Can I Protect You?

World Of Darkness

Taecyeon dan Yixing pantas masuk ke dalam kereta. Taecyeon menghidupkan enjin kereta lalu berlalu pergi. Dia terus memandu menuju ke tadika Yoobin.

“Yah! Macam mana kau boleh lupa jemput Jaeun?! Dah lewat malam baru nak ingat ke haa?!” marah Yixing. Taecyeon masih terus memandu. Dahinya berpeluh kerana terlalu merisaukan keadaan adik perempuannya. “Taec, cakapalah something!”

“Boleh tak kau diam?! Asyik memekak je!” marah Taecyeon. Terkedu Yixing seketika. Dia mengeluh berat lalu merenung keluar. Dia malas hendak melayan Taecyeon yang sedang berapi itu. Sebaik tiba di tadika, mereka bergegas masuk ke kawasan tadika.

“Mana dia?!” Cemas Taecyeon bertanya. Yixing turut mencari sehingga terserempak dengan seorang wanita yang baru sahaja keluar dari kelas. Ternyata wanita itu terkejut melihat Yixing yang memakai serba hitam itu.

“Pencuri! Tolong, pencuri!” jerit wanita itu. Yixing terkejut beruk.

“Mana dia? Mana?!” Yixing pantas mengeluarkan sepucuk pistol. Lagi bertambah terkejut wanita itu. Taecyeon tiba sebaik terdengar jeritan wanita itu.

“Eh, kenapa nie? Kenapa wanita nie menjerit?” tanya Taecyeon. Tanpa dia sedari, wanita itu terus menampar Taecyeon kerana sangkakan Taecyeon ini ialah seorang pencuri. Wanita itu berani berbuat demikian kerana Taecyeon tidak bersenjata.

“Ouh...” Yixing dapat merasakan kesakitan pada pipi Taecyeon akibat tamparan. “Mesti sakit..”

_________________________________________

Wanita itu ketawa terdekah-dekah apabila mendapati kesilapannya. Taecyeon berdengus geram. Dia meletakkan sebungkus ais pada pipinya yang merah menyala itu akibat tamparan. Yixing hanya tersengih aneh.

“Maafkan mak cik ye? Mak cik tak tahu pulak.” Wanita itu segera meminta maaf. “Dah korang berdua pakai baju serba hitam, mak cik ingatkan korang pencuri tadi. Apa yang peliknya, jarang pencuri datang tadika!” Sekali lagi dia ketawa.

“Hisy mak cik nie...” Taecyeon menjeling tajam.

“Dahlah tu, Taec. Dia lagi tua daripada kita. Maafkan dia jelah erk?” pujuk Yixing. Taecyeon melepaskan keluhan. “Ohye, mak cik. Mak cik buat apa kat sini lewat malam macam nie?”

“Mak cik datang nak kunci kelas. Maklumlah, ada orang kata kucing selalu masuk. Berak, kencing merata-rata tempat.” Balas wanita itu. “Yang korang nie pulak ada apa datang sini?” tanyanya kepada Yixing dan Taecyeon.

Taecyeon terlupa yang tujuannya datang ke sini untuk menjemput Jaeun tetapi Jaeun langsung tidak kelihatan.

“Saya nak jemput adik perempuan saya.” Jawab Taecyeon.

“Siapa adik perempuan kamu?”

"Ok Jaeun."

Bulat mata wanita itu dibuatnya. “Bukan kamu dah jemput dia ke siang tadi?”

Pertanyaan itu sungguh mengejutkan Taecyeon dan Yixing.

“Eh, mana ada. Saya tak datang jemput pun siang tadi.” Bantah Taecyeon.

“Adalah. Kamu yang datang jemput. Mak cik ingat lagi muka kamu nie.” Wanita itu mula pelik. Yixing turut berasa pelik. Dia memandang Taecyeon sambil mengangkat keningnya. Taecyeon menggeleng kepalanya berkali-kali.

“Betul, saya tak datang jemput pun. Saya sibuk dengan kes jenayah siang tadi.” Yixing terus memeluk lengan Taecyeon.

“Taec, cuba kau ingat balik. Mungkin kau lupa kot sebab penat.” Bisik Yixing. Taecyeon memandang Yixing lalu menggeleng lagi.

“Betullah, aku tak datang sini pun. Kan siang tadi aku pergi minum dengan sepupu kau tu. Tak ingat dah ke?” bisik Taecyeon pula.

“Hmm... pelik betul.” Yixing memandang wanita itu semula. Taecyeon diam. “Mak cik, pukul berapa dia datang jemput adik dia?”

“Tak silap mak cik pada pukul 5 petang.” Balas wanita itu. “Tapi peliklah dia nie. Petang tadi bukan main lagi monyok gila. Sekarang okey pulak? Kamu ada masalah ke masa petang tadi? Adik kamu pun satu. Dah okey ke?”

“A-Apa maksud mak cik yang dia dah okey?” tanya Taecyeon.

“Laa... kan kamu ada marah dia tadi. Mak cik nak tegur kamu tapi takut pulak kamu akan marah mak cik pulak. Lagipun.. kamu betul-betul nampak stress sangat masa tu.” Kata wanita itu dengan penuh kasih.

‘T-Tu bukan Taec..” bisik Yixing di dalam hati.

“A-Apa yang dah jadi sebenarnya nie..” Taecyeon termenung seketika. Yixing memeluk lengan Taecyeon lalu berlalu pergi meninggalkan wanita itu. Wanita itu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Yixing.. apa yang dah berlaku sebenarnya nie? Mana Jaeun... bila masa aku datang sini masa siang tadi? Tu bukan aku... tu bukan aku!”

“Taec... bawa bersabar.” Pujuk Yixing. “Aku percayakan kau.”

“Yixing..” Taecyeon memandang Yixing.

“Aku percayakan kau.” Yixing tersenyum kecil. Taecyeon terus memeluk Yixing.

________________________________________________

Keesokkan harinya di ibu pejabat polis korea, semua polis dan juga pemegang jawatan yang tinggi berkumpul untuk mendengar pengumuman daripada Yixing.

“Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya Zhang Yixing, wakil bagi pihak inspektor Taecyeon yang kini sedang dilanda ketekanan akibat kehilangan adik perempuannya. Saya ingin meminta pertolongan semua polis di Korea untuk mencari adik perempuan inspektor Taecyeon. Mungkin bagi anda semua agak kedengaran memaksa. Tapi tolonglah saya dan juga inspektor Taecyeon. Saya merayu pada anda semua. Jadi ini adalah gambar orang yang kita perlu cari sekarang nie.”

Yixing menunjukkan sekeping gambar Jaeun kepada mereka semua.

“Saya harap saya dapat kerjasama daripada anda semua. Terima kasih.” Yixing turun dari pentas. Tangannya erat mengenggam gambar itu.

“Yixing!” Kikwang datang berlari ke arahnya. “Betul ke nie?”

“Apa yang betulnya?”

“Adik Taec hilang?”

“Yeah..”

“Peliklah..” Kikwang mengusap dagunya. Yixing memandang Kikwang. Belum sempat dia bertanya, bahunya sudah ditepuk oleh Woobin.

“Ikut saya sekejap.”

“Okey..” Yixing menurut sahaja permintaan Woobin.

__________________________________________

Satu fail diletakkan di hadapan Yixing. Yixing merenung fail itu sebelum memandang Woobin semula. Woobin sekadar memberi isyarat kepadanya supaya membaca fail tersebut.

“Cuba tengok betul-betul.” Arah Woobin lalu duduk di hadapan Yixing yang mula membaca fail satu per satu. Dahi Yixing berkerut. Dia menyelak lagi dan lagi. Woobin pula hanya memandang Yixing. Senyumannya mula terukir di bibir.

‘Aku dah tahu kenapa ramai polis suka Yixing. Comel betul bila tengok dia dari dekat.’ Desis hatinya.

“Hmmm...” Seolah-olah Yixing sedang berfikir panjang.

“Kenapa Yixing?” tanya Woobin. Yixing memandang Woobin setelah menutup fail tersebut.

“Peliklah..” Yixing mengetap bibir. “Budak-budak kecik yang kena culik tu dah jumpa balik kan? Hampir semuanya diculik oleh penculik yang sama. Tak ada penculik yang lain.” Dia diam seketika. Woobin setia menanti penjelasannya. “Semalam kita dah berjaya tangkap penculik tu. So, saya ingat kes nie akan berakhir tapi..”

“Tapi apa?”

Yixing diam.

“Bukan kamu dah jemput dia ke siang tadi?”

“Adalah. Kamu yang datang jemput. Mak cik ingat lagi muka kamu nie.”

“Tapi peliklah dia nie. Petang tadi bukan main lagi monyok gila. Sekarang okey pulak? Kamu ada masalah ke masa petang tadi? Adik kamu pun satu. Dah okey ke?”

“Laa... kan kamu ada marah dia tadi. Mak cik nak tegur kamu tapi takut pulak kamu akan marah mak cik pulak. Lagipun.. kamu betul-betul nampak stress sangat masa tu.”

Kata-kata wanita itu masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Dia mula berfikir.

“Yixing?” Suara itu telah mengembalikan Yixing semula ke alam nyata.

“Y-Yeah?” Yixing memandang Woobin.

“Tapi apa, Yixing? Awak tak habis cakap lagi.” Kata Woobin.

“Err...” Yixing menggaru-garu kepalanya. “Tak ada apa-apalah.”

‘Kalau aku bagitahu dia pasal nie, mesti dia tak akan percaya. Lebih baik aku diam buat masa nie.’ Desis hatinya.

“Yixing, awak tak apa-apa ke?” tanya Woobin, risau dengan keadaan Yixing yang asyik mendiamkan diri. Yixing mengangguk sambil melemparkan senyuman kepada Woobin. “Kalau macam tu, malam ni awak free tak?”

“Tak.” Balas Yixing tanpa berfikir dahulu. Woobin menyorok rasa kecewanya dengan senyuman.

“Oh, tak apalah kalau macam tu. Maybe next time?”

Yixing mengangguk. “Saya pergi dulu.”

“O-Okay..” Woobin kecewa.

____________________________________________

Akibat stress, Taecyeon telah terlena di sofa. Baru pukul 4 petang. Yixing masih lagi belum pulang. Mungkin terlalu sibuk di tempat kerjanya. Telefon bimbit dibiarkan sahaja di atas lantai. Rupanya dia telah banyak kali cuba menghubungi adiknya tetapi malangnya panggilan langsung tidak dijawab.

Pada pukul 5 petang, Taecyeon sudah tidur mati.

“Hmm... Jaeun...” Taecyeon mula mengigau. Rupanya dia sedang bermimpi tentang Jaeun.

Dalam mimpinya, Taecyeon nampak Jaeun sedang dijemput oleh seorang lelaki yang seiras dengannya. Jaeun menangis apabila dimarahi oleh lelaki itu. Jaeun masuk ke dalam kereta sambil menangis teresak-esak. Lelaki seirasnya tidak seperti seorang manusia. Terdapat cakaran pada muka lelaki itu. Apa yang lebih menakutkan apabila lelaki itu mempunyai sepasang mata yang berwarna merah.

Selepas itu, Jaeun dibawa pergi ke satu tempat yang jauh iaitu kawasan hutan. Terdengar satu jeritan dari hutan itu. Jeritan itu ialah milik Ok Jaeun!

“Jaeun.. Jaeun...” Kepala Taecyeon bergerak kiri dan kanan. Dahinya berpeluh. Yixing yang baru pulang terus berlari mendapatkan Taecyeon. Dia menampar-nampar pipi Taecyeon.

“Taec! Taecyeon!” Yixing cuba mengejutkan Taecyeon dari alam mimpi yang terlalu dalam.

“Taecyeon!”

Mata Taecyeon terbuka luas tiba-tiba. Nafasnya naik dan turun. “Y-Yixing... aku nampak Jaeun..”

“Taec..” Yixing terus memeluk Taecyeon erat.

“Macam mana?” Perlahan Taecyeon bertanya setelah dia berasa tenang semula. Dia cuba lupakan mimpi tadi.

“Hmm...okay. Semua polis setuju. Mereka akan start esok.” Balas Yixing. Taecyeon tersenyum lemah lalu mengeratkan lagi pelukan. Dahinya berkerut tiba-tiba apabila tubuh Yixing mengigil. Rupanya baju Yixing basah kuyup akibat hujan lebat tadi.

Cepat-cepat dia meleraikan pelukan. “Yixing?”

“Hmm..” Yixing tersenyum lemah. Rambutnya basah teruk sehingga menitik-nitik air. Entah kenapa naluri Taecyeon seperti hendak meletup apabila melihat Yixing begitu. Cepat-cepat dia menepis perasaan itu.

“Pergi mandi cepat. Nanti demam pulak.” Arah Taecyeon.

"O-Okay.." Yixing bangun. Tidak sampai separuh jalan, dia sudah pengsan. Taecyeon terkejut beruk.

“Yixing!” Taecyeon menepuk-nepuk pipi Yixing perlahan. “Yixing?!”

Cemas betul Taecyeon dibuatnya. Lantas dia mengangkat tubuh Yixing lalu dibawa masuk ke dalam biliknya.

___________________________________

Pada malam itu, Taecyeon tidak melakukan perkara yang dia biasa buat. Malam ini dia sedang menunggu Yixing sedar dari pengsan. Dia merenung wajah Yixing yang comel itu. Baru dia sedar kenapa ramai polis di tempat kerjanya sangat sukakan Yixing. Dia membelai lembut pipi Yixing. Akibat sentuhan itu, mata Yixing mula bergerak-gerak.

“Y-Yixing?” Taecyeon berasa sedikit terkejut.

Perlahan-lahan Yixing membuka matanya. “Taec?”

“Yixing... sedar pun.” Taecyeon tersenyum gembira. Yixing bangun dengan bantuan Taecyeon. Dia menyandarkan dirinya pada bantal. Yixing sedar pakaiannya telah ditukar. Mukanya merah padam. Dia memandang Taecyeon yang sedang membetulkan bantal di belakang Yixing supaya Yixing dapat sandar dengan selesa.

Taecyeon memandang Yixing. “Asal kau pandang aku macam tu?”

“Err...” Yixing mengangkat baju tidurnya.

“Aku tukarkan.” Balas Taecyeon selamba. “Kenapa?”

Merah padam muka Yixing dibuatnya. “Y-Yah! Kau nie bukan setakat gay je tapi kau pun ert jugak!”

“Woi... takkan aku nak biarkan kau dalam keadaan basah! Nanti makin teruklah demam kau tu! Sebab tu aku tukarkan pakaian kau.” terang Taecyeon, geram dengan Yixing yang suka salah sangka itu.

“Hisy.. kau tetap ert jugak!”

“Dah habis tu kau nak aku biarkan kau macam tu je?!”

“Biarkan jelah! Aku sanggup pakai baju basah asalkan kau tak tengok badan aku!” balas Yixing. Apabila dia menyedari sesuatu, dia mula memeluk tubuh. Taecyeon tersengih. “K-Kau dah tengok badan aku! ert! Kau memang ert!” jeritnya.

“Sudahlah! Dengar suara kau tu dah buat aku stress tahu tak! Aku tak kisahlah aku ert ke apa! Apa yang lebih penting sekarang nie... adik aku. Adik aku, Zhang Yixing!” Akhirnya gunung berapi Taecyeon sudah meletus. Terkedu Yixing dibuatnya. Dia tertunduk memandang baju tidurnya.

“T-Taec.. maafkan aku.”

“Tak apa, maafkan aku jugak sebab marah kau.” keluh Taecyeon. “Penat-penat je kau tolong aku, aku pulak marah kau tak tentu arah.”

“Hmm..” Yixing tersenyum kecil.

“Yixing..” Taecyeon memandang Yixing. Yixing hanya mengangkat keningnya tanda menyoal. “Aku mimpi adik aku petang tadi.” Taecyeon diam seketika. “Aku nampak lelaki seiras aku jemput adik aku. Muka dia memang sama gila dengan aku. Cuma bezanya mata kitaorang tak sama. Aku hitam. Dia merah. Merah macam darah. Dia tak macam manusia. Kali terakhir aku nampak Yoobin masa lelaki tu bawa Jaeun masuk hutan. Aku tak tahulah hutan yang mana satu.” Panjang lebar Taecyeon bercerita.

Tiba-tiba dia ketawa kecil. “Aku tak rasa mimpi tu betul.”

Kadang-kadang mimpi kita jadi kenyataan jugak, Taec.” Yixing memandang Taecyeon serius. “Mungkin tu satu petunjuk untuk kita.”

“Kau kenal aku. Aku tak percaya mimpi. Lagipun mimpi tu cuma permainan tidur. Aku penat sangat kot asyik fikirkan pasal dia.” Air mata Taecyeon mengalir.

“Aku rindu dia, Yixing..”

Yixing diam. Belum sempat Taecyeon menyeka air mata, Yixing sudah menyekanya.

“Tak ada gunanya kau menangis. Bazir air mata kau je. Kita kena bertindak, Taec. Mana tahu mimpi kau tu petunjuk untuk kita cari Jaeun. Dahlah, jangan nangis macam perempuan hilang barbie doll.” Pujuk Yixing.

Taecyeon tersengih kecil. “Woi... jangan nak samakan aku dengan barbie doll. Tak sebati langsung tahu tak!”

Yixing ketawa. Taecyeon turut ketawa.

“Terima kasih sebab buat aku ketawa, Yixing...” Taecyeon mengucup pipi Yixing sebelum berlalu pergi.

Mata Yixing terkebil-kebil. Tanpa dia sedari, dia tersenyum kecil.

_____________________________

“Apa?! Kau nie biar betul?!” Terkejut Woobin dibuatnya apabila Taecyeon memberitahu plan gilanya kepada Woobin. Dia berjalan ke tingkap. Kedua-dua tangan diletakkan di belakangnya. Woobin termenung seketika. Keluhan kecil dilepaskan.

“Kau tahu kan apa risiko yang akan terjadi kalau kau pergi sana?” tanya Woobin perlahan. Matanya masih lagi memandang bangunan-bangunan di luar.

“Tahu..” balas Taecyeon. “Tapi tolonglah benarkan aku selesaikan kes nie. Kes nie melibatkan adik perempuan aku, Woobin. Jadi biarlah aku sorang je yang pergi sana. Aku tak nak apa-apa bantuan. Tak kisahlah apa yang akan terjadi kat aku nanti. Apa yang penting sekarang nie aku nak Jaeun selamat!”

“Sudahlah, Taec!” jerit Woobin. Dia menoleh memandang tajam ke arah Taecyeon. “Tak payahlah nak tunjuk hero sangat! Kes nie terlalu bahaya tahu tak! Kau boleh mati kalau kau pergi sana seorang diri!”

Taecyeon pantas menolak tubuh Woobin pada dinding. Lengannya diletakkan pada lehernya dengan kuat. Woobin sudah seperti tidak dapat bernafas.

“Siapa kata aku nak tunjuk hero haa?! Kau ingat aku nie apa?! Superman? Batman?!”

“T-Taec...”

“Tak ada kuasa aku nak tunjuk hero semua nie! Kes nie bukan dibuat untuk main-main. Kes nie melibatkan nyawa. Aku tak nak susahkan polis lain sebab kes nie terjadi sebab kecuaian aku.” Taecyeon mula menitiskan air mata. “Aku patut tolak je ajakkan si Junhyung tu untuk jemput adik aku kat tadika. Tapi aku... dengan senang-lenangnya pergi minum dengan dia. Macam aku nie tak ambik kisah pasal adik aku.”

Taecyeon melepaskan Woobin. Woobin memegang lehernya.

“Jadi...benarkan aku sorang je yang selesaikan kes nie. Aku nak tebus kesalahan aku, Woobin.”

Woobin memandang Taecyeon lama. Keluhan dilepaskan.

“Kalau ada sesuatu buruk jadi kat kau, aku dengan semua polis tak akan bertanggungjawab.” Woobin berlalu pergi. Dia begitu kecewa dengan inspektor Taecyeon.

“Kau nak pergi sorang je, Taec?” tanya Yixing.

Taecyeon menoleh. “Yixing..” Setelah lama dia mendiam, dia mengangguk. “Ya.”

“Kenapa?”

“Aku nak tebus kesalahan aku..”

“Mengarut..” Yixing menghampiri Taecyeon. “Kau sendiri dah dengar kan apa yang Woobin cakap tadi? Kau boleh mati kalau kau pergi sana seorang diri. Kenapa kau tak nak terima bantuan dari mereka semua? Kes nie akan berakhir kalau kau terima bantuan mereka.”

“A-Aku tak boleh nak terima. Aku tak nak libatkan dorang dalam kes nie, Yixing. Kes nie berlaku sebab aku. Aku tak nak susahkan orang lain.” Taecyeon merenung ke dalam mata Yixing.

“Tapi sekurang-kurangnya bawaklah sorang untuk teman kau.” cadang Yixing, risau.

“Risau benar kau kat aku erk?” Sempat lagi Taecyeon berjenaka.

Yixing masih serius. “Bawak aku sekali, Taec.”

Bulat mata Taecyeon dibuatnya. “A-Apa?

“Bawak aku sekali pergi sana.” Kata Yixing.

Taecyeon ternganga. Lalu menggeleng-geleng kepalanya. “Tak boleh! Kes nie terlalu bahaya, Yixing! Aku tak nak kau terlibat sama!”

“Kenapa tak boleh?!” tanya Yixing, geram.

“Sebab aku cintakan kau!” luah Taecyeon. Yixing terkedu. “Sebab aku cintakan kaulah, aku tak nak bawak kau sekali. Aku tak nak kehilangan kau!”

Yixing memandang tajam. “Kalau macam tu, tak payahlah cintakan aku. Baru boleh bawak aku sekali. Macam tu?"

“Itu lagilah tak boleh!” marah Taecyeon. “Kau ingat senang ke aku nak hilangkan perasaan cinta tu kat kau?! Aku cintakan kau dah lama. Bila aku cintakan seseorang, aku yakin dialah cinta terakhir aku!” Terkedu Yixing dibuatnya. Dia sudah kehilangan kata-katanya. “Bila aku cakap sekali, sekali je kau dengar dan buat!”

Taecyeon segera berlalu pergi.

“T-Taec..” Yixing tertunduk.

________________________________

Sebelum bertolak, Doojoon memastikan enjin trak polis sentiasa dalam keadaan baik. Taecyeon dan Xiumin sibuk mengangkut barang-barang masuk ke dalam trak tersebut. Banyak barang yang Taecyeon perlukan dalam misi mencari adik perempuannya yang hilang.

“Banyak jugak erk barang kau bawak.” Kata Xiumin setelah barang habis diangkut.

“Yeah..” Taecyeon tersenyum lemah. “Aku memang perlukan barang yang banyak kalau nak pergi hutan. Lagipun kes nie bukan senang nak selesaikan. Kau tahu kan aku pergi seorang diri.”

Xiumin mengangguk perlahan. “Aku tahu tu tapi.. betul ke kau tak nak apa-apa bantuan?”

Taecyeon diam seketika. Teringat pula dia kepada Yixing.

“Kau sendiri dah dengar kan apa yang Woobin cakap tadi? Kau boleh mati kalau kau pergi sana seorang diri. Kenapa kau tak nak terima bantuan dari mereka semua? Kes nie akan berakhir kalau kau terima bantuan mereka.”

“Yixing..” Taecyeon termenung.

“Oit.. sempat lagi kau termenung erk?” Suara Doojoon mengembalikan Taecyeon ke alam nyata. Terkebil-kebil mata Taecyeon dibuatnya. Xiumin ketawa kecil. “Teringatkan siapa tu sampai aku tepuk belakang kau pun tak perasaan ayoo."

“Tak ada siapa-siapalah..” dalih Taecyeon.

Doojoon tersengih. “Jom pergi. Trak aku dah sedia nak beraksi kat hutan tu!” Sempat lagi dia berjenaka.

Xiumin ketawa lagi. “Jom!” Dia berlari masuk ke dalam trak. Dia duduk di sebelah Doojoon yang akan menjadi pemandu trak. Sememangnya dia amat pakar memandu dalam hutan walaupun pernah kemalangan sebelum ini.

Sebelum mengatur langkah ke arah trak, mata Taecyeon sempat lagi meliar mencari kelibat Yixing di situ.

“Taec, cepatlah naik!” laung Doojoon dari trak.

“O-Okey..” Rasa kecewa menyelinap masuk ke dalam hati Taecyeon. Dia pantas berlari ke trak lalu masuk ke dalam. Doojoon melihat Taecyeon menerusi cermin pandang belakang.

“Eik, monyok semacam je kau nie. Kenapa nie Taec?” tanya Doojoon.

“Ooo... aku tahu!” Tersengih-sengih Xiumin. “Buah hati tak ada erk?”

“Hisy... kan aku dah cakap tadi. Tak ada siapa-siapalah.” Taecyeon cuba berdalih. Keluhan kecil dilepaskan.

“Yelah tuu. Kalau kau tunggu kawan pun tak adalah kau monyok sampai macam nie sekali kan? Cuba bagitahu aku. Buah hati ke kawan?” Seolah-olah Doojoon dapat membaca isi hati Taecyeon.

“Hmm...” Taecyeon memandang Doojoon. “Lepas aku jawab, jangan tanya siapa erk?”

“Iyee.”

“Buah hati.”

“Aku dah agak dah!” Doojoon tersengih. “Okay, aku tak akan tanya siapa dia. Jom pergi!”

“Alah.. aku baru nak tanya siapa buah hati dia tu. Mesti cantik kan?” Xiumin menarik muncung. Doojoon terus memandu traknya menuju ke pagar utama untuk keluar. Taecyeon menghela nafas kelegaan apabila Doojoon tidak lagi menanya. Sebelum keluar dari kawasan itu, dia merenung keluar tingkap dan ternampak Yixing.

“Y-Yixing?” Taecyeon membulatkan matanya.

Nampaknya Yixing tidak keseorangan. Dia sedang bercakap dengan Woobin.

“Yixing..” Taecyeon meletakkan tangan pada tingkap. “Tunggu aku balik, Yixing..”

Trak yang dinaiki Taecyeon itu terus berlalu pergi.

____________________________________

“Bila kau nak bertolak?” tanya Woobin serius. Rupanya Yixing sempat mencuri pandang ke arah trak yang dinaiki Taecyeon itu. Setelah trak itu hilang dari pandangan, dia memandang Woobin semula.

“Sekarang.”

“Hmm...” Woobin berfikir agak lama.

“Please.. aku nak tolong dia.” Rayu Yixing.

“Aku tahu kau nak tolong dia tapi kenapa tiba-tiba je kau nak bertolak sekarang? Tadi bukan main lagi nak bertolak esok.” Kata Woobin. “Nie mesti ada sebab kenapa kau tiba-tiba je ubah fikiran. Betul kan?” tekanya.

"Yup." Jawab Yixing ringkas sekali.

“Kenapa?”

“Sebab aku cintakan kau!”

Luahan daripada Taecyeon masih lagi terngiang-ngiang di telinga Yixing. Sebentar tadi, dia juga sempat melihat lelaki itu meletakkan tangan pada tingkap sambil berkata sesuatu. Yixing tahu minatnya terhadap lelaki langsung tiada. Sejak Taecyeon meluahkan perasaan tadi, hatinya mula terbuka untuk Taecyeon.

“Sebab aku cintakan Taecyeon.”

Bulat mata Woobin dibuatnya. Sekali lagi dia dikecewakan oleh Yixing. Dia sekadar tersenyum.

“O-Ooo... macam tu. Patutlah kau nak bertolak sekarang.”

“Y-Yup..aku nak protect dia.” Yixing tersenyum malu. “Jadi boleh aku bertolak sekarang?”

“Boleh..” Woobin mengangguk perlahan. Nampaknya dia terpaksa melepaskan Yixing dari hidupnya.

“Baik kau bersiap dulu. Nanti aku inform pihak helikopter untuk hantar kau ke sana. Okey?” arah Woobin serius.

Yixing mengangguk. Dia tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya. Terserlah kecomelannya.

“Terima kasih Woobin..”

Hati Woobin berdegup kencang. Ada perasaan indah datang bertandang di hatinya namun cepat-cepat perasaan itu ditepis.

_________________________________________

Bersambung yo!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 8: wah bestnya! dalam serius ada lawaknya! mmg menarik skali! *thumbs up*
akhirnya tamat juga...sorry akk bru perasan~
DAEBAK STORYLINENYA!
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 8: omggggg <3 aku suka fanfic kau :") dengan bm nye lagi oh tidak aku suka bangat maa xD
<3 <3 jgn didelete fanfic yini.
btw buat lah fanfic royal tu ha angst angst eue
aku kan da bg poster heheheheheh
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 7: weh apak sedih do. jahat gile woobin :((
weh weh rindu kau, aku busy skrng ni ;;;;;
yelah , budak kl;s atas en. -__- cikgu syg kitorang pstu bg hw bebanayk
tanda kasih syg yang byk yitu heh
mpreggoland
#4
Chapter 7: ini mmg di luar jangkaan sy...Woobin la yg culik Jaeun...
terlopong sy masa Kikwang kena tikam...uwaaaaa
so chansung ex-bf yixing...
wah byk sgguh kejutan...
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 6: ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; yixinggggggggggg nooooooooooooo
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 5: mekasih sebab rindu aku u n u aku pun rindu kau gak Seha :((
mpreggoland
#7
Chapter 6: uwaaaaaaaaaaa apa la Taec ni tinggalkn Yixing camtu...tgk, kan dh jd zombie trus...aish