Bab 2

It's just a Contract

Di dalam bilik yang berhawa dingin, terbaring di kerusi yang membelakangi pintu masuk ialah Joong Ki. Hatinya gelisah sejak makan sarapan pagi dengan mommynya tadi.

“Joong Ki, awak dah pun masuk umur 30 tahun ini, takkan belum ada planning untuk berkahwin? Kalau tak ada pun, tentu sudah ada buah hati kan?” soal Puan Park yang tengok anak lelaki tunggalnya masih berlengah-lengah pasal soal kahwin.

Joong Kilah segala harapan baginya dan suaminya, Encik Song. Anak mereka yang satu ini tak pernah memberi masalah kepada mereka sejak kecil lagi. Hanya bila mmasuk usia berumah tangga, anaknya itu asyik mengelakkan diri daripada topik itu. Andai kata di amemppunyai seorang lagi anak, mungkin dia tidak akan mendesak sebegini. Namun, apabila tuhan hanya menganugerahkannya Joong Ki seorang sahaja, maka segala tekanan seorang ibu jatuh ke atas bahu Joong Ki.

“Mommy ni, bila sampai waktu yang sesuai, saya akan bawa dia balik berjumpa mommy daddy, tapi bukan sekarang.” Mood Joong Ki yang relaks bertukar tegang apabila diacukan soalan sebegitu pada awal pagi buta itu.

“Mommy tahu. Tapi nak tunggu sampai bila? Hanya sekadar nak berjumpa pun susah. Ini belum kata nak kahwin lagi! Mommy tak boleh bayangkan apa akan terjadi waktu itu. Ia mesti makan masa yang lama. Rasanya mommy kena tunggu samapi umur sekitar 70an atau 80an baru boleh meminang cucu pertama.” Mengomel Puan Park.

“Kalau mommy nak sangat tengok siapa girlfriend Joong Ki, saya akan bawa dia balik Ahad ini. Is that alright now?” bedengus Joong Ki.

“I have no problem for that, Joong Ki. In fact, i’m way too happy to hear this good news.” Wajah Puan Park berseri-seri dan sekuntum senyuman yang besar manis dihadiahkan kepada Joong ki.

Joong Ki yang habis bercakap mencium pipi ibunya sebelum mencapai kunci kereta Toyata Camry untuk pergi berkerja.

Kwang Soo terkejut mendapatkan Joong Ki yang termenung. Kalau mengikutkan hari biasa, Joong Ki pasti didapati sibuk menyiapkan kes pembicaraannya tanpa henti. Lainnya hari ini, kata hati kecil Kwang Soo.

“Oi, kenapa duduk bermenung seseorang ni?” tepuk Kwang Soo pada bahu kanan Joong Ki sambil bertanya. Joong Ki yang dikejutkan dengan tepukan itu hanya senyum tawar.

“Jangan buat muka sepuluh sen ni. Be happy bro!” mengusik Kwang Soo.

“I tengah runsing ni. Saya sudah janji dengan mommy saya akan membawa ‘girlfriend’ saya berjumpa dengan Ahad ini!”

“What?” reaksi Kwang Soo jelas menunjukkan dia terkejut.

“Jangan memandang saya macam itu. Saya terlanjur kata pagi tadi. Kalau mommy tak sebut buah hati, dia pasti akan sebut kahwin. Kalau bukan pasal kahwin, cucu pulak dia sebut. Lemas saya. Dalam keadaan gelisah dek jemu dengan soalamn itu, saya tercakap yang tidak patut.” Jelas Joong Ki dalam satu nafas.

“Saya faham perasaan kamu, Joong Ki. Saya sendiri pun pernah mengalaminya sebelum saya mengahwini Nana dulu. Ini memang satu masalah besar bagi kita ni sebagai cucu Adam.”’

Mengetahui Kwang Soo kian mula menceritakan kisahnya, Joong Ki cepat-cepat tingkah, “Kwang Soo, sekarang off court, okay! Janganlah serious sangat ni. I dahlah tengah pening kepala, you pulak nak buat lecture kat saya, nak tambah lagi masalah saya ke?”

“Okay, okay. Take it easy, bro. Relaks, tarik nafas, satu, dua...,” Kwang Soo yang mencuba membuat lawak melakukan apa yang disarankan sekali di depan Joong Ki.

“Saya tak ada mood nak bergurau ni. Tolong bagi idea.”

“Kamu peguam jugak. Fikirlah sendiri.Saya peguam yang tak sehebat kamu, ingat tu! Tapi rasanya saya ada idea yang saya rasa boleh membantu kut.” Perkataan ‘kut’ sengaja ditekan oleh Kwang Soo memandang dirinya tidak pasti sama ada Joong Ki akan menerima ideanya itu.

Joong Ki yang nyawa-nyawa ikan itu bagai mendapt bekalan air semula. Tangan Kwang Soo dipegang kuat bagai oksigen yang meneruskan nyawanya sebelum bertanya, “Apa dia, cuba cerita sikit.”

Kwang Soo keluar dari bilik Joong Ki untuk mencari sesuatu sebelum masuk semula ke bilik Joong Ki dengan bundel kertas dan surat khabar.

“Inilah dia, kamu cuba cari sendiri.” Kertas-kertas yang mengiklankan jawatan kosong pelakon sementara dan kolum jawatan sebegitu dibulatkan dalam surat khabar dibelek-belekan oleh Joong Ki sebelum berpusing menghadap Kwang Soo.

Kwang Soo yang mengerti maksud pandangan Joong Ki terus memberi penjelasan tanpa disoal. “Kamu ingat semua iklan ini betul-betul nak cari pelakon? Saya pernah guna cara ini untuk mendapatkan ‘girlfriend’ sementara. Hasilnya, famili saya happy sementara saya cari yang betul.”

“Habis, macam mana saya nak tahu yang mana satu betul dan yang mana bukan?”

“Adui, call setiap nombor yang ada, tanyalah sendiri. Takkan itu pun nak saya ajar!” pening kepala Kwang Soo melihat Joong Ki yang masih tidak dapat memahami ideanya.

“Sekejap, kenapa Kwang Soo masih simpan iklan-iklan inin? Bukan ke sekarang Kwang Soo dah kahwin?” soal Joong Ki dengan mata yang bulat.

“Adalah function dia! Tengok, inilah masa dia. You kan perlukan dia? Jangan lupa pulangkan kepada saya selepas guna. Semua itu property saya!”

“Yes, bos!” kata Joong Ki dengan tangannya membuat tabik.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ahnyoung semua...^^

apakah pandangan kamu terhadap bab dua ?

berilah komen kamu untuk saya membaiki...saya tak akan mengigit...

terima kasih kepada yang sudi meluangkan masa untuk membaca...

subscribe atau upvote terpulang...

kamsahamida...

see ya... =)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanamin
#1
Chapter 5: sama-sama author-nim
hanamin
#2
Chapter 2: Kwang Soo comel...
nak tahu siapa bini Kwang Soo. XD