Bab 3

It's just a Contract

Bagi Joong Ki, tuhan bagai sedang menguji ketabahan dan kesabarannya. Sudahlah satu pagi dia guna telefon untuk menelefon mencari iklan yang memrlukan ‘pelakon’ pada realiti, apabila dia berjaya menemui yang menepati kehendaknya, cabaran yang kedua muncul pulak.

Apa yang dia ingatkan sebagai satu pertemuan antara dua jiwa yang terdesak mencari teman kontrak berakhir pulak dengan sesi interviu.

Joong Ki berasa tidak selesa apabila disoal oleh Ji Hyo mengenai kerjanya, komitmennya, keluarganya dan macam-macam jenis soalan yang dia rasa dirinya tetiba telah menjadi si pesalah dan bukannya peguam. Bagi Joong Ki, soalan-soalan itu personal sangat!

“Encik Joong Ki, sekejap lagi Min Young akan datang. Dia akan decide sama ada encik boleh jadi atau tidak.” Kata Ji Hyo yang memang berpuas hati dengan Joong Ki. Tinggi lampai, macho, tidak merokok, peguam terkemuka pulak! Rasanya yang ini boleh jadilah kalau dibandingkan dengan sepuluh yang sebelumnya.

Joong Ki hanya mengangguk sedikit dan mengekalkan gentlemennya. Dia rasa pelik. Apakah nak cari teman kontrak pun demanding sangat ni? Kena scanning background dia sebelum tuan empunya datang bertemu. Si Min Young tu ingat dirinya hebat dan perfect sangat ke? Harap-harap yang datnag nati adalah yang seideal seperti sifat demanding itu. Kalau tidak, habis bazir masa dia .

Hati Joong Ki berhenti berdengup pada saat dia melihat seorang wanita dengan mekap yang tebal menuju ke meja mereka. Jangan bagitau saya, perempuan 3G yang boleh dikatakan inu orang itu ialah Min Young. Boleh pengsan jadinya, desis hati Joong Ki.

“Hai, sorry sangat-sangat kerana lambat. Traffic jam tadi.” Sapa Min Young yang baru melaburkan punggung di atas kerusi. Seorang pelayan datang menghampiri meja mereka untuk mendapatkan oder Min Young.

“Ice lemon tea, thank you.”

Joong Ki yang asyik menundukkan kepala terus mengangkat kepalanya selepas mendengar suara merdu Min Young. Dia terasa mukanya dikena tamparan dua kali apabila terpandang muka ayu Min Young. Rambut Min Young yang panjang lebat dan hitam berkilat diletakkan di sebelah bahu kiri, mukanya bersih tanpa mekap, matanya boleh disamakan mata Paris Hilton, cukup memikat hati!

Joong Ki mengangguk kepalanya sebagai tanda salam dan senyuman manis Min Young dibalas dengan senyuman machonya.

“Biar saya memperkenalkan. Ini Encik Song Joong Ki, peguam terkemuka yang mempunyai firma sendiri. Ini Cik Han Min Young, forografi dan juga pemilik An’lia Wedding House.”

“Encik Song bole panggil saya Min Young. Nice to meet you.” Min Young menghulurkan tangan untuk memperkenalkan diri.

“Joong Ki. Nice to meet you too.”

“Min Young, saya dah siap tanyakan semua soalan. Saya rasa dia okay, you rasa macam mana?” tanya Ji Hyo yang menginginkan kepastian daripada Min Young tentang pilihannya.

“Kalau Kak Ji Hyo rasa okay, Min Young okay je.” Min Young menjawab tanpa bantahan.

“Kalau you setuju, you sign dulu kontrak ini.” Min Young membuat seperti disuruh sebelum mengalihkan dokumen kepada Joong Ki.

“Encik Song, inilah kontrak teman, sah selepas kamu menandatanganinya. Encik sendiri juga peguam, rasanya saya tidakperlu menjelas dengan teliti syarat-syarat dalam kontrak ini.”

Joong Ki membaca kontrak yang diserahkan kepadanya. Selepas mengkaji betul-betul isi kandungan kontrak itu, dia menurunkan tandatangan pada kolum yang tersedia ada.

“So, you two enjoy yourself. Saya ada urusan lagi. Saya minta diri dulu ye.” Ji Hyo mencapai beg tangannya dan meninggalkan Min Young dan Joong Ki.

Selepad Ji Hyo beredar, tidak ada yang bersuara. Min Young menyedut Ice lemon tea yang diodernya sementara Joong Ki menghirup black coffeenya.

“Sebenarnya...” hampir serentak mereka bersuara.

“Ladies first.” Joong Ki mempersilakan Min Young untuk memulakan perbualan mereka.

Sifat gentlemen Joong Ki memuaskan hati Min Young. Ini ternyata Ji Hyo telah membuat pilihan yang tepat. Aura Joong Ki dapat dirasai oleh Min Young dan dirinya tidak menafikan yang dia suka kat jejaka yang duduk di depan mukanya.

Muka Joong Ki boleh tahan, dengan hidung yang mancung, badan yang tegap, mempunyia ketinggian yang ideal berdamping di sisinya. Maklumlah, dia yang setinggi 170cm ini susah nak dapatkan lelaki yang matching.

“Sebenarnya, saya sudah berjanji dengan ibu saya untuk membawa pulang ‘boyfriend’ Ahad nanti. Memandang Encik Song sudah bersetuju dengan kontrak ini, saya harap Encik Song boleh tolong menyamar di depan famili saya supaya mereka akan happy.”

“Sebenarnya, saya pun berjanji dengan mommy saya untuk membawa pulang ‘girlfriend’ Ahad nanti!” Min Young yang mendengar kenyataan itu berasa terkejut. Masing-masing tidak sangka telah membuat kesilapan yang sama.

Sebelum Joong Ki menghantar Min Yougn balik ke An’lia Wedding House, mereka bersetuju bahawa kontrak itu hanya berkuatkuasa selama tiga bulan. Selepas tiga bulan, mereka akan berpisah dan menjalankan kehidupan masing-masing seperti biasa, tidak berlebih daripada situ.

Memandang mereka tidak mungkin dapat mengunjungi dua famili pada malam yang sama, Min Young mencadangkan bahawa Joong Ki melawat kedua-dua ibu bapanya dahulu sebelum dia berkunjung ke rumah Joong Ki.

Hati masing-masing berasa lega dengan cara ini. Masalah yang selama ini menyerabuti kepala mereka akhirnya menemui cara penyelesaian. Mereka menunggu kehadiran hari tersebut untuk menunjukkan bahawa  diri mereka sudah berempunya. Sesiapa yang sibuk tentang status mereka boleh rehat sebentar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahnyoung semua...^^

apakah pandangan kamu terhadap bab tiga ?

berilah komen kamu untuk saya membaiki...saya tak akan mengigit...

terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca...

subscribe atau upvote terpulang...

kamsahamida...

see ya... =)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanamin
#1
Chapter 5: sama-sama author-nim
hanamin
#2
Chapter 2: Kwang Soo comel...
nak tahu siapa bini Kwang Soo. XD