Final

World Of Darkness

Taecyeon tersadung apabila kakinya tersangkut pada akar pokok. Dia mengaduh kesakitan. Chansung pula mendapatkan Taecyeon.

“Takkan tu pun sakit?” Chansung ketawa.

“Ketawa tak habis-habis kau nie erk?” Taecyeon menjeling tajam.

“Sorrylah bro. So kau boleh jalan tak nie?”

“Boleh. Sakit sikit je pun.” Taecyeon berdiri dengan bantuan Chansung. Dia termenung seketika.

“Macam ada yang tak kena je.” Luahnya perlahan. Chansung memandang Taecyeon. “Kalau aku tersadung ke terjatuh ke tergolek ke sungai ke apa, mesti ada something wrong.”

“Maksud kau?”

“Yelah.” Taecyeon memandang Chansung. “Dulu masa aku jatuh longkang, maknanya ada orang accident. Kalau aku tersadung pula, maknanya ada orang mati sebab kena bunuh or sakit.”

“Kalau tergolek?”

“Maknanya ada orang kena reject dengan perempuan.”

Serentak mereka ketawa tetapi ketawa Taecyeon tidak kekal lama. “Aku rasa tak sedap hatilah. Ada orang mati sekarang nie tapi aku tak tahu siapa.”

“Alah.. lupakan jelah.” pujuk Chansung. “Kat sini banyak pokok yang berakar panjang. Memang kau akan tersadunglah ceritanya. Kan aku dah tersadung tadi. Jangan risaulah.”

Taecyeon mengeluh lagi. “Jomlah. Aku rasa kita dah nak sampai nie.”

Chansung mengangguk dan meneruskan perjalanan ke istana yang sudah kelihatan di mata mereka.

________________________

“Tuan muda!” Butler itu menghampiri Woobin.

“Mereka dah nak sampai.” Beritahunya perlahan. Woobin melepaskan keluhan berat. Kedua-dua tangannya yang sedang mengeluarkan kuasa ke atas tubuh ketuanya, terus ghaib. Woobin menutup keranda itu.

“Nie yang aku malas nie.” Woobin memakai jubahnya semula. “Semua bersedia!” arahnya serius.

Semua lelaki berjubah hitam terus melangkah keluar dari istana untuk menyerang mereka. Zombie yang mati telah hidup semula. Ada juga zombie yang keluar dari tanah. Mereka semua bersatu untuk memusnahkan Taecyeon dan Chansung.

Woobin menuju ke bilik dan ternampak Yixing sedang duduk di balkoni. Dia berjalan ke arahnya lalu menarik Yixing masuk ke dalam. Pintu balkoni ditutup rapat. Yixing memandang Woobin aneh. Kelihatan Woobin kelam-kabut mencari sesuatu.

“Woobin?”

“Tunggu kejap ya sayang?” Woobin mengeluarkan sesuatu dari laci. Sebuah tabung uji berisi darahnya. Yixing sekadar memerhati. Senyuman sinis mula terukir di bibirnya. Pantas gabus ditanggalkan lalu meneguknya sehingga habis. Yixing datang menghampiri.

“Woobin..” panggil Yixing manja. Woobin menoleh dengan pipinya yang mengembung. Rupanya dia tidak menelan darah yang diminumnya. Lantas pinggang Yixing dipeluknya erat. Dia mengucupnya. Mereka berkucupan begitu lama.

Semasa berkucupan, Yixing membuka mulutnya. Woobin memasukkan darah yang diminumnya tadi ke dalam mulut lelaki berlesung pipit itu. Yixing menelan darah itu. Serta merta Yixing berubah menjadi sepertinya.

Giginya menjadi taring. Matanya bertambah merah menyala sehingga mengalirkan air mata darah. Pantas diseka oleh Woobin.

“Maafkan aku ketua. Yixing bukan milik ketua.” Woobin tersenyum sinis. Yixing turut tersenyum sehingga menampakkan taringnya.

“Tuan muda.” Terkejut butler itu melihat mereka. Dia menggeleng seakan tidak percaya.

“Apa?” Dingin sahaja Woobin bertanya.

“Tuan muda tak patut macam tu dekat ketua! Yixing milik ketua, bukan tuan muda!” marah butler itu. Yixing sekadar melihat butler itu dengan pandangan kosong.

Woobin melepaskan keluhan. “Ada aku kisah? Lagi satu.. aku tak akan kembalikan dia.” Kilat yang keluar dari tapak tangannya terus menyambar butler itu. Butler mati di situ. Yixing memeluknya erat. Woobin tersenyum bangga.

“Jom keluar nak? Ada satu show kat luar tu.”

“Okey.”

_______________________________

Tembakan dilepaskan ke arah zombie yang datang menyerang mereka. Taecyeon dan Chansung masih meneruskan menembak walaupun peluru tinggal sedikit. Banyak zombie datang menyerang tanpa henti. Kehadiran lelaki berjubah hitam membuatkan mereka sedikit terperanjat.

“Zombie apa pulak nie?” kata Taecyeon.

“Entahlah. Siap pakai jubah pulak tu.” Kata Chansung pula. Dia cuba menembak salah satu lelaki berjubah hitam itu. Alangkah terkejutnya apabila lelaki yang ditembaknya tadi menjadi abu.

Dia mengangguk tanda mengerti.

“Jadi abulah kalau kita tembak dorang.” Beritahu Chansung.

“Ooo..” Taecyeon dengan pantasnya terus menembak semua lelaki berjubah hitam itu. Semuanya telah menjadi abu. “Mampus pun. Senang sikit nak buat kerja.”

Dia menembak semua zombie yang ada. Chansung pula berlari ke hadapan sambil menembak. Sesi menembak terpaksa dihentikan olehnya apabila ternampak dua orang lelaki berjubah hitam terbang di udara. Perlahan-lahan mereka turun ke bawah.

“Y-Yixing?” Chansung terkejut besar. Rupanya dua lelaki berjubah hitam itu ialah Yixing dan Woobin. Woobin dengan pantasnya terus ghaib dan muncul di belakang Chansung. Leher Chansung dicekik kuat olehnya.

“Argh..”

“Lepaskan dia..” Belakang Woobin asyik ditekan-tekan dengan mulut senapang. “Kim Woobin.”

Taecyeon sudah bersedia untuk menembak Woobin dari belakang. Woobin melepaskan Chansung. Chansung batuk berkali-kali.

“Kat sinilah tempat kau bercuti erk, Woobin?” perli Taecyeon. “Cantik tempat nie. Tak payah bayar kan kalau nak bercuti kat sini. Kenapa kau tak nak bagitahu aku pasal tempat nie?”

Woobin menoleh. “Aku tak nak orang lain tau.”

Senapang pantas dihalakan tepat pada wajah Woobin. “Apa tujuan kau buat semua nie, Woobin?”

“Tak ada tujuan.”

“Penipu.”

Woobin diam. Taecyeon merenung tajam. Tiba-tiba tembakan dilepaskan oleh Chansung. Dia telah menembak Woobin dari belakang. Taecyeon sekadar melihat Woobin rebah di atas tanah. Yixing terkejut besar.

“Taec.. pergi cari adik kau dan penawar tu sekali.” Arah Chansung tegas. “Cepat! Biar aku yang uruskan lelaki nie.” Arahnya tegas apabila Woobin bangun semula.

Taecyeon pantas berlari menuju ke istana. Sempat lagi dia menghampiri Yixing tetapi Yixing langsung tidak peduli. Rupanya dia telah dirasuk sepenuhnya. Dia hanya boleh mendengar arahan Woobin sahaja. Sebelum dia berlalu pergi, sengaja dia menggesel lembut tangannya dengan tangan Yixing.

Sentuhan itu membuatkan Yixing menoleh.

‘Taec..’

Chansung melepaskan tembakan lagi. Woobin rebah tetapi dia bangun semula. Dia berdengus geram. Pantas lengan Chansung dicakar olehnya. Senapang tercampak jauh darinya. Woobin tersenyum sinis. Lengannya yang dicakar tadi mula berdarah.

“Lebih baik kau mengalah jelah. Kalau kau degil jugak, kau akan mati.” Kata Woobin.

“Biarlah..” balas Chansung, sedikit tercungap kepenatan. “Aku tak kisah.”

“Ooo... kau memang nak matilah nie ?”

Chansung tersenyum sinis. Pantas pisau dikeluarkan. Woobin ketawa terdekah-dekah. Chansung sempat lagi mencuri pandang ke arah Yixing.

‘Taec akan berterima kasih kat aku suatu hari nanti.’ Desis hatinya. Dia pantas berlari ke arah Woobin dengan pisau tersebut.

______________________________

Pintu gerbang istana dibuka luas. Taecyeon melangkah masuk ke dalam. Melilau matanya mencari Jaeun. Terdapat banyak pintu bilik di ruang hadapan. Keliru Taecyeon dibuatnya. Dia tidak tahu hendak mulakan bilik yang mana satu.

“Hisy.. rasa macam jawab soalan mathematik pulak.” Kepalanya digaru-garu.

“Jaeun!” jeritnya kuat. Dia mula berjalan mencari Jaeun di setiap bilik. Bunyi pintu dibuka dan ditutup menguasai ruang hadapan.

“Jaeun!” jeritnya lagi. Setelah mencari di ruang hadapan, dia mula naik ke atas. Terdapat dua koridor seperti tiada penghujung. Di hujung sana kelihatan gelap-gelita. Dia meneguk liur lalu memandang ke tempat lain.

“Uih.. tak berani aku pergi sana.” Taecyeon mulakan mencari di tingkat atas. Satu persatu bilik diperiksa olehnya. Keluhan berat asyik dilepaskan setiap kali memeriksa mana-mana bilik. Risau benar dia dibuatnya.

Dia meneruskan mencari sehingga tangisan budak kecil kedengaran. Langkahnya mati di salah satu bilik yang dicarinya. Ketika itu dia sedang membuka almari untuk memeriksa. Perlahan-lahan pintu almari itu ditutup kembali.

“Jaeun?” Pantas dia berlari keluar dari bilik. Kelam-kabut dia mencari dari mana datangnya suara tangisan itu. "Jaeun!" jeritnya lagi. Dia berlari di koridor mengikut arah suara itu. Sesekali itu dia berhenti seketika untuk memeriksa bilik.

“Abang..”

Taecyeon berpaling. “Jaeun?” Meliar matanya mencari suara itu.

Terdengar bunyi kerusi jatuh terlentang. Diikuti pula dengan bunyi ketukan pada pintu. Bunyi itu berterusan. Rupanya Jaeun sedang mengetuk pintu berkali-kali sambil menangis ketakutan. Nasib baik tiada seorang pun berada di situ. Senang untuk Taecyeon membawa Jaeun keluar dari situ. Tersenyum Taecyeon.

“Tunggu! Abang datang nie!” Pantas Taecyeon berlari mengikut tangisan itu.

“Cepatlah, abang..” Jaeun menangis. “Jaeun takut..”

Apabila Taecyeon tiba di sebuah bilik dimana butler telah mengurung Jaeun di situ, pantas tombol pintu dipulasnya tetapi pintu itu telah terkunci dari dalam. Dia memulas tombol pintu itu berkali-kali.

“Jaeun! Jauhkan diri dari pintu tu!” arah Taecyeon sambil mencari sesuatu yang boleh memecahkan pintu.

Taecyeon mengeluh berat. “Takkan satu benda pun tak ada?” Dia merenung pintu itu lama. Dia sempat lagi membuat senaman pada leher dan bahunya. Nampaknya dia tiada pilihan lain lagi. Terpaksalah dia menggunakan kekuatan untuk memecahkan pintu tersebut.

Dalam kiraan tiga, Taecyeon terus merempuh pintu itu dengan bahu kanannya. Sekali lagi dia buat sehingga pintu itu dilihat seperti mahu tercabut. Nafas ditarik panjang sebelum melakukan satu rempuhan yang sangat kuat.

“Abang!” Kelihatan Jaeun sedang menangis sambil menyorok di belakang almari. Dia cepat-cepat keluar dari situ lantas berlari menuju ke arah Taecyeon. Tubuh abangnya didakap erat. Taecyeon hanya membalas pelukan adiknya itu.

“Jaeun..” Taecyeon memegang lembut wajah Jaeun. Air mata yang mengalir di pipi Jaeun pantas disapu olehnya. Sememangnya dia amat merindui adik perempuannya itu. Sekali lagi tubuh Jaeun dipeluknya. Begitu lama mereka berpelukan.

“Dorang tak kacau Jaeun kan? Ada luka tak? Dorang buat apa kat Jaeun? Dah makan ke belum?” Bertalu-talu Taecyeon bertanya. Cemas sahaja suaranya bertanya.

Jaeun sekadar tersenyum. “Jaeun tak apa-apalah. Jaeun okey je cuma...”

“Cuma apa?”

“Jaeun tak makan lagi.” Jaeun tersengih comel. “Laparlah..”

Taecyeon tersenyum kecil. “Adik abang lapar erk? Kesiannya adik abang nie.”

“Jom balik.” Taecyeon memegang tangan Jaeun.

“Jom!”

Mereka berdua bergegas menuju ke bawah. Sebelum mereka beredar dari istana, Taecyeon sempat lagi mencari penawar untuk menyembuhkan Yixing. Satu persatu laci meja dan kabinet diperiksa olehnya. Jaeun turut membantu.

“Abang, penawar tu bentuk dia macam mana?” soal Jaeun.

“Entahlah, Jaeun.” Balas Taecyeon. “Rasanya dalam bentuk botol.”

“Abang, tengok nie!”

Taecyeon menoleh. Kelihatan Jaeun sedang menayangkan sebuah botol kecil berwarna ungu. Botol itu ditutup rapat dengan menggunakan gabus. Taecyeon datang menghampiri untuk melihat. Jaeun menghulurkan botol itu kepada Taecyeon.

“Jumpa kat mana nie?” soal abangnya. Botol itu dibelek-beleknya.

“Jaeun jumpa kat dalam kotak tu.” Balas Jaeun seraya menunjukkan kotak tersebut.

Taecyeon tersenyum. “Pandai Jaeun cari.”

Tersenyum Jaeun apabila dipuji oleh abangnya. Lalu mereka beredar dari istana dengan penawar tersebut.

____________________________

Kilat yang keluar dari tapak tangan Woobin dilihat asyik menyambar bumi untuk membunuh Chansung. Dari tadi sasarannya tidak mengena kerana Chansung terlalu cekap dalam bab mengelak. Bengang dia dibuatnya.

Yixing sekadar memerhati.

“Woi.. sampai bila kau nak elak?” marah Woobin.

Chansung tidak membalas tetapi sebaliknya dia cuba menyerang Woobin dengan pisau. Pantas Woobin mengelak lalu terbang perlahan ke udara.

Chansung berdengus geram. Dia segera menyelamatkan diri. Dia cuba mencari masa yang sesuai untuk menyerang Woobin.

“Penakut betullah kau nie. Asyik nak mengelak jelah.” Kutuk Woobin sambil mengejar Chansung.

Chansung meneruskan perlariannya.

“Ambik nie!” Woobin mengeluarkan kuasa kilatnya terus menyambar Chansung.

“Argh!” Akhirnya Chansung disambar petir oleh Woobin. Chansung terus terjatuh terguling-guling. Dia sudah tidak berdaya lagi hendak menyerang lelaki berjubah hitam itu. Seluruh badannya sudah kehilangan tenaga.

Ketawa jahat Woobin menguasai langit. Perlahan-lahan dia turun ke bawah. Dia mendarat di hadapan Chansung yang sedang terbaring.

“Eik, tadi lari bukan main lagi laju nak mampus. Sekarang baring pulak?” sindir Woobin sinis. Dia menendang tubuh Chansung.

Chansung mengaduh kesakitan. Sememangnya kuasa petir itu terlalu kuat sehingga tidak dapat hendak bergerak lagi. Seolah-olah tubuhnya sudah tidak berfungsi lagi. Tersenyum Woobin apabila melihat keadaan Chansung.

Yixing masih memerhati.

Woobin menghampiri Chansung. Renungan tajam dihadiahkan kepada Chansung yang lemah itu. Perlahan-lahan tangan Woobin diangkat ke udara untuk menyeru kuasa kilatnya. Kelihatan kilat berwarna ungu asyik sambar-menyambar di udara.

Mulutnya berkumat-kamit membaca sesuatu.

Pada masa itulah Taecyeon datang sambil melepaskan tembakan bertubi-tubi. Beberapa peluru yang dilepaskan olehnya terus menusuk tepat pada tubuh Woobin. Jeritan Woobin menguasai kawasan tersebut.

“T-Taecyeon..” Lemah Chansung memanggil. Tangannya meraih ke arah Taecyeon.

“Chansung!” Terkejut Taecyeon dibuatnya. Dia berlari mendapatkan Chansung yang sedang terbaring.

“Macam mana? Dah.. selamatkan adik kau ke belum?” Lemah Chansung bertanya. Tangannya yang meraih tadi digenggam erat oleh Taecyeon.

“Yeah.. aku dah selamatkan adik aku.” balas Taecyeon seraya memandang Jaeun yang sedang berdiri di belakangnya. Chansung turut memandang.

“Baguslah.. kalau macam tu..” Chansung tersenyum lemah. “Penawar?”

Anggukan kecil daripada Taecyeon sebagai jawapan.

“Kau?” soal Taecyeon.

Dahi Chansung berkerut. “Aku apa?”

“Kau..okey tak nie?”

“Aku okeylah.” Balas Chansung perlahan. Taecyeon masih lagi berasa risau apabila melihat keadaan Chansung yang semakin lemah. Kelihatan kilat berwarna ungu sedang menuju ke arah mereka. Ketika itu Taecyeon langsung tidak menyedari tentang itu.

Segala sisa-sisa tenaga yang masih tinggal, Chansung bangun untuk menghalang kilat itu daripada menyambar Taecyeon. Dia dengan kuatnya terus menolak Taecyeon ke tepi. “Taecyeon!”

Taecyeon terus tercampak ke tepi. Chansung pula membiarkan dirinya terus disambar petir oleh Woobin. Menjerit Chansung kerana kilat itu seakan-akan mencucuk-cucuk tubuhnya. Jeritan itu sememangnya menyakitkan pada pendengaran Taecyeon.

“Chansung..” Taecyeon terkejut melihat kejadian itu. Rentung habis badan Chansung akibat disambar petir.

“Chansung!” jeritnya lagi. Dia berlari mendapatkan Chansung. Lemah lututnya apabila melihat tubuh lelaki itu telah diubah menjadi abu. Perlahan-lahan abu itu diterbangkan melalui angin. Jaeun terkejut. Taecyeon menggeleng seakan tidak percaya.

“Sorrylah ye? Aku tersambar dia pulak.” Tergelak Woobin.

Taecyeon memandang tajam kearah Woobin yang berada di udara. “Ooo... suka huh?”

Woobin berhenti ketawa.

“Suka ya tengok kawan aku mati?” sindir Taecyeon. Woobin diam. Dia tahu Taecyeon sedang marah. Perlahan-lahan dia turun ke bawah. Kakinya tidak menjejak tanah.

“Suka huh tengok kawan aku mati?!” jerkah Taecyeon. Pantas dia menghalakan senapang ke arah Woobin.

“Relakslah Taec.. kan aku dah cakap tadi.” Kedua-dua kaki Woobin akhirnya menyentuh tanah.

“Aku tersambar dia.” Sambungnya lagi. “Tersambar. Aku tak sengaja.”

Taecyeon masih lagi menghalakan senapangnya.

“Target aku bukan dia.” Woobin tersenyum sinis. “Tapi kau.”

Terkedu Taecyeon dibuatnya namun senapang itu masih dihalakan ke arah Woobin. Woobin pula menunjukkan tapak tangannya ke arah Taecyeon. Kelihatan kuasa kilatnya sedang membentuk. Masing-masing saling bertukar pandangan.

“Dah lama aku nak bunuh kau, Taec.” Woobin mulakan perbualan. “Jangan risau. Kau tak buat apa-apa salah pun dekat aku. Aku tahu kau baik. Kau layak jadi inspektor. Aku suka orang macam kau. Selalu dengar cakap aku walaupun jawatan aku taklah tinggi mana pun kan? Tapi kau tak tahu yang kau dah kecewakan aku, Taec.”

Taecyeon diam.

“Aku kata jangan pergi sini tapi kau pergi jugak.” Sambungnya lagi. Matanya mula berubah merah.

“Kau dah musnahkan semuanya, Taec. Semuanya! Apa yang aku nak selama nie.. kau dah hancurkan semuanya. Aku tak akan dapat apa yang aku nak!” jerkahnya sehingga kilat berwarna ungu mula sambar-menyambar di udara.

Sememangnya kemarahan Woobin seakan bersatu dengan kilat tersebut.

Taecyeon terpaksa berundur. Kelihatan Yixing masih berdiri di tempat yang sama. Cepat-cepat dia berlari mendapatkan Yixing.

“Jaeun, pergi sorok cepat!” arah Taecyeon.

“Abang macam mana?”

Taecyeon menghampiri Jaeun. Dia melutut sambil tangannya lembut memegang wajah Jaeun.

“Abang akan selamat. Jangan risau okay?”

“O-Okey..” Kelihatan Jaeun keberatan hendak melepaskan abangnya.

“Pergi cepat!”

Jaeun segera berlari ke tempat yang lebih selamat.

“Yixing!” Taecyeon memegang kedua-dua bahu Yixing. “Yixing, nie aku Taec.”

Tangannya mula memegang lembut wajah Yixing. Dia merenung ke dalam mata lelaki itu. Begitu lama dia berbuat begitu walaupun kemarahan Woobin semakin menguasai dunia. Kilat pula asyik sambar-menyambar.

“Yixing.. kau masih ingat lagi kan janji kau kat aku? Ingat lagi kan? Aku ingat lagi janji kau yang kau tak akan tinggalkan aku.” Lembut Taecyeon berkata.

“Kau tak nak kehilangan aku.” sambungnya lagi.

“Kau datang sini nak lindungi aku.” Perlahan-lahan air mata jatuh di pipinya. “Kau dah jalankan tugas kau dengan baik. Kau betul-betul dah lindungi aku.”

Taecyeon melekatkan dahinya dengan dahi Yixing.

“Sama dengan aku. Aku tak akan tinggalkan kau. Aku tak nak kehilangan kau.” Dia memandang Yixing dalam-dalam.

“Aku akan lindungi kau.” Taecyeon berpaling untuk melihat Woobin. Kelihatan Woobin sudah berubah menjadi seekor naga berwarna hitam. Sangat hodoh dan menakutkan! Kilat yang keluar daripada mulutnya terus menyambar bumi.

Taecyeon mengangkat Yixing lalu membawanya pergi ke istana untuk melindung. Sebaik tiba di istana tersebut sudah ternampak Jaeun sedang menyorok. Tersenyum dia apabila melihat gelagat adiknya.

“Jaeun!” panggil Taecyeon.

“Abang!”

“Ingatkan sorok kat tempat lain.” kata Taecyeon seraya naik ke atas. Jaeun mengekori abangnya.

“Jaga.." Taecyeon terjeda. "Jagakan kakak baik-baik okey? Abang nak keluar kejap.” Katanya setelah meletakkan Yixing di atas katil.

“Abang nak pergi mana?” tanya Jaeun, risau.

Taecyeon kembali mendapatkan adiknya. Sebuah botol dihulurkan kepada Jaeun. “Bagi kakak minum air nie. Bila abang dah balik nanti, abang nak tengok dia dah sembuh. Boleh kan?”

Perlahan-lahan Jaeun mengangguk.

“Abang tahu adik abang boleh buat.” Tersenyum Taecyeon. Pantas dia meluru keluar dari bilik. Dia turun ke bawah namun langkahnya tiba-tiba sahaja terhenti. Dia memandang bilik tadi. Dia nampak adiknya sedang membuka botol itu untuk memberi Yixing minum.

Wajah Yixing dipandang penuh kasih.

“Aku rindukan kau Yixing..”

Dia meneruskan langkahnya menuju ke pintu untuk keluar dari istana.

_______________________________

Naga itu mengaum kuat sehingga retak tanah dibuatnya. Taecyeon meneruskan berjalan walaupun rasa takut mula melanda dirinya. Senapang dikeluarkan dan memasukkan beberapa butir peluru ke dalam senapang.

Dia membetulkan senapang sebelum melepaskan tembakan.

“Argh.. senapang nie dah kenapa?” Dia menekan-nekan picu senapang. Peluru yang dia telah isikan tadi tidak mahu keluar dari mulut senapang. Keluhan berat dilepaskan.

Tanpa dia sedari, naga itu sedang terbang laju ke arahnya.

Gauman naga itu telah menyedarkan Taecyeon yang dari tadi asyik membetulkan senapang. Pantas Taecyeon bergolek ke tepi dengan senapang tersebut. Niatnya hendak menembak naga itu tetapi niatnya tiba-tiba sahaja terbantut.

“Aku lupa pulak senapang nie buat hal.” Senapang itu dicampak ke tepi. Dia cepat-cepat melarikan diri apabila naga itu berpatah balik menuju ke arahnya.

Ekor naga itu melibas kuat tubuh Taecyeon.

Taecyeon terus tercampak lalu terkena pokok yang berdekatan di situ. Dia mengaduh kesakitan. Kelihatan naga itu sedang menuju ke arahnya. Cepat-cepat dia berguling ke tepi. Pokok itu terus dilanggar oleh naga tersebut.

“Aduh.. macam mana aku nak kalahkan naga buruk nie?”

Dia bangun lalu meneruskan perlariannya. Terdengar bunyi helikopter berdekatan di situ. Pantas Taecyeon mendongakkan kepalanya memandang langit gelap. Terdapat sebuah helikopter terbang di udara.

Banyak helipkoter datang untuk membantu.

“Yeah!” jerit Taecyeon riang sehingga terlanggar pokok yang berada di hadapannya. Cepat-cepat dia bangun seperti tiada apa yang berlaku.

“Ceh,cover nampak?” perli salah seorang kapten yang membawa helikopter. Suaranya yang kuat sebab menggunakan pembesar suara telah mengundang ketawa daripada semua kapten. Taecyeon tersengih malu.

Kapten tadi telah melepaskan tembakan ke arah naga tersebut. Rupanya helikopter itu bukan helikopter biasa. Helikopter itu telah diubahsuai menjadi lebih canggih. Naga itu mengaum kesakitan.

Salah satu helikopter terus mendarat. Taecyeon terpaksa menjauhkan dirinya akibat kipas yang masih laju berpusing. Setelah kipas itu berhenti berpusing, barulah kapten Kris turun. Taecyeon datang menghampiri kapten Kris.

“Ok Taecyeon.” Sebuah beg besar dan panjang dihulurkan kepada Taecyeon.

“Apa nie?” Taecyeon mengambil beg itu. “Huih.. beratnya!”

“Memanglah berat sebab kat dalam beg tu ada bazooka.” Kata kapten Kris.

“Bazooka?” Taecyeon terkejut besar. Mulutnya terlopong luas.

“Ya. Bazooka.”

Taecyeon membuka beg tersebut. Terdapat sebuah bazooka di dalamnya. Tersenyum dia sebaik dia mengeluarkan bazooka itu dari beg.

“Naga tu akan mati kalau kau tembak dia pakai bazooka nie.”

Taecyeon mengangguk tanda mengerti. Dia memegang bazooka itu. “Senapang? Pistol?”

Kapten Kris tersenyum aneh. “Memang naga tu tak akan matilah ceritanya.”

Matanya sempat lagi mencuri pandang ke arah naga yang sibuk menghalau helikopter. Salah satu helikopter terhempas akibat disambar petir oleh naga tersebut.

“Naga tu Woobin.” Sambungnya lagi.

“Tahu. Dia dah bunuh kawan aku.”

“Yixing?”

Taecyeon menggeleng. “Dia bukan kawan aku tapi bakal isteri aku. Dia selamat kat istana tu.”

Kapten Kris tersenyum. “Tahniah.” Dia menepuk-nepuk bahu Taecyeon sebelum kembali ke helikopternya. Sekali lagi kipas itu berpusing lalu terbang ke udara.

Setelah helikopter itu terbang tinggi di udara, barulah Taecyeon membawa bazooka itu bersama. Dia cuba menetapkan sasaran. Dia perlu cepat kerana banyak helikopter telah terhempas.

“Kejap lagi kau akan mati, Woobin.” Bazooka itu pantas dihalakan ke arah naga tersebut.

Tiba-tiba ada satu objek telah menarik perhatiannya.

“K-Kris?” Terkejut Taecyeon dibuatnya apabila melihat helikopter yang dibawa oleh kapten Kris sedang menuju ke arah naga tersebut.

“Jangan buat kerja bodohlah, Kris!” laung Taecyeon sekuat hatinya.

Bunyi letupan berlaku pada helikopter tersebut apabila naga itu melibasnya dengan ekor. Helikopter itu terhempas dan meletup sekali lagi. Dia tahu kapten Kris sudah mati kerana dia berada di dalam helikopter itu.

Dia tidak sangka orang yang memberikan bazooka kepadanya sudah mati.

“Kau dah bunuh sorang lagi kawan aku, Woobin.” Jari Taecyeon sudah bersedia untuk menekan picu bazooka tersebut.

“Terpaksalah aku bunuh kau, kawan. Aku takut kau bunuh kawan aku lagi.” Satu tembakan besar dilepaskan sebaik dia menekan picu tersebut.

Naga itu terus meletup sebaik peluru besar dan panjang itu menusuk ke dalam tubuhnya. Berkali-kali naga itu meletup. Taecyeon tersenyum bangga kerana dapat mengalahkan Woobin. Tangannya melepaskan bazooka itu.

Dia terduduk.

“Akhirnya..”

“Abang!” Taecyeon menoleh. Kelihatan Jaeun sedang berlari kearahnya. Yixing turut ada. Dia berjalan sambil meletakkan kedua-dua tangannya di belakang. Dia tersenyum comel sehingga menampakkan lesung pipitnya.

“Jaeun..” Tubuhnya didakap erat. Taecyeon membalas pelukan adiknya.

“Abang dah berjaya!” jerit Jaeun riang.

Taecyeon sekadar tersenyum.

“Abang... akak dah sembuh.”

Taecyeon menggosok-gosok mesra kepala Jaeun. “Adik abang pun berjaya jugak sebab bagi dia minum. Terima kasih adik.”

Sama-sama. Nanti belanja Jaeun makan erk? Laparlah..”

“Okey.” Taecyeon tergelak. Ketawanya terhenti apabila Yixing sudah menghampiri.

“Kau..” Yixing berdiri di hadapan Taecyeon. “Kau dah berjaya.”

“Aku memang dah berjaya pun. Boyfriend siapalah nie kan? Mesti dia tengah bangga dengan aku sebab aku dah bunuh naga buruk tu tadi.”

“Mestilah dia tengah bangga dengan kau.” Yixing segera mengucup bibir Taecyeon.

Taecyeon membalas kucupan Yixing. Mereka berdua terus berkucupan. Yixing dengan berani memeluk leher Taecyeon untuk merapatkan lagi pelukan mereka. Taecyeon memeluk pinggang Yixing.

Kucupan mereka semakin hangat.

“Hisy.. kalau ya pun janganlah buat benda tak senonoh kat sini!” marah Jaeun.

___________________________________________________

Beberapa tahun kemudian...

Di pagi yang indah, ada seorang lelaki comel sedang memasak di dapur. Dia juga memakai apron di badan supaya bajunya tidak kotor. Tangannya lincah membuat kerja dapur. Air minuman juga telah siap dibancuh olehnya.

Satu persatu pinggan diletakkan di atas meja. Cawan juga tidak ketinggalan. Dia meletakkan semuanya mengikut susunan.

Air ditunangkan ke dalam setiap cawan. Lelaki itu tersenyum puas melihat hasil kerjanya yang telah menjadi rutin hariannya di waktu pagi.

“Bungkusan!” Terdengar suara posmen di luar rumah.

“Kejap!” Lelaki itu berlari menuju ke pintu untuk keluar. Kelihatan posmen itu sedang melambai-lambai dengan sebuah bungkusan.

“Saya ada bungkusan untuk Encik Taecyeon.” Beritahu posmen itu. “Dia ada tak?”

Lelaki itu mengangguk sambil tersenyum. “Ada tapi macam biasalah. Tengah buat air liur basi.”

Tergelak posmen itu. “Kalau macam tu, tak apalah. Tandatangan jelah.” Posmen itu menghulurkan sebuah buku kepadanya. Pen juga dihulurkan.

Lelaki itu terus menandatangani pada ruang yang tersedia. “Okey, dah.”

“Okey.” Posmen itu menghulurkan sebuah bungkusan kepada lelaki itu.

“Terima kasih, encik posmen.” Tersenyum lelaki itu sambil memegang erat bungkusan itu.

“Sama-sama, Puan Ok.”

__________________________________

Bungkusan itu diletakkan di atas meja yang terletak di ruang tamu. Yixing mencekak pinggang. Matanya merenung pada bungkusan itu. Lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Rasa penat masih ada. Matanya terpaku pula pada sebingkai gambar besar yang digantung pada dinding. Tersenyum Yixing seketika.

Gambar perkahwinannya dengan Taecyeon. Mereka berdua kelihatan bahagia sekali.

Lalu matanya jatuh pada jam dinding pula. Terkejut Yixing dibuatnya.

“Dah lewat dah nie!” Kelam-kabut Yixing berlari menuju ke bilik suaminya. Pintu bilik dibuka luas. Kelihatan Taecyeon masih nyenyak tidur di katilnya. Entah kenapa melihat suaminya tidur sahaja sudah buat dia tersenyum.

Dia menghampiri katil lalu melabuhkan punggungnya di sebelah suaminya.

“Taec..” Lembut sahaja suaranya. “Bangunlah. Taec dah lambat nie.”

Taecyeon tersenyum kecil walaupun matanya masih tertutup rapat. Dia menggeliat sepenuh hatinya.

“Good morning..” ucapnya perlahan.

Yixing mengucup lembut pipi Taecyeon. “Good morning Taec.”

“Alah.. kenapa kiss pipi je?” Mulut Taecyeon muncung sedepa.

“Habis tu nak kiss kat mana?” Yixing pura-pura tidak tahu.

“Kat sini.” Taecyeon menepuk-nepuk bibirnya.

“Tak mau.” Yixing turun dari katil. “Dah, bangun. Bangun. Nanti lewat pulak.”

Taecyeon duduk bersila. Dia memandang Yixing. Yixing turut memandangnya.

“Apa?”

“Nak kiss.”

“Tak boleh.”

“Please, Yixing.”

“Tak boleh.”

“Kenapa?”

“Err..” Yixing menggaru-garu kepalanya.

“Ooo..” Taecyeon tersenyum nakal. “Takut nafsu meningkat erk?”

Merah padam muka Yixing dibuatnya.

“Mana adalah!”

“Yeke?”

“Yelah!” balas Yixing geram. “Dahlah. Pergi mandi cepat! Nanti lewat kang.”

“Tak mau mandi selagi sayang tak kiss lips.”

“Gediklah kau nie!”

“Haa, baru tahu yang aku nie gedik?” Taecyeon tergelak kecil.

Yixing mengeluh kecil. “Okey, fine, whatever.” Dia menghampiri Taecyeon semula.

Taecyeon mula mengukir senyuman nakal apabila idea nakalnya kembali menyerang otak. Sebaik Yixing naik ke atas katil, dia sudah menarik lengan Yixing lalu menolaknya baring di atas katil. Terkejut Yixing dibuatnya.

“Oit..nie dah melebih nie!” Yixing bengang.

“Ngeee..” Taecyeon mula menyerang leher Yixing dengan kucupannya.

“Tidakkkk!”

“Round 2 hmm sayang?”

Yixing sudah meneguk liur.

__________________________

Sementara di balai polis, kelihatan Junhyung dan Baekhyun sedang merungut sesuatu.

“Mana Taec nie?” rungut Baekhyun selaku inspektor baru. “Kita ada kes baru nie.”

Junhyung diam. Matanya merenung tajam pada jam dinding. Dia berjalan menuju ke tingkap. Dia memerhati bangunan-bangunan di luar.

“Siap kau, aku kerjakan nanti. Kau kena belanja aku makanlah ceritanya.”

Junhyung mengambil tag nama lalu dipakaikan pada bajunya.

Ketua Timbalan Polis
Yong Jun Hyung

The end.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 8: wah bestnya! dalam serius ada lawaknya! mmg menarik skali! *thumbs up*
akhirnya tamat juga...sorry akk bru perasan~
DAEBAK STORYLINENYA!
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 8: omggggg <3 aku suka fanfic kau :") dengan bm nye lagi oh tidak aku suka bangat maa xD
<3 <3 jgn didelete fanfic yini.
btw buat lah fanfic royal tu ha angst angst eue
aku kan da bg poster heheheheheh
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 7: weh apak sedih do. jahat gile woobin :((
weh weh rindu kau, aku busy skrng ni ;;;;;
yelah , budak kl;s atas en. -__- cikgu syg kitorang pstu bg hw bebanayk
tanda kasih syg yang byk yitu heh
mpreggoland
#4
Chapter 7: ini mmg di luar jangkaan sy...Woobin la yg culik Jaeun...
terlopong sy masa Kikwang kena tikam...uwaaaaa
so chansung ex-bf yixing...
wah byk sgguh kejutan...
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 6: ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; yixinggggggggggg nooooooooooooo
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 5: mekasih sebab rindu aku u n u aku pun rindu kau gak Seha :((
mpreggoland
#7
Chapter 6: uwaaaaaaaaaaa apa la Taec ni tinggalkn Yixing camtu...tgk, kan dh jd zombie trus...aish