003

Goodbye, Love You.
Please Subscribe to read the full chapter

Seperti semalam, Chanyeol akan singgah di rumah Haneul untuk melawatnya. Namun pada hari ini, dapat dia rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Apabila dia masuk ke dalam rumah, mama tidak bercakap banyak seperti selalu. Terus dia menuju ke bilik Haneul.

Wajah gadis itu diperhati lama sebelum dia menyentuhnya. Senyuman diukir apabila suhu badan Haneul telah berkurang. Mata Haneul yang basah menjadi perhatian Chanyeol. Tisu yang terletak di atas meja dicapai sebelum mengelap mata Haneul dengan lembut. Rasa bersalah menyerbu diri apabila Haneul tersedar.

   "Oh, sorry kalau aku kacau kau." Kata Chanyeol selepas dia mengalihkan tangannya. Haneul tidak berkata apa-apa sebaliknya dia terus menangis teresak-esak. Chanyeol sedikit terkejut dengan perubahan Haneul. Dia memeluk Haneul untuk menenangkannya. Dia tahu kalau dia bertanya apa-apa sekali pun pada saat ini, pasti tiada jawapan yang diberi.

Haneul membalas pelukan itu dengan kuat. Dia berasa sangat sedih ketika ini apabila Chanyeol berada dekat dengannya. Hatinya tidak cukup kuat untuk memikirkan apa-apa. Mulutnya juga terasa berat untuk mengeluarkan kata-kata. Apabila diingat kembali kata-kata doktor di hospital, terus dia menjadi lemah.

   "Kami membuat pemeriksaan dan mendapati bahawa anak puan menghadapi kanser hati tahap 3 dan kami dapati bahawa kanser itu datang dari keturunan suami puan yang telah meninggal dunia." Kata doktor dengan nada yang kesal. "Mama yang berada di sebelah Haneul memeluk erat anaknya dengan air mata yang mengalir. Haneul pula diam tidak bergerak. Bagaikan tidak percaya apa yang didengar. Doktor meminta maaf tanda simpati sebelum keluar daripada wad tersebut.

Kelu lidah Haneul untuk berkata-kata. Perlahan air mata mengalir di pipinya. Pelukan mama sedikir banyak membuatkan Haneul berasa tenang seketika.

   "Ma, jangan beritahu orang lain tentang kanser Han." Itu sahaja ayat yang keluar daripada mulut Haneul ketika itu sebelum dia membalas pelukan mamanya dengan tangisan yang teresak-esak.

Chanyeol meleraikan pelukan apabila Haneul sudah kembali tenang. Dia melihat Haneul mengelap air matanya.

   "Kau okey tak ni?" Soal Chanyeol prihatin. Haneul mengangguk sebelum tersenyum.

   "Maybe demam ni yang buat mood aku down sikit." Haneul memberi alasan. Dia mencapai gelas berisi air di sebelah untuk membaskan tekaknya yang terasa perit. "Kau baliklah dulu. Kau kan baru balik sekolah." Kata Haneul sambil mengelap air matanya.

   "Tak apalah. Dengan keadaan kau macam ni buat aku risau." Chanyeol membantah. Tangannya membetulkan rambut Haneul yang menutup sebahagian mukanya.

   "Aku okeylah. Aku kan kuat. Macam kau tak tahu." Senyum Haneul. Dia perlu kuat di hadapan kawan baiknya itu. "Dahlah, kau balik dulu. Aku malulah dah menangis depan kau tadi, hahaha."

Chanyeol hanya akur. Dia memberi sedikit ruang untuk Haneul bergerak. Matanya hanya melihat pergerakkan Haneul yang menuju ke bilik air.

   "Nak mandi sekali?" Usik Haneul yang berada di pintu bilik air.

   "Ish, tak ingin aku nak mandi dengan kau. Tak syok." Chanyeol membalas usikan tersebut.

   "Haha, sengal." Kata Haneul sambil ketawa.

   "Hmm, aku balik dulu ah. Nanti aku datang lagi." Kata Chanyeol bersiap sdia untuk beredar. Beg digalas di bahu sebelum Haneul mengangguk. Haneul masuk ke dalam bilik air dengan keluhan yang berat setelah pintu biliknya ditutup dari luar oleh Chanyeol.

***

Selepas pulang dari sekolah, Chanyeol mengajak Haneul untuk menemannya pergi ke pasar raya untuk membeli sedikit barang dapur rumahnya memandangkan ibu bapanya akan pulang tidak lama lagi.

   "Banyak juga barang yang dah habis kat rumah kau ni." Haneul melihat senarai barang yang perlu di beli. Terutamanya makanan.

   "Dah kalau kau yang datang rumah aku memang habis ah kau kerjakan." Balas Chanyeol sambil menolak trolley.

   "Kau yang kata buat macam rumah sendiri." Haneul memandang Chanyeol dengan ekor matanya. Chanyeol hanya menjulingkan matanya ke atas. Kalau Haneul datang ke rumahnya memang dia yang berlagak macam tuan rumah.

Haneul memandang ke kanan dan perhatiannya tertarik terhadap serbuk koko di atas rak. Tangannya laju mencapai bahan tersebut tanpa diketahui Chanyeol yang sedang sibuk meneliti senarai barang di tangannya.

Haneul bercadang untuk membuat kek coklat untuk Chanyeol memandangkan itu adalah kek kegemarannya. Selain serbuk koko, dia juga membeli barang-barang lain yang diperlukan.

Hampir satu jam mereka membeli belah di pasar raya tersebut. Setelah selesai membuat bayaran, mereka singgah di Pizza Hut untuk makan tengahari.

   "Hari tu kau kata nak pizza kan? Hari ni aku belanja." Kata Chanyeol setelah mereka berdua mengambil tempat. Mata Haneul bersinar-sinar mendengar ayat tersebut.

   "Omo~ tak adalah aku mengidam lagi lepas ni," kata Haneul dengan ata yang bersinar.

   "Banyaklah kau punya mengidam, kau tu bukan mengandung pun." Chanyeol mengetuk kepala Haneul. Haneul memamdang Chanyeol pelik. Salah ke dia cakap?

   "Habis tu?" Tanya Haneul dengan muka yang berkerut.

   "Kempunan!" Sekali lagi kepala Haneul menjadi mangsa ketukan. Dia menggosok kepalanya sambil menjeling sahabatnya itu. Tulah, masa cikgu ajar kat kelas, dia berangan.

***

KRING!!!

Waktu kegemaran para pelajar telah tiba; waktu rehat. Haneul meregangkan badannya dalam posisi duduk. Pandangannya dialihkan ke sisi. Kepala Chanyeol elok terletak di atas meja yang beralaskan tangan.

   "Kau tidur dalam kelas pun tetap pandai. Kenapalah aku tak ada otak macam kau." Kata Haneul sendirian sebelum dia menggoncangkan badan lelaki itu untuk bangun.

Chanyeol membuka matanya perlahan. Tangan kiri dibawa ke mulut apabila menguap. Dia melihat Haneul mengemas mejanya sebelum meninggalkan kelas.

   "Kau nak pergi mana?" Tanya Chanyeol. Haneul hanya mengeleng kepala melihat Chanyeol yang terpinga-pinga.

   "Balik rumah." Jawab Haneul selamba. Chanyeol hanya mengangguk sebelum menggalas begnya. Haneul ketawa apabila Chanyeol termakan dengan penipuannya.

Selepas Chanyeol sedar bahawa dia dipermainkan, terus dikejar Haneul sehingga ke kafe. Terkekek-kekek Haneul ketawa apabila dia mengenang Chanyeol tertipu dengannya.

   "Yah, dah ah ketawa tu." Chanyeol memandang sahabatnya di hadapan dengan tajam. Haneul menutup mulutnya dan meminta maaf dengan bahasa isyarat.

Setelah selesai mentertawakan orang, Haneul mengeluarkan sesuatu yang dibungkus dan diletakkan di atas meja. Chanyeol memandangnya dengan pandangan 'apa ni?'

   "Aku buat kek." Jawab Haneul yang menyebabkan Chanyeol tersedak. "Kau kenapa?"

  

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 4: Oh man terharu pulak kita bila authornim tetiba mention ni. Btw, em chapter ni sedih la, saya takmau Haneul mati! Nanti sapa nak teman Chanyeol hari2? Em ;(
lilylunalove
#2
Chapter 3: Pls la knapa Haneul mesti nak satukan balik Chanyeol dgn Senior Nana? Dia pun tau kan Chanyeol dh tak sukakan Senior Nana tu. Lagipun sptutnya bila dia dh tau yg dia tak lama lgi nak hidup, she should confess her feeling and make herself happy not anyone else.
lilylunalove
#3
Chapter 3: Oh gosh seriously plot cerita ni menarik tapi kenapa mesti Haneul sakit? Hm ;(