When You Broke Up With G-Dragon And He Come Back

G-DRAGON And You Memories

y/f POV

"BIGBANG's leader,G-Dragon rumoured have broke up with his young girlfriend, y/n"-Allkpop

"Love relationship ended, y/n rumoured return back to Malaysia."-Koreaboo

"G-Dragon,y/n bawa haluan masing-masing."-Awani

 

Semua portal berita hiburan dipenuhi dengan berita perpisahan y/n dan Jiyong sejak beberapa hari lalu. Semuanya gara-gara y/n pulang ke Malaysia berseorangan. Aku sendiri tidak sampai hati untuk membaca setiap portal. Pelbagai versi. Ada yang kata disebabkan pihak ketiga,ada yang kata disebabkan salah faham. Tetapi pokok pangkalnya ialah disebabkan media dan peminat.

 

Menjalinkan hubungan dengan artis dunia semestinya penuh cabaran dan itulah yang menguji kekuatan. Aku tahu. y/n sudah bertahan lama tetapi peminat sudah melampau. Bagi y/n,perpisahan ialah yang terbaik. Syukur, EXO-L menerima hubunganku dengan Kai.

 

"What are you looking at,cagi?"soal Kai sebaik sahaja dia duduk di sebelahku. 

Ipad di tangan diambilnya lalu dibaca isinya. Aku mengeluh.

"Still about y/n and hyung?"

Aku mengangguk. "They are too much. Why they can't give some space for them? Can they see what happen? Tons of bash. Fans angry with her but she doing nothing. Huh."

Kemarahanku sudah meletus. Kai menggosok belakangku.

"So what you want to do?"tanya Kai lagi.

"Mollaseo."

 

*****

Your POV

897 missed calls,1362 unread messages. Telefon bimbitku dibiarkan vibrate sejak seminggu lalu. Apa yang aku lakukan cuma tidur dan menangis. Keluar dari bilik jauh sekali. Pulangnya aku dari Korea Selatan,aku terus berkurung di dalam bilik. Aku sudah memaklumkan mama dan ayah bahawa aku tidak mahu diganggu langsung. Mereka akur.

 

Dibenci,dicaci,dimaki. Aku lumpuh dari segi mental. Bayangkanlah,jutaan wanita di luar sana sewenang-wenangnya menuduhku perampas. Bukan mudah aku menghadapi semua ini. Segalanya bermula sejak aku dan Jiyong mendedahkan hubungan kami kepada media. Aku menyangka aku akan diterima memandangkan aku bukan artis namun sangkaan aku meleset sama sekali. Aku tidak lagi bebas ke mana-mana. Walaupun aku cuma duduk di dalam train,ada saja wanita yang memandangku sinis. Apa salah aku? Adakah bercinta itu salah?

 

Seminggu ini aku cuma berbaring dalam bilik yang kelam. Sengaja aku biarkan bilikku gelap. Aku cuma makan dua kali dalam tempoh ini. Aku tidak mahu lagi keluar dari bilik aku. Di sini sajalah tempat aku bertenang. Aku juga cuba untuk tidak menonton tv kerana apa yang berlaku ialah disebabkan media. Mengapa dunia hiburan terlalu kejam? Semua hal tentangku mahu disebarkan. Mengapa? Aku hilang privasi diriku sekelip mata.

 

Aku cuba dan cuba untuk bertahan. Tipulah kalau aku kata aku tidak sayangkan Jiyong lagi. Ya,dia memang banyak memberiku semangat. Tetapi aku tidak mahu memberatkan pemikirannya dengan masalahku. Dia sibuk dengan kerjanya sementara aku sibuk dengan komen peminat.

 

Sedang aku cuba untuk tidur,pintu bilik diketuk. Ini kali pertama orang mengetuk pintu bilikku.

"y/n,ni aku. y/f."

y/f? Macam mana dia boleh ada di Malaysia?

"Aku buka eh."

 

y/f membuka pintu. Silau daripada luar bilik menyakitkan mataku. Dia menutup mulutnya. Mungkin tidak percaya dengan keadaanku.

 

"y/n...apa dah jadi dengan kau?"tanya y/f sebak.

 

Lantas dia memelukku. Aku cuma kaku. Mukaku sembab kerana menangis,badanku juga tidak bermaya. Di belakang y/f ada Kai dan Suho memegang beg kertas. y/f merapikan rambutku.

 

"Kau ok tak? Dah makan?"tanya y/f.

Kai dan Suho duduk di atas katil,bersebelahan denganku. 

"I brought some food for you."ujar Suho.

 

Aku tersenyum kelat. Agak terharu dengan sokongan mereka. Mereka sajalah yang aku boleh harapkan ketika aku berada di Korea.

 

"You guys should not be here."ujarku serba salah.

"Kwenchana. We're not in schedule now."jawab Kai sambil tersenyum.

"y/n. Kau ok tak? Nak apa-apa?"soal y/f dengan penuh prihatin.

Aku menggeleng. "Aku ok. Cuma aku penat."

Suho memegang bahuku. "Look at you. Of course you tired. Crying,sleeping and you keep doing the same thing."

Aku memegang tangan Suho. "I'm okay oppa."

 

*****

y/f POV

Aku diam sejak tadi. Memikirkan apa yang patut aku lakukan. Kami sedang menunggu penerbangan kami untuk pulang ke Korea. Disebabkan kami ke sini kerana hal peribadi, tiadalah EXO-L atau sasaeng yang mengikuti atau perasan keberadaan kami. Kai datang dengan dua cawan americano lalu menghulurkanku secawan.

 

"Here your coffee, dear."

Aku menyambut sambil tersenyum.

"What are you thinking? "soal Kai lalu menghirup sedikit minumannya.

Aku mengeluh. "About y/n. What we should do?"

Kai membetulkan kedudukannya. Cermin mata hitam masih dipakai. "You want me to talk to Jiyong hyung, baby?"soal Kai.

Aku mengangkat bahu. "Molla. I think better I talk to him."

"Okay then."

 

Kami kembali senyap. Tiba-tiba Kai menghampiriku lalu mendekatkan wajahnya dengan wajahku. Semakin dekat. Aku sendiri tidak berbuat apa-apa. Kai membuat muka nakalnya.

 

"Ok."

 

Serta-merta Kai kembali ke tempat asalnya sambil berdehem sedikit. Suho menutup matanya.

 

"I'm not see it. Go ahead."

 

***** 

y/f POV

"Ten more minutes Seventeen! "

"Wardrobe to SNSD's room please!"

"Where is Pony? CL arrived!"

 

Itulah suasana belakang pentas Music Bank. Bilik-bilik persediaan dipenuhi dengan staf agensi. Aku berjalan berhati-hati supaya tidak terlanggar dengan pengawal peribadi di sini. Semuanya seperti gergasi. Sedang aku ingin ke bilik persediaan, aku ternampak kelibat TOP hyung.

 

"y/f?"ucapnya.

"Oppa. Anyeong."jawabku lalu tunduk.

"What are you doing here?"soalnya.

Handsome pula dia ni. Matanya huh.

"I want to meet Jiyong oppa."jawabku sambil tersenyum.

Dia mengangguk dan berlalu. Sibuk mungkin.

 

*****

y/f POV

"Jinjjaru?"soalnya sambil memandangku meminta kepastian. 

 

Aku mengangguk. Jiyong yang sedang bersiap untuk persembahannya kelihatan muram.

 

"Oppa. Don't you think you need to meet her? She's weak."pujukku.

 

Aku tahu Jiyong masih sayangkan y/n lagi. Cuma dia tidak boleh terima y/n pergi meninggalkannya tiba-tiba.

 

"She never tell me about those."ujarnya.

"She don't want you to worry about her. You're busy right?"jelasku.

Dia mengeluh lalu memanggil pengurusnya. 

"Noona. Can you check my schedule for today? "

Pengurusnya memeriksa jadual Jiyong di tabnya. "Free until tomorrow night."

Jiyong mengangguk. "Book a business class ticket. Incheon to Kuala Lumpur. Personal reason."

Noona mengangguk. 

 

*****

Your POV

Hari ke sepuluh aku di dalam bilikku. Semuanya terasa sama. Aku membuka mata tiap pagi, semuanya kelihatan sama. Di dalam bilik yang kelam, di atas katil. Setiap malam aku berharap bahawa aku akan lena selamanya. Tak perlu bangun,biar aku mati.

 

Aku cuba untuk tidur selepas empat jam menangis. Tak perlulah aku terangkan lagi mengapa aku menangis. Aku memerlukan bantuan ubat tidur sekarang. Sangat memerlukan. Kadangkala aku marah dengan diri sendiri apabila aku tidak boleh tidur. Aku penat menangis.

 

Tiba-tiba pintu bilikku dibuka. Biarlah. Aku tidak kisah. Seketika kemudian,langsir bila dibuka. Aku menggumam. Silau matahari menyakitkan mataku. Seorang lelaki mengikat langsir ke tepi. Bila aku amati,aku kenal lelaki itu. Jiyong. Aku sedang bermimpikah? Jiyong di dalam bilik aku?

 

Ya,memang dia dalam bilikku. Dia cuma memakai t-shirt dan cap Seoul Olympic 88 kesayangan serta jeans. Dia duduk di atas katil,bersebelahan denganku.

 

"Op..oppa?"

 

Riak mukanya kosong. Seperti tiada perasaan. Selimut yang tidak pernah lari dari tubuhku ditarik. Dia tidak bersuara.

 

"What are you doing here?"

 

Dia bersikap dingin. Tuala yang tersidai di tepi katil diambil dan disangkutkan di atas bahunya. Tiba-tiba dia mengangkatku.

 

"Oppa? Let me go!"

 

Dia membisu. Aku dibawa ke dalam bilik air. Pintu ditutup. Aku berdiam diri setelah semua soalanku tidak berjawab. Shower diambil. Jiyong memandikanku. Habis basah bajuku.

 

"Oppa! Cold!"

Akhirnya dia bersuara."Quiet."

 

Dia mengambil sabun lalu meletakkan di badanku. Disapu lembut. Aku dilayan seperti bayi. Dengan teliti dia mencuci rambutku bersama shampoo. Cukup cermat. Aku mengigil menahan sejuk.

 

Selepas selesai dimandikan,dia membiarkan aku menukar pakaian. Aku keluar dari bilik air. Dia duduk di atas katil. Katilku telahpun dikemas. Bantal-bantal disusun kemas. Jiyong menepuk-nepuk katil.

 

"Sit here."arahnya.

 

Aku cuma menurut arahannya seperti budak kecil. Dia mengambil sikat di meja dan kembali duduk di sebelahku. Rambutku diurai-urai dan disisir rapi. Sekali sekala tangannya menyentuh leherku.

 

"You doesn't need to comb my hair."ujarku.

"Kwenchana. I love to do it."jawabnya.

 

Aku diam lagi. Aku terasa kekok. Dia seperti G-Dragon. Sebelum ini dia ialah Kwon Jiyong bagiku. Seorang yang cukup aku kenal. Tetapi sekarang,dia ialah GD. G-Dragon tidak membawa makna apa-apa bagiku.

 

Dia bersuara,"Wae?"

"Hmm?"

"Why you left me?"soalnya.

Suaranya serius bercampur kesal. Lambat aku menjawab. Dia masih lagi menyisir rambutku.

"I can't hand it anymore."jawabku ringkas. Aku sebak.

"Hajima. Don't cry. You cried a lot lately."pintanya.

 

Aku berpusing memandangnya. Matanya yang berair segera diseka.

Dia punca kekuatanku. Dialah antara sebab mengapa aku masih berada di dunia ini. Tanpa dia mungkin aku sudah bunuh diri di Korea. Ugutan bunuh,carutan,fitnah dan makian menyesakkan dadaku.

 

"Oppa..."panggilku.

Dia memandang anak mataku. Aku suka wajahnya tanpa sebarang solekan.

"I..i..want you..back."

 

Airmataku mengalir sebaik saja aku memeluknya. Aku memeluknya erat dan begitu juga dia. Pelukan yang terlalu aku rindukan. Dia mencium pipiku berkali-kali.

 

Jiyong mengakui, "I want you more. I miss you so much. Really much,baby."

Dia memegang wajahku. Tangannya lembut mengusap pipiku.

"Please don't leave me again. Please. I swear. I will stop all the comments. Okay?"ujarnya.

Aku mengangguk.

 

Masuk waktu makan tengah hari,Jiyong menyediakan bubur untukku. Sememangnya dia ialah ahli BIGBANG yang paling tidak tahu masak. Tetapi bubur masakannya penuh dengan kasih sayang. Terasa enak bagiku. Setiap suapan ditiup terlebih dahulu agar tidak terlalu panas. Dia menyuap bubur sehingga habis. Sekali sekala dia mengelap bibirku. 

 

Aku menghabiskan hari bersama Jiyong. Cuma berbaring di atas katil,berbual dan ketawa. Terlalu banyak perkara yang aku rindukan. Terlalu banyak sehinggakan aku tidak mahu melarikan pandanganku daripadanya. Sesaatpun tidak mahu.

 

"Come back to Korea with me."katanya.

Aku memandangnya yang berbaring disebelahku.

"I'm not ready."jawabku jujur.

"What are you afraid of,honey?"

 

Aku senyap. Seakan trauma untuk aku kembali ke sana. Segalanya ialah mimpi ngeri. Keindahan bumi Korea lenyap dari mataku sebaik saja aku teringat akan segala komen VIP dan dakwaan media. Perlahan-lahan Jiyong mengusap tanganku.

 

"y/n..I will protect you. I will make sure they will accept you. And I will make sure you will feel comfort when you in Korea."janjinya.

 

Aku berfikir. Bukan mudah untuk aku kembali ke sana. Seolah-olah meminta mimpi ngeri. Aku memandang matanya yang sayu. Penuh harapan untuk aku kembali bersamanya. Aku membayangkan wajah ahli BIGBANG,2NE1 dan rakan-rakan agensi di sana. Perlahan-lahan aku mengangguk. Terus Jiyong tersenyum dan mencium bibirku. 

 

"Gomawo,my love. Thank you,y/n. I love you. Saranghae."ucapnya dengan teruja.

 

Ujian yang hebat untuk orang yang hebat. Dunia ini tidak selalunya indah. Aku percaya,ada sinar kebahagiaan yang menantiku. Selagi cinta antara aku dan Kwon Jiyong tidak pudar,selagi itu aku kuat. Aku tidak akan mengambil G-Dragon daripada sesiapa,benarkan aku untuk memiliki Kwon Jiyong. Itu saja permintaanku.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet