Part 3

HeartBeat
Please Subscribe to read the full chapter

 

Ai termenung diatas katil . Dia memeluk bantalnya. Semua orang tahu siapa Mama Jessica? . Jadi mereka tak asing dengan Mama Jessica. Mereka tahu Mama Jessica sebelum Papa beritahu?.

Banyak yang bermain difikiran Ai.

Mama Jessica memang sosok seorang yang lemah lembut dan disukai ramai. Temanya juga ramai. Tapi Mama tak pernah sebut tentang mana-mana orang bernama Choi. 

Apa,Mama Jessica pun simpan rahsia daripada dia dan Sehun?

Tok tok tok !

Pintu bilik Ai diketuk dari luar. Dengan langkah cepat gadis tersebut bangun dan membuka pintu.

Sosok tubuh Mama Fei terpapang dihadapan pintu. Tersenyum padanya.

" Ai dah makan tengahari?"

Soal Mama Fei 

" urmm..Ai makan Snack je sebab tunggu Sehun balik dari latihan bola jaring"

" Apa Kata Ai temankan Mama makan tengahari?,tak ada orang dekat rumah,Mama tak biasa makan sorang kalau Ai tak kisahlah"

Ai tersenyum dengan pelawaan tersebut.

" Okay "

 

.

 

Ai menjamah masakan tengahari yang simple. Sup rumpai laut dan Kimchi. 

Mama Fei tak makan banyak. Kalau dihitung cuma tiga suap sahaja. 

" Boleh Mama cakap sikit dengan Ai?"

Ai  menghabiskan makanan dalam mulutnya sebelum mengangguk. Fei membetulkan postur duduknya sebelum membuka mulut

" Ini ada kaitan dengan Mama Jessica,Mama tak sampai hati kalau tak beritahu Ai "

Sebut saja nama Jessica. Mata Ai terus membulat ingin tahu yang membuak-buak. Makanan dihadapan sudah dilupakan. Dia hanya memerhatikan Mama Fei sekarang. 

" Mama Fel,Mama Jia dan Mama Tiffany semua dah tahu tentang isteri papa Mama Jessica sebelum Papa beritahu lagi,kami tahu sebab Mama Jessica pernah datang ke rumah agam ni untuk berjumpa dengan Papa"

Terang Mama Fei 

Tapi Ai tahu,Mama Jessica tak pernah berenggang dari rumah usang mereka.

" Masa tu Mama Jessica cuma nak hantar kuih yang Papa tempah,tapi melihat cara Papa melayan Mama Jessica,kami tahu dia bukan orang biasa, dan Mama Jia selalu datang ke pasar tempat Mama Jessica beli barang dapur,serba sikit kami kenal Mama Jessica"

Tambah Mama Fei lagi. Ai hanya diam. Semua ni bukanlah rahsia bagi mereka semua. 

"  tapi Mama Fei kenal Mama Jessica sebab kami pernah satu sekolah menengah dulu,Mama Jessica tak habis sekolah sebab tak ada wang nak bayar yuran,sejak tu Mama tak nampak lagi mana dia pergi, sekarang masa Mama nak jumpa dia semula,dia dah tak ada..."

Tampak benar riak wajah Mama Fei yang rindukan Mama Jessica meski cuma teman sekolah.

Fei menggengam tangan  Ai erat. Memandang tajam kedalam mata gadis tersebut

" Mama Cuma nak ingatkan kamu dan Sehun,hati-hati dengan orang dalam rumah ni,tak kira sesiapa pun,jangan terlampau percayakan mereka. Anggaplah diri kamu dan Sehun seekor kambing dan ada Serigala yang menyamar sebagai kambing,tunggu masa untuk terkam kamu berdua "

" tapi kenapa Mama Fei,apa yang kami dah buat?"

Ai hairan. Entah apa salah mereka sampai diburu macam ni.

" Cemburu,dengki dan...Mama Fei tak pasti,Ai kena cari tahu sendiri tapi yang penting jaga diri. Mama tak nak nasib kamu sama macam Mama Jessica"

.

.

 

Satu minggu berlalu. Ai mengikut nasihat Mama Fei bagi. Matanya sentiasa meneliti orang sekeliling. Dalam masa seminggu. Tak ada apa yang berlaku. Semua senyap. Lay senyap. Suho senyap. Kris senyap.

Chanyeol. Kai. Kyungsoo masih berada dihospital dan belum pulih sepenuhnya. Mereka perlukan rehat yang cukup.

Nasihat Mama Fei masih tergiang ditelinga Ai. Adakah wanita tersebut bercakap benar atau sekadar ingin menakutkan dirinya?.

Ai beritahu Sehun berkenan hal tersebut. Dia tak percaya yang pembunuh Mama Jessica ada didalam rumah mereka.

Dan orang yang sama akan habiskan mereka juga. Bila difikir kembali. Agak menyesal kerana berpindah kesini. Tapi kemana pun mereka pergi. Kalau dah kata dengki. Pasti akan cari sampai lubang cacing.

Papa dah pun balik dari kerja dia disyarikat diJepun. Ada masalah sikit katanya.

Lepas makan malam. Baekhyun dipanggil masuk kepejabat Papa. Mesti ada perkara penting nak dibincangkan.

Ai ambil keputusan untuk mengendap walaupun dah dilarang Sehun banyak kali. Dia tahu apa dia buat. Dia akan hati-hati.

 

Siwon mengelilingi Baekhyun. Wajah remaja itu kian pucat. Matanya tak tahu hendak memandang ke mana sebab Papa Siwon sentiasa memerhati dia tajam.

" Kamu betul tak nak sekolah lagi?"

Soal Siwon dengan nada rendah namum menyeramkan. Ai yang mengintai disebalik pintu berasa kecut perut. Dia tak pernah melihat Papa yang serius macam tu.

Mungkin mereka jarang bertemu. Setiap pertemuan adalah mengembirakan jadi Ai tak fikir Siwon boleh jadi sekarang itu. Tak hairan kalau Kris pun garang.

Baekhyun diam tak menjawap. Hatinya berbolak balik. Fikiranya kusut.

" kalau diikutkan kamu paling rendah kedudukan dalam keluarga kita. Sedangkan Tao yang baru enam belas tahun dah naik dua tahun,dan sekarang dia akan graduate dengan Kai dan kembar kita,tak malu ke?"

Baekhyun menutup matanya. Ai dapat rasakan betapa sesaknya dada Baekhyun untuk bernafas.

Siwon berhenti dihadapan Baekhyun. Remaja itu tertunduk takut. Tapi dia beranikan diri untuk bersuara.

" kedudukan Baekhyun rendah,jadi Baekhyun bukan anak Papa lagi?" 

Suara tersebut kedengar bergetar. Ai menelan salova. Dia sendiri akan takut jika berada disituasi Baekhyun

" jangan nak mengarut Baekhyun,kamu patut ubah diri kamu untuk jadi yang terbaik,Papa ni tak selamanya hidup, kalau satu hari nanti papa tak ada. Siapa akan tolong kamu kalau bukan diri kamu sendiri?"

Nasihat Siwon. Banyak-banyak anak. Kenapa mesti Baekhyun?

Baekhyun tak nak bersuara. Dia tak nak bertikam lidah dengan Papa dia sendiri. 

" Papa nak kamu ambil kelas malam macam pelajar lain,papa tak nak tengok kamu ada dekat rumah,kamu kena belajar dan belajar sampai graduate dan masuk ke University,faham Choi Baekhyun?"

"Baik..papa.."

Jantung Baekhyun bagai nak jatuh bila nama penuh dia disebut Papa. Selalunya Papa akan panggil dia dengan panggilan manja macam 'Baekkie' . Semuanya dah berubah..

Papa Siwon lebih tegas berbanding dulu.

Ai cepat-cepat bersembunyi disebalik pokok hiasan ketika Baekhyun keluar dari pejabat Choi Siwon. Wajahnya tampak begitu sedih dan tak bermaya.

Kasihan.

 

.

 

" Semalam masa jejalan kat sekolah,Sehun ada nampak kertas soalan Baekhyun dekat meja cikgu,dia tak jawap langsung,kertas semua kosong,Sehun tak faham kenapa dia buat macam tu"

Tertanya-tanya. Sehun tak salah tengok. Itu memang kertas soalan Baekhyun kerana ada nama lelaki tersebut tetapi yang dijawap hanyalah contengan biasa dan selebihnya dikosongkan.

" Mungkin dia memang tak tahu nak jawap mana-mana soalan" 

Jawap Ai sambil mengemas buku-buku dan masuk kedalam beg sekolah.

" Mungkin..."

Sehun tak berapa setuju dengan pandangan Ai. Dia akan cari jawapanya sendiri. Dia tak nak buatkan Ai berfikir lebih rumit.

Sehun akan cuba berpura-pura minta tolong Baekhyun esok.

.

.

 

Baekhyun terkejut ketika ada sebuah buku yang muncul dari langit jatuh keatas meja dia. Tapi bila dia mendongak. Dia melihat sosok tampan lelaki bernama Choi Siwon. Adiknya..

Wajahnya yang selamba bertukar menjadi garang entah kenapa. Dia memang tak suka kembar ni nampaknya.

Sehun menarik kerusi dihadapan dia. Duduk berhadapan dengan Baekhyun. Buku latihan diselak tanpa bersuara.

Baekhyun memeluk tubuhnya

" Mesti Papa suruh kau ajar aku kan?,jangn buang masa please"

Kata Baekhyun sombong. Sehun memandang lelaki tersebut tajam . 

" Papa? Papa tak beritahu apa-apa pun,by the way Sehun nak minta tolong ajarkan addmath,soalan nombor 7 ni"

Sehun mengeluarkan kertas yang terselit dibuku teks addmath dia lalu ditunjukan dihadapan Baekhyun.

" Kau ni bodoh kenapa soalan macam tu pun tak boleh jawap?"

Spontan Baekhyun bersuara lalu mengambil pen untuk menyelesaikan masalah soalan tersebut. 

Sehun memerhati dan terus memerhati. Jantungnya berdegup kencang. Baekhyun menyelesaikan soalan tersebut lebih cepat dari Cikgu addmath mereka.

" Nah!"

Siap!. 

Terkedu. Sehun termenung sebentar sebelum melihat jawapan Baekhyun. Dia memeriksa jawapan tersebut dimuka surat belakang. Dan semuanya betul. Dari jalan kira ke jawapan.

Membuatkan Sehun lebih terasa aneh. Rasa tak sedap hati. 

Sehun terus berterima kasih dan meminta diri. Baekhyun menggeleng kepala sebelum sambung tidur. Dia tak sedar apa yang berlaku.

 

 

Sehun meletakan kertas

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ssadssad #1
♥♥♥♥♥