002

Goodbye, Love You.
Please Subscribe to read the full chapter

Haneul sedang mengemas buku-bukunya yang berselerak di atas meja sebelum loceng sekolah berbunyi menandakan waktu rehat. Haneul memandang sekilas jam di tangan kanannya sebelum dia melangkah keluar dari kelasnya.

   "Makcik!" Haneul hampir terkena serangan jantung apabila Chanyeol menyergahnya dari belakang pintu sebaik sahaja dia keluar. Sedang asik Chanyeol ketawa melihat telatah Haneul, belakang kepalanya menjadi mangsa hempukan Haneul. Agak kuat juga Haneul memukulnya sehingga Chanyeol hampir terjatuh.

   "Itu makannya kalau terkejutkan aku." Kata Haneul sambil meniup tapak tangannya yang baru sahaj singgah di kepala Chnayeol sebentar tadi. Chanyeol menggosok kepalanya dengan muka yang berkerut. Tidak dapat dinafikan bahawa Haneul seorang yang kuat.

Sesampai sahaja mereka di kafe sekolah, Haneul terus mengambil tempat duduk bersebelahan dengan tingkap yang mempunyai pemandangan yang luas.

   "Kau tak beli makanan ke?" Soal Chanyeol kepada Haneul.

   "Semalam kau kata kau nak belanja kan? Jadi, kau boleh belikan aku sekali," Haneul memberi senyuman ketika dia memberitahu Chanyeol. Lelaki itu hanya membisu sebelum dia menjeling Haneul dan pergi membeli makanan di kaunter kafe tersebut. Sebaik sahaja Chanyeol hilang dari pandangan, Haneul mula duduk bersandar like a boss. Bukan senang orang nak belanja, hewhew.

   "Hanaeul," Haneul menukar pandangannya dari tingkap kepada orang yang memanggil di sebelah. "Can I join you?" seorang pelajar perempuan yang berpakaian sama seperti Haneul tersenyum manis.

   "O-oh, senior Nana..." Haneul membetulkan posisi duduknya kpada yang lebih sopan. "Duduklah," pelawa Haneul kepada seniornya itu. Nana mengambil tempat duduk berhadapan dengan Haneul dan meletakkan dulang makanannya di atas meja.

Baru sahaja Nana ingin membuka mulut, Chanyeol tiba dengan membawa dulang makanan yang berisi dua cawan air dan dua bungkus roti yang menjadi santapan mereka sebentar lagi. Nana sedikit terkejut apabila dia melihat Chanyeol berdiri di hadapannya.

   "Senior Nana nak join kita, boleh kan?" Haneul bertanya kepada Chanyeol. Nana hanya diam menunggu jawapan. Chanyeol mengangguk tanda setuju sebelum dia meletakkan dulang makanan di atas meja dan duduk diantara dua gadis itu.

Mereka hanya berdiam diri sepanjang menikmati makanan. Agak janggal juga Haneul melihat Nana bersebelahan dengan Chanyeol. lagi-lagi apabila Nana pernah mempunyai hubungan dengan Chanyeol dan berita itu hampir tersebar satu sekolah.

   "Haneul, boleh saya cakap dengan Chanyeol sekejap?" Pinta Nana menyebabkan Haneul berhenti mengunyah makanan begitu juga dengan Chanyeol. Haneul memandang Chanyeol meminta keputusan. Seperti yang dijangka, Chanyeol tidak bersetuju. "Please?"

Haneul mengangguk. Belum sempat dia ingin berganjak, tangannya dipegang oleh oleh Chanyeol. Haneul memandang Chanyeol sekilas sebelum melepaskan pegangan itu dan beredar dari tempat itu.

   "Apa lagi yang senior nak?" Tanya Chanyeol dingin.

   "Please, let me explain-" kata-kata Nana terhenti apabila Chanyeol menghentak meja dengan kuat sambil berdiri.

   "No need." Dengan dua perkataan Chanyeol terus beredar dari situ dengan membawa makanannya. Nana yang ditinggalkan terpinga-pinga hanya mampu mengeluh.

***

   "Jauhnya kau pergi." Haneul tersentak mendengar suara Chanyeol dari belakang. "Aku suruh kau stay je an kat kafe tadi." Sambung lelaki itu.

   "Senior Nana nak cakap dengan kau je an. Buat apa aku nak menyibuk?" Balas Haneul. Dia menahan rambutnya daripada di tiup angin.

   "Kau jealous eh?" Usik Chanyeol.

   "Kau nampak ni?" Haneul menunjukkan tapak tangannya. Hampir sahaja muka Chanyeol menjadi mangsa.

   "Ish kau ni, asik nak belasah aku je." Chanyeol mengerutkan mukanya. "Ni ha roti kau tadi." Chanyeol menghulurkan roti yang dibeli untuk Haneul di kafe tadi.

   "Nasib baik kau bawa. Aku lupa pula nak amik roti ni tadi. Kau tahu tak aku lapar gila tadi." Haneul terus mencapai roti tersebut dan terus memakannya tanpa menghiraukan Chanyeol di sebelah.

   "Yah, agak ah nak makan tu jangan sampai ignore aku kat sini." Chanyeol menggoncang badan kawannya itu hingga tercekik. "Kau okay tak ni?" Sudah terang lagi bersuluh Haneul sedang tercekik.

   "A-air... air... ehek ehek," kata Haneul yang dalam kecemasan. Deseprate sangat keadaannya. Chanyeol mencari-cari air di sekelilingnya namun hampa. Menyesal pula dia tidak bawa sekali minuman yang dibeli tadi. Hanya satu cara sahaja sekarang ni yang boleh membantu Haneul yang tercekik.

PAP!

Chanyeol memukul kuat belakang Haneul dengan perasaan yang risau.

   "AUCH!" Haneul menjerit kesakitan. Apa yang Chanyeol buat ni? Sekejap, dah tak tercekik! Chanyeol yang melihat keadaan Haneul kembali normal berasa lega. Namun, perasaan lega itu hanya sekejap apabila Haneul memandang tajam ke arahnya.

   "Sakit gila kau pukul!" Haneul menghadiahkan jentikan yang mantap kepada dahi Chanyeol.

   "Kau ni tak berperikemanusiaan betul!" Kata Chanyeol yang menggosok dahinya. Haneul hanya ketawa kecil melihat reaksi Chanyeol. Dia memang suka pukul-memukul kawannya yang seorang itu dari kecil.

Mereka menghabiskan waktu rehat berdekatan padang sekolah yang tidak ramai orang ketika itu. Angin sepoi-sepoi yang meniup membutkan keadaan bertambah tenang. Mereka berbual tentang perkara yang tidak munasabah dan bergelak tawa dengan puas. Tidak terlepas juga Haneul untuk membuli dan dibuli oleh Chanyeol.

Haneul menyuap sedikit rotinya ke dalam mulut Chanyeol ketika dia ketawa menyebabkan Chanyeol hampir tersedak. Haneul juga turut ketawa melihat keadaan Chanyeol.

Haneul melihat muka Chanyeol dan berhenti ketawa. Lama juga muka lelaki itu diperhatikan. Chanyeol yang mula perasan akan hal itu hanya membalas pandangan itu dengan pelik.

   "Kenapa?" Pertanyaan Chanyeol tidak berjawab. Dengan perlahan Haneul mendekatkan wajahnya kepada wajah lelaki itu membuatkan Chanyeol berdebar melebihi had. Chanyeol hanya berdiam tidak berganjak. Tangan Haneul perlahan menyentuh bibir Chanyeol sebelum dia menjauhkan mukanya semula.

   "Ada krim roti tadi," kata Haneul selepas dia membersihkan mulut Chanyeol. Lelaki itu berdehem untuk mengurangkan rasa janggal. Dia melonggarkan sedikit tali lehernya dan melihat sekeliling. Mukanya berasa bahang ketika itu.

   "Cakaplah awal-awal, ingat kau nak kiss tadi," kata Chanyeol dengan berani walaupun mukanya yang sudah memerah. Haneul ketawa sebagai balasan kepada penyataan Chanyeol.

   "

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 4: Oh man terharu pulak kita bila authornim tetiba mention ni. Btw, em chapter ni sedih la, saya takmau Haneul mati! Nanti sapa nak teman Chanyeol hari2? Em ;(
lilylunalove
#2
Chapter 3: Pls la knapa Haneul mesti nak satukan balik Chanyeol dgn Senior Nana? Dia pun tau kan Chanyeol dh tak sukakan Senior Nana tu. Lagipun sptutnya bila dia dh tau yg dia tak lama lgi nak hidup, she should confess her feeling and make herself happy not anyone else.
lilylunalove
#3
Chapter 3: Oh gosh seriously plot cerita ni menarik tapi kenapa mesti Haneul sakit? Hm ;(