Bab 1

It's just a Contract

Apabila umur anda hampir nak sentuh angka 30 dan masih tidak berempunya, soal bila nak mendirikan rumah tangga akan menjadi topik pedas bagi kaum ibu atau saudara mara yang ‘prihatin’. Semua bagai tidak sabar untuk melihat dia mengikat tali perkahwinan dan meminang cahaya mata.

Min Young sudahpun jemu untuk menjawab persaolan-persoalan itu. Setiap kali dituju degan soalan sebegitu, dia akn cuba sedaya upaya untuk mengelak dan menukar topik agar dirinya tidak lagi menjadi fokus perbualan orang.

Bukan dia tidak mahu membina mahligai hidupnya. Pada realitinya, perihal jodoh tidak boleh dipaksa, apatah lagi nak dibuat main-main memandang ia melibatkan kehidupannya. Fokusnya sekarang hanya pada kerjaynya sahaja. Yang lain, i don’t bother!

Yang sebenarnya, dia pun sama seperti dengan gadis-gadis lain, mempunyai niat bertemu dengan Mr. Right dan mengakhiri zaman bujang dengan pilihan hati sendiri. Seseorang yang mampu mendorong dan memimpin dirinya ke arah kebaikan. Namun pada realitinya, hatinya sekarang masih tidak berjaya menemui orang itu, akibat kesan kegagalan cinta empat tahun yang lalu. Anda mungkin betanya mengapakah luka itu masih belum sembuh dalam jangka masa empat tahun. Jawapannya hanya satu, cinta yang diberikan ketika itu adalah seratus peratus!

Min Young dapat merasakan dirinya bagai cacing kepanasan apabila ibu tersayang mengungkit semula topik perkahwinan di meja makan ketika semua sedang menjamu sarapan pagi. “Min Young, Natasha yang dulu pernah berjiran dengan kita pun berjaya meminang anak sulung, bila pula masanya giliran ibu menjadi nenek?” Soal Puan Kim yang semakin hari semakin bimbang dan risau anak keduanya itu.

“Alaa, dua bulan lagi Kak Sofia akan due. Waktu itu ibu boleh show off dengan mereka yang ibu dah menjadi nenek.” Balas Min Young dengan acuh tak acuh sambil memasukkan satu sudu oat ke dalam mulut. Dalam hati, dia sangat mengharap agar ibunya tidak menyambung topik itu.

“Ibu bukan terasa. Ibu hanya risau bila kamu akan membawa pulang lelaki yang menetap di hati kamu sahaja.” Puan Kim berkata jujur. Hatinya masih tidak puas hati dengan jawapan yang Min Young bagi tadi.

Di dalam mata Puan Kim, dia percaya Min Young yang mewariskan kecantikan dirinya itu mampu mencairkan hati lelaki yang berhati batu. Wajag Min Young yang putih mulus ditambahkan lagi dengan lesung pipi yang muncul ketika senyum menyerlahkan keayuan dan auranya yang menawan.

“Apabila masa dah sesuai, Min Young akan membawa dia balik ke rumah ibu dan ayah. Ibu jangan terlalu risau ya!” Jawab Min Young dengan penuh semangat.

“Jawapan asyik sama sahaja. Masa yang sesuai itu bila? Takkan nak tunggu sampai ibu nak masuk liang lahat baru dapat melihat bakal anak mentua saya!”

Semua terpinga-pinga mendengar keluhan dan rungutan Puan Kim. Mereka tidak sangka di akan berfikir sampai ke situ pulak.

“Sabarlah sayang, Min Young sudah berjanji akan membawa si dia balik nanti, sudahlah tu.” Memujuk Encik Han di sebelah.

“Ibu jangan risau sangat, dengar bunyi pun tahu Min Young dah berempunya. Mungkin si dia itu sibuk, itulah Min Young tak mampu membawa dia datang menjenguk kita. Lelaki zaman sekarang kan ada banyak komitmen. Mereka nak memiliki segala dahulu sebelum kahwin.” Sofia, kakak ipar Min Young turut memberi penegasan yang kukuh.

“Sekiranya saya si dia, saya pilih kahwin dulu agar sweet heart saya tidak dirampas orang.” Seloloh Jun Hyun sambil menuang jus oren ke gelasnya. Dengan cepat Sofia mencubit lengan suaminya dan memberi isyarat agar suaminya tidak menghebohkan lagi suasana yang mula tegang.

“Kalau ibu nak sangat berjumpa dengan si dia itu, ssaya akan membawa dia balik jumpa semua ahad ini. Min Young pergi kerja dulu, Kak Ji Hyo sudah sampai.” Sejurus itu Min Young mencapai beg galasnya dan meninggalkan semeja orang yang ternganga mendengar kenyataan itu.

Selepas melihat Min Young memasuki perut kereta Honda City Ji Hyo, semua melompat kegembiraan. Mereka tidak sangka impian mereka melihat Min Young bercinta semula sudah menjadi kenyataan.

“Tak sangka Kak Min Young sudah couple dalam diam-diam tanpa memberi tahu kami siapa itu si dia, teruklah dia ni!” Yu-bi yang suka disapa Choco mengetap bibir seakan merajuk kerana disembunyi di belakang satu rahsia yang besar.

“Biarlah dia. Mungkin dia rasa hubungan itu masih mentah, itulah dia tak nak bagitau kita semua.” Sofia cuba mempertahankan hak dan privasi Hye-kyo.

Akhir kata, pagi yang muram bertukar ceria dengan kenyataan Amy itu. Akan tetapi, Min Young pulak sakit kepala memikirkan masalahnya itu.

 

 

# # #

 

 

“Kak Ji Hyo kena tolong saya kali ini!” merayu Min Young sebaik sahaja memasuki kereta.

“Kenapa?” tanya Ji Hyo. Tanpa membazirkan masa, Min Young menceritakan apa yang telah berlaku termasuk saat dirinya terlepas cakap.

“Apa? Bawa ‘si dia’ balik Ahad ini?” kata Ji Hyo. Dia bagai tidak percaya apa yang didengar tadi.

Min Young sendiri pun terkejut selepas menyedari apa yang dikatakan di meja makan tadi. Dia masih single dan mana mungkin dia mampu membawa pulang si dia untuk berjumpa dengan familinya Ahad nanti? Mengeluh hati kecil Min Young.

“Habis, Ahad nanti you nak bawa siapa balik rumah?” soal Min Young sementara tasik mindanya ligat mencari jalan penyelesaian bagi masalah Min Young.

“Min Young tak tahu, Kak Ji Hyo! Kalau saya tahu, takkan saya nak minta tolong akak?” kepada Ji Hyo sahaja Min Young boleh bergantung dan mengharapkan jalan keluar bagi masalah hatinya itu.

Apakah semua terdesak sangat nakmelihat dirinya didampingi di sisi seorang lelaki yang bergelar boyfriend? Kenapa merekatidak cuba memahami  perasaannya? Dia selesa bergelar single daripada in a relationship ataupun engaged. Itu sahaja yang dia pasti, sungguh!

“Inilah orang kata ‘kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa’. Rasanya there is no turning back for you, Min Young! Nak tak nak, you kena bawa jugak seorang ‘pakwe’ untuk berjumpa dengan famili you.”

“I know.” Hati Min Young bertambah resah. Dia yang ingin mengelak ibunya tadi, sekarang pula kena mendengar Ji Hyo membebel dirinya kerana kesilapannya yang tidak sengaja itu. Adui!

“Rasanya, you kena guna Plan B ini.” Min Young berkata dengan penuh keyakinan.

“Apakah itu Plan B?” tanya Min Young yang kurang mengerti. Min Young tahu apa itu Plan A, iaitu berkata dengan penuh keyakinan yang dia akan membawa pulang seorang teman lelaki untuk berjumpa denagn ibu bapanya apabila sampai waktu yang sesuai, sekadar menipu dan menenangkan familinya yang takut dia akn mengalihkan rasa kepada kaum sejenis gara-gara patah hati dahulu. Tetapi Plan B? Tak pernah dengar pun!

Ji Hyo menerangkan Plan Bnya dengan panjang lebar. Min Young yang memasang telinga mendengarberasa kagum dengan idea Ji Hyo. Dengan segera Min Young mengangguk menanda setuju dengan Plan B tanpa membantah.

“You’re the best friend i ever had in the world, Kak Ji Hyo!” kata Min Young sebelum mendekati anasuha untuk memeluknya.

“Eh, eh, i nak memandu ni. Jangan excited sangat!”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahnyoung semua...^^

apakah pandangan kamu terhadap bab satu ?

berilah komen kamu untuk saya membaiki...saya tak akan mengigit...

terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca...

subscribe atau upvote terpulang...

kamsahamida...

see ya... =)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanamin
#1
Chapter 5: sama-sama author-nim
hanamin
#2
Chapter 2: Kwang Soo comel...
nak tahu siapa bini Kwang Soo. XD