Part 1

HeartBeat
Please Subscribe to read the full chapter

 

Choi Sehun mengemas bagasinya dengan rapi. Sesekali wajah arwah ibu yang didalam gambar bingkai dipandang sayu. 

Mengikut hitungan hari yang yang tak ralat. Ini sudah masuk 3 bulan sejak Choi Jessica,nama arwah ibu Sehun meninggalkan dia dan adik Melba dia,Choi Ai Hyun sendirian dirumah usang ini.

Jessica meninggal disebabkan kemalangan jalan raya ketika ingin melintas jalan  . Langgar lari,sampai sekarang mereka masih belum dapat pasti siapa pelakunya. Sehun geram. Tapi takdir sudah tulis semuanya.

Sehun cuma berharap si pelaku dapat tampil dan memohon maaf. Berharap ibunya tenang disyurga.

Bagasi yang sudah siap dikemas. Di tarik keluar dari bilik yang tiada pintu itu. Hanya terhalang oleh langsir berwarna biru.

Kepalanya diangkat ketika melihat kaki menghampiri dirinya.

Choi Aihyun. Riaksi wajahnya jelas kelihatan sedih untuk meninggalkan rumah mereka. Meskipun buruk. Banyak kenangan indah yang terukir disini. Mereka cukup bahagia bertiga. Sementara si ayah jarang sekali pulang kerumah.

Tapi Sehun dan Ai masih sayangkan ayah mereka sebagaimana mereka sayangkan si Ibu. 

Jessica mendidik anak kembar dia dengan sangat bagus dan baik.

Sehun menegur adik kembar yang lewat 5 minit dari dia.

" Ai dah sedia nak pergi rumah baru?"

Ai menggaru pipinya. Cuma menyembunyikan mata merah disebabkan menangis. Dia masih terkejut dengan pemergian Si Ibu. Hati dia masih tak tenang.

" Boleh tak Ai tak nak pergi?"

Sehun sudah dapat agak apa yang bermain difikiran Ai.

" Untuk ke sepuluh kali,Kita kena keluar dari rumah ni, Ayah dah tunggu dekat depan,ayah nak kita ikut dia,jangan kecewakan ayah Ai"

" tapi Ayah bagi kita pilihan kan.."

Mata Ai mula berkaca-kaca,dia sedia untuk menangis lagi dan Sehun tak akan sampai hati melihat adik dia bersedih.

" Ai,selama 3 bulan kita makan bubur,selama tu juga Ai menangis setiap hari,Sehun harap tempat baru kita nanti akan buat kita rasa lebih tenang"

" tapi Ai rasa tak sedap hati..mak tiri..abang-abang tiri..semuanya asing.."

Sehun menghela nafas. Mereka tak patut bincang pasal hal ni lagi. Dia mengambil bagasi Ai dan bawanya keluar rumah lalu dimasukan kedalam kereta Si ayah

Choi Siwon.

Ai memeluk erat Siwon. Dia tak nak lepaskan lelaki tersebut. Satu-satunya tempat dia dapat lepaskan perasaan sedih dan rasakan kasih sayang.

" Maafkan  Papa sebab rahsiakan tentang keluarga kita. Tentang ibu-ibu tiri dan abang-abang kamu"

Siwon mengusap belakang Ai sayang. Rasa kecewa dengan diri sendiri. Sebab rahsiakan hal yang penting sampai mereka berusia 18 tahun.

" Ai tak kisah,Ai tak pernah kecewa dengan Papa apatah lagi nak marah dengan Papa"

Ai tahu dia tak akan dapat apa-apa pun kalau memberontak. 

Siwon ber syukur anak kembar dia dapat faham apa yang berlaku dan tak buat situasi makin rumit.

Malam mula menjelma dan mereka bertolak ke rumah agam Siwon yang tak jauh dari rumah mereka. 

Tapi si kembar tak pernah tahu itu rumah Choi Siwon

 

⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡

 

Choi Siwon bernikah dengan Isteri pertamanya,Jia ketika dia berumur 20 tahun. Berkahwinan pilihan ibunya sendiri. Telah dikurniakan tiga orang anak .

Sebelum anak kedua Jia dilahirkan. Siwon telah menikahi seorang janda anak dua bernama Fei yang merupakan kekasih zaman sekolah dia dahulu. Jia membantah tapi perkahwinan tetap dilangsungkan  dan mereka akhirnya tinggal serumah. Fei dikurniakan dua anak bersama Siwon

Tak cukup dua. Siwon yang kebetulan bercuti ke amerika sendirian telah berjumpa dengan seorang model majalah vogeu yang sangat menawan dan y. Disebabkan mereka jatuh cinta. Akhirnya Siwon mengahwini isteri ketiganya bernama Tiffany . Namun Tifanny disahkan mandul. Akhirnya Tiffany mengambil tiga anak angkat . 

Mungkin tiga sudah mencukupi. Tapi Siwon sukakan family yang besar.  Dia berjumpa dengan Jessica ketika membeli sayuran dipasar untuk isterinya yang mengidam. Sebab dia tahu betapa susahnya Jessica.

Hendak makan sesuap nasi dan hidup seorang diri. Akhirnya disebabkan Cinta dan rasa kasihan Siwon mengahwini Jessica namun kali ini dia merahsiakanya.

Dia tak mahu isteri-isteri dia memandang rendah terhadap Jessica,walhal. Jessica jauh lebih baik dari isteri dia yang lain. Jessica tidaklah muda ketika itu sebab umurnya sebaya Tiffany.

Namun yang buat Siwon paling tersentuh ialah. Jessica tak mahu tinggal dirumah mewah yang Siwon sediakan. Dia hanya mahu tinggal dirumah usang peninggalan ibubanya saja.

Siwon tidak membantah. Dia berikan apa yang Jessica perlu seperti isterinya yang lain. Memberikan peralatan dapur yang lebih moden dan sebagainya. Meski Jessica cantik dia sering merendah diri.

Itu yang buat Siwon tertarik. Namun setiap isteri ada kelebihan masing-masing. Dan Siwon sayangkan mereka semua secara adil.

Perkahwinan masuk 3 tahun, Jessica disahkan hamil anak kembar adalah berita paling gembira buat Siwon. Keluarga dia akan makin berkembang. Dan Tiffany mengambil anak angkat yang sama tahun dengan anak Jessica.

Dan sekarang Siwon mempunyai 12 anak. 

Hari berganti hari. 

Siwon terlalu sibuk dengan kerja dan keluarganya. Tapi setiap senyuman anaknya memberi dia tenaga yang baru dan hari dia merupakan hari yang baru setiap hari.

Siwon tak mahu menceritakan kesusahan dia bekerja tapi dia lebih suka ceritakan bagaimana anak-anak dia membesar dengan sihat dan tampan.

Siwon. Ayah yang tak pernah mengalah dan sentiasa berlaku adil. Sehingga semua anak-anak sayang dan menghormati dirinya. Mereka rapat bagai adik beradik. Tiada dinding diantara Siwon dan anak-anaknya.

Tapi tetap. Siwon tak akan tahu rahsia terbesar mereka. Mungkin dia rasa. Anak-anak dia cukuo bagus dan selamat.

Kesilapan kecil kadang boleh menghilangkan senyuman diwajah.

 

⚡⚡⚡⚡⚡⚡⚡

 

Mereka tiba di rumah agam Choi Siwon. Beberapa buah kenderaan terparkir . Dari kereta mahal sampailah kemotor berkuasa tinggi . Sehun kagum. Sekaya manakah ayah dia. Ni. The other side of Father yang Sehun tak pernah nampak.

Namun rumah tersebut sangat sunyi. Hanya ada maids yang menyambut mereka dan barang mereka semua dibawa oleh pembantu yang ada kebilik mereka.

Ai dan Sehun menaiki tangga yang seperti didalam filem disney. Bagaikan dalam mimpi. Mereka dapat berada didalam rumah yang mewah macam ni. Hiasan yang cukup elegant dan tersusun dengan rapi.

Bilik mereka berada dihujung lorong. Bilik Ai dan Sehun berhadapan.

Siwon mengikuti mereka dari belakang sambil tersenyum melihat wajah kagum anak kembar dia. Ini yang sepatutnya dia lakukan dari dulu. Memberi tempat yang selesa dan mewah.

Ai meneliti setiap sudut biliknya yang sempurna

" macam mana,Ai suka?" Soal si ayah pada Ai

" kalau ada Mama lagi seronok.."

Jawap Ai spontan. Dia terlalu rindukan wanita tersebut. 

Siwon mengangguk mengiyakan. Lagi seronok kalau Jessica dapat bersama mereka...

" Pukul 8 turun bawah,kita makan malam,sekali Papa kenalkan kamu dengan suadara kamu yang lain"

"Baik Papa.."

Jawap Ai perlahan. Semangat dia semakin berkurang.

Siwon berlalu pergi meninggalkan anak kembar mereka.

Sehun menyiku Ai

" Siap tau,rumah baru jangan buat perangai"

Nasihat Sehun sebelum masuk kedalam bilik dia . Meninggalkan Ai yang kesepian.

Gadis itu menghela nafas ringan. Dia duduk dipenjuru katil. Memeluk tubuhnya yang terasa dingin. Matanya tertutup rapat. Menahan air mata 

" Mama,kenapa tak bawa Ai sekali ke syurga?..Mama tau kan Ai tak boleh hidup tanpa mama,hiks..hiks.."

Ai menitis kan air mata yang tak terkira. 3 bulan berlalu. Tapi Ai masih lagi rasa hangat gengaman ibunya,Jessica.

Dia tak tahu nak buat apa selain memangis mengenang nasibnya.

Biar tak punya harta asalkan ada keluarga tercinta..

Kemewahan ni tak akan dapat menandingi kenangan memori bersama keluarga.

Ai rasa kosong 

 

⚡⚡⚡⚡

Makan malam keluarga Choi Siwon.

Meja panjang dihias cantik bersama hidangan mewah malam itu. Stik daging korea yang mahal. Isteri-isterinya duduk dikiri dan kanan Siwon.

Tersusun cantik bak pemaisuri.

Sehun dan Ai duduk bersebelahan dihujung meja. Diam membeku tanpa sebarang suara. Semuanya terasa asing. Termasuk saudara-saudara yang mula pandang mereka lain macam.

Ai tak tahu nak pandang mana jadi dia hanya tunduk bawah. Berbeza dengan Sehun yan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ssadssad #1
♥♥♥♥♥