Episod 02

My 5 years older Father

Bagasi besar dimasukkan Baek Hyun kedalam bonet kereta mewahnya . Dia tersenyum memandang kearah Hae Joo yang masih memandangnya dengan pandangan curiga. 

Walaupun gadis itu nampak was -was dengan kehadirannya namun dia tetap mengikutnya. Barangkali memikirkan yang dapat bebas dengan orang asing lebih bagus dari terus duduk di rumah pelacur. 

   "Masuklah"arah Baek Hyun sebelum dia masuk kedalam keretanya. 

Enjin kereta dimulakan ,sudah bersedia untuk memulakan perjalanan ke rumahnya rumah mereka. Hae Joo memberikan salam terakhirnya kepada Bora sebelum masuk kedalam kereta. 

Sepanjang perjalanan,mereka berdua langsung tidak bertukar sebarang ayat sehinggalaj Baek Hyun berdehem kecil. Lelaki itu mengerling kearah Hae Joo yang sekadar memandanh ke luar tingkap. 

   "Berapa umur kamu?"soal Baek Hyun dengan ramah. 

Hae Joo menjeling dingin kearah lelaki asing di sebelahnya itu. Dia sekadar mendengus kasar . Papan tanda jalan yang menunjukkan petunjuk ke stesen bas sempat dipandangnya. 

   "Berhentikan aku di sini"arah Hae Joo mengejutkan Baek Hyun yang sedang memandu. 

    "Kenapa?"

Hae Joo menoleh kearah Baek Hyun di sebelahnya sebelum berpeluk tubuh. "Aku tahu kau tipu tentang jadi ayah aku itu dan aku tak nak tahu kenapa tapi cukuplah sampai sini sahaja pertolongan kau. Aku boleh hidup sendiri"tutur Hae Joo dengan tegas. 

Helahan berat dilepaskan Baek Hyun sebelum dia menekan brek mengejut membuatkan Hae Joo tercampak ke hadapan sedikit. 

Baek Hyun memandang kearah Hae Joo yang mula membuat wajah dingin kearahnya. Marahlah tu. 

   "Bukti apa yang kau nak?"soal Baek Hyun dengan wajah serius. 

   "Eah? Apa?"

 

   " Kau tak percayakan aku sebab aku tak ada bukti kan?"soal Baek Hyun membuatkan Hae Joo terdiam . 

Gadis itu kemudiannya mengangguk laju. Baek Hyun segera mengeluarkan sesuatu daripada poket jaketnya lalu ditayangkan kepada Hae Joo. 

Seutas gelang yang amat dikenali menjengah pandangan Hae Joo. Mulutnya terus terbuka sedikit akibat terkejut yang amat sangat. Gelang itu tidak asing lagi baginya memandangkan dia juga mempunyai gelang yang sama. 

Tanpa izin,dia terus merampas gelang itu daripada pegangan Baek Hyun lalu mencantumkan loketnya dengan miliknya. Dan ternyata ianya adalah sama . 

 Mata Hae Joo membulat besar tanpa berkedip. Dia memandang Baek Hyun dengan mata yang berair. Tidak mungkin lelaki ini ayahnya. Dia terlalu muda. 

Sangatlah muda untuk menjadi ayahnya. Atau dia buat pembedahan plastik?. 

Masih tidak dapat menerima kenyataan,Hae Joo keluar daripada kereta yang sudah sedia terhenti itu. Namun baru beberapa langkah dia menapak,Baek Hyun segera menghentikannya. 

   "Byun Hae Joo yang lahir pada  28 Julai 1996!"panggil Baek Hyun membuatkan langkah gadis itu terhenti. 

Baek Hyun pantas mendapatkan Hae Joo lantas berdiri di hadapan gadis itu. "Aku tahu. Aku tahu semuanya tentang kau.. Hobi,cita -cita , tanda lahir kau ... Aku tahu segalanya.. "Jelas Baek Hyun dengan bersungguh-sungguh. 

Mulut Hae Joo terkatup rapat. Lidahnya kelu ingin membahas dengan lelaki itu.  Hatinya masih was -was untuk mempercayai lelaki di hadapannya ini. 

   "Marilah balik"

 

 

  Cahaya terang menyelinap masuk kedalam setiap penjuru bilik. Seorang gadis masih nyenyak tidur diatas katil yang empuk dengan gaya ulat beluncas akibat penghawa dingin yang terlalu sejuk. 

Daun pintu terbuka perlahan dan kepala Baek Hyun terjenggul di muka pintu. Dia tersenyum melihat gaya tidur gadis itu . Dengan perlahan ,dia melangkah masuk kedalam bilik yang sekarang ini adalah milik anaknya itu. 

   "Hae Joo-yah"kejut Baek Hyun dengan lembut sambil menggoyang-goyangkan badan gadis itu. 

Setelah beberapa kali dikejutkan barulah gadis itu mula menunjukkan tindak balas. Hae Joo membuka perlahan kelopak matanya sebelum wajah Baek Hyun yang sedang tersenyum lebar menjengah pandangannya yang kabur itu. 

   "Ahhh!!!"jeritnya seraya menendang kuat pinggang Baek Hyun sehingga lelaki itu terjelepok jatuh keatas lantai. 

Dengan pantas , Hae Joo menyembunyikan dirinya kedalam selimut tebal bak kura-kura yang terancam dengan musuh. Baek Hyun mengusap -ngusap punggungnya yang terhentak kuat pada lantai seraya bangun. 

Dia hanya mampu tersenyum menggeleng dengan tindakan kasar gadis itu. 

   "Arraso, Appa minta maaf .. Pergilah bersiap dan keluar sarapan"pesan Baek Hyun sebelum keluar daripada bilik. 

Sebaik bunyi tutupan pintu bilik kedengaran,Hae Joo segera mendedahkan kembali wajahnya. Dia membuat wajah tapai basinya sebaik teringat kembali panggilan yang digunakan lelaki itu. 

   "Apa?.. Appa?!!.."

 

Bau penkek bergabung dengan sirap mapel menusuk terusbke hidung Hae Joo. Gadis itu yang masih belum mandi dan hanya membasuh muka berjalan keluar daripada bilik.

Terikut dengan bau enak itu ,Hae Joo akhirnya berdiri di hadapan dapur . Kelihatan Baek Hyun dengan penuh cekapnya memasak penkek diatas kuali mengikut suhu yang sepatutnya. 

Penkek yang sudah sedia terhidang kelihatan sungguh cantik rupanya dan lembut. "Duduklah"tutut Baek Hyun yang sedar akan kehadiran tanpa bunyi gadis itu. 

Hae Joo dengan perlahan melabuhkan punggungnya diatas kerusi menghadapa meja makan yang bersambung dengan dinding. Okay,dia tak pernah nampak benda sebegini sebelum ini. 

Pankek terakhir diletakkan diatas pinggan lalu dituang dengan sirap mapel. Apron dibuka lalu disangkutkan ke penyangkut yang terlekat pada dinding. 

Baek Hyun memandang kearah Hae Joo yang sudah menjilat jari melihat pankek-penkeknya itu. Sekotak susu dikeluarkan daripada peti sejuk sebelum dihidangkan kepada gadis itu. 

   "Makanlah,tunggu apa lagi"pelawa Baek Hyun sambil mengambil tempat dihadapan gadis itu. 

Dia menyuapkan sedikit demi sedikit pankek kedalam mulutnya . Matanya kemudian mengerling kearah Hae Joo yang masih tidak menyentuh masakannnya itu. 

   "Kenapa?. Tak nak makan?"soalnya hairan. 

Hae Joo memandang Baek Hyun di hadapannya dengan pandangan dingin. "Aku tak ada selera."balas Hae Joo ringkas sebelum berjalan masuk kembali ke biliknya. 

Pintu bilik dihempas kuat sengaja menunjukkan emosinya. Baek Hyun memandang pankek yang terbiar di pinggan gadis itu. 

Dia tahu ini bukan sebab tiada selera tetapi sebab lain. 

 

Perut Hae Joo tidak henti berkeroncong sejak dia menjual mahal dengan pankek Baek Hyun tadi. Inilah padahnya. Ego tinggi!. 

Bibir bawah digigit lama sebelum dia akhirnya mengambil keputusan untuk membuang egonya itu. Perlahan -lahan dia membuka pintu biliknya itu lalu menjenggolkan kepalanya keluar. 

Kosong. Tiada seorang pun di ruang tamu malah tiada suara di dapur. Dalam bilik kah?. 

Malas ingin terus berteka teki,Hae Joo akhirnya menyelinap keluar. Terenjet-enjet dia  berjalan ke dapur sebelum sehelai nota kecil menarik pandangannya. 

Enjoy your breakfast ^^

Hae Joo memandang kearah beberapa keping pankek dan semangkuk sirap mapel yang terhidang diatas meja. 

 

 

Kelas ditamatkan dengan tugasan berkumpulan. Baek Hyun tersenyum lalu keluar daripada dewan syarahannya. Dia terus menuju ke pejabatnya sebelum dihentikan rakan karibnya yang pantang tidak menganggunya sehari. 

   "Hello Mr Young Daddy!"sapa Chan Yeol sedikit mendengki. 

Baek Hyun tertawa kecil sebelum mengetuk kepala rakannya itu. Tinggi tak tinggi. Asal dia lompat ,sampai sahaja. 

   "Auch,macam ini ke kau sapa rakan karib kau ?. Teruknya "rajuk Chan Yeol seraya mengejar langkah Baek Hyun yang sudah laju ke hadapan. 

Meninggalkannya terkocoh-kocoh di belakang. Tangan diletakkan di bahu Baek Hyun sebaik langkah mereka sudah seiring. 

   "Tapi seriuslah Baek...kau betul betul nak jaga dia"soal Chan Yeol masih tidak puas hati dengan keputusan gila rakannya itu. 

  "Aku dah buat dah pun"jawab Baek Hyun selamba membuatkan Chan Yeol menjerit kecil. 

   "Whut!!!??? Baek !"

Baek Hyun berhenti melangkah sebaik mereka berada di hadapan pejabatnya. Dia menampar mulut rakannya itu yang tak reti nak diam. 

   "Dia anak aku Channie,aku kena jaga dia"balas Baek Hyun sebelum masuk kedalam pejabatnya. 

Belum sempat Chan Yeol ingin membantah,pintu biliknya sudah ditutup rapat . Hanya mulut yang ternganga sahaja yang mampu dilakukan Chan Yeol ketika itu memandangkan pintu tersebut tutup tepat pada waktunya membuka mulut. 

 

Tepat pukul 6 petang ,Baek Hyun pulang dari tempat kerjanya. Kasutnya diletakkan dengan kemas kedalam rak kasut. Dari muka pintu,dia boleh dengar bunyi gelak tawa seseorang dari ruang tamu. 

Dia tersenyum tipis sebelum berjalan masuk kedalam . Kelihatan Hae Joo sedang ketawa berdekah sambil menyumbatkan makanan ringan kedalam mulut.

Gadis itu dengan gembira menyaksikan rancangan tv sehingga kepulangannya tidak disedari. "Kamu tengok apa tu?"soalnya membuatkan tawa gadis itu terus terhenti. 

Hae Joo pantas menoleh ke belakang sebelum dia pantas meloncat turun daripada sofa. Kekok. Dia terus berjalan masuk kedalam biliknya semula. Meninggalkan Baek Hyun tanpa sebarang kata. 

Namun tidak sampai seminit,dia keluar kembali lalu berdiri di hadapan Baek Hyun dengan wajah serius.  "Kita perlu bercakap".

 
 

 

Terasa bagai tiada darah yang mengalir di dalam badan lagi, Hae Joo hanya mampu duduk membeku setelah mendengar penerangan Baek Hyun itu. Dia terlalu terkejut dengan segalanya. 

   "Maksud kau, omma aku kahwin dengan kau sebelum dia meninggal dunia.. Kahwin dengan kau?!"soal Hae Joo masih tidak dapat memahami apa sebenarnya yang berlaku. 

Hanya anggukan kecil yang diberikan Baek Hyun bagi soalan gadis itu.  

   "Tapi!, kau ...umur kau berapa sebenarnya?"

   "25 tahun."

   "Apa?!!!  2....2....25 tahun!!"

Hae Joo hampir sahaja menggegarkan seluruh apartment itu dengan jeritan nyaringnya. Matanya terjojol keluar memandang kearah Baek Hyun yang hanya memandangnya dengan wajah yang sungguh bersahaja. 

    "Tak mungkin...sangat tak mung--"

    "Apa yang tak mungkinnya?. Cinta tak mengira umur. Asalkan pasangan itu saling mencintai,tak ada yang mustahil"pintas Baek Hyun membuatkan sekali lagi Hae Joo terasa bagaikan darahnya sudah berhenti mengalir. 

Baek Hyun menarik nafas panjang sebelum memandang tepat kearah Hae Joo dengan matanya yang kelihatan bersinar. 

    "Yang aku tahu ,ayah sebenar kamu sudah meninggal dunia ..dan ibu kamu mintakan aku jagakan kamu sepanjang hayat aku"terang Baek Hyun lagi. 

    "Kesimpulannya,aku adalah ayah tiri kau"

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
got7imsungri #1
Chapter 4: mammy pon kalah la dgn baekhyun punya perangai mak2 tu...
Fafauthename #2
Chapter 4: update lah lagi....please
bae_anna
#3
Chapter 2: Skali lgi...sambungla cite lgi..
Kwon_Ai_Ara #4
Please.. Pleaseeeeeeee sambung lh :)
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 2: Best laa cite ni.. Authornim, sambung lahh :)
bae_anna
#6
Chapter 2: Bhuahaaaa..menarik2..^-^teruskn~Jgn xsambg!<kenyit skit mate>♥♥fighting authornim
Park_Rafa88
#7
Chapter 1: Wuaaaaa! Menarik! Hehehehe cerita yg lain dari yg lain firstime saya baca cerita yg tak klise macam ni! Tak sangka betul Baekhyun will be a father at 25! LoL apapun saya suka sangat ada Baekhyun LoL dan jarang nak jumpa Suho jadi jahat ni ngeh tahniah author nim saya harap awak dapat update selalu dan cerita awak ni mendapat sambutan sebab best sangat! Jalan cerita,character yg menarik dan cepat pada chap 1 ! Author-nim fighting! *Maaf komen pepanjang ><