Inspektor Taecyeon

World Of Darkness

Terlihat satu susuk badan dari belakang, sedang memasak di dapur. Tangannya lincah memotong pelbagai buah dan sayur untuk dimasukkan ke dalam masakkannya. Haruman dari masakan itu sememangnya amat menyelerakan. Sarapan yang paling indah di waktu pagi.

Satu per satu pinggan diletakkan di atas meja mengikut susunan. Sudu dan garfu diletakkan di sebelah kiri dan kanan pinggan. Setelah puas melihat hasil kerjanya, dia berlalu pergi. Apron yang berwarna merah jambu itu masih dipakai olehnya. Dia berjalan menuju ke pintu untuk keluar. Dia ternampak seorang lelaki sedang melambai-lambai dengan sepucuk surat.

“Posmen ke tu?” bisik orang itu. Dia terkocoh-kocoh menuju kearah lelaki itu. “Ya, ada apa?”

Ternyata lelaki itu memang seorang posmen. “Saya ada surat untuk Encik Ok Taecyeon. Awak isteri dia ke?”

Bulat mata orang itu dibuatnya. “Err...Bu-“ Belum sempat orang itu membalas pertanyaan, terlebih dahulu posmen itu sudah menghulurkan sebatang pen dan buku kepadanya untuk ditandatangani. Dia sekadar tersengih lalu mengambilnya.

Setelah orang itu menandatangan pada ruangan yang telah disediakan, dia memulangkan semula kepada posmen itu sambil melemparkan senyuman kecil.

“Hmm..” Posmen itu sempat lagi melihat pada ruangan tandatangan setelah mereka bertukar tangan. Orang itu mengambil surat manakala posmen itu mengambil buku rekod. Orang itu memaling pergi. “Eh, tunggu kejap!”

Orang itu berhenti berjalan. Lalu menoleh ke belakang. Posmen itu menunjukkan buku rekod kepada orang itu. Jari telunjuknya menekan-nekan ruangan tandatangan.

“Puan, puan salah tulis nie.” Kata posmen itu.

“P-Puan?” Orang itu sedikit terkejut.

“Sepatutnya puan kena tulis ‘Ok Yixing’ sebab puan kan isteri Ok Taecyeon.”

Terkaku orang itu seketika.

______________________________________________________________________

“Hisy..” keluh orang itu atau Yixing, terus melempar surat itu di atas meja yang terletak di ruang tamu. Dia menanggalkan apron dari badan lalu melipatnya sebelum menyimpan apron yang berwarna merah jambu itu ke dalam laci. Kemudian barulah dia merebahkan dirinya di atas sofa. Kepalanya mula berasa pening.

“Ok Yixing. Hisy.. bila masa pulak aku jadi isteri kawan baik aku sendiri haa? Gila aku nak kahwin dengan mamat tu? Memang sah hidup aku tak akan aman punyalah!” bebel Yixing sambil matanya memandang kipas yang sedang berpusing. Apabila matanya jatuh pada jam dinding, dia terkejut beruk. “Whut daaa?! Dah pukul 8?! Yah! Taec!”

Yixing kelam kabut berlari menuju ke bilik Taecyeon.

“Taec! Taec, bangun!” Yixing menarik selimut yang menyelimuti tubuh Taecyeon.

“Hisy... bisinglah kau nie. Jam loceng pun tak bunyi lagi..” Taecyeon baring membelakangi Yixing. Yixing mula berapi. Tangannya yang sedang memegang selimut tadi terus dibuat untuk melibas-libas tubuh Taecyeon dengan selimut tersebut. “Yah! Yah Zhang Yixing! Kau apahal haa?!” Tubuhnya terasa sakit akibat dilibas dengan selimut oleh Yixing.

“Kau nak bangun ke tak nak? Kalau tak...” Yixing sudah bersedia untuk melibas lagi.

“Iye iye. Aku nak bangunlah nie..” Taecyeon bangun. Dia menenyeh-nenyeh matanya. Yixing berlalu pergi. Taecyeon baring semula dengan senyuman senang.

“TAEC! BANGUN!” jerit Yixing dari luar bilik. Taecyeon terkejut beruk.

“Iye...” Taecyeon mengeluh. Dia mencapai tuala lalu menuju ke bilik mandi. Yixing pula menuju ke bilik adik perempuan Taecyeon. Pintu bilik Jaeun diketuk berkali-kali.

“Masuklah. Pintu tak kunci pun.” Yixing masuk ke dalam. Senyuman terukir di bibir apabila melihat Jaeun sedang menyikat rambut di hadapan cermin. Dia menghampiri Jaeun. “Selamat pagi akak Yixing!” ucapnya dengan ceria.

Seperti biasa, Yixing tersengih.

“Jaeun...” Yixing mengambil sikat daripada Jaeun. Dia menyikat rambut Jaeun perlahan. “Dah berapa kali abang dah cakap kan? Abang bukan perempuan. Jangan panggil abang nie kakak sebab abang kan lelaki.”

“Tak nak!” Jaeun menggembungkan pipinya tanda tidak setuju. Sungguh comel sekali Jaeun apabila buat begitu. Yixing mengeluh. Tangannya masih lagi menyikat rambut Jaeun yang panjang dan lurus itu. “Tak kanlah kakak secantik Yoona tu kena panggil abang? Lagipun abang Taec pernah cakap kat Jaeun. Kalau Jaeun jumpa mana-mana orang yang mukanya cantik, Jaeun kena panggil dia kakak!”

“Taec nie..” Yixing mengetap bibir menahan geram. “Jaeun, tak semestinya orang yang mukanya cantik kena panggil dia kakak.”

Tapi abang Taec cakap...”

“Cakap apa?” sampuk Taecyeon yang baru sahaja selepas mandi. Yixing dan Jaeun memandang Taecyeon.

“Abang Taec! Kakak cakap..” Mulut Jaeun sudah ditekup oleh Yixing.

Taecyeon mengangkat kening sebelahnya. Dia memandang Yixing lalu tersenyum nakal. “Kakak cakap apa?” Rupa-rupanya dia turut memanggil Yixing itu ialah unnie. Sebenarnya dia suka sangat mengusik Yixing.

“Tak ada apa-apalah. Yah, pergi pakai baju. Kita dah lambat nie.” Yixing membawa Jaeun pergi dari situ. Tetapi lengannya ditarik hingga Jaeun dapat melepaskan diri. Jaeun terus berlari turun ke bawah untuk bersarapan. Dengan tarikan yang terlalu kuat, Yixing terpeluk Taecyeon yang hanya memakai tuala di badan.

“Uih... aku tak tahu pulak kau suka peluk aku erk? Lebih-lebih lagi time aku tak pakai baju.” usik Taecyeon sambil membiarkan Yixing terus memeluknya. Merah padam muka Yixing dibuatnya. Dia dengan geramnya terus menampar dada Taecyeon. “Aduh! Sakitlah!”

“Dahlah, tak ada maknanya aku nak suka peluk kau. Lagipun aku nie bukan...” Yixing menjeling tajam. Lengannya disilangkan. “Gay macam kau.” Dia melangkah keluar dari bilik dengan perasaan geram. Taecyeon tersenyum nakal sambil matanya memerhati punggung Yixing ketika berjalan.

“Garang gila kawan aku sorang nie..” Dia terus membuka almari baju lalu mencari sehelai baju untuk dipakai. Dia tahu dia sudah lewat pergi kerja.

_________________________________________________

Taecyeon memberhentikan kereta sebaik tiba di tadika. Ramai ibu bapa sedang menghantar anak mereka pergi ke tadika. Dia menoleh ke belakang melihat Jaeun sudah bersedia untuk keluar. Sebelum keluar, dia memandang abangnya. Yixing di sebelah Taecyeon hanya menghadiahkan sebuah senyuman kepada Jaeun.

“Jangan nakal-nakal ya? Jaga kelakuan adik tu.” Pesan Taecyeon.

Jaeun mengangguk. “Okey, abang!”

Sebaik dia keluar dari kereta, Yixing memanggil.

“Jaeun!”

“Ya, akak?” Jaeun tersenyum. Yixing tersengih lagi. Dia sempat menghadiahkan jelingan tajam kepada Taecyeon. Taecyeon buat muka selamba badaknya.

“Abang ada sediakan bekal untuk Jaeun. Bekal tu ada dalam beg yang Jaeun tengah pegang tu. Masa rehat nanti, makan okey?” pesan Yixing.

“Eoh?” Jaeunsegera memeriksa beg yang sedang dipegangnya. Senyumannya meleret. Dia memandang Yixing sambil tersenyum lebar. “Terima kasih akak! Mesti sedap!”

“Sama-sama..”

“Okeylah, Jaeun. Abang dah lambat nie. Abang pergi dulu ya?” ujar Taecyeon. Dia sudah bersedia untuk pergi. Setelah Jaeun masuk ke kawasan tadika, barulah Taecyeon beredar. Dia memasuki lebuh raya untuk menuju ke tempat kerjanya.

“Yah...” Yixing memecahkan kesunyian setelah lama mendiamkan diri.

“Apa yah yah? Nama aku bukan yah..”

“Hisy.. Taec, tolonglah bagitahu adik kau tu yang aku nie bukan perempuan.” Keluh Yixing. Dia membuang pandangan keluar. Memerhati bangunan-bangunan yang tinggi. Taecyeon masih lagi menumpukan perhatian ketika memandu.

“Aku dah bagitahu dia tapi dia tak nak percaya..” balas Taecyeon.

“Kenapa dia tak nak percaya pulak? Ini semua salah kaulah!” marah Yixing. Lengannya disilangkan dan tubuhhnya disandarkan pada kerusi. Taecyeon sempat mencuri pandang ke arah Yixing yang berada di sebelah. Tiba-tiba dia ketawa.

“Kau dah kenapa gelak nie? Aku tak buat lawak pun!” marahnya lagi.

Taecyeon masih ketawa. “Memanglah kau tak buat lawak..tapi masalahnya...” Taecyeon ketawa makin kuat.

“Masalahnya apa?”

“Memang sah dia tak nak percaya.. sebab kau dah berkelakuan macam perempuan, Yixing!” Taecyeon ketawa sehingga mengeluarkan air mata. Pantas air mata diseka.

“Hisy...” Yixing mengetap bibir menahan geram. “Sudahlah! Malas aku nak layan kau, gay boy!”

“Uih... gay boy erk?” Taecyeon bersiul nakal. Dia meletakkan tangannya di atas paha Yixing.

“Woi!” Cepat-cepat Yixing menepisnya. Taecyeon ketawa lagi.

“ert! Aku benci kau!”

Taecyeon memandang Yixing. Yixing menjeling tajam. Taecyeon menjilat bibirnya sendiri. Kononnya dia hendak menunjukkan dia sangat seksi orangnya.

“Eeii... kau ingat aku akan tergoda dengan aksi kau yang kotor tu? Pergi matilah!” kutuk Yixing. Taecyeon hanya tersengih. Dia terus memandu laju menuju ke tempat kerja.

______________________________________________________

Setelah Taecyeon meletakkan kereta di parkir, Yixing pantas keluar dan pergi meninggalkan Taecyeon di situ.

“Woi, tunggulah aku!” laung Taecyeon.

“Nak buat apa aku tunggu kau?!” laung Yixing kembali. Dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan. Ramai polis menunduk hormat sebaik Yixing masuk ke dalam. Taecyeon melepaskan keluhan kecil. Sebelum dia mengatur langkah ke bangunan itu, sempat lagi dia membetulkan lencana pada bajunya.

KETUA INSPEKTOR
OK TAECYEON

“Okey, perfect!” pujinya sendiri. Dia berjalan menuju ke bangunan dengan muka seriusnya. Sengaja dia berbuat demikian supaya nampak bergaya. Seperti biasa, ramai polis akan menunduk hormat kepadanya. Sepanjang perjalanan ke bilik, dia ternampak Yixing sedang berbual mesra dengan seorang lelaki yang jawatannya lagi tinggi daripadanya.

“Ceh... dengan lelaki tua tu bukan main lagi mesra.” Rupa-rupanya lelaki itu ialah ketua polis. Sudah berusia sehingga rambutnya menjadi putih. Dia suka berbual dengan Yixing kerana dia betul-betul sukakan Yixing. Dia mahu jadikan Yixing sebagai isterinya tetapi malangnya Yixing langsung tidak berminat dengan lelaki.

“Oit..” tegur Taecyeon. Dia sengaja datang ke situ dengan alasan mahu buat secawan kopi.

“Apaa gay boy?” Sempat lagi Yixing mengutuk Taecyeon.

“Woi.. jaga sikit ayat kau tu. Dekat sini kau kena panggil aku Inspektor Taecyeon.” Taecyeon menghirup secawan kopi buatan sendiri. Mukanya kelat setelah merasai kopinya.

“Pahit gila!” Taecyeon menjelirkan lidahnya.

“Yelah.. Inspektor!” Yixing sengaja menguatkan suaranya apabila menyebut perkataan ‘inspektor’. Taecyeon meletakkan cawan itu di atas meja. Dia menghampiri Yixing yang ralit menaip sesuatu. Bibirnya sengaja didekatkan pada telinga Yixing.

“Tapi kalau kau nak panggil aku sayang pun boleh..” bisik Taecyeon.

“Tak hingin aku! Blahlah, aku nak buat kerja nie!” halau Yixing. Dia menampar dada Taecyeon. Taecyeon mengaduh kesakitan.

“Kau nie garang sangatlah..” bebel Taecyeon.

“Dengan kau, memang aku garang!” Yixing menjeling tajam. “Yah, kau tak ada kerja ke nak buat selain kacau aku haa?”

“Tak ada.” Jawab Taecyeon ringkas.

“Inspektor Taecyeon!” laung timbalan ketua polis iaitu Woobin. Tangannya melambai-lambai dengan sebuah fail. Nampaknya ada kes baru yang perlu diselesaikan. Taecyeon mengeluh. Tangannya sudah mengepal penumbuk. Yixing tersenyum sinis.

“Haa, nampaknya kau ada kerja yang kau kena buat, inspektor Taecyeon~” kata Yixing lembut. Pada pendengaran Taecyeon, seperti Yixing sedang mengejeknya.

“Aku benci kerja nie..” bebel Taecyeon perlahan.

_________________________________________________________________

Woobin dan Taecyeon kelihatan sibuk berbincang mengenai kes baru. Woobin nampak begitu serius dengan kes tersebut. Jari telunjuknya asyik menekan-nekan pada sehelai kertas yang nampak biasa tapi bagi mereka, ia sangat penting.

“Tengok nie.. kes nie makin berleluasa sejak polis tak ambik kisah pasal nie.” kata Woobin dengan serius. Dia menunjukkan segala data dan analisis kepada Taecyeon. Taecyeon meneliti data itu dengan penuh perhatian. Dahinya berkerut. “Walaupun kes nie nampak macam biasa, tapi aku yakin kes nie akan bertambah serius.”

“Yeah.. kita kena hentikan semua nie.” Taecyeon memandang Woobin. Tanpa dia sedari, Yixing sedang memerhati. Rupanya dia salah sangka terhadap Taecyeon yang suka mengusiknya. Ternyata Taecyeon memang seorang yang serius ketika bekerja. Dia berlalu pergi setelah puas melihat Taecyeon.

“Aku tahu kes nie jarang berlaku tapi bila aku fikir balik, lama-kelamaan kes nie akan bertambah. Kalau kau nak tahu, tak semua orang rajin bekerja. Jadi mereka akan menculik budak kecik untuk dapatkan duit.” Panjang lebar Taecyeon memberi penjelasan. Woobin mengangguk tanda setuju. “Jadi aku sarankan semua polis kena alert dengan kes nie. Kes nie bukan main-main. Lagipun aku ada adik perempuan. So aku cepat risau.”

“Ye..” Woobin melempar sebuah fail di hadapan Taecyeon. “Ini.. budak perempuan yang kena culik baru-baru nie.”

Taecyeon memeriksa fail tersebut. “Bila dia hilang?”

“2 hari yang lepas. Kata ibu mangsa nie, kali terakhir dia tengok mangsa adalah pada pukul 7 pagi. Masa tu ibu mangsa nak hantar mangsa pergi tadika. Tengok.. awal pagi pun bahaya tahu tak?” kata Woobin sambil sandarkan diri pada kerusi. Taecyeon hanya mengangguk. Matanya masih lagi meneliti fail tersebut.

“Okey.. kalau macam tu, dapat gaji lebihlah jawabnya.” Taecyeon tersenyum.

Woobin turut tersenyum senang.

____________________________________________

Bunyi tembakan dilepaskan sepanjang Taecyeon dan Kikwang cuba mengejar penculik itu. Ternyata penculik itu pantas berlari. Mereka cuba menembak penculik itu tetapi malangnya penculik itu cekap dalam bab mengelak. Yixing yang memandu kereta polis segera menyekat laluan di lorong sana. Rupanya mereka sedang berlari di lorong kecil.

“Suspek telah dikesan!” beritahu Yixing pada walkie talkie. Lantas dia keluar dari kereta. Dia mengacukan sepucuk pistol ke arah penculik yang sedang berlari ke arahnya. “Angkat tangan! Kalau kau cuba melawan cakap aku, aku akan tembak kau!” jeritnya.

Dari jauh Taecyeon dan Kikwang sudah berhenti berlari setelah melihat penculik itu sedang mengangkat kedua-dua tangan tanda mengalah. Banyak kereta polis tiba untuk menangkap penculik itu. Kikwang menyiku bahu Taecyeon sambil tercungap-cungap kepenatan.

“Hebatlah bini kau tu..” puji Kikwang.

“Eei.. dia bukan bini akulah.” Nafas Taecyeon naik turun. “Dia cuma kawan aku dari kecik jelah. Kalau kau berminat, ambiklah dia. Aku tak kisah pun..”

“Tak naklah aku. Dia mana minat lelaki..” balas Kikwang lalu memaut bahu Taecyeon.

“Penat siot. Jomlah pergi minum. Kau belanja aku erk?” katanya. Taecyeon hanya tersenyum penat.

Setelah penculik itu masuk ke dalam, Yixing menutup pintu kereta dengan kuat. Sempat lagi dia menjeling tajam sehingga penculik itu tertunduk. Lalu kereta itu berlalu pergi dengan siren. Dia menghela nafas kelegaan.

“Kerja yang bagus, Yixing!” puji salah anggota polis yang bertugas. Yixing menoleh.

“Terima kasih..” Bulat mata Yixing dibuatnya setelah mengecam wajah polis itu. “Eh.. Junhyung? Kau Junhyung kan? Yong Junhyung?”

Polis itu ialah Junhyung, sepupu Yixing.

“Eik.. takkan sepupu sendiri pun tak dapat cam haa?” Junhyung ketawa. Yixing pantas memeluk lelaki itu. “Aku tak sangka cita-cita kau nak jadi polis tercapai erk? Kau apa khabar? Sihat? Dah kahwin ke? Bini kau cantik tak? Dah berapa orang anak?” Bertalu-talu dia bertanya.

Yixing ketawa. “Yah, aku belum kahwin lagilah. Hati-hati sikit dengan soalan cepumas kau tu.”

“Biar betul kau nie?! Tak kan ada sesiapa kot yang berkenan dengan kau..” usik Junhyung. Yixing tersengih lagi.

Tanpa mereka sedari, Taecyeon dan Kikwang datang menghampiri mereka. Sebaik Yixing ternampak Taecyeon, dia segera meminta diri.

“Jun, aku ciao dulu erk? Aku busylah.” Yixing cepat-cepat meminta diri. Junhyung menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Haih baru nak ajak kau minum! Aih, pulak dah..” keluh Junhyung pelik. Taecyeon tahu Yixing tidak mahu berjumpa dengannya apabila bersama dengan Junhyung. Lagipun Junhyung terkenal dengan perangainya yang mengusik orang. Yixing takut sepupunya itu akan mengusik mereka berdua pasal cinta. “Wassup Taec! Lama tak jumpa kau!” Bahu mereka saling berlaga.

Taecyeon memandang Junhyung. “J-Jun?! Kau pun polis?!”

Terkejut bila melihat pakaian Junhyung. Kikwang pula menunduk hormat lalu beredar.

“Cita-cita aku kan polis. Jadi inilah dia.” Junhyung mengangkat-angkat kolar baju polisnya. Mata Taecyeon seperti mahu tercungkil keluar dengan melihat lencana yang dipakai oleh Junhyung. Rupanya Junhyung juga seorang inspektor sepertinya.

“Wow.. tak sangka betul kau pun inspektor jugak!” sorak Taecyeon riang.

“Hai, kau pun inspektor jugak ke?” tanya Junhyung teruja. Taecyeon mengangguk laju. Pantas Junhyung memeluk Taecyeon. Mereka berdua berpusing-pusing ala-ala hindustan tidak laku. Terlebih gembira agaknya mereka berdua itu.

“Inspektor Junhyung, kita ada kes baru.” Kata Taecyeon dengan serius. Junhyung memandang tajam ke arah Taecyeon.

“Baiklah, mari kita lakukan.” Balas Junhyung. Tiba-tiba terburai lagi ketawa mereka.

“Cayalah bro! Kau memang sesuai betul jadi inspektor!” puji Junhyung. Dia memaut bahu Taecyeon.

“Alah, kau pun!” Taecyeon ketawa.

“Jom pergi minum nak? Haih, tak lama aku jumpa kau tahu tak!” ajak Junhyung.

“Jom!”

___________________________________

Taecyeon menuju ke pejabatnya sambil bersiul riang. Sebaik dia masuk ke dalam, Yixing pantas menarik kolar baju Taecyeon lalu menolak tubuhnya pada pintu. Pintu itu dihempas kuat akibat tolakkan itu.

“Woo...relaks! Kau nie apahal?!” Taecyeon sendiri terkejut dengan tindakan Yixing.

“Jun cakap apa kat kau?” tanya Yixing serius.

“Cakap apa?

“Cepat bagitahu aku! Dia cakap apa?!”

“Woi..” Taecyeon menolak Yixing lalu bertukar kedudukan. Taecyeon pantas menekan kedua-dua lengan Yixing pada pintu. “Cuba kau cakap betul-betul. Apa maksud kau sebenarnya nie? Aku tak fahamlah. Apa yang kau maksudkan dengan ‘dia cakap apa’ haa?” tanyanya.

“Hisy..” Yixing mengetap bibir. Dia cuba melepaskan diri tetapi genggaman Taecyeon terlalu kuat. “Tak ada apa-apalah! Lupakan, tak penting pun. Jadi lepaskan aku!”

“Aku tak akan lepaskan kau selagi kau tak explain betul-betul!”

“Aku cakap lupakan! So, lupakan jelah!”

“Cepat explain sebelum aku kiss kau!” ugut Taecyeon.

“Kisslah kalau berani, lelaki ert!” kutuk Yixing. Taecyeon merenung tajam. Dia terus mengucup bibir Yixing dengan kasar.

Yixing terkejut beruk. “Hmph!”

Mereka berdua masih lagi berkucupan.

“T-Taec!” Yixing menolak tubuh Taecyeon kuat. Lalu satu tamparan maut hinggap di pipi Taecyeon.

Taecyeon mengaduh kesakitan.

“Tak guna! Kau tahu kan aku nie bukan gay macam kau! Kau... kau...” Air mata Yixing mula mengalir. “Kau dah jatuhkan maruah aku sebagai seorang lelaki normal! Pergi matilah, tak guna!” Dia menolak Taecyeon ke tepi. Dia terus berlari keluar dari situ. Taecyeon termenung seketika. Kemudian, dia menendang pintu untuk melepaskan rasa geram.

“Yah! Kau okey tak?!” tanya Woobin, cemas. Dia memegang bahu Taecyeon tetapi ditepis olehnya.

“Blahlah.. aku perlukan ruang.. please..” rayu Taecyeon. Tangannya digenggam kuat. Woobin mengeluh lalu berlalu pergi. Hampir semua polis hanya memandang dengan penuh tanya. Taecyeon sedar dia sedang diperhatikan. Dia berdiri.

“Apa pandang-pandang?! Buat kerjalah! Korang ingat pandang-memandang nie dapat gaji lebih ke haa?!” marah Taecyeon.

______________________________________________

‘Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.’

Taecyeon mendengus geram. Dia mencampak telefon bimbitnya ke tempat duduk belakang. Dia teruskan memandu.

“Hisy... aku tak patut kiss dia. Dah tahu dia bukan gay, aku pergi kiss dia kenapa? Bodohnya aku! Kawan jenis apa aku nie?!” bebel Taecyeon sambil memandu dalam kelajuan yang maksimun! Dia ingin melepaskan geram dengan memandu laju. Apabila matanya tertancap pada lencana yang dipakainya, dia melepaskan keluhan kecil.

“Tak guna..” Dia memandu dalam kelajuan yang sederhana. Sebaik tiba di rumah, dia ternampak Yixing sedang membawa bagasi keluar dari rumah.

“Yixing?!” Taecyeon segera memberhentikan keretanya lalu turun. “Woi.. kau nak pergi mana haa?”

“Kenapa kau nak tahu? Aku pergi mana-mana pun tak ada kaitan langsung dengan kaulah!” balas Yixing dengan dingin sekali. Dia menolak Taecyeon ke tepi namun lengannya sempat dipaut oleh Taecyeon. “Lepaskan aku.”

“Aku tak akan lepaskan.” Kata Taecyeon serius. “Dengar sini, aku minta maaf sebab kiss kau tadi.”

Yixing diam seketika. Dia menoleh dengan matanya yang berair. “Kau ingat kau minta maaf nie dapat lupakan pasal tadi? Macam tu? Yah.. dah berapa kali aku dah cakap kat kau tapi kau yang tak nak dengar! Aku bukan lelaki gay macam kau! Itu pun susah ke? Aku cakap sekali, sekali jelah kau dengar! Bazir air liur aku jelah kalau aku terus bagitahu kau benda yang sama!”

“Yixing.. kau yang cari pasal dulu kan? Tiba-tiba je kau attack aku kat pejabat tadi. Kalau nak bincang elok-elok pun, kita selesaikan elok-elok. Barulah adil. Nie tak! Main attack je! Memang aku kiss kau teruslah!” balas Taecyeon pula.

“Macam nie cara kau ugut orang?!” Yixing menjeling tajam. “Kau guna cara yang kotor!”

“Alah... macamlah kau tak kenal aku! Apalah kau nie. Kau dah lupa ke haa? Aku pernah ugut sepupu kesayangan kau si Junhyung tu! Dia relaks je bila aku kiss dia.” Kata Taecyeon dengan selamba. Bulat mata Yixing dibuatnya.

“Whutaa?! Kau pernah kiss Junhyung?!”

“A’ah.”

“Eeeeeee! Blahlah kau!” Yixing menolak Taecyeon lagi ke tepi. Rupanya dia berpatah balik semula ke rumah. Taecyeon ternganga seketika. Lalu ketawa besar. Yixing buat tidak peduli dengan lelaki gila itu.

“Tadi bukan main lagi marah sampai nak lari dari rumah! Nie tidak, patah balik pula!” perli Taecyeon sambil ketawa besar.

“Bisinglah gay boy! Bukan, super gay boy!” laung Yixing.

______________________________________________________

Pada malam itu, Taecyeon tidak dapat melelapkan matanya. Dia asyik memikirkan sesuatu. Dia memandang sebingkai gambar besar yang digantung pada dinding. Gambar keluarganya. Dia selalu tertanya-tanya kenapa Yoobin tiada dalam gambar keluarganya.

Dalam gambar itu cuma hanya ada ayah, ibu, dua orang abang dan dirinya. Yixing bukan abang atau adiknya. Dia ialah kawan baiknya sejak dari kecik lagi. Dia hanya menumpang di rumahnya sahaja atas urusan kerja.

“Taec?” Pintu biliknya diketuk berkali-kali. Ketukan yang sangat perlahan. Mungkin sudah lewat malam. Terjengul wajah Yixing di muka pintu. Taecyeon mengangkat kening tanda menyoal. Dia berganjak ke tepi untuk mempelawa Yixing masuk tetapi Yixing sekadar menggeleng.

“Kenapa, Yixing?” soal Taecyeon perlahan.

“Boleh aku tanya sesuatu?” soal Yixing pula. Taecyeon mengangguk.

“Hmm... Junhyung ada cakap apa-apa tak pasal aku?” tanya Yixing. Taecyeon menggeleng.

“Tak ada pun. Kenapa?” Tiba-tiba Taecyeon tersengih. “Ooo... kau suka Junhyung erk? Tapi tak kanlah sampai kau attack aku kat pejabat tadi.”

“Kau gila ke apa? Kan aku dah cakap, aku tak suka lelaki.” Yixing memaling pergi. Taecyeon segera memaut lengan Yixing. “Kau dah kenapa pulak nie?” tanyanya dengan muka mengantuk. Dia menguap banyak kali.

“Baik kau jujur dengan aku.” Taecyeon memandang serius. “Kau suka Junhyung ke?”

Yixing mengeluh lalu menarik lengannya. “Tak. Dahlah, aku ngantuk nie. Kang terbabas pulak pagi nanti. Lagi satu, perlahankan suara besar kau tu. Nanti Jaeun terjaga pulak.”

“Jaeun?” Dahi Taecyeon berkerut.

“Yaaa.. adik perempuan kau.” Yixing menguap lagi. Tanpa melengahkan masa, Taecyeon pantas menuju ke bilik Jaeun. Yixing berasa pelik dengan Taecyeon tetapi dia menurut sahaja langkah Taecyeon.

Setelah tiba di depan bilik Jaeun, dari jauh Yixing sudah nampak Taecyeon sedang berdiri kaku.

“Taec?” Yixing menghampiri Taecyeon. Taecyeon memandang Yixing dengan matanya yang berair.

“Jaeun tak ada.”

_________________________________________________________

Bersambung!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
mpreggoland
#1
Chapter 8: wah bestnya! dalam serius ada lawaknya! mmg menarik skali! *thumbs up*
akhirnya tamat juga...sorry akk bru perasan~
DAEBAK STORYLINENYA!
Jimin_BTS_ComeyXD
#2
Chapter 8: omggggg <3 aku suka fanfic kau :") dengan bm nye lagi oh tidak aku suka bangat maa xD
<3 <3 jgn didelete fanfic yini.
btw buat lah fanfic royal tu ha angst angst eue
aku kan da bg poster heheheheheh
Jimin_BTS_ComeyXD
#3
Chapter 7: weh apak sedih do. jahat gile woobin :((
weh weh rindu kau, aku busy skrng ni ;;;;;
yelah , budak kl;s atas en. -__- cikgu syg kitorang pstu bg hw bebanayk
tanda kasih syg yang byk yitu heh
mpreggoland
#4
Chapter 7: ini mmg di luar jangkaan sy...Woobin la yg culik Jaeun...
terlopong sy masa Kikwang kena tikam...uwaaaaa
so chansung ex-bf yixing...
wah byk sgguh kejutan...
Jimin_BTS_ComeyXD
#5
Chapter 6: ;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;; yixinggggggggggg nooooooooooooo
Jimin_BTS_ComeyXD
#6
Chapter 5: mekasih sebab rindu aku u n u aku pun rindu kau gak Seha :((
mpreggoland
#7
Chapter 6: uwaaaaaaaaaaa apa la Taec ni tinggalkn Yixing camtu...tgk, kan dh jd zombie trus...aish