Here I come!

World Of Darkness

“Kau sure ke nie?” soal Xiumin sambil tangannya lincah menekan butang pada alat Gps untuk mencari lokasi hutan itu.

Doojoon mengangguk. Dia masih lagi memandu. Setelah tiba di hutan mengikut alat Gps, dia pantas menukar gear kepada kelajuan maksimun. Trak itu pantas bergerak masuk ke dalam hutan. Xiumin dan Taecyeon tidak dapat duduk dengan betul akibat jalannya yang tidak rata.

“Masa untuk beraksi!” jerit Doojoon. “Yeah!” jeritnya lagi.

“Y-Yah Doojoon!” jerit Xiumin pula. Dia memegang erat tali keleder kerana terlalu takut.

“Apaaa?” jerit Doojoon kembali.

“Slowlah sikit! Kita akan mati kalau kau bawak laju macam nie!”

“Woi! Kita sekarang nie dekat hutan, bukannya kat bandar! Kalau kat sini kita kena bawak laju!”

“Apasal pulak?”

“Kalau slow tak syoklah! Kalau laju baru awesome!”

Doojoon dan Xiumin saling jerit-menjerit. Sakit hati Taecyeon dibuatnya. Dia malas hendak masuk campur. Dia merenung keluar tingkap. Keluhan kecil dilepaskan. Sekejap lagi misinya akan bermula! Dia mengenggam tangannya erat.

“Jaeun... tunggu abang. Abang akan selamatkan Jaeun.” Bisiknya di dalam hati.

Sepanjang perjalanan ke satu tempat dimana Taecyeon akan diturunkan, tiba-tiba dia ternampak satu kelibat sedang berjalan secara berbongkok. Kelibat itu berambut panjang dan tidak terurus. Memandangkan Doojoon memandu terlalu laju, dia tidak sempat melihat wajah kelibat itu.

“Taec..”

Taecyeon memandang Doojoon.

“Kita dah sampai.” Kata Doojoon lalu keluar dari trak.

“Cepatnya?” Taecyeon pelik tetapi dia menurut sahaja kata-kata Doojoon. Dia keluar dari trak. Langkahnya diatur ke belakang trak untuk mengambil barang-barangnya. Xiumin tidak keluar kerana sibuk membetulkan alat Gps.

“Ini diaa..” Semua barang telah dibawa keluar dari trak tersebut. Doojoon menepuk bahu Taecyeon berkali-kali. “Good luck bro.”

Taecyeon tersenyum. “Thanks bro.”

“Mari sini..” Doojoon menarik tubuh Taecyeon masuk dalam pelukan. Mereka berdua berpelukan.

“Kalau kau tak balik sekali dengan adik kau, aku akan belasah kau.” bisik Doojoon.

“Yelah..” Taecyeon meleraikan pelukan. “Kau kenal aku bro. Tak pernah aku balik dengan tangan kosong. Macam kita pernah memancing dulu. Aku jarang balik dengan tangan kosong. Selagi aku tak bawak balik sesuatu, selagi tulah aku tak akan balik.”

“Hmmm...” Doojoon menepuk bahu Taecyeon lagi. “Hati-hati.”

“Okey.. kau pun. Nak balik tu hati-hati erk? Jalan nie tak rata. Boleh accident terus kalau kau bawak laju macam tadi.” Pesan Taecyeon.

“Alah...jangan risaulah. Aku kan pakar!” Doojoon mengangkat-angkat kolar bajunya.

Taecyeon tersengih.

“Aku blah dulu.” Doojoon kembali ke traknya. Setelah enjin dihidupkan, barulah trak itu berlalu pergi meninggalkan Taecyeon. Kini, dia keseorangan. Dia berjalan menuju ke bawah mengikut kata hatinya. Dia memang begitu apabila berada di hutan.

Setelah lama dia berjalan, tiba-tiba dia ternampak sebuah rumah usang yang seperti telah lama ditinggalkan. Pintu rumah itu pecah di bahagian tengah. Dia mengatur langkahnya menuju ke rumah tersebut. Memandangkan hari sudah lewat petang, dia terpaksa bermalam di rumah itu.

“Hmm... nampak je rumah lama tapi bila tengok kat dalam nie, nampak macam baru je.” Kata Taecyeon setelah masuk ke dalam. Dia berjalan-jalan di dalam rumah itu. Nampak bersih dan tidak berhabuk walaupun sudah lama ditinggalkan. Seolah-olah ada orang menetap di rumah itu. Jarinya menyentuh permukaan meja. Habuk langsung tidak ada.

“Tak sangka ada orang tinggal kat tengah hutan macam nie.” Katanya lagi. Dia memandang sekelilingnya. “Aku tak tahulah macam mana pemilik rumah nie boleh tinggal kat sini.” Begnya diletakkan di atas lantai. Dia naik ke atas untuk memeriksa.

Tanpa dia sedari, dia sedang diperhatikan oleh entiti yang tidak dikenali pasti. Entiti itu erat memegang kapak di tangan.

“Ada elektriklah..” Lampu terpasang apabila Taecyeon menekan suis di salah sebuah bilik. Lalu dia menuju ke dapur untuk mencari makanan.

Di dapur, dia segera memeriksa setiap kabinet tetapi malangnya tiada satu pun makanan yang dijumpainya. Cuma hanya ada peralatan tajam seperti pisau, parang dan gunting. Apa yang peliknya apabila ada kesan darah pada semua peralatan tersebut.

Baginya, mungkin itu kesan cat merah.

“Kamu siapa?”

Suara itu sememangnya telah mengejutkan Taecyeon yang sedang termenung di dapur. Lantas dia menoleh ke arah pemilik suara itu.

“Saya tanya kamu siapa?” tanya pemilik suara itu lagi.

“Err... saya Taecyeon.”

“Kamu buat apa kat sini? Apa tujuan kamu?”

“S-Saya datang sini untuk mencari adik perempuan saya.”

“Adik perempuan kamu?” tanya pemilik suara itu lagi.

Taecyeon mengangguk-angguk. “U-Uhuh, adik perempuan saya hilang kat sini. Jadi saya datang sini untuk mencari dia.”

Pemilik suara itu atau pak cik berjalan ke tingkap. Lalu kapak diletakkan di tepi dinding. Pak cik itu termenung seketika. “Macam mana kamu tahu adik kamu hilang kat sini?”

“Mimpi.” Jawab Taecyeon ringkas. “Saya tahu adik saya hilang kat sini sebab mimpi. Saya yakin dia ada kat dekat-dekat kawasan nie.”

“Mimpi?” Pak cik itu tiba-tiba ketawa. “Mengarut betullah kamu nie. Mimpi tu cuma permainan tidur jelah. Kamu ingat mimpi kamu tu akan bantu kamu untuk cari adik kamu? Lupakan jelah. Pak cik tak tahulah kenapa ramai orang muda percaya sangat benda-benda macam nie?” ketawanya semakin kuat.

“Tapi pak cik...”

“Sudahlah. Baik kamu balik jelah.” Pak cik itu memandang Taecyeon. “Tak ada siapa-siapa pun kat sini kecuali pak cik.”

“Saya tak akan balik macam tu je, pak cik.” Balas Taecyeon serius.

“Apasal pulak?” soal pak cik itu. Tanpa dia sedari, dia mengambil kapak itu semula.

“Saya tak akan balik selagi saya tak jumpa adik saya.”

Pak cik itu menundukkan kepala. “Hmm... jarang pak cik jumpa orang yang degil macam kamu.” Dia mengangkat kepalanya semula. Wajahnya bertukar menjadi hodoh. Matanya merah dan mula keluar darah.

Taecyeon terkejut besar.

“Baik kamu mati jelah..” Pak cik itu menghampiri Taecyeon dengan kapak. Taecyeon pantas berlari keluar dari rumah itu tanpa membawa beg bersama. Dia terlalu takut dengan pak cik itu yang tiba-tiba sahaja bertukar menjadi zombie.

“Apa yang dah jadi nie?!” Taecyeon terus berlari tanpa hala tuju. Akhirnya, dia terjatuh apabila kakinya tersangkut pada akar pokok. Lalu terguling-guling ke bawah. Setelah tiba di bawah sana, dia pengsan di situ.

_____________________________

Sebuah helikopter mendarat di atas bangunan yang mempunyai tanda huruf H. Woobin dan Yixing berada di situ. Woobin sempat lagi mencuri pandang ke arah Yixing. Yixing kelihatan tenang dan selamba. Apabila matanya jatuh pada tangan Yixing, kelihatannya tangan Yixing erat mengenggam tali beg.

“Yixing.” Panggil Woobin.

“Hmm?” Yixing memandang Woobin sambil mengangkat keningnya.

“Awak okey?”

Yixing mengangguk.

“Okeylah kalau macam tu, Yixing.”

Yixing sekadar tersenyum.

Setelah kipas helikopter itu telah berhenti berpusing, barulah kapten Kris turun. Lalu langkahnya diatur ke arah mereka berdua. Kapten Kris pantas memberi tabik hormat kepada Woobin. Yixing diam.

“Selamat malam, tuan.” Ucap kapten Kris.

“Hmm..” Woobin mengangguk-angguk. “Yixing, awak dah bersedia nak bertolak ke?”

Yixing hanya mengangguk perlahan.

“Kalau macam tu, awak boleh bertolak sekarang.”

“Baiklah..” Yixing berjalan menuju ke helikopter. Woobin sekadar melihat Yixing pergi. Sekali lagi kapten Kris memberi tabik hormat lalu menunduk hormat.

“Saya pergi dulu, tuan.” Ucapnya lagi. Kapten Kris kembali ke helikopter.

Belum sempat kapten Kris menghidupkan enjin, terdengar suara Kikwang dari arah belakang. Dia pantas berlari menuju ke helikopter untuk berjumpa dengan Yixing. Kelihatannya Kikwang sedang memberitahu sesuatu kepada Yixing.

“Apa?” Bulat mata Yixing dibuatnya. “Kau nie biar betul?! Benda tu tak wujudlah, Kikwang!”

“Betullah apa aku cakap tadi. Tentera udara sendiri yang bagitahu aku pasal nie.” Beritahu Kikwang serius.

“Hisy.. tak percayalah aku dengan semua nie. Mengarut tahu tak!” bantah Yixing.

Kikwang mengeluh. “Sudahlah tapi tolong bawak benda nie sekali dengan kau.” Dia menghulurkan sesuatu yang berbentuk telefon kepada Yixing.

Dahi Yixing berkerut. “Apa benda nie?” tanyanya sambil mengambil benda itu.

“Malas aku nak explain.” Jawab Kikwang ringkas.

Yixing buat muka garang.

“Yelah yelah.” Kikwang mengalah. “Tapi kan kalau aku explain kat kau, kau bukan faham pun. Tak apalah. Kat sana nanti kau akan tahu apa fungsi benda nie.” Dia tersenyum. Yixing mengangguk tanda mengerti.

“Okey..” Yixing menyimpan benda itu ke dalam beg. “Thanks..”

Kikwang sekadar tersenyum. Pintu helikopter ditutup rapat. Kemudian, barulah enjin dihidupkan. Misi melindungi Taecyeon akan bermula!

__________________________________

Taecyeon masih berada di hutan. Kini, dia berada di tepi sungai. Dia masih belum sedar dari pengsan akibat terjatuh tadi. Hari sudah gelap. Sunyi-sepi sahaja di situ. Nampak sungguh menakutkan apabila waktu malam.

Jari-jemarinya mula bergerak perlahan. Dahinya berkerut. Apabila dia menyedari dia masih berada di hutan, dengan serta merta matanya terus terbuka luas. Dia bingkas bangun lalu memandang sekeliling.

“Aku kat mana nie?” bisik Taecyeon perlahan. Sekali lagi dia mula berjalan mengikut kata hatinya. Dia naik semula ke atas. Sebaik dia ternampak rumah itu, barulah dia teringatkan pak cik yang tiba-tiba sahaja bertukar menjadi zombie. Langkahnya mati tiba-tiba.

“Gila aku nak patah balik ke sana. Gerenti aku kena makan hidup-hidup dengan benda tu.” Taecyeon berjalan menuju ke tempat lain. Sesungguhnya dia memang tidak berani hendak pergi ke rumah itu semula. Semakin jauh dia berjalan, semakin dalam dia ke hutan. Tiada lagi rumah di situ. Dia melepaskan keluhan kecil.

“Macam mana aku nak cari Jaeun kalau aku tak tahu dia ada kat mana..” Taecyeon terus duduk bersila di bawah pokok. Dia berasa sangat penat. Kakinya sudah lenguh. Tenaganya makin kurang dibuatnya. Semua barang dan makanan di dalam beg itu tidak sengaja ditinggalkan di rumah tadi. Sekali lagi dia melepaskan keluhan.

“Bodoh... aku patut terima je bantuan dorang tu.. aku memang bodoh!” maki dirinya.

____________________________________

Satu tembakan dilepaskan pada zombie itu sebaik zombie itu cuba menyerangnya dengan kapak. Zombie itu mati akibat tembakan yang dilepaskan oleh Yixing. Akhirnya Yixing berjaya sampai di hutan dengan menaiki helikopter tersebut.

“Okey...aku percaya benda hodoh nie wujud.” Akhirnya Yixing percaya.

Terdengar suara ketawa Kikwang melalui telefon itu. Rupa-rupanya telefon itu berfungsi bukan setakat boleh menghubungi sahaja malah boleh menghantar maklumat melalui skrin. Mereka berdua boleh saling melihat muka masing-masing melalui skrin telefon tersebut.

Yixing tersengih.

“Betul kan apa aku cakap tadi.” Kata Kikwang. “Lagi satu, benda hodoh yang kau panggil tadi tu sebenarnya zombie. Dia lebih kurang macam kita cuma dia hodoh.” Kikwang ketawa lagi. Yixing sekadar menggeleng.

“Dahlah. Ada apa-apa lagi ke kau nak cakap haa?” soal Yixing serius. Kikwang menggeleng.

“Tak ada tapi..” Belum sempat Kikwang menghabiskan ayatnya, Yixing sudah mematikan hubungan. Di sana, Kikwang mengeluh berat. Dia menanggalkan alat pendengar dengan geram. Yixing pula buat tidak kisah.

“Aku tak habis cakap lagi, dia dah off. Baru nak tatap muka dia lama sikit.” Bebel Kikwang.

Di sana, Yixing sedang memeriksa rumah itu. Setelah memeriksa di tingkat atas, dia menuju pula ke dapur untuk mencari apa yang patut. Matanya terpaku pada sebuah beg yang ditinggalkan di atas lantai.

“Ini..” Yixing membelek-belek beg itu. Lalu memeluknya erat. “Beg Taecyeon..”

Dia mencium bau pada beg tersebut. Matanya ditutup perlahan seketika. Dia sedar hatinya mula terbuka untuk lelaki itu. Nampaknya Taecyeon berjaya memikat hati Yixing. Sekarang, apa yang Yixing perlu lakukan ialah terus melindungi lelaki itu.

Dia bangun sambil memakai beg itu di belakang. Dia pantas beredar dari rumah itu sambil erat mengenggam sepucuk pistol.

________________________________

Pintu diketuk dari luar. Woobin yang sedang duduk termenung di mejanya menyahut ketukan itu. Muncul seorang lelaki di muka pintu. Dia masuk ke dalam dengan senyuman kecil di bibir. Woobin membalas senyuman itu.

“Tak nak balik lagi ke?” tanya lelaki itu atau Taejun, adik lelakinya.

“Kejap lagi abang balik. Abang nak siapkan kerja dulu.” Balas Woobin.

Taejun tersengih. “Kerja abang kata? Mana kerjanya? Tak ada satu fail pun kat atas meja tu. Abang cuba tipu adik erk?”

“Tak adalah.” Dalih Woobin.

“Eleh.. ke abang tengah tunggu girlfriend abang habis kerja dulu?” Taejun cuba meneka.

“Abang mana ada girlfriend.” Balas Woobin. “Abang tengah risaukan seseorang sebenarnya.”

“Siapa?” soal Taejun. “Haaa, adik tahu. Yixing, kan?”

Woobin sekadar mengangguk.

“Haa.. cakap pasal Yixing, Yixing sebenarnya nak pergi mana dengan beg besar tu?” tanya Taejun apabila teringatkan lelaki berlesung pipit itu. Sebentar tadi, dia ada terserempak dengan Yixing yang sedang menyandang beg besar di belakang. Ada gaya pendaki gunung lagaknya.

“Hutan.” Jawab Woobin ringkas. Semakin lama dia teringatkan Yixing, rasa rindu makin bertambah walaupun Yixing sudah mengecewakannya dengan luahan masa petang tadi.

“Sebab aku cintakan Taecyeon.”

Woobin mengeluh berat.

“Hutan? Haih, Yixing pergi daki gunung ke?”

“Tak adalah.” Woobin menggeleng. “Dahlah, jom balik.”

________________________________________

Bersambung!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 8: wah bestnya! dalam serius ada lawaknya! mmg menarik skali! *thumbs up*
akhirnya tamat juga...sorry akk bru perasan~
DAEBAK STORYLINENYA!
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 8: omggggg <3 aku suka fanfic kau :") dengan bm nye lagi oh tidak aku suka bangat maa xD
<3 <3 jgn didelete fanfic yini.
btw buat lah fanfic royal tu ha angst angst eue
aku kan da bg poster heheheheheh
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 7: weh apak sedih do. jahat gile woobin :((
weh weh rindu kau, aku busy skrng ni ;;;;;
yelah , budak kl;s atas en. -__- cikgu syg kitorang pstu bg hw bebanayk
tanda kasih syg yang byk yitu heh
mpreggoland
#4
Chapter 7: ini mmg di luar jangkaan sy...Woobin la yg culik Jaeun...
terlopong sy masa Kikwang kena tikam...uwaaaaa
so chansung ex-bf yixing...
wah byk sgguh kejutan...
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 6: ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; yixinggggggggggg nooooooooooooo
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 5: mekasih sebab rindu aku u n u aku pun rindu kau gak Seha :((
mpreggoland
#7
Chapter 6: uwaaaaaaaaaaa apa la Taec ni tinggalkn Yixing camtu...tgk, kan dh jd zombie trus...aish