Episod 01

My 5 years older Father

 

Jalan di sepanjang pasar pagi itu sesak dengan ramai pengunjung . Masing-masing datang bagi mendapatkan barang -barang yang diinginkan. Para penjual pula sibuk mempromosikan barang jualan mereka. 

Seorang gadis berpakaian serba gelap berjalan di balik orang ramai itu. Topi kelabu yang lusuhnya itu menutup separuh daripada wajahnya. Dia mendekati seorang lelaki yang sedang sibuk melayan isterinya memilih buah-buahan segar untuk dibeli. 

Perlahan dia menyelukkan tangannya ke kocek seluar lelaki itu sebelum mengeluarkan sebuah dompet hitam lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Seusai itu dia terus berlalu pergi bagai tiada apa yanh berlaku. 

Bukan sekali dia melakukannya ,tetapi setiap sahaja ada peluang baik,dia memulakan operasinya. Tanpa sedar ,seorang lelaki yang berpakaian segak memerhati setiap tindakannya dengan rasa kecewa. 

 

Malam sudah menjelma dan gadis si penseluk dompet itu baru pulang ke rumahnya. Dia melangkah masuk kedalam bangunan pelacur sebelum dihentikan dengan beberapa orang lelaki berbadan sasa. 

Beg sandangnya yang penuh dengan dompet orang diberikan kepada lelaki -lelaki tadi sebelum dirinya diheret masuk kedalam sebuah bilik. Dirinya yang kecil itu dicampak masuk kedalam . 

   "Hae Joo,sayangku!" tutur si empunya bilik yang sedang duduk dengan selesa diatas sofa sambil berapitkan dengan gadis-gadis seksi . 

Hae Joo iaitu nama gadis tadi membetulkan dirinya yang kelihatan serabai itu sebelum berdiri tegak menghadap lelaki di hadapannya itu. "Apa khabar abang besar"sapanya . 

Lelaki tadi bangun lalu mengambil beg sandang Hae Joo yang diberikan kepadanya. Dikeluarkan setiap dompet tersebut lalu dicampakkan ke hadapan Hae Joo. 

   "Ini sahaja?"soal lelaki itu apabila hanya ada 13 dompet sahaja yang bertebiaran diatas lantai. 

Hae Joo mengangguk perlahan. Dia menelan air liurnya akibat rasa gementar yang semakin meninggi. Lelaki itu atau namanya Suho membuka butang pada kolar kemejanya akibat rasa bengang . 

Didekatinya Hae Joo sebelum sepantas kilat tangannya menyambar pipi gadis itu sehingga meninggalkan kesan merah . Dia tersenyum sinis. "Aku dah cakap kau tak ada bakat dalam kerja ni tapi kau tetap degil kan.."

Hae Joo dipandang dari atas ke bawah. Seluruh badan gadis itu ditutup dengan kain .  "Jaga dara konon"Suho kembali ke sofanya lalu meneguk arak mahalnya. 

   "Esok ,aku carikan kau pelanggan... Jangan mengada kau nak bantah. Yifan!,pastikan dia tak kemana ,faham!"arah Suho sebelum mengarahkan orangnya membawa keluar Hae Joo dari biliknya itu. 

 

 

Segelas mineral sejuk diteguk Baek Hyun. Dia memandang kosong kearah pemandangan malam Seoul yang dapat dilihatnya daripada apartment mewahnya itu. Walaupun apa yang dilihatnya sekarang sungguh cantik namun hatinya tetap terasa kosong. 

Dia kemudian melabuhkan punggungnya diatas sofa putihnya sebelum mengambil sebuah kotak hitam yang dibiar sepi sejak beberapa hari lepas diatas meja kopinya itu. Penutup kotak dibuka dan beberapa jenis barang menjengah pandangannya.

Seutas gelang yang agak unik diambilnya sebelum dia termenung seketika. Bagai sedang membiarkan kenangan lepas memenuhi ruang fikirannya ketika itu. 

Tanpa sedar,dia tersenyum tipis. 

 

Seputung rokok dinyalakan lalu dihisap . Asap dihembus keluar daripada mulut. Hae Joo duduk membeku di balkoni biliknya sambil memerhatikan para pelacur yang dikenalinya menarik para pelanggan. 

Pintu biliknya tiba -tiba dibuka dan seorang gadis dengan gaun pendek atas lutut masuk kedalam. Dia menghela berat apabila melihat keadaan Hae Joo sekarang. 

Segera dihampiri gadis muda itu sebelum mengambil tempat di sisi gadis itu. Bubur yang dibelinya itu diletakkan ke tepi. Dengan pantas,dia merampas rokok gadis itu lalu dimatikan apinya.

   "Unnie dengar Suho akan carikan kamu pelanggan esok,betulke?"soal gadis itu atau namanya Bora.

Hae Joo menjeling kearah kakak angkatnya itu sebelum mengangguk lemah. "Nampaknya sejarah akan berulang kembali. Sama mak ,sama juga anaknya"tutur Hae Joo seperti sudah putus asa dengan kehidupannya .

Bora hanya dapat memandang simpati. Dia meletakkan kepala gadis itu pada bahunya. "Kadang -kadang hidup ini bukan dalam kawalan kita..tugas kita hanya terus berjuang dalam setiap dugaan yang melanda"nasihat Bora sambil tangannya mengusap lembut rambut Hae Joo itu. 

Gadis muda itu sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Sejak ibu Hae Joo lari meninggalkan rumah pelacuran ini,dialah yang menjadi ibu kepada gadis itu. 

Tidak dapat menahan sebak,air mata Hae Joo akhirnya mengalir keluar jua. Dia memeluk pinggan Bora di sebelahnya dengan erat. 

   "Eonnie, Joo takut... Joo tak sedia..."luahnya dengan nada yang terketar-ketar macam esok adalah hari kematiannya. 

   "Apa patut saya buat Eonnie. Saya dah janji,saya akan kekal suci sampai saya jumpa ayah saya..saya nak jumpa dia.."Sambung Hae Joo lagi . 

Bora tersenyum pahit mendengar luahan gadis itu. "Kamu memang nak jumpa ayah kamu?"soalnya cuba melarikan pemikiran gadis itu dari terus berfikir terhadap hari esoknya. 

   "Dah tentulah.. Emak sudah mati sekarang, saya sudah tiada sesiapa selain ayah saya.. "Tutur Hae Joo . 

Berita tentang kematian ibunya 2 tahun lepas benar -benar mengejutkannya. Walaupun dia benci akan ibunya namun rasa sayangnya masih tidak dapat dibuang. 

   "Saya betul -betul nak jumpa dia.. Uri appa..."

 

 

 

Gaun hitam pendek dan ketat itu disarung ke badan tanpa rela. Hae Joo duduk di hadapan meja soleknya sebelum wajahnya ditampalkan dengan alat solek oleh Bora. 

Rambutnya yang sentiasa diikat itu dilepaskan dan diluruskan membuatkan dia nampak lebih cantik. Bora tersenyum tawar melihat kecantikan gadis itu. 

   "Kamu dah sedia?"soal Bora risau. 

Hae Joo menarik nafas panjang sebelum bangun daripada kerusi. Dia memandang Bora dengan mata yang berair lalu memeluk erat wanita itu. 

​Kasut tumit tinggi yang sepadan dengan gaunnya disarungkan ke kaki. Baru sahaja dia ingin memulakan langkahnya,biliknya tiba-tiba diserbu oleh beberapa orang wanita . 

   "Hae Joo !, kamu tahu tak siapa pelanggan pertama kamu?"soal salah seorang wanita itu dengan wajah yang teruja. 

Tidak sempat Hae Joo ingin menjongketkan bahunya,wanita itu terus menyambung. 

   "Ayah kamulah!"

   "Eh?!"

 

Bilik mewah itu dipenuhi dengan perbualan rancak antara Suho dan seorang lelaki. Hae Joo yang masih tercegat di hadapan pintu bilik itu menarik nafas panjang. 

Kata -kata wanita yang memberitahunya tadi masih terngiang -ngiang di kotak fikirannya. 

  "Eonnie dengar ,ayah kamu datang untuk beli kamu dari Suho.. Maknanya kamu dah bebas!!. "

Tombol pintu dipulas dan Hae Joo akhirnya memunculkan diri di bilik itu. Perbualan Suho dan tetamunya itu terus terhenti.

   "Oh,itu pun dia .. Byun Hae Joo"umum Suho dengan senyuman lebar kepada tetamunya itu. 

Lelaki itu bangun dan terus menoleh kebelakangnya bagi melihat Hae Joo. Senyuman manis tercorak pada wajahnya sebaik sahaja matanya bertembung dengan milik gadis itu. 

Hae Joo terundur ke belakang. Matanua membutang besar memandang lelaki yang kini di hadapannya. Jantungnya berdegup kencang selaju kereta yang sedang berlumba haram. 

Ini tidak seperti yang dibayangkan . Lelaki yang akan menjadi ayahnya sepatutnya sudah berumur seperti mendiang ibunya dan bukannya muda sebegini...

 

---------------------

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
got7imsungri #1
Chapter 4: mammy pon kalah la dgn baekhyun punya perangai mak2 tu...
Fafauthename #2
Chapter 4: update lah lagi....please
bae_anna
#3
Chapter 2: Skali lgi...sambungla cite lgi..
Kwon_Ai_Ara #4
Please.. Pleaseeeeeeee sambung lh :)
Kwon_Ai_Ara #5
Chapter 2: Best laa cite ni.. Authornim, sambung lahh :)
bae_anna
#6
Chapter 2: Bhuahaaaa..menarik2..^-^teruskn~Jgn xsambg!<kenyit skit mate>♥♥fighting authornim
Park_Rafa88
#7
Chapter 1: Wuaaaaa! Menarik! Hehehehe cerita yg lain dari yg lain firstime saya baca cerita yg tak klise macam ni! Tak sangka betul Baekhyun will be a father at 25! LoL apapun saya suka sangat ada Baekhyun LoL dan jarang nak jumpa Suho jadi jahat ni ngeh tahniah author nim saya harap awak dapat update selalu dan cerita awak ni mendapat sambutan sebab best sangat! Jalan cerita,character yg menarik dan cepat pada chap 1 ! Author-nim fighting! *Maaf komen pepanjang ><