Chapter 10 : Dia yang memegang hatiku

Fate Of Love (Hiatus)
Please Subscribe to read the full chapter

Suara Cathrine yang kuat jelas didengari sehingga ke ruang tamu. Semua orang ternganga manakala ajumeoni pula sudah mengeluh. Jiyong tahu mereka yang lain sudah mendengar segala-galanya. Dia turut mengeluh. Cathrine yang tersedar akan kesilapannya pantas menekup mulutnya.

Jiyong : See? Kan senang kalau kau mengaku je dari tadi.

Selamba Jiyong menuturkan kata-katanya. Cathrine terduduk di lantai dapur dan menangis di situ.

Jiyong : Apa yang patut aku buat supaya kau tak menangis lagi?
Cathrine : Maafkan aku.. Aku tak sengaja.. Aku tak sedar..
Jiyong : Rin, bangun..
Cathrine : Maafkan aku, Jiyong.. Maafkan aku..
Jiyong : Rin!
Cathrine : Aku tak sengaja.. Tolong.. Jangan marah aku..

Jiyong mendekati Cathrine lalu didongaknya wajah Cathrine. Jelas terpancar riak ketakutan pada wajah isterinya itu. Jiyong mula berasa menyesal. Dia tahu dia sudah menyayangi Cathrine. Dia sudah membuatkan Cathrine takut padanya selama ini. Tubuh Cathrine terus dipeluk erat. Cathrine terpaku.

Jiyong : Rin, jangan takut.. Saya takkan marahkan awak..

Cathrine terkejut mendengar cara Jiyong membahasakannya. Jiyong tidak ber'aku kau' dengannya lagi seperti biasa. Kali ini, dia berbicara dengan lebih lembut.

Ajumeoni : Anak-anak, tolong rahsiakan hal ini dahulu. Saya mohon sangat bagi pihak Jiyong. Biarlah dia sendiri membongkarkannya suatu hari nanti.

2NE1, Jonghyun dan Cheondung hanya mampu mengangguk. Masing-masing diam meskipun tertanya-tanya. Ajumeoni lega.

Cathrine : Jiyong.. Argh!

Kepala Cathrine tiba-tiba sakit. Pandangannya terus berpinar. Pantas lengan Jiyong dicengkam. Perutnya terasa memulas.

Jiyong : Rin! Kenapa ni?!
Cathrine : Kepala saya sakit! Saya nak muntah!

Dengan tenaganya yang ada, Cathrine berdiri dibantu oleh Jiyong lalu menuju ke sinki. Di situ, dia memuntahkan segala isi perutnya. Ajumeoni yang mendengar Cathrine muntah pantas berlari ke dapur.

Ajumeoni : Kenapa ni?!
Jiyong : Saya tak tahu! Tiba-tiba je dia macam ni!

Jiyong sudah cemas. Dia tidak tahu nak buat apa. Belakang Cathrine ditepuk-tepuk cepat. Cathrine pula tak habis-habis muntah. Air paip dibuka dan dia membasahkan wajahnya beberapa kali. Mujurlah, muntahnya berhenti. Dia berkumur membersihkan mulutnya. Namun sebaik sahaja rasa mualnya hilang, pandangannya pula semakin kelam. Lemah rasa tubuhnya.

Cathrine : Jiyong..
Jiyong : Rin!

Cathrine yang rebah pengsan pantas disambut oleh Jiyong. Tanpa membuang masa, tubuh Cathrine terus dicempung

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
m_nanakim
Finally :) Fate of Love Chapter 8 is out! Tak tahu masih ada yang nak baca atau tak, but i will keep updating everyday till last chapter memandangkan dh lama terbelangkai and musim MCO ni buatkn saya boring macam apa :") btw, saya update guna phone sebab RIP to my laptop, x dpt on dh huhu

Comments

You must be logged in to comment
LovelyIna
#1
Hi awak! Berminat untuk menjadi seorang penulis? Kami sedang mencari penulis bagi bekerjasama dengan kami untuk satu projek.
Mungkin sekarang peluang awak debut sebagai penulis? Jangan lepaskan peluang ~
Follow kami di Twitter dan Instagram @tigasuque untuk maklumat lanjut!
Jumpa awak kat sana ^^

- LovelyIna