S(A)HUR

Exo; Ramadan Version II

 

Di sebuah rumah, terdapat 12 orang jejaka yang sedang nyenyak tidur. Seperti biasalah mereka bersama dengan roommate masing-masing lena dibuai ataupun dihanyut mimpi yang merepek. Tulah, siapa suruh tak ambik wuduk sebelum tidur, bak kata ustaz Baekhyun. Tapi si Baekhyun tu ambil ke wuduk?

 

Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi, waktu yang amat sesuai untuk  bangun memasak waktu sahur. Tapi 12 orang jejaka ini tidak menujukkan tanda-tanda untuk bangun pun.

 

Lay yang terkangkang  dan D.O  yang meniarap dia atas sofa tertidur di depan TV itu amatlah tidak enak dipandang oleh pandangan masyarakat. Kebetulan waktu itu sedang ada siaran ulangan cerita seram eh taklah sebenarnya cerita pembunuhan. Entahlah yang pasti ini kisah yang sangat menakutkan, lagi takut dari nenek mereka yang suka membebel.

 

Di bilik maknae Tao dan Sehun,

 

Kelihatan Tao sedang tidur berbantalkan lengan Sehun sambil terkeluar air liurnya itu. Sehun yang terasa seperti lengan dia sudah banjir itu terus menolak Tao dari katil sehingga dia jatuh bergolek golek hingga ke ruang tamu. Overdose gila Tao bergolek, kalah ayam golek kat bazar Ramadan. Maklumlah, ayam kat bazar bergolek satu tempat dia boleh pula bergolek sampai ke ruang tamu. Mujurlah bukan ruang tamu bawah, tapi ruang tamu di tingkat atas jugak.

 

Tao terus bergolek dan bergolek sehingga terlanggar sofa yang dihuni oleh D.O.

 

Gedebuk. Bunyi Tao yang terlanggar sofa itu. D.O yang terkejut terus tersedar dari tidur dan paling teruk dia ternampak cerita yang sangat seram di kaca TV menyebabkan dia menjerit dengan high note sekali.

 

Tao yang juga tersedar dan terlihat aksi pembunuhan yang seram itu jugak turut terkejut dan menjerit bersama dengan D.O sambil berpelukan. Teruk betul mereka berdua.

 

Lay yang mendengar jeritan yang high note itu turut tersedar dan mereka bertiga sama-sama menjerit. “ARHHHHHHHH,”  Lay menjerit dengan terkejutnya melihat D.O dan Tao. Manakala Tao dan D.O menjerit melihat aksi pembunuhan yang kejam.

 

“HYUNG!!!,” serentak D.O dan Tao menjerit.

 

Akibat jeritan mereka bertiga semua ahli dalam rumah itu tersedar.

 

“Apalah yang bising kat luar tu,” bebel Suho dengan mamainya.

 

Semua yang pergi ke ruang tamu itu turut menjerit.

 

“ARHHHHH, HANTU! SEHUN MATIKAN ELEKTRIK!” tempik Luhan yang sangat –sangat terkejut.

 

Sehun yang terkejut dengan jeritan Luhan dan sukar untuk mentafsirkan apa yang Luhan ingin beritahu terus ke suis utama.

 

Well, macam biasalah maknae yang bernama Sehun ni. Dia bukannya jenis makhluk yang fikir panjang, jadi dia yang ternampak air dalam balang ikan emas itu terus menyimbahkan air itu ke suis utama eektrik bersama-sama dengan ikan emas itu yang melayang. Kesian ikan emas Xiumin.

 

Disebabkan akal Sehun yang terencat itu satu rumah terputus bekalan elektrik.

 

 

“YAH! SEHUN! Hyung kata matikan elektrik tu maknanya tutup suis tv yang kau pergi tutup suis utama ni kenapa?” sekarang Luhan pulak yang naik angina dengan perangai tiga suku Sehun ni.

 

“Dah hyung kata matikan elektrik, sehun matikanlah sekali dengan ikan emas,” jawab Sehundengan selamba dengan muka derpnya yang sukar dilihat dalam gelap.

 

“SEHUN! KAU MATIKAN IKAN EMAS AKU,” kali ni Xiumin pulak yang naik angin.

 

  Serentak Luhan dan Xiumin menarik telinga Sehun. Padan muka.

 

“Auww, hyung sakit. Kris hyung tolong Cehun,” dah terkeluar pelatnya.

 

Kris hanya memerhatikan Sehun dengan mamainya.

 

 

Kita kembali ke kisah D.O, Tao dan Lay. Tao masih lagi menjerit kerana kali ini dia takut gelap, manakala Lay menejrit sebab Tao pun menjerit. Entah apa-apalah diorang ni. aksi menjerit Tao dan Lay berakhir bila datangnya si Chen mengetuk kepala diorang dengan buku teks tebal milik Kai. Habislah ilmu Kai disebabkan oleh Chen.

 

“Yah! Berhenti menjerit boleh tak, stress lah hyung hari-hari macam ni,” bebel Suho. Bebelan Suho pula ditambah apabila dia baru perasan rumah itu terputus bekalan elektrik akibat kebengongan Sehun itu.

 

“Habis tu kita nak sahur dengan apa ni,” jerit Chanyeol yang sememangnya dia tidak boleh hidup tanpa bersahur.

 

“Yeah! Candle light dinner, romantiknya,” kata Kai sambil menari-nari.

 

“Tak yah nak romantic sangatlah,” marah Baekhyun dengan Suho serentak.

 

 

Di dapur,

 

“Astaga, hyung lupalah nak beli lauk. Macam mana nak sahur ni,” kata Xiumin dengan terkejutnya.

 

“Habis itu apa yang tinggal?” tanya Sehun sambil menggosotkan telinganya yang sakit.

 

“Milo dah habis, roti tak ada, semua tak ada, yang ada hanyalah serbuk biskut dengan gula dan garam sahaja,” bebel Kris sambil menyelongkar seluruh kabinet dapur itu menggunakan lilin.

 

Tao dan Lay sudah kehabisan suara untuk memeberontak maka mereka berdua hanya mampu mendiamkan diri sahaja.

 

“Suho hyung fikirkan lah sesautu, macam mana nak sahur ni?” bentak Baekhyun.

 

“FUyoo~~ Ustaz tak berceramah hari ni,” perli Chanyeol. Apalah Chanyeol ni, orang bagi nasihat tak nak dengar.

 

“Tak Yah sahur lah,” ujar Kris dan disambung dengan ceramah Baekhyun.

 

“Sesungguhnya sahur itu Sunnah nabi, kalau kita buat nanti dapat pahala,” ucapan Baekhyun itu menyebabkan  Si Yusof aka Kris tidak jadi untuk menyambung tidurnya.

 

 

“Yah Chen! Berhenti main lilin terbakar pulak rumah ni nanti,” marah Luhan apabila dia melihat Chen asyik menghayunkan lilin ke arah Tao. Malangnya waktu itu, Tao tak mampu nak menjerit.

 

Chen tetap Chen dia memang tak akan mendengar kata –kata nasihat hyungnya, maka terjadilah satu agedan yang tak sepatutnya terjadi apabila si Chanyeol yang memulakan prank merepetnya itu dengan memakai mask hantu untuk menakutkan Tao.

 

Tao yang terkejut itu terus memeluk Chen menyebabkan Chen terkejut dan terlepaskan lilinya ke arah kain pelekat Suho. Maka terjadilah…

 

“ARHHH! Kain pelekat aku terbakar,” jerit Suho dengan terkejutnya.

 

“OH MY GOD! Macam mana ni,” pekik Sehun.

 

“Yah! Semua tolonglah aku,” jerit Suho sambil berlari-lari di sekeliling dapur dengan kain pelekatnya yang terbakar itu.

 

“Yehoo!! Ini bukan setakat candle light dinner, ini dah jadi exotic dinner,”jerit Kai yang berasa seronok dengan persembahan Suho. Kenapalah dengan Kim Jongin ni, macam dah tak ada sentimental langsung. Terbakor baru tahu.

“Kenapalah Suho hyung ni tak guna otak, tanggalkan ajelah kain pelekat itu,” kata Chanyeol dengan selambanya sambil mengacaukan air gula. Air gula pun air gula lah asalkan dia dapat bersahur. Bengong tak sudah.

 

“Woah, banyaknya kau buat air gula macam nak buat kenduri aje,” kata D.O dengan terkejutnya apabila melihat Chanyeol dengan selambanya mengacau air gula dalam periuk yang sesuai untuk masak gulai ayam.

 

“ARH!!!, Chanyeol kau simbah ajelah air gula tu kat kain Suho. Stress dah aku tengok,” tempik Kris yang tengah serabut memikirkan masalah hidupnya, maklumlah orang baru putus dengan girlfriend kan.

 

“Kita nak sahur dengan apa ni?” serentak Tao, Lay, Luhan dan Sehun bertanya menyedarkan mereka tentang waktu sebenar.

 

bersambung...


updated!

author ingin berkata-kata,
Korang kalau rasa cerita ni best tolonglah upvote * muka tak tahu malu*

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
Exo ramadan II sudah diupdatekan. maaf jika hambar! T_T

Comments

You must be logged in to comment
Kkyungwifeuu12_
#1
Chapter 6: HÀHAHA
starlightkim_
#2
Chapter 6: Paling lawak part adunan tu.hahahaXD..update soon authornim.daebak dan lawak sungguh ff ni
Dragneel09 #3
Chapter 6: Hahaha...bengonglah diorang ni...ntah apa2... Semua salah Kyuhyun...

Heechul hentilah jadi Diva ...

N...Lay..mulut hang makin lama makin dasyat...
XD
hazhatt #4
Chapter 6: Lawakkkk XD
RaraLuhoney97 #5
Chapter 6: takpe..take ur time^^
hazhatt #6
Chapter 6: Its okayyyy~ fighting!!
Dragneel09 #7
Chapter 5: Entah apa2 lah baekhyeol nie... Kesian nenek diorang...
Sehun tak habis2 dengan Dory
kai pulak tak habis2 dengan Valak XD
mpreggoland
#8
Chapter 5: ahahahahaha lawaks XD
pdn muka BaekYeol kena denda xleh beli apa2 hahaha
hahaha Sehun jht kata D.O Dory...
BaekLay mmg tak sehaluan hahaha
lugege_
#9
Chapter 5: Nak tgk kai jadi valak xD
Miss-Sesame
#10
Chapter 5: valak???? errr..