NENEK D(A)TANG

Exo; Ramadan Version II

(mungkin ada typo)

Sudah seminggu diorang semua berpuasa dan selama seminggu itu jugaklah kejadian yang pelik sentiasa berlaku waktu hendak bersahur. Suho fikir rumah itu berpuaka maka dia ingin memanggil tok bomoh untuk halau saka.

 

Suho ni tahyul betul fikiran dia, maka sentap menyentap anatara Lay Suho dan Baekhyun pun berlakulah. Macam nak  lihat pertandingan debat antarabangsa aje.

 

3…2…1…,

 

“Yah! Hyung kau jangan nak merapu, rumah ni tak berpuakalah. Yang puakanya perangai korang semua yang entah apa-apa sebab tu aje aje benda yang merapu berlaku time nak bersahur,” panjang lebar betul ceramah Baekhyun kepada Suho.

 

Kebetulan di waktu itu mereka semua baru lepas pergi terawih, jadi yang lain sudah pun masuk tidur. Yang tinggal disitu hanyalah orang-orang yang tak suka tidur awal.

 

“Sedap aje cakap kat orang lain perangai puaka, diri sendiri tak sedar. Jangan nak jadi munafik sudahlah, hari tu baru habis tengok cerita munafik. Entah apa-apa lah korang berdua ni,” ujar Lay dan dia pun berlalu ke dapur untuk join maknae line sambung makan. Banyak betul diorang makan.

 

Kata-kata pedas Lay itu tidak mampu di balas oleh Baekhyun dan Suho jugak tidak mampu nak berkata apa-apa. Ada betul jugak mereka semua yang membuat kerja gila-gila waktu sahur mana tak jadi huru hara rumah itu. Insaf sekejap Suho.

 

Telefon berdering…wonder pet wonder pet kami datang. Kami tak kuat bila berkerjasama semua jadi hebat, yeah wonder pet.

 

Teruk benar bunyi nada ringtone Suho, sakit telinga Baekhyun dibuatnya, kebetulan Kris yang baru datang kat situ nak aje celup iphone Suho tu dalam akuarium ikan Xiumin.

 

“Hello nenek, nenek sihat,” tanya Suho dengan sopan santun. Kris dan Bekhyun yang ada kat situ pun tumpang sibuk nak dengar apa yang nenek mereka nak bebelkan. Ni mesti sebab diorang semua jarang telefon nenek.

 

“Hello, hello, kamu ni orang negara mana. Cuba jadi islam sikit, ada ke islam ajar bagi slaam kat orang lain hello. Assalamualaikum,” boleh tahan jugak nenek diroang ni.

 

Sentap lagi mereka bertiga, sabar ajelah hati. Asyik makan sentap orang  aje hari ni, kata baekhyun dalam hati.

 

“Waalaikumusalam,” serentak mereka bertiga menjawab.

 

“Ha, bagus pun. Ni nenek nak tanya kamu bertiga, busy sangat ke sampai lupa nak call nenek.”

 

“…”

 

“Kenapa diam, jimat kredit ke? Nenek nak bagitahu kamu ni, minggu ni nenek akan duduk rumah korang selama seminggu. Hari tu Tao ada bagitahu nenek yang korang masak entah apa-apa aje time sahur. Risau betul nenek dengan tiga orang maknae tu.”

 

“Nenek apa kata nenek jangan datang. Sebabnya nanti raya pun kita boleh jumpa lagi. alah Tao tu mengada aje,” kata Suho cuba mencari idea untuk mengelakkan nenek dia datang.

 

“Amboi korang, tu rumah nenek dan atok jugak. Apasal nenek tak leh nak datangnya, kamu ada bawak perempuan ke? Tak kira, by hook or crook nenek datang jugak esok. Flight pun nenek dah tempah.”

 

“Atok datang tak nenek?” pandai betul Kris tukar topik.

 

“Atok busy jaga kambing, lembu, ayam dan arnab dia.”

 

“Okey baiklah nenek, kami akan kemas bilik nenek, okey bye. Nak pergi kemas,” maka Suho pun terus mematikan talian. Tak sopan betul lah diorang ni.

 

“Habislah kita nenek datang. Ni semua salah tao. TAO!” kuat betul Suho menjerit.

 

 

 

Tao yang enak menjamu selera bersama dengan Lay, Sehun, Kai dan Chanyeol di dapur sudah pun tercekik akibat mendengar jeritan Suho itu.

 

Tao yang tercekik maggi itu terus mengelepur kesakitan di dapur. Chanyeol yang terkejut terus memberi dia minum chendol. Allhamdulilah tercekik dia hilang.

 

“Macam merepek aje Tao tercekik, bagi cendol terus hilang,” kata Sehun mengunyah nasi yang dia goreng sendiri. Resepi Sehun pun mengarut jugak, nasi digoreng dengan jelly, Nutella, aiskrim dan jugak honey.

 

“Lay hyung makanlah nasi goreng Sehun yang sedap ni,”pujuk Sehun dekat Lay yang sedang enak makan maggi cicah kopi.  Lay hanya buat –buat tak tahu aje.

 

“Apa benda lah Suho ni, datang-datang menjerit,” bebel Kai yang rasa terancam. Terancam sebab dia risau si Suho rampas pizza yang dia order banyak-banyak tadi guna kad kredit Suho.

 

“Korang! Nenek nak datang esok,”ujar Suho yang sudah pun tercegat kat dapur.

 

“Yeah! Nenek datang,” kata Sehun dengan gembira.

 

“Jadi apa masalahnya?” tanya Chanyeol yang sedang mengoreng Churros. Banyak betul diorang ni makan.

 

“Kalau nenek datang nanti, akulah mangsa yang kena membebel sebab tak jaga korang dengan baik,” kata Suho dengan tertekan.

 

“Memang pun,” jawab Lay dengan selamba. Memang pun.  

 

“ Yah! Xiumin hyung, jangan ambik churros yang aku baru goreng tu,” marah Chanyeol apabila dia ternampak Xiumin dah bawak semua churros yang dia goreng tadi ke bilik.

 

“Huuhuuu, churros sedapnya sedapnya,” kata Xiumin sambil berlari ke bilik tanpa dia sedari Luhan tengah tidur berjalan. Maka nahas jalan raya pun berlaku lah di tengah-tengah ruang tamu tu. Mujurlah churros yang panas itu selamat mendarat di atas lantai.

 

“WEH! Kuman tak sempat panjat lagi tu! Semua ambik dan makan cepat sebelum kuman panjat,” overdose giler jeritan Kai. Kai dan yang lain terus berebut untuk makan churros yang jatuh itu tanpa mempedulikan kesakitan Luhan dan Xiumin.

 

Sehun dengan nuttelanya, Tao dengan chendolnya, Lay dengan kopinya dan Chanyeol dengan sos cilinya.

 

“Ya Allah, macam orang kebuluran aje aku tengok diorang semua ni,” kata Suho sambil beristigfar. Baik pulak Suho malam ni.

 

“Tepi lah Sehun, ni churros aku,” marah Tao lalu pergaduhan merebut churros pun berlaku.

 

“Dah semua pergi tido, esok nak bangun sahur,” mujurlah ada Kris kat sini. Diorang ni dengar sikit cakap Kris berbanding yang lain.  Yeke? Entah-entah Kris aje yang perasan lebih, sebenarnya tak ada seorang pun nak dengar cakap Kris.

 


 

Esoknya…

 

Seperti yang dijangka nenek mereka sudah pun sampai dan tercegat depan pagar rumah yang sangat besar itu.

 

“Nenek dah sampai pun, kenapa tak bagitahu Suho, biar Suho jemput kat airport,” kata Suho dengan sopan dan santunnya.

 

“Tak payahlah nak jemput-jemput nenek boleh datang dengan teksi. Mana yang lain?” tanya neneknya yang pelik apabila rumah yang selalu bising jadi sunyi dan tak berpuaka melainkan manusia dalam rumah itu sendiri berpuaka.

 

Tanpa diundang nenek mereka masuk rumah itu tanpa dijemput, memang itu rumah nenek mereka pun.

 

“Astaga!” terkejut nenek mereka apabila melihat rumah yang boleh dikatakan bersepah itu. Ruang tamu yang macam kapal pecah, sinki dapur yang dipenuhi dengan begitu banyak pinggan mangkuk. Yang hairannya, bilik tidur masing-masing bersih pulak.

 

“Korang tak kemas rumah ke?” maka bebelan dan bebelan diterima oleh Suho kerana dia seorang sahaja yang ada waktu itu. Dalam keadaan terpaksa dan tidak dipaksa memang Suho pun yang kena kemas rumah.

 

 

“Yehet! Nenek dah sampai,” kata Sehun dengan terujannya apabila dia terdengar suara neneknya dari bilik.

 

“Aigoo, cucu nenek yang paling hensem dah bangun pun,” perkataan hensem yang dikeluarkan oleh neneknya itu menyebabkan si Suho terus terasa dan jugak cemburu. Teruklah Suho ni, nak jugak nenek dia puji dia yang paling hensem.

 

Akhirnya semua dah bangun.

 

“Mana Chen?”

 

 

 

“Hello~~, saya nak bagitahu awak ni nenek saya datang rumah hari ni?”kelihatan Chen sedang berborak di telefon dengan seseorang. Kawan kot.

 

“Ye! Awak cemburu kan nenek saya datang, hahaha. Kenapa nenek awak tak datang ke?”

 

“…”

 

“Kenapa awak senyap sahaja, ni mesti awak sedih kan. Janganlah sedih bulan posa ni, hahaha,” terus Chen ketawa sorang-sorang. Entah apa-apa lah dia ni sorang.

 

“Maafkan saya, awak ni salah nombor. Saya tak kenal pun siapa awak dan siapa nenek awak tu.”

 

 Dah agak dah si ChenChen ni, memang tak pernah nak insaf, selagi tak kenakan orang memang tak sah agaknya hidup dia ni.

 

“Aucch, sakitlah nenek,”

 

“Kamu telefon siapa tu ChenChen? Bulan posa macam ni pun kamu buat kerja gila lagi?” marah neneknya sambil menarik telinga Chen.

 

“Entah Chen main tekan aje nombor, tak sangka dapat jugak hubungi nombor yang tak dikenali tu, heheehe.”

 

“Yah! Chen apesal kamu guna telefon aku. Habislah bill aku,” marah Luhan apabila dia perasan yang Chen gunakan handphonenya. Bersabar lah hidup dengan Chen memang macam ni.

 

 

“Suho, Kris, Xiumin dan Luhan. Korang berempat bawak nenek pergi Tesco, banyak barang dapur yang tak ada tu. Apalah kamu semua ni,”kata nenek mereka yang bernama Siti Khadijah. Lupa nak kenalkan nama nenek mereka.

 

“Nak ikut,” yang lain pun serentak nak ikut jugak nenek mereka membeli belah di TESCO.

 

Maka dengan itu, nenek mereka pun terpaksalah juga bawak mereka semua. Pening kepala bawak 12 orang cucu yang perangai pelik ni. Ni mesti ikut perangai atok mereka.


author mencatat:

P/S: Jangan lupa bagi feedback yer semua. ^^ Terima kasih atas sokongan padu dan jati korang membuatkan saya bersemangat menulis. T_T ( terharunya) LOVE U ALL *THROW HEARTS* >3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
GreenDecember
Exo ramadan II sudah diupdatekan. maaf jika hambar! T_T

Comments

You must be logged in to comment
Kkyungwifeuu12_
#1
Chapter 6: HÀHAHA
starlightkim_
#2
Chapter 6: Paling lawak part adunan tu.hahahaXD..update soon authornim.daebak dan lawak sungguh ff ni
Dragneel09 #3
Chapter 6: Hahaha...bengonglah diorang ni...ntah apa2... Semua salah Kyuhyun...

Heechul hentilah jadi Diva ...

N...Lay..mulut hang makin lama makin dasyat...
XD
hazhatt #4
Chapter 6: Lawakkkk XD
RaraLuhoney97 #5
Chapter 6: takpe..take ur time^^
hazhatt #6
Chapter 6: Its okayyyy~ fighting!!
Dragneel09 #7
Chapter 5: Entah apa2 lah baekhyeol nie... Kesian nenek diorang...
Sehun tak habis2 dengan Dory
kai pulak tak habis2 dengan Valak XD
mpreggoland
#8
Chapter 5: ahahahahaha lawaks XD
pdn muka BaekYeol kena denda xleh beli apa2 hahaha
hahaha Sehun jht kata D.O Dory...
BaekLay mmg tak sehaluan hahaha
lugege_
#9
Chapter 5: Nak tgk kai jadi valak xD
Miss-Sesame
#10
Chapter 5: valak???? errr..