Datang melawat .

Jodohku Si Ex-Jiran : Baekhyun
Please Subscribe to read the full chapter

 

“malam ni keluarga En.Byun nak datang”

 

 

Suara mama memecah sunyi di petang hari . Ianya petang yang sangat indah menurutku sebelum ia bertukar menjadi suram apabila mama bersuara . Aku yang sedang bermanja dengan papa dengan sepantas kilat menoleh ke arah mama dengan wajah yang tidak percaya .

 

 

“apa??!!!kenapaaaaaaaaaaa??????!!!!!!”

 

 

soalku spontan .

 

 

“laa..datang melawatlah..”

 

 

Jawab mama . Dia duduk disebelah kiriku di atas sofa di ruang tamu . Aku masih lagi tidak boleh terima .

 

 

“nak buat apa..alaa, tak payahlah datang..lain kali je, hari tu kan baru je datang”, kata ku .

 

 

Aku mengalihkan mataku kembali ke kaca tv .

 

 

“hari tu apanya..”, mama memukul lenganku lembut .

 

 

“ ‘hari tu’ tu, tahun lepas tahu tak? Biarlah orang nak datang melawat, tak ada salahnya..mama tak sabar nak jumpa dengan Aunty Junhea tau”, sambungnya lagi .

 

 

Dapatku lihat wajahnya yang bersinar-sinar . Tak sabar betul . Aku gelengkan kepala . Papa hanya tersenyum melihat kelakuan mama dan kembali membaca surat khabar yang dibeli pagi tadi . Dari pagi tadi beli, sekarang baru nak baca? Papa selalu macam ni . Tiap hari . Bila aku tanya kenapa, dia jawab malas nak baca pagi-pagi . Tak fahamkan? Aku lagilah tak faham dengan perangai pelik papa ni . Dah nak hari esok baru nak baca .

 

Aku mengeluh . Ku kerutkan dahiku sekerut-kerutnya . Aduh! Bahayalah macam ni! Kalau Uncle Byun a.k.a daddy dengan Aunt Junhae a.k.a mummy datang, mesti dia bawa anak lelaki dia yang poyo lagi memoyokan tu kan? Hish! Tak boleh jadi macam ni .

 

 

“alaa..mummy tu, tak payah datang rumah pun mama boleh jumpa kat luar kan? Mama jumpalah mummy kat luar, tak payah datang rumah, ea?ea?ea?”

 

 

Mama membulatkan matanya dan cubitan ‘lebah’nya mendarat di lengan kiriku bertubi-tubi . Sakitnya hanya Tuhan yang tahu . Aduh duh duhhh!

 

 

“apa cakap macam tu? Tak baik tau . Kalau mummy dengar kecik hati dia tau”

 

 

Aku mengelak sebaik yang boleh dari di’sengat’ mama. Alaa, aunty Junhae bukan ada kat sini pun. Sah-sahlah dia tak dengar . Dia tak kan tahu punya melainkan kalau mama atau papa beritahulah kan . Huhu .

 

Ketenteraman papa membaca terganggu kerana aku yang terlanggarnya beberapa kali semasa menyelamatkan diri dari sengatan mama tadi . Dan hasilnya papa pun bersuara .

 

 

“yang adik ni tak nak orang datang melawat ni kenapa?”, tanya papa lembut .

 

 

Aku memandang papa . Alamak, papa ni . Kenapa tanya ? Takkan aku nak cakap sebab tak nak jumpa mamat poyo lagi memoyokan tu pula ? Nanti papa fikir benda bukan-bukan pula . Bukan boleh percaya orang tua aku ni . Aku tersengeh .

 

 

“err..eh, adik tak cakap pun adik tak suka orang datang . Adik cuma...err..cuma..”

 

 

Damn! Apa aku nak cakap ni?! Aku tak tahu apa nak balas ! Matilah aku! Matilah aku! Mataku meliar mencari jawapan . Come on Sooyoung! Come on!

 

 

“adik...haa! Adik baru teringat, adik nak keluar malam ni..haa..sebab tulah”

 

“adik nak keluar? Dengan siapa?” tanya mama on the spot without hesitate .

 

“dengan..dengan kawan adiklah” jawabku gagap .

 

 

Aku kembali duduk bersila di atas sofa dan menonton tv . Mengelak eye contact dari mama .

 

 

“kawan? Kawan adik yang mana ni? Sehun tu ke?” tanya mama dengan muka yang berkerut .

 

 

Haih! Tu kawan aku masa aku gred empat dulu sebelum aku pindah ke sini . Sebab apa kami pindah pun aku tak tahu . Nampak sangat aku tak ada kawan . Ye, memang pun . Aku memang tak ada kawan . Tahun lepas aku baru habis sekolah dan aku baru berusia 19 tahun . Sepatutnya 20 tapi birthday belum sampai lagi dan aku tak keluar rumah selain dengan mama atau papa . Tapi masa keluarga Byun tu belum pindah, ada juga aku keluar dengan diorang . Tu jelah . Kesimpulannya aku langsung tak ada kawan . Ye, hidup aku memang menyedihkan . :’(

 

 

“dah lah adik, cukuplah membohongnya tu . Adik mana ada kawan”, jawab papa selamber .

 

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Park_Rafa88
#1
Omggg how I was almost flip my phone when I saw Kyonggg in the house!!!! Hehehe ff awak bestlah ~ ada tak playlist yg awak boleh cadangkan sambil baca ff ni? Saya suka baca ff ala-ala cliche ni and opsss saya pun pernah dream ada jiran mcam Baekhyun >< hope your ff would be completed soon! Fighting author-nim *maaf buat penuh ruang komen T^T*
Fisha99 #2
Chapter 2: nak lagiii, tak puas baca nihh (TOT)
lyanaesyaz #3
Chapter 2: update lgii please