Bab 4

It's just a Contract

Puan Kim bukan main gembira ketika dimaklumkan bahawa dia boleh berjumpa dengan teman lelaki Min Young pada hari Jumaat, dua hari lebih awal daripada dirancang. Ini disebabkan oleh Min Young yang perlu pergi melawat ibu bapa sebelah sana.

Bersama suami tersayang, mereka menukar karpet dan langsir di ruang tamu, alas meja di ruang makan, bunga-bunga hiasan yang sudah berhabuk digantikan dengan yang baru. Rumah divakum sekali walapun baru divakum sehari sebelum dan pinggan mangkuk serta cawan raya tahun lepas juga tidak terlepas dikorek keluar semula.

Min Young hanya memutarkan mata melihat kesungguhan kedua-dua ibu bapanya yang tidak sabar menanti kehadiran Joong Ki. Jauh di sudut hati Min Young, dia tersentak dari lamunannya apabila terfikir apa yang akan terjadi sekiranya rahsianya diketahui orang, terutamanya ibu kesayangannya. Min Young hanya mampu menyerah kepada tuhan untuk menentukan segalanya.

Jun Hyun yang suka bekerja sampai lewat malam memilih balik awal pada hari itu betul-betul mengejutkan Sofia. Adiknya, Yu-bi yang suka berdating pun memilih menghabiskan masa lapang di rumah. Semua tidak ingin melepaskan peluang emas untuk mendapatkan pandangan pertama muka boyfriend Min Youngyang mereka menanti-nantikan.

Ketika Min Young melangkah masuk diikuti oleh Joong Ki yang berkemeja putih dan berseluar hitam, kelihatan semua bersedia untuk menjemput mereka berdua.

Puan Kim dan Sofia uang sibuk memasak di dapur menampilkan muka mereka sebaik sahaja Min Young memberi salam. Encik Han dan Jun Hyun yang bersantai atas sofa empuk berdiri menghadap mereka manakala adiknya Yu-bi pula berada di tepi tangga.

“Apa khabar, pak cik, mak cik?” Joong Ki menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ibu bapa Min Young selepas diperkenalkan oleh Min Young satu per satu kepadanya. Buah tangan yang dibelinya tadi dihulur.

Semua memandang Joong Ki tanpa berkelip mata. Hati masing-masing bersetuju dengan pilihan hati Min Young yang jauh lebih matang dibandingkan dengan  dahulu. Joong Ki yang berdiri di sebelah Min Young memberi satugambaran yang begitu indah dan cantik, bagai pinang dibelah dua!

Joong Ki terus dipuji dalam hati masing-masing selepas diberitahu bahawa dia merupakan peguam. Harapan untuk mendapat seorang daripada tiga orang anak sebagai peguam boleh dimandaikan juga dengan seorang anak mentua peguam, kata hati kecil Puan Kim.

“Yu-bi nak tanya sikit. Macam mana kak Min Young boleh berkenalan dengan abang Joong Ki?” tanya Yu-bi yang ingin tahu semua detil perhubungan cinta kakaknya yang selama ini berjaya disembunyi daripada pengetahuan mereka sekeluarga.

Min Young dan Joong Ki berpandangan sesama sendiri. Walaupun mereka sudah bersedia dari semua aspek, mereka tidak menduga kan diuji dengan soalan sebegini.

“Akak berkenalan dengan abang Joong Ki ketika akk baru masuk Seoul National University Law School. Abang Joong Ki yang menyambung master menjadi mentor.” Jawab Min Young dengan cepat agar mereka tidak kelihatan kekok. Semua senyum mendengar jawapan itu.

“Abang Joong Ki tahu pulak kak Min Young suka makan kepak?” soal Yu-bi lagi ketika terpandang Joong Ki mengambil sektul kepak goreng kepada Min Young.

“Alah, kekasih kena tahulah favourit sweet heart meerka. Kalau tidak, nanti kena cubit telinga lengan kut.” Jun Hyun menjawab bagi pihak Joong Ki selepas melihat Joong Ki bermuka merah menahan malu.

Joong Ki cuba menahan muka dan telinganya yang panas menjadi merah. Dia sendiri tidak tahu yang bahagian kepak ialah kesukaan Min Young. Dia hanya mengambil ketulan ayam goreng yang terdekat dengan dirinya kepada Min Young. Soalan Yu-bi itu memang mengejutkan dirinya dan yang memeranjatkan dirinya ialah Jun Hyun yang baru berkenalan tiga puluh minit tolong menjawab bagi pihaknya.

“Kenapa abang Joong Ki membeli oren lebih banyak berbanding epal dan kiwi? Abang Joong Ki nak beli untuk kak Min Young seorang makan saje atau untuk familinya?” satu soalan diaju lagi oleh Yu-bi ketika semua makan buah-buahan yang dibeli oleh Joong Ki sebagai pencuci mulut.

“Yu-bi, kamu ni tengah makan pun nak bercakap, tak senonoh betul.” Puan Kim cuba membela Joong Ki memandang dia asyik menjadi ‘mangsa’ Yu-bi yang bertanya ini dan itu.

“Yu-bi hanya nak tahu saja, ibu. Dahlah kak Min Young pandai merahsiakan dia bercinta dengan abang Joong Ki. Saya hanya nak tahu kenapa abang Joong Ki tahu kesukaan kak Min Young.”

“Rasanya, Yu-bi cemburu, ya? Sebab pakwe Yu-bi tak tahu semua kegemaran Yu-bi manakala abang Joong Ki mengetahui semua favorit kak Min Young? Betul tak?” sofia cuba meneka selepas berjaya menghidu bau cemburu yang kuat dari Yu-bi. Yu-bi tidak menjawab dan memilih mendiamkan diri.

Sewaktu menghantar Joong Ki mendapatkan keretanya, Min Young memuji dan berterima kasih atas lakonan Joong Ki yang berjaya menyakinkan semua orang.

“Lakonan you pun boleh tahan jugak. Harap-harap Ahad nanti kami boleh melakon sebaik hari ini.” Kata Joong Ki bersahaja.

Min Young senyum dan mengangguk kecil sebelum melambaikan tangan. Selepas melihat kereta Toyota Camry Joong Ki hilang dari pandangan, Min Young memasuki rumah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahnyoung semua...^^

apakah pandangan kamu terhadap bab empat ?

berilah komen kamu untuk saya membaiki...saya tak akan mengigit...

terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca...

subscribe atau upvote terpulang...

kamsahamida...

see ya... =)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanamin
#1
Chapter 5: sama-sama author-nim
hanamin
#2
Chapter 2: Kwang Soo comel...
nak tahu siapa bini Kwang Soo. XD