004

Goodbye, Love You.
Please Subscribe to read the full chapter

Hari sukan telah tiba. Keempat-empat rumah sukan; Biru, Merah, Kuning dan Hijau sibuk menyiapkan persiapan atlet bagi pihak masing-masing. Sesetengah pelajar juga sibuk menyediakan makanan dan minuman untuk dijual.

   "Good luck," kata seorang gadis yang berpakaian serba merah kepada sahabat baiknya yang sedang membuat regangan di tepi padang. Botol air mineral di sebelah dicapai sebelum meneguk dengan perlahan.

   "Yah, Haneul. Patutnya kau bagi support pada aku, kawan pasukan kau, bukan pada pasukan lawan." Sampuk Baekhyun yang juga sedang membuat regangan bersama Chanyeol. Haneul hanya tersengih memandang Baekhyun. Walaupun Chanyeol dan Haneul tidak sepasukan, mereka tetap memberi sokongan sesama sendiri.

   "Dia tahu kau lari tak laju sebab tu dia tak support kau, haha..." Gurau Chanyeol. Dia ketawa apabila melihat muka Baekhyun yang berkerut menahan geram. ada kalanya dia merasakan Baekhyun merupakan seorang lelaki yang comel. Dia pernah memberitahu Haneul jika dirinya seorang perempuan, Baekhyunlah lelaki yang akan dijadikan sasaran sebagai teman lelakinya, lol.

   "Even aku pendek, aku lari laju tahu!" Baekhyun mempertahankan dirinya. Mata dijulingkan ke atas.

   "We'll see." Kata Chanyeol lagi dengan senyuman sinis. Haneul yang melihat interaksi antara mereka berdua hanya ketawa. Apabila pengumuman untuk para pelari pada petang itu dibuat, Chanyeol dan Baekhyun pergi bersedia ke garisan permulaan bersama dengan pelari-pelari yang lain.

Haneul mengambil tempat duduk di antara pelajar-pelajar yang lain untuk melihat acara lari 400 meter itu dimulakan. Sebaik sahaja wisel ditiup, kesemua peserta acara tersebut memulakan langkah masing-masing.

Seperti kebanyakan pelajar di situ, Haneul juga memberi sokongan yang padu kepada peserta di padang terutama sekali kepada Chanyeol yang kini berada di paling hadapan di antara peserta-peserta yang lain.

Belum sempat dia melihat Chanyeol sampai ke garisan penamat, dadanya terasa sakit. Segera Haneul beredar ke bilik air yang berdekatan dengan membawa sebotol air mineral. Dia mengeluarkan ubat yang dibawa bersama sebelum menelannya bersama air mineral yang dibawa. Selepas sahaja ubat tersebut sampai ke dalam badannya, dia melihat pantulan mukanya di cermin.

   "Berapa lama lagilah kau akan bertahan, hati?" Haneul memegang dadanya. Dia mengeluh sebelum membasuh tangannya dan kembali semula ke padang. Sebaik sahaja dia melihat di padang, semua peserta sudah menamatkan larian masing-masing. Dia meninjau sekeliling untuk mencari sahabat lelakinya.

Langkahnya terhenti apabila dia melihat Chanyeol sedang terduduk di bangku seorang diri. Mukanya seperti sedang menahan sakit sambil tangannya menyapu kaki. Niat Haneul untuk pergi ke arahnya terbantut apabila dia melihat Nana menghampiri Chanyeol dengan membawa first aid. Nana merupakan seorang antara ahli untuk bantuan kecemasan dan ditugaskan untuk merawat peserta-peserta yang cedera.

Hatinya terasa sesuatu yang bukan dari penyakitnya apabila Chanyeol tidak menolak Nana untuk merawatnya. Nana mengurut kaki Chanyeol dengan lembut sebelum meletakkan ubat yang sepatutnya. Muka Chanyeol berkerut-kerut menahan sakit tersebut.

   'Dia sakit. Mestilah dia takkan tolak kalau senior Nana nak tolong.' Bisik Haneul sebelum memalingkan badannya. Dia tidak patut merosakkan keadaan itu.

   "Haneul! Kawan kau injured ni!" Kata Sora dengan kuat tetapi Haneul tidak menoleh. Dipekakkan sahaja telinganya pada ketika itu.

   "Yah, Haneul! Tolong aku! Argh! Haneul!" Sambung Chanyeol dengan lakonan yang melebih-lebih seperti dijemput ajal sahaja.

   'Aduh, spoil ah Sora!' Haneul mengeluh. Dipalingkan badannya ke belakang sebelum melangkah ke tempat Chanyeol yang masih lagi setia diurut oleh Nana. Haneul yang melihat tangan Nana pada kaki Chanyeol hanya mampu tersenyum tawar.

   "Overacting betul ah kau ni." Kata Haneul dengan nada gurau. Riak ceria dipamerkan di muka apabila memandang Chanyeol sebelum pandangannya dijatuhkan kembali pada kaki lelaki itu. Chanyeol menyandarkan kepalanya di atas bahu Haneul apabila gadis itu duduk disebelahnya. "Sakit sangat ke?" Tanya Haneul risau.

   "Sakit sangat. Rasa macam nak patah je." Jawab Chanyeol dengan muka sedih. Haneul menunjukkan muka yang menyampah kepadanya.

   "Eleh, terseliuh sikit je pun nak mengada." kata Haneul.

   "Mengada dengan kau je." Chanyeol membalas dengan selamba. Haneul melihat riak muka Nana berubah apabila Chanyeol berkata sedemikian.

   "Err, kau mesti haus kan? Biar aku amikkan air." Haneul menolak kepala Chanyeol menjauhi bahunya sebelum bangun dari duduknya. "Sora, ikut aku." Haneul menarik tangan Sora disebelahnya sebelum sempat dibantah. Haneul sempat memadang Nana dengan pandangan yang penuh makna. Nana yang tahu akan maksud itu hanya mengangguk.

Nana berdehem seketika sebelum memandang Chanyeol. Lelaki itu mengalihkan pandangannya ke tempat lain, tidak mahu bertentang mata dengan gadis yang berusia setahun lebih tua daripadanya.

   "Chanyeol," panggil Nana lembut. Chanyeol masih lagi berdiam. Kalau nak diikutkan hati, mahu sahaja dia pergi dari situ, tetapi malangnya kaki yang sakit menghalang dia berbuat sedemikian.

   "I'm sorry." Perkataan yang sering diucap oleh Nana padanya.

   "Penat ah dengar ayat tu." Chanyeol memalingkan mukanya. Dia sudah serik dengan ayat yang sama keluar dari mulut bekas teman wanitanya. Sejak dia dapat tahu bahawa Nana mempunyai hubungan sulit dengan pelajar sekolah lain, Chanyeol terus memutuskan hubungannya dengan gadis itu tanpa mendengar penjelasan terlebih dahulu.

   "I kena paksa kahwin dengan dia, sebab itu I buat semua ni." Terang Nana. "Keluarga kitorang memang dah planned perkahwinan ni." Nana memandang ke bawah. Chanyeol yang agak terkejut dengan penyataan itu menoleh ke arah Nana.

   "Kahwin? Dalam umur macam ni?" Soal Chanyeol dengan dahi yang berkerut. Nana hanya mengangguk lemah. "Kenapa tak bantah je?" Sambung Chanyeol.

   "Dah banyak kali I bantah, but you know that kind of father." Nana mengeluh. "Nak tak nak, I kena ikut juga." Chanyeol terdiam. Dia rasa bersalah kerana selama ini dia pergi tanpa mendengar penjelasan yang sebenar.

   "Lelaki itu baik tak?" Chanyeol menyoal setelah berdiam lama. Nana mengangguk perlahan. "Kau suka?" Nana mengangkat mukanya apabila mendengar soalan Chanyeol. "Kalau suka baguslah. You can stop loving me and start loving him." Kata Chanyeol sambil mengukir senyuman nipis pada bibirnya. Nana membalas senyuman lelaki itu dengan perlahan-lah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 4: Oh man terharu pulak kita bila authornim tetiba mention ni. Btw, em chapter ni sedih la, saya takmau Haneul mati! Nanti sapa nak teman Chanyeol hari2? Em ;(
lilylunalove
#2
Chapter 3: Pls la knapa Haneul mesti nak satukan balik Chanyeol dgn Senior Nana? Dia pun tau kan Chanyeol dh tak sukakan Senior Nana tu. Lagipun sptutnya bila dia dh tau yg dia tak lama lgi nak hidup, she should confess her feeling and make herself happy not anyone else.
lilylunalove
#3
Chapter 3: Oh gosh seriously plot cerita ni menarik tapi kenapa mesti Haneul sakit? Hm ;(