Real

World Of Darkness

Sinaran matahari yang memancar tepat pada muka Taecyeon, berkerut-kerut dahinya. Perlahan-lahan dia membuka mata. Dia duduk bersila dalam keadaan mamai. Walaupun masih dalam keadaan mamai, dia sedar dia masih berada di hutan. Dia menenyeh-nenyeh matanya sebelum dia bangun untuk meneruskan perjalanan.

“Eik?” Dahinya berkerut sendiri. “Macam beg aku je tu?”

Taecyeon mendekati sesuatu yang kelihatan seperti beg di atas batu besar. Dia membelek-belek beg itu. Lalu melihat isi dalam beg tersebut. Kesemua barang-barangnya masih ada. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia pelik. “Bukan aku tinggalkan beg nie kat rumah tu ke?”

“Ah, lantaklah. Mungkin aku penat sangat kot sampai beg kat belakang aku nie pun tak sedar.” Dia cuba membuat andaian. Dia mengambil beg itu lalu memakainya. Dia meneruskan perjalanan. Sekali lagi dia berasa pelik namun perjalanan tetap diteruskan.

“Kenapa beg yang aku pakai nie bau macam Yixing?” bisik Taecyeon di dalam hati. Sebaik dia teringatkan Yixing, langkahnya mati tiba-tiba. Wajahnya kelihatan sedih. Kepalanya didongakkan ke atas memandang awan-awan yang sedang bergerak perlahan.

“Yixing... aku rindukan kau..”

Tanpa dia sedari, Yixing sedang menyorok di dalam semak yang berdekatan. Rupanya dia telah lama menjejaki Taecyeon dari semalam lagi. Dialah yang meletakkan beg itu di atas batu besar tadi. Dia tahu lelaki itu amat memerlukannya. Sebaik Taecyeon berkata begitu, air mata Yixing mengalir.

Setelah Taecyeon berlalu pergi, barulah Yixing keluar dari semak. Mukanya banyak calar akibat terkena duri sepanjang dalam perjalanan mencari Taecyeon. Dia masih lagi mengalirkan air mata. Lagipun dia turut mempunyai perasaan yang sama sepertinya.

“Aku pun rindukan kau, Taec..” Pantas air mata diseka. Dia dengan pantasnya terus mengekori Taecyeon tanpa membuat bising. Dia terpaksa berjalan di tempat yang tersorok supaya Taecyeon tidak sedar akan kehadirannya. Disebabkan itu, mukanya calar akibat duri-duri sepanjang laluan.

Tetapi dia hanya membiarkan sahaja.

Taecyeon pula masih meneruskan perjalanan. Setelah lama dia berjalan, tiba-tiba dia ternampak pintu besar yang ditutup rapat. Pintu besar itu sudah berkarat. Nasib baik tidak bermangga. Senang dia untuk masuk ke dalam. Dia menolak pintu itu.

“Kampung?” Terkebil-kebil matanya setelah masuk ke dalam. Di hadapannya ada sebuah kampung yang telah lama ditinggalkan. Kampung-kampung itu diperbuat dari kayu yang telah reput. Ada unggun api besar di situ. Setelah puas melihat sekeliling, barulah dia berjalan semula tapi ada sesuatu yang telah membuatkan dia berhenti lagi.

“Apa tu?” Berkerut-kerut dahi Taecyeon. Dia ternampak sesuatu yang mengerikan di unggun api tersebut. Dia segera mengambil teropong dari begnya. Matanya terbeliak setelah melihatnya dengan memakai teropong.

“Doo, Xiumin?!” Taecyeon menggeleng-geleng kepalanya perlahan seakan tidak percaya.

Rupanya Doojoon dan Xiumin telah dibakar secara hidup-hidup di unggun api besar tersebut. Lemah lutut Taecyeon dibuatnya selepas melihat mereka. Keluhan berat dilepaskan.

“Apa yang dah jadi sebenarnya nie..” Dia menggosok-gosok rambutnya namun perjalanan perlu diteruskan walaupun sudah kehilangan dua sahabatnya. Sebaik dia melangkah ke kawasan kampung, ramai zombie mula menyerang dengan pelbagai senjata.

Taecyeon terkejut besar.

Apa nie?!” Satu per satu wajah zombie itu dipandangnya. Dia segera melarikan diri. Semua zombie terus mengejarnya. Yixing yang asyik mengekori Taecyeon dari tadi, melihat kejadian itu. Pantas dia mengeluarkan senapang dari belakangnya.

“Tolong! Tolong!” jerit Taecyeon meminta pertolongan. Barulah dia sedar dia amat memerlukan bantuan dari pihaknya sebelum memulakan misi berbahaya ini. Sempat lagi dia memaki dirinya. Semua zombie masih lagi mengejarnya sambil menjerit-jerit. Tanpa dia sedari, satu per satu tembakan dilepaskan oleh Yixing.

“Argh!” jerit salah satu zombie yang mengejar Taecyeon. Dia mati di situ. Banyak zombie yang telah tumbang akibat tembakan itu.

Sebaik Taecyeon menoleh ke belakang, semua zombie yang mengejarnya telah mati. Dia pelik sekali lagi. Kepalanya digaru-garu walaupun tidak gatal. “Eik, tadi bukan main lagi ramai kejar aku. Siap bawak senjata lagi. Pelik betul.. tiba-tiba je dorang mati? Ke dorang penat sebab aku lari laju sangat haa?” Yixing yang mendengar kata-kata Taecyeon itu ketawa.

“Siapa ketawa tu?!” Taecyeon terkejut beruk. Pantas Yixing menyorok namun sempat dilihat oleh Taecyeon. “Hei... orang kat sana tu. Aku dah nampak kaulah. Kalau kau benda yang hodoh gila tadi tu, duduk diam-diam kat situ. Aku penat nak lari. Kalau kau manusia, keluarlah. Kita kan geng.” pujuknya.

Yixing mengeluh kecil. Perlahan-lahan dia keluar dari tempat dia menyorok tadi. Terbeliak mata Taecyeon dibuatnya.

“Y-Yixing?” Terkebil-kebil matanya. “Kau buat apa kat sini?”

“Hmmm...” Yixing berfikir untuk mencari alasan. Dia memandang tanah dan tiba-tiba muncul sepasang kaki yang berkasut itu pada pandangannya. Lantas dia mengangkat kepala. Taecyeon sudah berdiri tegak di hadapan. “Taec..”

“Kan aku dah cakap hari tu. Aku tak akan bawak kau sekali. Nie pulak, siapa yang bawak kau pergi sini hmm?” tanya Taecyeon serius. Tiada titik-titik kegembiraan pada wajahnya. Yixing diam. Dia tidak berani memandang lelaki itu.

“Tak ada siapa-siapa pun. Aku yang suruh dorang hantar aku pergi sini.” Balas Yixing perlahan.

“Maafkan aku sebab tak ikut cakap kau.” sambungnya lagi.

Taecyeon diam. Yixing turut diam.

“Kau tahu kan.. kat sini bahaya. Entah apa benda yang kejar aku tadi tu. Lagilah bahaya. Lagipun aku tak nak kehilangan kau dan..”

“Aku pun tak nak kehilangan kau jugak, Taec!” potong Yixing.

“Huh?” Taecyeon memandang Yixing.

“Aku datang sini sebab aku nak lindungi kau, Taec! Aku pun tak nak kehilangan kau macam kau tak nak kehilangan aku. kalau boleh, kat sini jugak aku nak luahkan sesuatu.” Kata Yixing sambil mula mengalirkan air mata. Taecyeon terkejut kecil.

“Aku cintakan kau, Taec.”

Bulat mata Taecyeon dibuatnya. “Apa kau cakap?”

“Aku cakap..” Yixing menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum menjerit.

“Aku cintakan kau Taecyeon!” jeritnya kuat. Tiba-tiba tubuhnya dipeluk erat oleh Taecyeon. Yixing sudah tidak terkata apa. Dia sekadar tersenyum sambil membalas pelukan. Mereka berdua terus berpelukan.

“Taec!” marah Yixing apabila Taecyeon yang nakal itu sengaja meletakkan tangannya pada punggung Yixing.

Taecyeon tersengih nakal.

_____________________________

“Zombie? Eik, benda yang hodoh gila tu pun ada nama jugak?”

Pada malam itu, Taecyeon dan Yixing terpaksa bermalam di kampung itu. Kata Kikwang, zombie memang aktif pada waktu malam. Boleh menyerang mereka pada bila-bila masa sahaja. Tetapi ada juga zombie yang aktif pada waktu siang. Mereka berdua perlu berhati-hati walaupun zombie tidak boleh berjalan pantas seperti manusia.

“Yup.. mereka pun ada nama jugak. Macam kitalah.” Yixing tersenyum. “Aku Yixing. Kau Taecyeon.”

Taecyeon mengangguk.

“Kalau macam tu.. Taexing ada tak?” Taecyeon cuba mengusik.

“Eeei..” Yixing tersengih. “Taecyeon and Yixing kan? Aku tahulah.”

Taecyeon ketawa. “Ingatkan kau tak tahu. Hei.. muka kau tu kenapa? Banyak calarlah.”

“Oh, yang nie erk?” Yixing meraba-raba mukanya. “Kena duri tadi.”

Taecyeon menghampiri Yixing untuk melihat mukanya yang calar. Dia memegang lembut muka Yixing. Sentuhan itu sememangnya membuatkan Yixing sedikit terlompat. Taecyeon tersengih nakal. Dia membelai lembut pipi Yixing.

Merah padam muka Yixing dibuatnya.

“Muka kau still cantik even banyak calar.” Puji Taecyeon dengan suaranya yang terlalu menggoda.

“Hmmm...” Cair hati Yixing apabila mendengar pujian lelaki itu. Lebih-lebih lagi suaranya.

Tiba-tiba bibir Taecyeon memaut bibir Yixing. Lembut sahaja kucupan mereka pada mulanya. Lama-kelamaan kucupan mereka menjadi hangat. Yixing dengan berani terus memeluk leher Taecyeon untuk merapatkan lagi pelukan mereka.

Tubuh Yixing ditolak lembut di atas katil. Kedua-dua tangannya ditekan dan digenggam erat oleh Taecyeon. Mereka berkucup lagi.

“Yixing..” Taecyeon merenung ke dalam mata Yixing setelah lama mereka berkucupan. Yixing menyahut panggilan itu dengan senyuman. “Janji dengan aku. Tak kira apa yang akan jadi nanti, kita berdua tetap bersama. Kita berdua akan cuba selamatkan Jaeun dan bawak dia balik.”

Yixing tersenyum makin lebar. Anggukan daripadanya sebagai jawapan.

“Kalau kita dapat balik sana nanti, boleh tak kau.. jadi isteri aku?” tanya Taecyeon hati-hati.

Yixing memandang Taecyeon. “Lepas kita dah selamatkan Jaeun, aku akan bagi jawapan.”

“Janji?”

Yixing mengangguk lagi.

“Okey. Aku ingat janji kau.”

Pada malam itu jugalah mereka terus melayari bahtera kebahagiaan mereka.

_____________________________

Taecyeon berdiri di tengah hutan. Dia memandang sekeliling. Yixing tiada di situ. Perasaan cemas mula melanda dirinya.

“Yixing?!” jeritnya dengan kuat. Hanya bunyi burung berkicauan itu sahaja menyahut jeritan itu. Dia menjadi tidak tentu arah. Dia lari mengikut kata hatinya walaupun dia tahu jalan yang dia lalui sekarang ini bukan jalan yang betul.

Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki yang irasnya sedang membawa Jaeun menuju ke satu tempat. Jaeunkelihatan sangat takut. Taecyeon cuba mengejar mereka berdua tetapi entah kenapa dia tidak boleh bergerak. Seolah-olah kakinya telah bercantum dengan tanah.

Semakin lama semakin jauh mereka pergi. Apa yang pasti, mereka berdua pergi ke sebuah istana yang terletak jauh di dalam hutan.

“Taec?”

Suara itu telah mengembalikan Taecyeon ke dalam nyata. Taecyeon bangun dari tidur tiba-tiba.

Yixing terkejut. “T-Taec?”

Taecyeon memandang Yixing. Nafasnya naik dan turun. “Jaeun... Istana...”

“Hmm?” Yixing duduk di sebelah Taecyeon. “Kau mimpi apa?”

“Aku..mimpi Jaeun.” Balas Taecyeon. “Aku nampak.. lelaki iras aku tu bawa Jaeun pergi istana. Tapi peliklah jugak sebab kat sini kan hutan. Mana ada istana kat sini.”

“Mungkin ada.” Yixing yakin dengan kata-katanya. “Sebenarnya aku pun macam kau jugak. Tak percaya ada rumah dan kampung kat sini. Tapi bila aku fikir balik, sebenarnya aku rasa inilah tempat tinggal semua zombie tu. Mungkin ada istana kat sini. Zombie-zombie nie mesti ada satu ketua. Kalau tak, dari mana datangnya zombie-zombie nie?”

“Betul jugak cakap kau.” Taecyeon setuju dengan kata-kata Yixing. “Kalau macam tu, boleh tak kau suruh Kikwang kau tu cari lokasi istana tu?”

Yixing memandang Taecyeon. “Apa maksud kau dengan ‘Kikwang kau tu’ huh?”

“T-Tak ada apa-apalah.” Dalih Taecyeon. Yixing menjeling tajam. “Hisy.. sorrylah kalau aku cakap macam tu. Sebenarnya aku jealous dengan dia. Yalah, mana taknya.. semalam bukan main lagi mesra gila nak mampus bila kau sembang dengan dia kat phone.”

Yixing tersengih. “Kau ingat aku suka dia ke? Macam tu?”

Taecyeon mengangguk perlahan.

Yixing ketawa. “Tak adalah. Aku suka kau je.”

“Apa kau cakap tadi?” Taecyeon mendekati Yixing. “Cuba kau ulang balik yang akhir tu. Aku tak dengarlah. Telinga aku tersumbat agaknya.”

Yixing tersengih lagi. Dia menampar dada Taecyeon. Taecyeon mengaduh.

“Sudahlah. Kita kena cepat nie.” Yixing pantas mengambil senapang untuk memasukkan peluru. Lalu memberikan senapang itu kepada Taecyeon. “Nah, nie senapang kau. Kau tahu guna kan?”

Taecyeon mengambil senapang itu sambil mengangguk. “Mestilah. Kalau tak, aku tak akan ambik senapang nie. Eik, kalau aku ambik senapang nie, kau nak guna apa pulak?”

Yixing diam tetapi dia terus mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Sepucuk pistol biasa. Dia menunjukkan pistol itu kepada Taecyeon. “Jangan pandang sebelah mata je. Pistol nie memang awesome gila! Siap ada laser lagi. Senang nak target.”

Mulut Taecyeon terlopong. “Yah.. tak acilah!”

Yixing menjelirkan lidahnya.

“Dahlah, jom pergi.” Yixing memaling pergi. Taecyeon memaut lengan Yixing. “Apa hal?”

Taecyeon mengucup bibir Yixing. Yixing sekadar tersenyum.

“Okey. Jom pergi.” Taecyeon tersengih.

_________________________________

Awan-awan gelap menguasai langit biru. Kelihatan petir berwarna ungu asyik sambar-menyambar. Sekawan burung gagak tidak berhenti membuat bising. Asyik terbang ke sana dan sini. Terdapat sebuah istana lama di atas bukit. Sepanjang laluan ke sana, disekeliling dengan tanda kubur. Tidak tersusun dengan teratur.

Di dalam istana, ada seorang lelaki berjubah hitam sedang berdiri di hadapan potret. Potret itu ialah potret ketua mereka. Kelihatan sudah berusia dan matanya merah seperti lelaki yang berjubah hitam tadi.

“Hmm..” Lelaki itu merenung potret itu lama. “Aku nak mengaku sesuatu kat kau. Kau tahu kan aku nie tak ada perasaan rindu. Okey, dengar sini baik-baik. Aku rasa aku mula rindukan kau. Walaupun kau dah mati tapi aku dapat merasakan kehadiran kau kat sini.”

Tangannya lembut menyentuh potret itu.

“Kau tahu kan bila aku rindukan seseorang... aku akan bawak dia keluar dari alam roh.”

Senyuman sinis mula terukir di bibirnya. Dia melutut sebelah lutut sahaja. Seolah-olah dia sedang memberikan penghormatan kepada ketuanya yang telah mati.

“Aku akan bawak kau balik sini, ketua.”

Sebaik dia berkata begitu, bunyi petir sambar-menyambar masih lagi kedengaran. Kali ini lebih kuat bunyinya. Lelaki itu sekadar tersenyum sinis. Lalu dia berlalu pergi. Di istana tersebut mempunyai beratus-ratus bilik. Salah satu bilik daripadanya, Jaeun terkurung di situ. Tangisan lebih kuat apabila terdengar bunyi petir yang menakutkan itu.

_________________________

Bersambung!
Little note: LixingYifan, iye aku tak delete dah lepas nie xD

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 8: wah bestnya! dalam serius ada lawaknya! mmg menarik skali! *thumbs up*
akhirnya tamat juga...sorry akk bru perasan~
DAEBAK STORYLINENYA!
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 8: omggggg <3 aku suka fanfic kau :") dengan bm nye lagi oh tidak aku suka bangat maa xD
<3 <3 jgn didelete fanfic yini.
btw buat lah fanfic royal tu ha angst angst eue
aku kan da bg poster heheheheheh
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 7: weh apak sedih do. jahat gile woobin :((
weh weh rindu kau, aku busy skrng ni ;;;;;
yelah , budak kl;s atas en. -__- cikgu syg kitorang pstu bg hw bebanayk
tanda kasih syg yang byk yitu heh
mpreggoland
#4
Chapter 7: ini mmg di luar jangkaan sy...Woobin la yg culik Jaeun...
terlopong sy masa Kikwang kena tikam...uwaaaaa
so chansung ex-bf yixing...
wah byk sgguh kejutan...
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 6: ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; yixinggggggggggg nooooooooooooo
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 5: mekasih sebab rindu aku u n u aku pun rindu kau gak Seha :((
mpreggoland
#7
Chapter 6: uwaaaaaaaaaaa apa la Taec ni tinggalkn Yixing camtu...tgk, kan dh jd zombie trus...aish