001

Goodbye, Love You.
Please Subscribe to read the full chapter

   "Yah! Park Chanyeol!" Satu jeritan yang mampu membuatkan lelaki itu melepaskan tawanya. Haneul menjeling tajam kepada lelaki yang telah membuatkannya marah. Mana tidaknya, habis satu badan basah kerana dipancut air. Haneul membetulkan bang rambutnya yang sudah melekap pada dahinya. "Penat kau tau tak aku nak buat bang ni!" Jeritnya lagi.

   "Bukan susah pun nak buat bang tu," balas Chanyeol yang masih lagi dengan sisa tawanya. Geli hati melihat gadis yang merangkap kawan baiknya itu bermasam muka sedaya upaya mengembalikan bang rambutnya.

   "Tak susah kau kata? Sini aku rosakkan rambut kau tu, baru kau tau susah ke tak nak jaga rambut!" Kata Haneul sebelum dia mengorak langkah kearah Chanyeol dengan membawa paip yang panjang. Chanyeol melarikan dirinya apabila paip itu dihalakan kepadanya. Kedua tangannya diletakkan di atas kepala bagi menghalang air yang dipancut tidak terkena rambutnya.

   "Haneul! Chanyeol!" Haneul berhenti daripada memancutkan air kepada Chanyeol apabila mamanya muncul di muka pintu rumah. "Mama suruh kamu berdua siram pokok, bukan siram sesama sendiri!" Mamanya becekak pinggang.

   "Dia yang mula dulu, ma." Haneul mempertahankan diri. Chanyeol pula hanya berdiri tegak dengan tangannya di belakang menghadap mama Haneul.

   "Sama je kamu berdua tu. Dah, masuk. Haneul pergi tukar baju Chanyeol, mama dah siap masak tu. Makan dulu sebelum balik." Beritahu mama kepada mereka berdua sebelum masuk menghilangkan diri ke dalam rumah.

   "Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!" kata Haneul sebelum dia masuk ke rumah. Dapat dia dengari gelak tawa kawan itu terhadap pantun yang diberi.

***

   "Bila parents kamu balik?" Tanya mama kepada Chanyeol yang berhadapan dengannya di meja makan.

   "Semalam omma ada call, katanya next week mereka balik." Jawab Chanyeol sebaik sahaja dia menelan makanannya. Haneul yang duduk di sebelah Chanyeol hanya berdiam diri mendengar perbualan mamanya dengan Chanyeol.

   "Nanti jemputlah mereka datang sini. Kita minum-minum kopi macam dulu. Dah lama dah tak berbual dengan mereka." kata mama lagi. Rasanya baru semalam sahaja mereka semua berbual di petang hari sambil menikmati kopi di halam rumah. Bergelak tawa bersama sambil melihat Chanyeol dan Haneul yang masih berumur 5 tahun bermain bersama.

Chanyeol hanya mengangguk. Gelas di sebelah dicapai dan meneguk perlahan air di dalamnya bagi melancarkan pergerakkan makanan di dalam mulut.

   "Malam nanti kau tolong aku buat kerja rumah." Haneul membuka mulut apabila keadaan menjadi sunyi. Dia memandang Chanyeol di sebelah apabila tiada jawapan yang diberi. "Yah..." Haneul menyiku lengan Chanyeol membuatkan lelaki itu sedikit terkejut. "Berangan kau eh depan makanan."

   "Mana ada berangan. Aku tengah fokus makan ni, kacau ah kau ni." jawab Chanyeol.

   "Kau dengar tak aku cakap tadi?" Tanya Haneul sekali lagi.

   "Kau cakap apa tadi?" Jawapan Chanyeol sememangnya meminta ketukan di kepala oleh Haneul. "Auch!" Chanyeol mengusap kepalanya apabila sudu Haneul singgah di kepalanya.

   "Malam nanti tolong aku buat kerja rumah." Ulang Haneul.

   "Kerja apa kau ni? Mana ada kerja rumah cikgu bagi," untuk kali kedua kepalanya menjadi mangsa ketukan Haneul. "Yah! sakitlah!" kata Chanyeol. Dia memandang Haneul geram.

   "Boleh tak kau datang je malam ni?" Haneul membalas pandangan Chanyeol dengan lebih tajam. Mulutnya mengukir senyuman tetapi hanya Chanyeol sahaja yang tahu apa makna di sebalik senyuman itu.

Mama yang berada di hadapan mereka itu hanya menjadi pemerhati. Sudah serik dengan perangai masing-masing. Sejak kecil lagi mereka berdua memang suka buli antara satu sama lain.

***

   "Ini rupanya kerja rumah kau," kata Chanyeol sebaik sahaja dia memasuki bilik Haneul. Kelihatan Haneul sedang khusyuk bermain permainan di komputernya.

   "Shhh, tutup pintu tu. Nanti mama nampak." Arah Haneul tanpa memandang Chanyeol. Matanya masih melekat pada skrin komputernya itu.

   "Motif kau panggil aku malam ni buat apa?" Tanya Chanyeol yang sudah melabuhkan punggungnya di atas katil Haneul. Pandangannya dialihkan kepada Haneul.

   "Kan aku dah kata tolong aku buat kerja rumah." Jawab Haneul.

Chanyeol memandang sekelilingnya sebelum bertanya mana letakkan kerja rumah yang dikatakan Haneul.

   "Dalam beg aku kat pintu tu," jawab Haneul. Matanya masih lagi tidak berganjak dari komputernya.

   "Eh, kerja kau, kau ah amik. Oh, baru aku tahu..." Chanyeol menyilangkan tangannya di dada. "Maksud tolong buat kerja rumah kau ni, kau nak suruh aku yang buat dan kau bolehlah main game kau tu kan?" Teka Chanyeol. Dia pergi sebelah Haneul untuk melihat game yang dimain Haneul sebelum menekan butang stop pada pad kekunci.

   "Yah! Aku tengah lawan bos dia tu!" Haneul memandang Chanyeol dengan pandangan yang tidak puas hati.

   "Sukahati mak bapak atuk nenek moyang kau je kan n

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 4: Oh man terharu pulak kita bila authornim tetiba mention ni. Btw, em chapter ni sedih la, saya takmau Haneul mati! Nanti sapa nak teman Chanyeol hari2? Em ;(
lilylunalove
#2
Chapter 3: Pls la knapa Haneul mesti nak satukan balik Chanyeol dgn Senior Nana? Dia pun tau kan Chanyeol dh tak sukakan Senior Nana tu. Lagipun sptutnya bila dia dh tau yg dia tak lama lgi nak hidup, she should confess her feeling and make herself happy not anyone else.
lilylunalove
#3
Chapter 3: Oh gosh seriously plot cerita ni menarik tapi kenapa mesti Haneul sakit? Hm ;(