Part 4

HeartBeat
Please Subscribe to read the full chapter

 

Ai tak serik dengan kejadian kelmarin. Hari ni dia datang lagi melawat Chanyeol. Namun kali ni dia bawa makanan kegemaran Chanyeol. Kata Mama Fei. Chanyeol sukakan kimpap ketam.

Chanyeol memandang gadis yang tercegat dekat depan pintu bilik hospital dia dengan bungkusan ditangan. Dia yang sedang membaca sesuatu diatas katil terasa terganggu.

" Saya ada bawakan awak Kimpap ketam,mari makan sama-sama"

Kata Ai lalu mendekati katil Chanyeol. Dia menyiapkan makan tengahari untuk Chanyeol. Kerusi ditarik mendekati katil tersebut. 

Chanyeol hanya memerhati tanpa sepatah kata. Tak serik perempuan ni dengan kejadian kelmarin. Degil. Sama macam Siwon. Papa mereka. 

" Mama Fei kata awak suka makan kImpap ketam,jadi saya buatkan untuk awak"

Ai cuba tersenyum meski suasana dalam bilik tersebut begitu suram.

Chanyeol memandang bekas makanan yang berada dihadapan dia. Perutnya berbunyi. Sudah lama dia tak makan kimpap ketam. Entahlah. Sama ada dia dah lupa apa makanan yang dia ataupun dia memang tak ada masa nak request masakan pada maids .

Sepotong kimpap masuk kedalam mulut Chanyeol. Beberapa kunyahan membuatkan mata lelaki tersebut membulat. Merasai kesedapan kimpap tersebut.

Tak sangka Ai pandai masak. Mestilah..dia kan orang tak berada..fikir Chanyeol.

Gadis comel berpakaian sekolah. Baru teringat,bukan sekarang waktu sekolah?. 

" Sekolah?"

Chanyeol akhirnya bersuara. Dia memandang Ai yang sibuk menghantar sms pada seseorang.

Ai mendongak. Dia hanya dengar perkataan sekolah. Kenapa dengan sekolah?.

" ye,Sekolah kenapa?, Awak rindu nak sekolah ke?"

"Tak...awak tak sekolah?"

" saya minta kebenaran dari cikgu untuk melawat awak,saya ada masa 1 jam sebelum mata pelajaran seterusnya"

Terang Ai.

Entah kenapa hati Chanyeol menjadi senang  hati seketika. Dia fikir Ai ponteng sekolah kerana dia. 

Chanyeol mengambil buku yang dia baca tadi kemudian menyelak muka surat yang terdapat sekeping gambar lalu dihulurkan pada Ai.

Penuh tanda tanya. AI menyambut gambar tersebut.

Gambar yang berisi seorang lelaki yang merupakan Baekhyun,disisinya terdapat seorang perempuan yang sangat manis. Mereka tampak sedang bercinta kerana memakai t-shirt couple. 

Chanyeol menggengam kedua tanganya bersama. Lalu ibu jarinya main bersama dengan jari lain.

" saya rasa awak berhak tahu kisah dalam keluarga kita terutamanya Baekhyun.."

" ini kekasih Baekhyun?"

Soal Ai. Chanyeol angguk mengiyakan.

" mereka dah bercinta sejak sekolah rendah dan jadi semakin serius bila masuk sekolah menengah,nak dipendekan cerita,Kekasih Baekhyun meninggal sehari sebelum ujian negara bermula padahal dia sihat je masa tu,tapi lepas dicheck semula,rupanya dia ada kanser hati yang dah kritikal.."

Chanyeol bercerita dengan wajah muram. Seolah dapat rasakan kesedihan cerita tersebut. AI memasang telinga .

" sejak tu,Baekhyun mempunyai tekanan jiwa,dia anggap kekasih dia sentiasa wujud,sehingga satu tahap dia tak nak graduate,sebab mereka berdua berjanji untuk tamatkan alam persekolahan bersama..jadi Baekhyun rasa dia mengkhianati kekasih dia sendiri kalau dia ambil sijil tamat sekolah.."

Kisah yang meluncur laju dari mulut Chanyeol. 

Ai terkesima dengan cerita tersebut dan juga sebab ini kali pertama Chanyeol boleh bercakap panjang lebar macam ni.

Dan Ai sukakan suara Chanyeol yang rendah.

Suka?. Apa masalah Ai ni? Dia mesti bermimpi!

Ai kembali ke alam realiti. Memegang erat kepingan gambar tadi.

" Jadi Baekhyun sengaja gagal semua peperiksaan sebab benda tu.."

Tak hairanlah kalau Baekhyun boleh jawap soalan yang Sehun beri. Dia tahu tapi tak mahu.

" Papa tak tahu tentang tekanan Baekhyun,papa ingat Baekhyun dah pulih lepas menjalani rawatan,ya dia nampak lebih normal dari sebelum ni, tapi hakikatnya dia belum 100% sembuh.."

" Baekhyun selalu ponteng sekolah dan dia akan pergi ke kubur kekasih dia setiap hari,lepas menangis seharian dia mula hilang akal dan mula merokok,kalau ada arak,dia akan minum sehingga habis...tapi tak ada yang peduli,semua orang tak datang pujuk dia..."

Chanyeol mengankat wajah yang lama menunduk. Dia membuang pandangan keluar tingkap.

Ai bersimpati dengan kisah Baekhyun tersebut. Padanlah dia sering bersikap acuh tak acuh. Setiap orang simpan kenangan yang pahit dan Ai faham perasaan kehilangan orang yang tersayang.

" tak sangka awak tahu semua kisah Baekhyun.." 

Chanyeol mengalihkan pandangan pada Ai. Dia menatap gadis tu sebelum bersuara.

" kami tak pernah berpisah dulu..Baekhyun suka ikut saya kemana saja,dan saya rasa senang sebab Baekhyun anggap saya sebagai abang dia sendiri..tapi lepas kejadian tu hubungan kami renggang begitu saja...dia mula jadi orang lain,Baekhyun yang dulu bukan Baekhyun yang awak kenal sekarang.."

" apa awak nak buat dengan perkara ni,awak tak boleh biarkan Baekhyun terus macam tu kan?,awak mesti rindukan dia.."

Cepat memotong percakapan Chanyeol.

Lelaki itu memeluk tubuhnya.

" saya harap saya boleh tolong dia..."

Tiada gurauan. Chanyeol begitu serius mengucapkan kalimat tersebut.

Ai tersenyum. Secara tidak langsung dia dapat mengenali diri Chanyeol dengan lebih mendalam.

Dia seorang yang baik dan tak mudah merajuk lama. Bersifat terbuka.

Tapi Ai tak tahu pula dengan Kai. Sehun tampak begitu marah bila berjumpa Kai.

Macam apakah lelaki tu?. Tapi dia nampak baik saja disekolah.

" kalau awak nak melawat kubur kekasih Baekhyun,belakang alamat tu ada tertulis alamat .."

" Thanks Chanyeol Oppa.."

 

 

Ai kembali kesekolah macam biasa. Dia tak beritahu pada Sehun kemana dia pergi. Untuk kali ni sahaja. Dia terpaksa lakukanya sendiri.

Meski mereka kembar. Pemikiran mereka terkadang berbeza. Sehun lebih kepada beremosi tinggi.  Sedangkan Ai boleh mengawal emosi dia dengan baik walau terkadang tak terkawal juga.

Mesti Sehun bersusah payah sekarang. Untuk cari pembunuh Mama Jessica. Ai cuba berfikiran positif  yang kemalangan tu berlaku secara tak sengaja.

Ai duduk di meja dia macam biasa. Guru Subjek Kimia masuk kedalam kelas mereka tepat pada waktunya.

Yang buat Ai tertanya sekarang. Sehun langsung tak bertanya kemana dia pergi. Lelaki itu hanya menongkat dagu sambil bermain dengan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ssadssad #1
♥♥♥♥♥