orang lain kan? Siapa? Budak tu lagi hot dari Suzy ke?”

 

Chanyeol meneka dengan yakinnya . Chen sudah menggeleng-gelengkan kepalanya dengan senyuman .

 

ish, diorang ni..kalau tak menyibuk tak boleh agaknya bebel Baekhyun dalam hati . Dia memandang Chanyeol dengan wajah menyampah .

 

“apa benda kau merepek ni . Aku kan cakap aku ada hal family” ,

 

Dia menyambung menaip .

 

“yeke? Em, kau tahu semalam aku pergi sorang je tau . Si Chen ni mengada tak nak pergi pulak”

 

Chanyeol membuat muka memandang Chen .

 

“apa? Suka hati akulah . Assignment melambak kot , baik buat keje daripada enjoy je . Kau kalau keje ni tak siap , kau aku ‘siap’kan nanti” Chen memberi amaran.

 

“ee, kau ni . Tak payah nak tunjuk skema sangat . Study konon , junior yang minat kau tu kau layan juga kan? Eleh kau tak payah tipu akulah . Ingat aku tak tahu ke kau syok kat budak tu jugak kan?”

 

Chanyeol mengkantoikan rahsia Chen di hadapan Baekhyun . Baekhyun yang sedang menaip terhenti dan memandang Chen dan Chanyeol silih berganti . Seperti tidak percaya .

 

 Mereka bertiga berada di dalam katogeri kingka di kolej tersebut . Oleh kerana, rupa, sikap yang kadang-kadang terlebih peramah, playboy, muka flawless , ramai yang boleh menjadi gila kerana layanan mereka yang ala-ala romeo dan di antara mereka bertiga, Chen dikenali ramai dengan sikap peramah, baik hati dan bijaksananya . Tak hairan lah kalau ramai budak perempuan meminatinya .

 

 Namun yang menghairankan Baekhyun sekarang adalah Chen melayan seorang gadis . Walaupun Chen popular , tetapi dia lebih dikenali sebagai seorang senior yang baik hati, agak skema tetapi bergaya dan hanya membalas sekiranya perkara penting . Tidak pernah pula sampai berbalas mesej.

 

*maksudnya macam orang bercinta*

 

Ini disebabkan oleh kisah silamnya . Baehkyun memandang Chen .

 

“seriously? Chen” ,tanya Baekhyun .

 

 Dia turut tumpang gembira sekiranya Chen sudah boleh move on dari kisah silamnya . Sudah bertahun Chen menyendiri dan tidak berminat dengan manusia yang namanya perempuan . Chen mengerutkan dahi .

 

“tak adalah , budak tu tanya pasal macam mana nak setelkan masalah software kat komputer dia . Tu yang tak habis-habis dia mesej ,call aku ” balas Chen .

 

“iyeke? Takkanlah tak de orang lain nak tanya?kenapa mesti kau?” tanya Chanyeol tidak percaya .

 

“yelah, sebab aku yang install kan software tu kat laptop dia .”

 

1awab Chen lagi . Dia sudah tahu niat Chanyeol yang ingin mengenakannya .

 

“sebab hari tu Prof. Kim suruh aku dan dia suruh budak tu tanya aku je supaya senang . Dah jangan tanya lagi , aku malas nak layan kau .”

 

Sambung Chen apabila dia melihat Chanyeol ingin bertanya lagi . Chen memakukan matanya ke laptopnya sambung membuat kerja . Chanyeol yang gagal mengenakan Chen memuncungkan mulut .

 

“alah, bosanlah buat kerja ni . Aku nak cari angin kejap”

 

Chanyeol bangun dan berlalu . Baekhyun dan Chen menggelengkan kepala mereka melihat Chanyeol yang hanya suka berseronok .

 

“aku ingat kau dah move on”

 

Kata Baekhyun . Chen hanya tersengih . Dia mengeluh .

 

“aku tengah cuba weh . Maybe jodoh aku belum muncul sebab sesat kot . hahaha..” Chen ketawa .

 

 Baekhyun turut tersenyum . Tiba-tiba ada tangan melingkari lehernya dari belakang .

 

“Baekkie~~”

 

 Baekhyun yang terkejut menoleh ke belakang . Queenka sudah datang berjumpa Kingkanya . Baekhyun tersenyum memandang gadis tersebut dan menyuruhnya duduk .

 

“buat apa kat sini? Study juga ke?” tanya Baekhyun kehaira

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Omggg how I was almost flip my phone when I saw Kyonggg in the house!!!! Hehehe ff awak bestlah ~ ada tak playlist yg awak boleh cadangkan sambil baca ff ni? Saya suka baca ff ala-ala cliche ni and opsss saya pun pernah dream ada jiran mcam Baekhyun >< hope your ff would be completed soon! Fighting author-nim *maaf buat penuh ruang komen T^T*
Fisha99 #2
Chapter 2: nak lagiii, tak puas baca nihh (TOT)
lyanaesyaz #3
Chapter 2: update lgii please