Episod 03

My 5 years older Father

 

Jambangan ros putih diletakkan dihadapan kubur ibunya. Walaupun semalam dia berasa marah dan sedih dalam masa yang sama tetapi hari ini dia langsung tidak dapat menunjukkan perasaannya yang sebenar. 

Dia memandang gambar yang diletakkan dihadapan kubur ibunya dengan pandangan kosong. "Omma , saya di sini..anak kandung omma"tutur Hae Joo seolah -olah wanita itu berada di hadapannya sekarang.

Bibirnya yang  terasa kering dijilat sekilas sebelum melutut dihadapan kubur ibunya itu. "Omma , walaupun omma tinggalkan Joo dulu tetapi omma tetap omma Joo.. Kita kongsi darah yang sama. Saya tak boleh benci omma walau macam mana sekalipun.."

Matanya mula bergelinangan cecair jernih apabila terkenang kembali saat di mana ibunya sanggup melarikan diri meninggalkannya seorang diri di rumah yang penuh kekotoran itu.  Baek Hyun yang berdiri tidak jauh daripadanya dikerling . 

   "Tidak kira siapa orang yang omma pilih, saya akan cuba untuk terimanya.. Apapun..terima kasih sebab teringat akan saya "

Dengan perlahan ,dia bangundari posisinua itu lalu memberi penghormatan terakhir kepada ibunya. Seusai itu dia memandang kearah Baek Hyun yang turut memandang kearahnya dengan pandangan simpati. 

 

 

Sepanjang perjalanan pulang,Hae Joo langsung tidak bersuara. Dia kekal memandang ke luar tingkap. Memandang ke setiap pemandangan yang menjengah. 

Baek Hyun menamatkan panggilannya dengan seseorang. Dia mengerling kearah Hae Joo di sebelahnya yang sekadar tersandar pada kerusi. 

   "Berapa umur kau?. Kau belum beritahu aku lagi"soal Baek Hyun memulakan perbualannya dengan gadis itu. 

   "Tak penting untuk kau ..."balas Hae Joo acuh tak acuh. 

Dia masih tidak boleh menerima lelaki itu sebagai ayahnya. Ya,walaupun sebagai ayah tiri. Mungkin sampai sedekad pun ,dia tidak akan. 

   "20 tahun kan?. Kau habis belajar sekolah tinggi tak?"soalan lain pula diajukan oleh Baek Hyun setelah mendapat jawapan soalan tadi dengan usaha sendiri.  

Tiada balasan daripada Hae Joo membuatkan Baek Hyun sekali lagi terpaksa mencari maklumat gadis itu dengan usaha sendiri. Setelah beberapa minit,akhirnya dia tersenyum . 

  

Kereta dipakir Baek Hyun dihadapan sebuah kolej swasta yang nampak gah bangunannya. Tali pingganh dibuka dan dia sudah bersedia untuk turun namun ditahan oleh Hae Joo. 

   "Apa kita buat di sini?"soalnya hairan sambil matanua memandang kearah pelajar-pelajar kolej yang lalu lalang di hadapannya sekarang .

   "Daftar kamulah"

   "Yeh?"

 

Terkocoh-kocoh Hae Joo mengekor Baek Hyun melangkah masuk kedalam bangunan urusan kolej itu. Sepanjang perjalanan mereka,pelajar lain asyik memberi hormat kepada Baek Hyun macamlah lelaki ini adalah perdana menteri. 

   "Pagi Prof Baek !"sapa seorang pelajar dengan wajah teruja. 

Oh..professor rupany--.. What?!. Professor!!

Mata Hae Joo membulat besar memandang kearah pelajar perempuan tadi yang  menyapa Baek Hyun dengan panggilan Prof tadi. Habis tersedak dia dengan air liur akibat kejutan yang baru diterimanya.

Gadis yang menyapa Baek Hyun tadi mengalihkan pandangannya kearah Hae Joo yang berdiri di belakang Baek Hyun.Riak wajahnya terus bertukar masam. 

   "Siapa dia tu Prof ?"soalnya curiga. 

Dia memberikan pandangan tajam kearah Hae Joo yang masih dengan wajah seposennya . Baek Hyun sekadar tersenyum. 

   "Masuklah kelas..kami perlu gerak dulu"pinta Baek Hyun dengan sopan sebelum menarik Hae Joo mengikutnya. 

Melepasi pelajar tadi yang sudah menarik muka yang lebih masam. Basi. Hae Joo yang sekadar membiarkan dirinya diheret memandang kearah Baek Hyun dengan kening yang berkerut seribu.

 

 

Mata Hae Joo meliar memandang kesekeliling pejabat yang kelihatan sungguh sibuk itu. Sekejap prof lain keluar,sekejap ada prof lain yang masuk.

Beberapa borang diletakkan Baek Hyun diatas meja yang menghadap Hae Joo. Meja itu diketuk bagi mendapatkan perhatian gadis itu.

   "Ya?"

   " Isi borang -borang ini"tutur Baek Hyun seraya menghidupkan komputer pejabat itu.

Borang -borang itu dipandang Hae Joo sebelum ditolak kembali kearah  Baek Hyun. Dia bersandar pada kepala kerusi dan berpeluk tubuh memandang Baek Hyun . 

   "Aku tak kata aku akan masuk kolej. Aku tak setuju pun"tegas Hae Joo dengan kening yang sengaja dijongketkan keatas. 

Baek Hyun berhenti dengan tindakannya menaip pada papan kekunci. Dia memandang kearah Hae Joo yang sedang buat samseng kearahnya. 

   "Jadi, apa yang kau nak buat dalam hidup?"

Terasa soalan itu menusuk terus kedalam jantung Hae Joo ketika itu. Nampak biasa tetapi sungguh berbisa. 

   "A...ap...Apa maksud kau?"

Seketika Hae Joo terasa gentar dengan soalan lelaki itu. Tekaknya terasa kering dan otaknya terasa kosong. Dia tiada jawapan yang jelas tentang soalan lelaki itu. 

Apa yang dia ingin buat dalam hidup??. Apa dia??

   "Byun Hae Joo..  Kau tahu apa benda dalam dunia ini yang tak akan hilang walaupun kau mati?.."soal Baek Hyun dengan soalan yang makin mencabar.

Dia ini apa ?. Kaunselor?. Penceramah ke!?.

   "Ilmu"dia yang tanya ,dia yang jawab. Itulah Baek Hyun. Si bijak.

Borang tadi ditolak kembali kearah Hae Joo yang masih terkedu. 

    "Jadi jika ada peluang untuk belajar. Rebutnya sebab itu yang akan membawa kau ke kedudukan kau nanti"tutur Baek Hyun lagi. 

Pen hitam dikeluarkan dari kocek kemejanya lalu diletakkan diatas borang -borang tadi. Hae Joo memandang lama kearah borang -borang itu. Segala yang dikatakan lelaki itu benar belaka. 

Ilmu akan tentukan kedudukannya nanti. Sama ada dia kaya atau miskin.

 

 

Setelah selesai sesi mendaftar dan segala bagai,mereka berdua akhirnya keluar daripada pejabat . Baek Hyun menilik kearah jam tangannya sebelum memandang kearah Hae Joo yang masih dengan wajah  tapai basinya.

   " Kau lapar?. Jom makan"

  "Aku tak lapar.."balas Hae Joo ringkas. 

Dia terus berjalan tanpa memandang kearah Baek Hyun yang sudah terhenti. Dalam fikirannya hanyalah katil ,katil dan katil. 

   "Kau robotke ?. Tak perlu makan. Ataupun pokok! ,hanya perlu cahaya dan air..."sindir Baek Hyun menyebabkan Hae Joo terhenti. 

Dia berpaling semula kearah Baek Hyun yang sudah tertinggal beberapa langkah di belakangnya. Dengusan perlahan dilepaskannya. 

  "Kenapa kau perlu menyibuk!?. Makan atau tak ,ia perut aku ! . Jagalah perut sendiri!"marah Hae Joo dan ingin berpaling kembali namun sekali lagi ayat Baek Hyun menghentikan tindakannya. 

Agaknyalah lelaki ini sasterawan ke?. Pandai benar dia keluarkan ayat yang boleh terkedukan orang. 

   "Sebab aku ayah kau!. Makan atau tidak,tidur atau tidak .. Semuanya adalah tanggungjawab aku"

    "Ah! Cukuplah dengan 'ayah ' kau ! . Walaupun aku ikut kau,tak bermakna aku terima kau sebagai ayah aku !."

Keadaan di sepanjang koridor sunyi sepi memandangkan hanya ada mereka berdua di kawasan itu. Baek Hyun memandang lama kearah Hae Joo yang kelihatan sedang menahan emosi . 

Perlahan dia menghampiri gadis itu sebelum ibu jarinya mengesat butir jernih yang jatuh daripada tubir gadis itu.  

   "Baiklah ..."ujarnya ringkas sebelum mengangkat kaki pergi.

Meninggalkan Hae Joo seorang diri . 

 

 

Sosej goreng yang bersaiz kecil itu dikunyah Baek Hyun hingga lumat sebelum dikunyah perlahan masuk kedalam tekaknya. Dia makan seorang diri di kafeteria kolej sambil matanya memerhati pelajar -pelajarnya . 

Sedulang makanan tiba -tiba diletak di hadapannya. Chan Yeol melabuhkan punggungnya dihadapan Baek Hyun . Keningnya terangkat memandang wajah suram rakannya itu. 

  "Kenapa Prof kita yang kacak ni nampak layu ni?"soalnya dengan bahasa sainsnya. 

Almaklumlah pelajar bijaklah katakan . Dia menyuap sesudu omelet kedalam mulutnya sambil matanya memandang tepat kearah rakannya itu. 

Menunggu jawapan daripada lelaki itu. Baek Hyun meletakkan penyepit makanannya diatas dulang makanan . Dia menghela berat. 

   "Hae Joolah, aku tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Bukan ke dia patut happy sebab akhirnya dia bebas dari tempat tu... Sebab dia dapat jumpa ayah dia.. Itu yang dia nakkan selama ini.."luah Baek Hyun jelas tertekan dengan perangai gadis itu. 

Sekejap mendengar kata,sekejap tak. Chan Yeol mengangguk faham . Dia meneguk minuman yogurtnya sebelum bersedia memberi jawapan untuk masalah rakannya itu. 

  "Bro,give her time.. Mestilah dia terkejut bila tiba -tiba je ada orang datang perkenal diri sebagai ayah. Lagi -lagi semuda macam kau ni"nasihat Chan Yeol dengan matangnya.

Dia ini sudah bagaikan tabung masalah Baek Hyun itu. Apa -apa masalah lelaki itu pasti dia tolong selesaikannya. 

   "You know that Hae Joo stays in that awful place for a long time right?. She surely lacks of care and love.. So,"Chan Yeol menghentikan katanya bagi memberi luang untuk nasi masuk kedalam mulutnya. 

   "So??"

Setelah menelan semua makanan kedalam mulut barulah Chan Yeol menyambung katanya yang terputus itu. 

   "So kaulah kena beri ..."

  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
got7imsungri #1
Chapter 4: mammy pon kalah la dgn baekhyun punya perangai mak2 tu...
Fafauthename #2
Chapter 4: update lah lagi....please
bae_anna
#3
Chapter 2: Skali lgi...sambungla cite lgi..
Kwon_Ai_Ara #4
Please.. Pleaseeeeeeee sambung lh :)
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 2: Best laa cite ni.. Authornim, sambung lahh :)
bae_anna
#6
Chapter 2: Bhuahaaaa..menarik2..^-^teruskn~Jgn xsambg!<kenyit skit mate>♥♥fighting authornim
Park_Rafa88
#7
Chapter 1: Wuaaaaa! Menarik! Hehehehe cerita yg lain dari yg lain firstime saya baca cerita yg tak klise macam ni! Tak sangka betul Baekhyun will be a father at 25! LoL apapun saya suka sangat ada Baekhyun LoL dan jarang nak jumpa Suho jadi jahat ni ngeh tahniah author nim saya harap awak dapat update selalu dan cerita awak ni mendapat sambutan sebab best sangat! Jalan cerita,character yg menarik dan cepat pada chap 1 ! Author-nim fighting! *Maaf komen pepanjang ><