Bab 4

DAMBAAN KASIH (RE-EDIT)
Please Subscribe to read the full chapter
    Chorong terbangun apabila jam locengnya berbunyi dengan kuat.Setelah menutup jam locengnya,dia pun meregangkan seluruh urat sarafnya yang mungkin terkehel semasa dia tidur.Setelah itu,dia pun mencapai tuala dan bergerak masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Setelah hampir 10 minit,dia pun bergerak keluar dari bilik air dan mengeringkan sedikit rambutnya yang basah sebelum menggunakan pengering rambut.Kemudian dia menyarung uniform sekolahnya dan menyikat rambutnya dengan kemas.Dia juga mengenakan cekak rambut berwarna biru muda dan jam tangan yang berwarna sama diikat kemas ke pergelangan tangannya.Setelah berpuas hati dengan penampilannya dengan memusing sedikit di hadapan cermin besar di biliknya,dia pun mengambil beg berwarna hitamnya serta buku-buku yang diperlukan dan bergerak keluar dari bilik. Dia pun berjalan turun ke dapur untuk menyediakan sarapan ringkas bagi mengisi perutnya sebelum berangkat ke sekolah.Dia memandang ke arah tingkat atas apabila mendapati Suho masih lagi belum bangun. "Dia ni tak bangun lagi ke?Dah pukul berapa dah ni?"Chorong mengerling jam tangan yang terikat kemas pada pergelangan tangannya."Dah pukul 7:15 pagi..Baik aku pergi kejutkan dia." Chorong pun bergerak naik dan berjalan ke arah bilik Suho yang terletak berdekatan tangga.Dia pun mengetuk pintu bilik Suho. "Suho..Suho..Awak dah bangun ke?"tanya chorong namun tiada sahutan daripada Suho..Dia pun cuba memulas tombol dan nyata tidak berkunci."Nak masuk ke tak?Tapi karang dia marah aku pulak kalau dia lambat pergi sekolah.Hmm..masuk jelah." Chorong pun membuka pintu perlahan-lahan.Kelihatan Suho sedang tidur dengan nyenyak di atas katil empuknya.Chorong mendekati Suho yang sedang tidur itu dan berdiri di tepi Suho. "Suho...Suho..bangunlah..awak tak pergi sekolah ke? Suho.." "Mama..kejap lagi Suho turunlah..Suho mengantuk lagilah mama."kata suho sambil menutup mata dan menyambung tidurnya.Dahi Chorong berkerut. 'Mama??' Suho pun mengiring ke arah Chorong.Chorong pun menepuk bahu Suho berkali-kali sebagai cubaan untuk mengejutkan suho.Tak sangka  betul crush dia ni susah bangun tidur. "Suho..bangunlah..nanti awak lambat pergi sekolah.Suho.."Chorong menguatkan suaranya dan wajahnya mendekati Suho. Sempat juga dia merenung Suho yang sedang tidur lena itu. 'Comel.' Getus hati Chorong sambil bibirnya mengukir senyuman.Suho terjaga apabila dia merasakan deruan nafas yang begitu dekat dengan wajahnya.Apabila matanya terbuka dia sangat terkejut melihat wajah Chorong yang begitu dekat dengan wajahnya.Dia pun segera bangun dan menjarakkan diri daripada Chorong "Apa yang awak nak buat ha?!Awak nak r*g*l saya ke?" tuduh Suho sambil menunding jari ke arah Chorong. "Mana ada! Saya...cuma..nak kejutkan awak bangun je..Nanti kalau awak lambat awak marahkan saya...saya dah puas kejutkan awak tadi.Saya fikir..cara tu..mungkin boleh kejutkan awak."  "Oh..macam tu ke? Hmm..tak pelah kalau macam tu.Ingatkan awak.....-" "Sumpah tak!"Chorong mengangkat tangan kanan seperti berikrar sahaja.Suho ketawa kecil tapi dia menyembunyikan tawanya.Dia memandang Chorong. "Awak keluarlah,saya nak mandi.Ke awak nak tengok saya mandi??" "ert!" Chorong terus keluar dari bilik Suho dengan tergesa-gesa.Wajahnya berubah merah kerana malu. " Hishh dia ni..kalau tak menyakat aku sehari tak boleh ke?Baik aku buat sarapan lagi bagus." Suho pula sudah ketawa terbahak-bahak melihat mata Chorong seperti mahu terkeluar sahaja daripada soket mata.Selepas itu,dia pun bergerak ke bilik air.Dia tidak mahu terlambat ke sekolah kerana dikhuatiri merosakkan reputasinya.

 

***

 

Chorong baru sahaja menyiapkan sandwich telur sebagai alas perutnya.Matanya memandang ke arah tangga apabila melihat  Suho sedang turun ke bawah dengan beg biru tuanya dengan tergesa-gesa.Suho sudah mahu bergerak ke pintu utama sebelum Chorong menegurnya. "Sarapan dulu?Nanti lapar pulak." "Takpelah,saya makan kat kantin je nanti.Saya pergi dulu."Suho memakai kasut sekolahnya dan beredar dari situ. "Tapi,saya dah buatkan awak sandwich.."Chorong mengangkat sandwich itu dengan mulut yang muncung.Wajahnya dibuat sedih.Dia pun meletakkan pinggan yang berisi sandwich itu dan duduk di meja makan sambil mengeluh.Dia memandang sandwich itu. "Kalau dia tak nak makan kau,biar aku jelah yang makan." Chorong pun mengunyah  sandwich itu perlahan-lahan.Setelah itu,dia pun mengambil beg dan buku-buku yang diletakkan disebuah meja yang dekat dengannya dan mengunci pintu.Dia pun berjalan menuju ke sekolah dengan wajah yang sedih.Kakinya menyepak batu-batu kecil di atas jalan. "Unnie~~~" Seseorang memeluk bahunya daripada belakang.Dia membiarkan sahaja orang itu tersenyum ke arahnya tanpa membalas se
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
starlightkim_
alhamdulillah akhirnya dah siap edit dah fanfic ni. Just tambah sikit and tukar gambar je. Poster kita paka yang tu jelah:]

Comments

You must be logged in to comment
Infinite_Ifnt7
#1
Chapter 11: Hope u can update
Infinite_Ifnt7
#2
Chapter 11: I still wanna read!!!
xoxowolfxoxo
#3
Chapter 4: Bila nak update!? *goncang2 telefon*
AngelBap #4
Chapter 4: Bila nk update...
hanazraf95 #5
Chapter 4: update more pleasee~~
hanazraf95 #6
Chapter 3: such a nice story :) update soon~