KELUAR (D)ENGAN NENEK

Exo; Ramadan Version II

Setelah agak lama jugak mereka semua bertengkar, berteriak dan melalak dalam kereta itu akhirnya nenek mereka memutuskan untuk shopping baju raya untuk 12 orang cucu-cucunya yang kurang akal itu dulu sebelum beli barang dapur. Mangsa yang paling kesian tak lain dan tak bukan ialah Suho yang terpaksa menjadi pemandu tak bertauliah mereka semua. Maklumlah, nenek mereka tak berani nak bagi Kris yang suka memandu laju itu drive. Luhan pulak, muka macam tak boleh dipercayai silap hari bulan polis tahan, Xiumin lagilah.

 

“Yehoo, beli baju raya. Jom kita ke MidValley nenek,” ajak Sehun yang sebenarnya dalam fikiran dia dia nak tengok cerita Finding Dory. Asalkan lepas ni jangan jadi Finding Sehun sudah. Dan yang lain mula risau maka terjadilah trend baru kat twitter #FindingSehun yang dimulakan oleh Kris.

 

Tidak dilupakan jugak Tao pun turut join idea Sehun yang tak berapa nak betul, tapi Tao agak sedikit kecewa kerana bulan posa begini dia tak boleh makan pop corn di wayang.

 

 Kai pun nak juga tengok wayang, tapi dia tak minat cerita Dory Dory ni, apa kelas. Baik dia makan dory golek yang ada kat bazar Ramadan. Ada ke Kai? Kai fikir nak tengok cerita yang extreme sikit macam conjuring 2 itu yang trend balak, eh salah Valak. Entah lah betul ke tak? Bunyi macam buah salak aje.

 

“Tak adanya kita pergi IOI sana macam banyak sikit baju berjenama untuk hari raya,” kata Luhan yang suka brand berjenama itu.

 

“Tak nak!” serentak yang lain menjerit. Sakit telinga nenek mereka dibuatnya.

 

Setelah bergaduh akhirnya nenek mereka membuat keputusan untuk ke KL SOGO, maka yang lain sudah stress dan kecewa. Dan yang obvious sekali sedihnya adalah Sehun kerana tak dapat tengok Finding Dory dia.

 

“My Dory…” kata Sehun kesedihan dan mengelap hingusnya dengan menggunakan hujung baju Xiumin yang berada di sebelahnya.

 

“Yah! Sehun, aku baru dobi baju ni,” marah Xiumin.

 

“Nenek kat KL SOGO mana ada baju melayu hipster,” kata Suho. Nak jugak hipster.

 

Nak tak nak mereka semua terpaksa menurut apa yang nenek mereka katakan kerana nenek yang nak belanja baju melayu.

 

 

 

Di KL SOGO,

 

Kelas kau Jemah, shopping kat KL SOGO.

 

“Nenek, Chen penatlah. Cepatlah decide tahun ni nak warna apa?” rungut Chen yang sudah kebosonan menemani neneknya mencari baju kurung dan baju melayu mereka belum di beli lagi kerana nenek mereka masih belum memilih tema warna apa untuk raya kali ini?

 

“Jangan nak merungut, tak baik bulan posa merungut.” Kata D.O yang sedang duduk di tempat menunggu itu.

 

“Mana Baekhyun dengan Chanyeol?” tanya Kris yang kebosanan kerana dia perasan dua orang yang selalu menghantui hidup dia tidak ada bersama mereka waktu itu.

 

“Tandas kot,” kata Xiumin yang sibuk main dengan PSP. Mujurlah Xiumin main dengan PSP bukan dengan hati perempuan. Boleh pulak.

 

“Okey semua, tahun ni nenek dah decide nak baju warna biru muda laut,” kata neneknya.

 

“Yeah, boleh lah Sehun beli baju melayu gambar Dory,” kesitu pulak fikiran Sehun.

 

Disebabkan neneknya mendengar perkataan Dory itu maka dengan automatiknya warna biru nenek mereka cancel sekali lagi ini kerana nenek mereka amat membenci makhluk warna biru yang bernama Dory.

 

“Alah…ni semua salah Sehun,” marah Kai. Maka pergaduhan mula tercetus dan mereka mula bising memilih warna tema.

 

Jadi nenek mereka membuat keputusan untuk memilih warna merah sebagai tema, senang untuk tahun baru cina sekali. Maklumlah Atok mereka kan mix Chinese. Jimat bajet.

 

“Aku harap lembu kat belakang rumah Atok tak kejar aku,” kata Tao ketakutan.

 

 

 

 

Sementara itu Chanyeol dan Baekhyun,

 

Mereka berdua sebenarnya dah ada kat luar bangunan KLSOGO itu.

 

Chanyeol sedang bermain ukulele melompat-lompat macam orang gila, manakala Baekhyun sedang menyanyi dengan nada yang entah apa-apa. Aduhaii, kenapa pulak dengan dua orang ni, buat free show kat sini?

 

Chanyeol dengan pakaian koyaknya, entah dari mana dia dapat, manakala Baekhyun dengan muka yang comot baju koyak rabat dan yang penting sekali ada kotak untuk orang lalu lalang menderma kepada mereka.

 

Disebabkan mereka berdua sudah rasa kepenatan jadi seperti monyet, maka Baekhyun yang ternampak seorang businessman memakai kot lalu disitu terus dia merayu merayau ibarat ayam kais pagi makan petang. Pepatah mu amat tak kena dengan situasi sekarang Baekhyun.

 

“Tolonglah encik, saya ada 12 orang adik beradik yang nak kena jaga. Kesianlah kat saya, nenek saya sa…” belum sempat Baekhyun menghabiskan ayatnya dia sudah kesakitan kerana neneknya memang dah ada kat sebelah. Nenek ada kuasa teleport ke?

 

“Yah! Baekhyun, Chanyeol, nenek sihat lagi. yang korang pergi mintak derma ni kenapa?  Atok kamu tu kaya raya,” amboi nenek dah jadi drama swasta pulak kat situ. Mujur tak ramai orang nak tengok waktu tu.

 

“Hehehe, kitaorang nak beli CD game yang baru tu,” kata Chanyeol.

 

Mujur nenek dia tak tarik sekali telinga Chanyeol, kalau tak makin panjang, jangan jadi Yoda jadi goblin terus agaknya.

 

“Malunya nenek dengan perangai kamu semua,” kata neneknya dengan nada agak kesedihan. Mujurlah ada Luhan yang sedang mengosok neneknya itu. Kris yang baru datang dengan penuh beg shopping kat tangan hanya memandang semua dengan pandangan Blank.

 

Lay memandang Baekhyun dengan pandangan ‘padan muka kau’. Entah lah, tak tahu kenapa Lay dengan Baekhyun sejak dari dulu lagi macam tak boleh sehaluan.

 

 

 

Selepas kejadian yang tak berapa enak itu terjadi maka nenek mereka terus menyuruh Suho memandu ke Tesco Damansara yang berdekatan rumah mereka itu.  Nenek mereka hanya nak beli barang dapur dan nak balik. Chanyeol dan Baekhyun mula rasa bersalah sebab buat neenk mereka merajuk.

 

Akhirnya dapat jugak tengok mereka semua yang bising jadi senyap sesenyap angsa yang ditapekan muncungnya.

 

 

 

Di Tesco,

 

“Suho tolong ambik troli, yang lain kamu beli aje apa yang kamu nak ye. Baekhyun dan Chanyeol kamu kena tolak troli dan ikut nenek, kamu didenda tak boleh nak beli apa-apa,” kata neneknya dengan nada yang comel campur seram seperti chendol yang dah basi.

 

Xiumin yang terfikirkan churros terus mencari bahan untuk masak churros. “Churros, churros, churros…oh bahagianya hidup aku.”

 

“Tao jom cari ikan Dory,” ajak Sehun dan terus ke bahagian sayuran. Ada Dory ke kat sana?

 

“Nak beli makanan apa yang boleh nampak kool sikit?” fikir Kris sambil berjalan di sekitar kawasan yang menjual beras. Pleaselah Kris, kau jangan fikir angkut beras yang 12 KG itu mampu buat perempuan tengok kau kool. Mat kool betullah hang ni Kris.

 

“LOL, sini ada jual bedak sejuklah. Boleh lah aku make up jadi valak malam ni,lololo” kata Kai dengan lololonya dan menjerit macam orang gila dan orang asli. Buat malu aje.

 

“Nanti malam nanti nak ambik tudung nenek lah,” tambah Kai lagi. Taksub betul dia dengan Valak  ni.

 

“Malam ni aku nak masak resepi ala Lay lah. Nasi halia, air tea halia, ikan halia dan semua halialah,, huhu,” maka Lay pun terus menagmbil dengan banyaknya halia. Semoga ada yang nak makan.

 

Manakala yang lain sahaja kelihatan macam shopping normal. Baekhyun dan Chanyeol terpaksa menahan diri dari buat kerja gila kerana mereka diawasi nenek mereka 24/7. Kesian.

 

 

Disebabkan mereka semua siap shopping hampir nak maghrib, maka nenek mereka terpaksa jugak mengajak mereka semua berbuka diluar.

 

“Sehun, jumpa ke Dory?” tanya D.O

 

“D.O pun jumpa tambah R.Y kat belakang  jadilah DORY.” Tak lawak Sehun

 

“Alah! Lay baru fikir nak masak ikan masak halia, nasi halia air hali buat berbuka,” kata Lay dengan sedihnya sebab mereka semua terpaksa berbuka kat luar.

 

“Masak aje jangan tengok resepi, masak aje jangan tengok jam” bidas Baekhyun. Lay dah terkena balik. Memang lah dua orang ni.

  


Maaf atas chapter yang bosan >_<

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
Exo ramadan II sudah diupdatekan. maaf jika hambar! T_T

Comments

You must be logged in to comment
Kkyungwifeuu12_
#1
Chapter 6: HÀHAHA
starlightkim_
#2
Chapter 6: Paling lawak part adunan tu.hahahaXD..update soon authornim.daebak dan lawak sungguh ff ni
Dragneel09 #3
Chapter 6: Hahaha...bengonglah diorang ni...ntah apa2... Semua salah Kyuhyun...

Heechul hentilah jadi Diva ...

N...Lay..mulut hang makin lama makin dasyat...
XD
hazhatt #4
Chapter 6: Lawakkkk XD
RaraLuhoney97 #5
Chapter 6: takpe..take ur time^^
hazhatt #6
Chapter 6: Its okayyyy~ fighting!!
Dragneel09 #7
Chapter 5: Entah apa2 lah baekhyeol nie... Kesian nenek diorang...
Sehun tak habis2 dengan Dory
kai pulak tak habis2 dengan Valak XD
mpreggoland
#8
Chapter 5: ahahahahaha lawaks XD
pdn muka BaekYeol kena denda xleh beli apa2 hahaha
hahaha Sehun jht kata D.O Dory...
BaekLay mmg tak sehaluan hahaha
lugege_
#9
Chapter 5: Nak tgk kai jadi valak xD
Miss-Sesame
#10
Chapter 5: valak???? errr..