Episod 04

My 5 years older Father

Beberapa alatan tulis dimasukkan kedalam bakul. Kemudiam Baek Hyun beralih ke kawasan kertas dan buku sebelum mencapai beberapa bungkus kertas dan buku nota yang agak tebal.

Setelah hampir sejam dia meronda kedai buku itu untuk mendapatkan apa yang diperlukan ,dia akhirnya kembali ke kaunter untuk membayar. 

Kemudian matanya tertarik kearah sebuah beg yang tergantung pada dinding. Beg bewarna hitam dan bercorakkan teddybear bewarna pink itu dibeli sekali tanpa berfikir lama. Dia tersenyum puas setelah melihat kesemua barangan yang dibelinya. 

 

Tepat pada pukul 7 setengah pagi ,Hae Joo akhirnya siap daripada mandinya. Dia keluar daripada bilik air yang sudah sedia ada di biliknya dan terkejut dengan beberapa beg plastik yang terletak diatas katilnya. 

Barangan -barangan alat tulis itu dikeluarkannya satu persatu . Semuanya lengkap untuknya ke kolej. Bagi menjalani kehidupannya di kolej.

Dia kemudiannya terarah kearah sekeping nota kecil yang terlekat pada beg hitam bercorak teddybear itu. 

Fighting for your first day at school!

Hae Joo memandang kesemua barang yang telah dibelikan Baek Hyun untuknya sebelum menghela berat. 

 

Sebaik sahaja keluar daripada bilik,Baek Hyun yang baru menyiapkan sarapan segera berlari mendapatkan Hae Joo . Ditariknya gadis itu lalu didudukkan dihadapan meja. 

Susu segar dituangkannya kedalam gelas lalu dihidangkan di hadapan gadis itu. Sepinggan nasi goreng kimchi yang masih hangat dihidangkannya bersama. 

   "Makan,makan..kamu nak ke kolej ,kena bertenaga"tutur Baek Hyun seperti ibu-ibu yang teruja dengan hari pertama anaknya di tadika.

Hae Joo memandang pelik kearah Baek Hyun yang nampak begitu bersemangat .

Semalam bukan mereka bergaduh ke?. Itu bukan bergaduh ke?.

  "Aku ta--"

  "Tak ada selera?.. Okay ,okay. Kejap"seperti tahu menahu alasan yang akan diberi Hae Joo itu,Baek Hyun segera mengeluarkan senjata rahsianya.

Beberapa keping sandwich telur yang sudah dibungkus dengan plastik diserahkan kepada Hae Joo yang masih terpingga-pingga. "Makan ini bila kamu dah ada selera..."pesan Baek Hyun seraya membuka zip beg yang tersandang pada bahu gadis itu. 

Sandwich sandwich itu dimasukkan kedalam beg gadis itu sebelum dizip semula. 

   "Omo,kita dah lambat. Kelas kamu mula pukul berapa ?..jom,jom"

Tidak sempay Hae Joo ingin menjawab,Baek Hyun terlebih dahulu berlari semula kedalam bilik. Lelaki itu keluar dengan kot hitam tersarung pada badan . 

Beg bimbitnya dijinjit sama sebelum dia mencapai kunci keretanua diatas meja kopi. "Kamu tercengang apa lagi tu sayang. Cepat nanti lambat"panggil Baek Hyun kelam kabut sebelum berlari keluar dari rumah. 

Hae Joo tidak dapat menahan dirinya daripada membuay muka pelik. Apa masalah mamat ni?. Sayang?. Seriously!.

 

Kereta dipakir di tempat biasa,Baek Hyun mematikan enjin keretanya. "Okay jom"tutur Baek Hyun bersemangat. Baru sahaja tangannya ingin membuka pintu kereta,tindakannya segera ditahan Hae Joo. 

Gadis itu segera memegang tangannya dan memandang tepat kearahnya. "Kenapa sayang?"soal Baek Hyun dengan lembut. Seperti seorang ibu bercakap kepada anak kesayangannya yang kencing malam kerana bermimpi buruk. 

   "Stop it with sayang!. Kau pensyarah kan?"soal Hae Joo membuatkan Baek Hyun mengangguk laju dengan wajah yang sungguh naif. 

Mata Hae Joo mengerling kearah pelajar -pelajar yang lalu lalang di hadapan kereta. "Mulai hari ini,kalau kita sampai,jangan keluar saing.. Aku keluar dulu baru kau,faham?"arah Hae Joo dengan tegas.

Baek Hyun mencebik sedepa sebelum bersetuju juga. Apabila gadis itu ingin keluar dahulu,dia segera menahannya.

   "Tunggu,appa lupa..kejap ya"beberapa keping not duit dikeluarkan daripada dompet . 

Baek Hyun menghulurkan sejumlah wang kepada anaknya itu sambil tersenyum lembut. "Duit belanja kamu hari ini"ujarnya membuatkan Hae Joo memandangnya dengan pandangan yang lagi pelik. 

   "Tak payah"tolak Hae Joo dingin. 

  Tanpa kata terakhir,dia terus berlalu keluar daripada kereta. Keluar sahaja,wajahnya terus ditutup dengan beg dan terus berlari keluar. Tidak mahu dilihat oleh orang lain yang dia baru keluar dari kereta seorang pensyarah. 

Baek Hyun sekadar memerhati dengan senyuman . Dia memandang duit yang tidak diambil gadis itu sebelum menyimpannya kembali kedalam dompet. 

Jam disetkan selama 10 minit. 

 

  

Pintu dewan ditolak buka dengan perasaan yang berdebar. Hae Joo melangkah masuk kedalam dewan dengan perlahan . Kalau boleh biarlah tiada yang tahu tentang kehadirannya di situ. 

Melihatkan keadaan kelas yang bising dan masing -masing hanya melakukan kerja sendiri, Hae Joo bak pencuri handalan menyelinap masuk dan duduk di hujung dewan.

Chan Yeol sekadar memerhati seorang gadis yang agak dikenali wajahnya masuk kedalam seperti pencuri. Terenjet-enjet dia melangkah masuk. Lucu pula melihat gayanya . 

  "Ah~penatnya ,kau rasa Prof bagi kerja apa pulak ni?"rungut Jong Dae sambil mengarahkan juniornya mengurut bahunya yang terasa berdenyut -denyut itu. 

   "Entahlah ,aku harap tak ada kerja luar lagi"balas Kyung Soo sambil menyumbat donut kedalam mulutnya yang bercorak hati itu. 

Tidak sampai beberapa minit mereka meneruskan perbualan,pintu dewan tiba -tiba dibuka seseorang. Baek Hyun masuk kedalam dewan dan semja pelajar mula bangun lalu memberi tunduk hormat. 

Hae Joo yang berada dihujung kelas sudah mula gelisah tak tentu fasal. Dia menyorokkan wajahnya di balik buku notanya itu. 

Kenapa dia lecture kelas ni?. Aduh ,apa nasiblah ni

Komputer riba dihidupkan dan Baek Hyun memandang kearah pelajar-pelajarnya sebelum terhenti kearah Hae Joo yang sedang tertunduk-tunduk di hujung kelas. Dia tersenyum dalam diam sebelum kembali fokus kearah skrin komputer ribanya.

   "Class, what about your last assignment?. Is it okay?"soal Baek Hyun dengan suara yang lantang. 

Bergema suaranya di seluruh dewan itu membuatkan jantung Hae Joo makin berdebar. 

   "I heard we have new student today"umum Baek Hyun berpura-pura sedang membaca mesej yang baru diterimanya oleh pihak kolej. 

Para pelajarnya mula tertoleh-toleh. Masing-masing tidak tahu kisah . Baek Hyun menyimpan kembali telefon pintarnya kedalam kocek sebelum matanya tertumpu kearah Hae Joo.

  "By---"tidak sempat Baek Hyun ingin memanggil nama gadis itu,Hae Joo dengan pantasnya bangun. 

   "Han Hae Joo !. Nama saya Han Hae Joo, Prof!"perkenal Hae Joo ,selamba dia sahaja menukar nama keluarganya.

Semua mata terus tertumpu kearah Hae Joo yang sudah mula merah wajahnya. Baek Hyun mengerutkan dahinya sebelum kononnya memeriksa kembali maklumat peribadi gadis itu. 

   "Han Hae Joo?. But here, you state that you are Byun Baek Hyun?"

Hae Joo terkedu . Dia terkena. Dia terkena. Sekarang dia mula nak mengamuk. Apa masalah mamat ni hari ni!?.

  "Ah,itu ada tersilap ... Saya memang Han Ha--"

   "Macam mana boleh tersilap?. Ini maklumat peribadi awak. There 's shoud be no mistake at all..."

Hae Joo hilang punca. Dia memandang Baek Hyun dengan rasa geram yang ditahan. Sekarang ini semua sedang memandangnya dengan pelbagai riak wajah. 

Malunya. 

   "Maaf Prof"akhirnya itu sahaja yang keluar daripada mulutnya . 

   "Maaf tak boleh selesaikan masalah.. Supaya rakan awak tak silap tentang awak,tolong perkenalkan diri awak.. "Tidak mahu melepaskan Hae Joo,Baek Hyun menyerang dengam cara lain. 

Dia memandang tepat kearah Hae Joo yang sudah mengigit bibir. Gadis itu kelihatan kepanasan dan tidak selesa. 

   "Selamat berkenalan.. Saya Han Hae Joo ,pelaja--"

   " Han Hae apa ?. Tolong cakap dengan kuat "arah Baek Hyun tidak puas hati dengan suara perlahan gadis itu. 

 Hae Joo menarik nafas panjang sebelum mengulangi perkenalannya. "Selamat berkenalan ,saya Han Hae Joo ,pelajar tahun pertama aliran lakon" tutur Hae Joo dengan suara yang lebih kuat dan jelas. 

   "Okay then,sit HAN Hae Joo"sengaja nama keluarga itu ditekankan Baek Hyun apabila dia memanggil nama gadis itu. 

Dia meneruskan pengajarannya tentang lakonan dengan sedikit penerangan mengenainya. 

 

Tamat sahaja kelas,semua pelajar terus mengambil haluan masing -masing. Ada yang terus bergegas ke kelas seterusnya,ada yang pulang berehat dan ada yang pergi belajar atau mencekik. 

   "Pergi dulu Prof"

Baek Hyun sekadar mengangguk kecil. Dia menyimpan kembali kompiter ribanya kedalam beg bimbit . Pandangannya kemudian terarah kepada Hae Joo yang masih mengemas barang. 

Gadis itu kemudiannya bangun sebelum mata mereka berdua bertembung untuk sesaat. Hae Joo segera berlalu keluar daripada dewan dengan hentakan kaki yang kuat. 

 

Makanan -makanan yang terhidang enak pada kaunter dipandang Hae Joo dengan mata yang bersinar. Air liurnya ditelan untuk kesekian kali. 

Sekarang dia menyesal kerana menolak wang yang diserahkan Baek Hyun kepadanya. Sedang dia dalam lamunan makanannya sendiri,sesuatu muncul dalam fikirannya. 

Segera dia mengambil tempat di kerusi dan membuka zip begnya. Sandwich telur yang dibekalkan Baek Hyun dikeluarkan . 

Sandwich pun sandwichlah..

Semangkuk bubur ayam diletakkan diatas meja oleh seseorang. Baek Hyun muncul dengan senyuman lebar pada wajah. Dengan selamba dia duduk di hadapan gadis itu.

Langsung tidak kisah apa yang difikirkan oleh pelajar yang lain. Hae Joo terbatuk kecil akibat kemunculan tiba-tiba lelaki itu. 

   " Appa lambat ke?"tuturnya lalu pantas mulutnya ditekup oleh Hae Joo. 

Mata gadis itu mencerlung besar kearahnya. "Shhh...jangan nak merepek..pergilah!"halau Hae Joo sambil matanya tidak lekang daripada memerhati pelajar -pelajar yang mungkim memandang pelik kearah mereka.

Baek Hyun menghirup buburnya dengan bunyi yang kuat. Sengaja ingin menarik perhatian gadis itu . 

   "Apa?. Tak bolehke appa dia duduk dengan anaknya?"tutur Baek Hyun hampir sahaja menguatkan suaranya namun segera dihalang oleh Hae jOo. 

Hae Joo memandang tajam kearah Baek Hyun .  "Jangan nak cuba buat baiklah..mana Prof Baek Hyun yang garang sangat tu?"sindir Hae Joo masih berdendam. 

   "Mana ada garang. Prof tu cuma garang pada HAN Hae Joo sahaja.. Tapi dengan anaknya ,dia tak garang.."sindir Baek Hyun kembali. 

Hae joo memandang Baekhyun dengan pandangan geram. Tak habis-habis.

" Aku dah kenyang"ujar Hae Joo yang jelas sekadar memberi alasan untuk melarikan diri.

"Duduk. Ini arahan"arah Baek Hyun kepada Hae Joo yang sudah bangun dari kerusi.

Dia memandang Hae Joo dengan wajah serius.

"Arahan. Apa?. Kau ingat kau siapa nak arah-arah aku.."

"Ayah.. Aku ayah kau dan tambahan, aku juga pensyarah di sini, aku yakin kau tak nak markah ujian kau nanti dipotong sebab sikap tak hormat kau ni kan?"

Hae Joo tersentak. Dia memandang Baek Hyun yang sekadar membuat muka selamba memamdangnya. Berana sungguh lelaki ni guna kuasa untuk ugutnya. Cis!.

Tiada pilihan. Hae Joo kembali duduk . Dia berpeluk tubuh seraya memandang ke tempat lain.

Baek Hyun menghirup buburnya dengan laju. "Kamu dah ada kawan?"soal Baek Hyun setelah keadaan sunyi menyelubungi mereka berdua.

Hae Joo memalingkan wajahnya kearah Baek Hyun yang kini menyoalkan soalan prihatin kepadanya.

"Ada kena mengena dengan kau ke wahai pensyarah?"

"Aku tak tanya ni sebagai seorang pensyarah,aku tanya ni sebagai seorang Appa"balas Baek Hyun dengan tenangnya.

Membuatkan Hae Joo sekali lagi hilang kata. Hae Joo memandang semula ke tempat lain dan mendengus kasar.

Melihatkan Hae Joo yang jelas tidak mahu melayannya ,Baek Hyun berhenti menikmati bubur ayamnya. Dia memandang tepat kearah anak gadisnya itu.

" Kau tak reti nak buat kawan ke?"soal Baek Hyun membuatkan Hae Joo tersedak.

Gadis itu memandang Baek Hyun dengan mata yang membutang besar. Bagai tercabar dengan kata -kata lelaki itu.

"Kau pandang rendah pada aku ke?. Yah! , ada kawan atau tidak ,kenapa kau risau sangat .. Itu hak aku,jadi kau jangan nak menyemaklah"

"Sekolah dan kolej jelas tak sama ,pelajar-HaeJoo-nim. Kalau di sekolah,kamu boleh hidup tanpa kawan ,di kolej kamu tidak. Kelak, ada banyak tugasan berkumpulan yang perlu kamu lakukan dan pilihan untuk bersendirian adalah salah sama sekali"

Hae Joo diam. Dia memandang Baek Hyun yang kekal dengan wajah serius. Dia mendengus kasar dab pantas bangun dari kerusi.

"Dah tamat dengan ceramah?. Baik,aku minta diri dulu"ujar Hae Joo dan dengan pantas berjalan pergi.

Meninggalkan Baek Hyun yang sekadar mampu mengeluh.

 

Hae Joo memandang pelajar -pelajar yang lain yang melintasi hadapannya. Masing -masing jalan dengan berteman juga berkumpulan sedangkan dia kekal seorang diri sejak pagi tadi.

Beg yang diletak di riba dipegang erat. Mulutnya dikemam rapat. Perbualannya dengan Baek Hyun berulang tanpa henti di kotak fikirannya.

Otaknya bersetuju dengan kata -kata lelaki itu namun hatinya pula jelas enggan untuk menerimanya.

"Kawan..kenapa aku perlukan satu. Selama ini pun tak ada sesiapa yang sudi"desis Hae Joo sendirian.

Mengingati zaman sekolahnya yang penuh dengan kesunyian. Disebabkan dirinya yang membesar di pusat pelacuran ,semua orang menganggap dirinya kotor. Semua orang menjauhkan diri daripadanya.

Tiba-tiba ,seseorang melabuhkan punggung di sisi Hae Joo membuatkan gadis itu pantas menoleh. Seorang lelaki dengan hoodie yang menutup kepalanya mengeluarkan bbimbap segitiga dari dalam plastik lalu memakannya dengan senyap.

Hae Joo sekadar memandang lelaki itu dengan dahi berkerut. Biarlah. Bangku ini pun bukan milik dia,tak de hak dia nak menghalau.

Beg disandang pada bahu dan Hae Joo sudah bersedia untuk beredar sebelum lelaki itu tiba -tiba menghulurkan salah satu bbimbapnya kepada Hae Joo.

"Awak siapa?"soal Hae Joo enggan menerima bbimbap lelaki itu.

Lelaki itu menurunkan hoodienya lalu berpaling memandang Hae Joo . Wajahnya yang kacak itu menjengah padangan Hae Joo.

"Jong In?!"

Lelaki itu tersenyum kecil sambil mengangguk laju. "Lama tak jumpa ,Hae Joo-sshi"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
got7imsungri #1
Chapter 4: mammy pon kalah la dgn baekhyun punya perangai mak2 tu...
Fafauthename #2
Chapter 4: update lah lagi....please
bae_anna
#3
Chapter 2: Skali lgi...sambungla cite lgi..
Kwon_Ai_Ara #4
Please.. Pleaseeeeeeee sambung lh :)
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 2: Best laa cite ni.. Authornim, sambung lahh :)
bae_anna
#6
Chapter 2: Bhuahaaaa..menarik2..^-^teruskn~Jgn xsambg!<kenyit skit mate>♥♥fighting authornim
Park_Rafa88
#7
Chapter 1: Wuaaaaa! Menarik! Hehehehe cerita yg lain dari yg lain firstime saya baca cerita yg tak klise macam ni! Tak sangka betul Baekhyun will be a father at 25! LoL apapun saya suka sangat ada Baekhyun LoL dan jarang nak jumpa Suho jadi jahat ni ngeh tahniah author nim saya harap awak dapat update selalu dan cerita awak ni mendapat sambutan sebab best sangat! Jalan cerita,character yg menarik dan cepat pada chap 1 ! Author-nim fighting! *Maaf komen pepanjang ><