TAO S(A)KIT

Exo; Ramadan Version II

Selama seminggu nenek mereka di rumah itu selama seminggu jugaklah hidup Suho tidak tenteram. Mana taknya, yang lain buat perangai Suho yang kena dibebel oleh nenek mereka. Kesian Suho, dia yang selalu menjadi mangsa keadaan.

 

Luhan banyak tidur, Suho yang kena.

 

“Nenek tahu, tidur itu salah satu ibadah ketika berpuasa. Tapi ni dah terlebih tidur, kira apa?”

 

“Nenek cakap ajelah dekat Luhan, yang membebel dekat Suho ni kenapa?

 

“Nenek cakap sikit menjawab.” Fuh, panas telinga Suho. Nak aje dia lari dari rumah itu.

 

Xiumin yang banyak makan churros, Suho jugak yang kena;

 

“Yah! Siapa habiskan churros yang nenek simpan nak makan nanti lepas terawih. Suho! Kamu ke yang makan?”

 

Chen yang prank orang, Suho jugak yang kena;

 

“Suho, kamu ke yang letak ular mainan ni dalam almari kasut? Mujurlah nenek tak allergi dengan ular, kalau tak dah lama nenek masuk hospital.”

 

 Sehun, Kai dan Tao yang suka sepahkan bilik air, bilik tidur, dapur dan ruang tamu. Suho jugak yang kena. Sabarlah nak.

 

“Suho, apesal kamu letak baju kotor merata tempat ni? Masya Allah tak malu ke yang pergi tanggalkan boxer tengah-tengah tangga ni kenapa? Malulah sikit.” Bebelan demi bebelan yang nenek mereka membebel sambil mengutip pakaian kotor hampir seluruh kawasan rumah. Kesian nenek, rumah diorang bukannya kecik. Suho yang dengar buat-buat tak tahu sahaja.

 

“Dah kalis ke hyung?” tanya Sehun dengan senyuman kejam. Oh! Deep giler soalan Sehun.

 

 

Tapi yang bestnya, time ada nenek mereka nilah diorang berbuka puasa dengan juadah yang enak dan tak perlu bergaduh time sahur.

 

 

 

Dan hari ini nenek mereka akan pulang ke kampung, maka sedihlah semua orang kecuali Suho. Muka buat-buat sedih, tapi dalam hati gembira nak mampus. Dasar talam dua muka. Lepas ni nenek dia patut hadiahkan Suho tudung talam dua muka memang sesuai sangat dengan muka dia.

 

Tapi…

 

“Nenek Tao sakit. Badan dia panas, Sehun ajak main pun dia tak nak,” jerit Sehun dari bilik mereka.   

 

Nenek mereka yang mendengar Tao sakit terus berlari ke bilik Tao. Terkejut sungguh Chen melihatnya. “Tak sangka nenek lari lagi laju dari Chanyeol yang kaki panjang.” Apa-apa ajelah Chen.

 

 

Nenek mereka yang sedang memeriksa suhu badan Tao terus terkejut kerana suhu  sangat tinggi, maka…

 

“Uissh, tinggi ni suhu badan Tao. Nenek rasa kamu patut bukak posa. Lepas tu makan ubat. Nanti nenek pergi buat bubur”

 

“Yeheret, tehet, yehe, yohat…Sehun pun nak bukak posa jugak. Nanti Sehun ganti lah,” sehun terus meloncat gembira macam katak.

 

Pak!

 

“Strike,” tanpa berfikir panjang Kai terus membaling tabung duit Tao ke arah Sehun. Dan seperti yang dijangka. Sasaran memang tepat. Bagus Kai.

 

‘Yah! Dah lah kena kepala aku, macam mana nanti kalu aku jadi bodoh macam Kris hyung.”

 

Aucuuhhh!  Kedengaran Kris bersin dari ruang tamu bawah.

 

“Tak kena pun memang kau dah bodoh. Nenek bagi Tao bukak posa sebab diasakit. Kau apa? Sakit hotak?” sindir Kai.

 

“Kau cemburu kan? Pergilah teruskan pakai bedak sejuk yang kau beli kat tesco hari tu. Kata nak jadi Valak.” Statement kau tak  ada kena mengena langsung Sehun.

 

“Cakap pun entah apa-apa. Aku cakap pasal posa kau cakap pasal Valak. Patutlah cikgu sains marah kau hari tu, boleh pulak kau jawab soalan sains guna jawapan pendidikan Islam. Bodoh tak habis. Malas aku nak cakap dengan kau, baik aku layan Luhan buat lawak bodoh lagi bagus,” oh sugguh pedas ayat Kai kali ini. Mujurlah Baekhyun tak join sekali. Risau pulak takut Sehun mengalami mental break down yang terlalu overdose. 

 

“Nenek! Kai marah Sehun,” Sehun yang menangis itu terus mencari neneknya. Kesian Sehun, dia mengalami break up eh salah break down. Break up tu dengan makwe tukang sapu sekolah rendah dia dulu.

 

 

 

“Disebabkan Tao sakit. Maka nenek akan sambung tinggal kat sini sehingga Tao sembuh,” ujar nenek mereka dengan gembiranya. Yang lain pun turut gembira, tapi Suho…

 

Kris turut bersimpati dengan Suho itu hanyalah menggosok belakang badan Suho aje. Naik geli D.O melihatnya. Astaga, ni bulan posa.

 

“Yang kau gosok belakang badan aku dari tadi apehal?”

 

“Baju kau berkedut Suho. Hyung tolong gosokkan.”

 

“Yang ni sorang, bodoh tak pernah habis. Nak gosok baju aku guna iron lah, bukannya tangan. Kan aku tampar kau guna tangan ni,” perghh! Suho melepaskan kemarahan dia dekat Kris.

 

Maka sepantas kilat, Kris pergi mengambil iron yang panas untuk ironkan Suho. Apalagi berlari berkejaranlah mereka berdua.

 

“Yah! Aku tak suruh kau iron betul-betul,” marah Suho sambil berlari menyelamatkan diri dari terkena iron panas yang dipegang oleh Kris.

 

“Baik aku iron mulut kau lagi bagus. Tak habis-habis nak membebel”. Nampak sangat En Wu YiFan tengah marah dan ingin balas dendam. Padan muka hang Suho.

 

 Sekali lagi aksi mereka berdua disaksikan oleh Chen dan D.O

 

“Sweet betulkan  Suho hyung dan Kris hyung,” kata D.O sambil berfanboy.

 

Chen hanya diam kerana dia tak mampu nak berkata apa-apa dengan tafsiran pelik D.O dari tadi lagi.  Makin nak dekat dengan raya makin ramai makhluk jadi pelik.

 

 

Sementara itu, Sehun dan Kai pergi ke rumah jiran sebelah. Macam biasalah dua magnae ni. kalau tak kecoh satu hari tak sah.

 

“Taemin…lolololo, kami datang ni. ada berita gempak dan menarik ni.” Tak sopan sungguh perlakuan dua orang ini pergi menjerit melolok didepan rumah Taemin itu.

 

Tapi rumah Taemin sempena bulan posa ni, ramailah pak cik dia datang termasuklah Pak Cik Shindong.

 

“Nak apa?” tanya Shindong.

 

“Eh! Pak cik Ding Dong lah. Jom Sehun kita menari lagu Ring Ding Dong.”

 

“Pak cik! Taemin ada?”

 

“Masuklah…”

 

 

“LOLOLO! Taemin. Kami ada berita gembira nak bagitahu ni.”  Sehun yang menjerit tadi terus senyap dan tergaman.

 

“Cantiknya mak cik Taemin,” ujar Sehun sambil malu-malu.

 

“Yah! Aku lelaki lah. Duhh! Panggil aku pak cik Heechul,” kata Heechul dengan divanya sambil berhuhuhu dengan Key. Patutlah Key tu diva semacam, rupanya terikut perangai pak ciknya.

 

“Kesian kau Sehun,” kata Kai sambil ketawa.

 

“Apa berita yang gembira yang tak berapa gembiranya? Raya lagi seminggu .” kata Taemin.

 

“Tao tak puasa hari ni, tadi nenek bagi dia makan bubur…WHATTheFish!!!,” Jeritan Kai hanya menyakitkan telinga Taemin dan adik beradiknya serta pak cik-pak ciknya yang ramai sangat itu.

 

“Oh teruk ni, kena call JAIS ni report jiran tak puasa,” idea Kyuhyun yang teramat baik dan kejam itu sangat diterima ramai termasuklah Kai dan Sehun. Bengong.

 

“Kenapa tak call bomba dan polis sekali?” soal Eunhyuk yang memang datang nak menyibuk di rumah itu.

 

Soalan Eunhyuk dibiarkan bergantung tak bertali kerana dia dengan Sehun seperi 2x5.

 

“Siapa ada nombor JAIS?” tanya Shindong yang dah tak sabar nak call JAIS. Suka betul dia dengan JAIS.

 

“Nombor JAMilah aku adalah,” jawab Kyuhyun dengan selamba.

 

“Kalau macam tu kita menyamar jadi JAIS lah,” kata Key yang Diva dengan idea DIvanya.

 

 

 

Sementara itu,

 

“Chanyeol kau kena tolong hyung. Macam mana nak suruh Tao cepat sembuh?” tanya Suho dengan muka pura-pura risau. Sah dah jadi kuih talam. Padahal dia nak suruh nenek dia cepat blah dari rumah itu.

 

“Panggil aje tok bomoh,” jawab Chanyeol yang sibuk dengan PokemonGO.

 

“Bijak jugak idea kau tu.”

 

“Tepi lah Hyung, pokemon ada belakang kau,”jerit Chanyeol macam orang gila dan dengan segera menolak Suho sehingga dia jatuh bergolek. Padan muka.

 

“Hyung, Baek boleh jadi tok bomoh,” kata Baekhyun yang terdengar perbualan mereka berdua.

 

 

 

 

“Baek, apa warna hijau yang hang pegang tu?” soal D.O dengan pelik kerana dia rasa sangat pelik dengan pakaian Baekhyun macam melayu zaman dahulu dengan asapnya.

 

“Daun pandan,” jawab Baekhyun dengan ringkas terus menghilangkan diri.

 

“Itu daun keladi. Itu pun tak leh nak beza.Harap dia tak terkena sawanlah. Gila babi pun okey jugak,” Amboi mulut Lay. Terkejut D.O, boleh pulak dia muncul di saat genting. Dah lah mulut tak berkalis.

 

“Hyung, jaga sikit percakapan di bulan mulia ni.”

 

 

 

 

Tuk!TUK! TUK!

 

“Assalamuaikum, kami JAIS. Kami dapat adunan yang ada orang tak puasa dalam rumah ni,”

 

“Yah! Aduan lah, adunan tu nak buat kuih. Bodoh lah hangpa ni,” marah seorang lagi pegawai JAIS no 2.

 

“JAIS? Apa tu? (J)agung (A)rnab (I)kan (S)iakap. Memang lah diorang tu tak puasa. Tapi ikan siakap makan ke jagung? Kalau ye, mesti awak nak promote nak jual jagung kan? Okey kami tak berminat,” disebabkan oleh Lay 3 orang pengawai JAIS tadi rasa nak aje ketuk kepala dia dengan pasu bunga yang ada kat rumah tu.

 

“Tak lah, kerja kami ialah menangkap orang yang tak berpuasa di bulan posa,” kata pengawai JAIS yang ke 3

 

“Ish teruknya kerja awak. Kalau perempuan yang tak leh posa awak nak tangkap jugak ke?ARHH awak ni mesti penjahat. NENEK!” panggil Chen yang memang ada jugak disitu.

 

Kebetulan jugak Baekhyun yang menyamar jadi tok bomoh pun datang ikut pintu depan dan…

 

“Mana dia penjahat tu. Bulan-bulan posa pun nak merompak,” marah nenek mereka sambil membawa batang penyapu. Habislah diorang.

 

Nenek mereka bersama dengan Xiumin dan Luhan memukul 3 orang JAIS itu bersama dengan BAekhyun.

 

“Astaga, arhh. Nenek ni Baekkie lah… marobukka,” apa punya ayatlah yang keluar dari mulut Baekhyun.

 

“Ish, tok bomoh tak leh percaya langsung Jampi entah apa-apa yang di bacanya. Tak islamik, marobukka. Kau ingat kau dah masuk alam Barzakh ke.” kata Lay. Sentap sekejap Baekhyun.

 

Kebetulan Taemin, Kai dan Sehun yang ada di situ terus menghentikan nenek dan Xiumin dan Luhan.

 

“Nenek, ni kawan Sehun lah. Kenalkan ni Pak Cik Euhyuk, Pak cik Kyuhyun dan jugak pak cik Shindong.”

 

“Habis tu, apesal dia datang sini pakai macam JAIS?” soal nenek mereka kehairanan.

 

“Semua salah KYUHYUN,” serentak mereka semua menyalahkan antara satu sama lain. Sehingga bergaduh, bertengkar dan berteriak.

 

“Tak nenek! Ini salah Sehun dan Kai, diorang yang kata Tao tak posa,” Taemin cuba melindungi pak cik pak ciknya.

 

“Korang tanya tak sebabnya kenapa Tao tak puasa?” tanya Luhan.

 

“Tak.”

 

“Itupun salah korang jugak,”kata Xiumin. Maka makin bertambahlah pergaduhan.

 

Kebetulan Heechul dan Key yang datang melawat rumah jiran sebelah dengan divanya. Mana taknya, Heechul dengan kipasnya, key dengan Payung doraemonnya. Entah apa-apa.

 

“Nenek, kami datang bawak juadah berbukak ni.” kata Heechul dengan gembiranya sambil mengflipkan rambutnya dengan ganas tapi ayu. Macam iklan minyak rambut. Sampaikan Luhan pun turut terpikat.

 

“Muka macam perempuan, buat lah perangai macam lelaki sikit. Barulah nampak manly,” kata-kaat pedih Lay sangat berbekas di hati Heechul. Tapi macam biasalah Diva tak mungkin akan kalah.

 

“Muka dahlah buruk macam tong sampah, mulut tu biar lah cantik sikit. Ni tak, macam loji sampah. Mulut dan muka sama aje.” Tergaman Lay sekejap. Ini barunya buku bertemu luas, eh salah ruas lah. Maka acara sentap menyentap antara Lay dan Heechul terus berlarutan sehinggakan nenek mereka tidak tahan dan mengetuk kepala satu seorang dengan penyapu. Insaflah nak.  

 

Disebakan oleh Tao sakit, semua keadaan jadi huru hara.

 


AN: Saya tak tahu apa yang saya tukis. harap enjoy ajelah!! LOTTO

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
Exo ramadan II sudah diupdatekan. maaf jika hambar! T_T

Comments

You must be logged in to comment
Kkyungwifeuu12_
#1
Chapter 6: HÀHAHA
starlightkim_
#2
Chapter 6: Paling lawak part adunan tu.hahahaXD..update soon authornim.daebak dan lawak sungguh ff ni
Dragneel09 #3
Chapter 6: Hahaha...bengonglah diorang ni...ntah apa2... Semua salah Kyuhyun...

Heechul hentilah jadi Diva ...

N...Lay..mulut hang makin lama makin dasyat...
XD
hazhatt #4
Chapter 6: Lawakkkk XD
RaraLuhoney97 #5
Chapter 6: takpe..take ur time^^
hazhatt #6
Chapter 6: Its okayyyy~ fighting!!
Dragneel09 #7
Chapter 5: Entah apa2 lah baekhyeol nie... Kesian nenek diorang...
Sehun tak habis2 dengan Dory
kai pulak tak habis2 dengan Valak XD
mpreggoland
#8
Chapter 5: ahahahahaha lawaks XD
pdn muka BaekYeol kena denda xleh beli apa2 hahaha
hahaha Sehun jht kata D.O Dory...
BaekLay mmg tak sehaluan hahaha
lugege_
#9
Chapter 5: Nak tgk kai jadi valak xD
Miss-Sesame
#10
Chapter 5: valak???? errr..