Empat

D I A

 

Hari di sekolah pada hari ini berjalan seperti biasa. Pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Seoul berkeliaran di dalam kelas kerana ketiadaan guru untuk mengajar kecuali penghuni kelas A2 yang gemar berbuat bising. Ada yang sibuk bergosip di tepi tingkap, ada yang tidur dan ada yang leka mengskrol skrin telefon bimbit seperti Minju. Mehun di sebelah hanya menyembamkan dahi ke meja kebosanan. Tiada berita di SNS yang menarik perhatiannya namun dia tiba-tiba tergelak.

Oh my…” Minju melopong sekejap mulut setelah terbaca satu status yang baru dimuatnaik. Sekejap Minju tersengih, “You guys..” Tangannya melambai-lambai ke arah belakang tanpa menoleh. Mehun masih lagi tidak berminat.

“Apahal?” tanya seorang pelajar lelaki tinggi sambil datang menghampiri bersama seorang lagi pelajar. Minju terus menunjukkan telefonnya kepada mereka.

“Wah! Menarik nih!” sengih Chanyeol setelah mengamati status seorang pelajar lelaki sekolah mereka yang mencabar mana-mana pelajar perempuan; tak kisah dari sekolah menengah mana pun untuk menjadi couple-nya dalam masa 7 hari.

“Sesiapa yang jatuh cinta dulu, kalah.” sambung pelajar lelaki yang berkaca mata pula. Sempat lagi dia membuat muka meluatnya. “Kegilaan apakah ini? Dia ingat muka dia lawa sangat? Nama je senior macam kita tapi otak. Huh.”

Serentak Minju dan Chanyeol ketawa, membuatkan Mehun mengangkat muka.

“Chen, kau ada idea?” tanya Minju sambil tersengih.

“Budak zaman sekarang memang dah gila. Ugh,” Chen menggeleng-geleng. “Kau nak terima ke dare tu, Minju?” Kaca mata dibetulkan.

“Terimalah! Bukan rugi apa-apa pun, kan?” celah Chanyeol dengan keterujaan membuak-buak mengenai Mehun yang menolak badan si galah itu menjauhinya. Sakit telinga dibuatnya mendengar suara kuat Chanyeol.

Yeah, that’s my team~” Berlaga buku lima dua sekawan itu. “Siapa nak buat?” Minju menaik-naikkan kening dan Chanyeol turut meniru perbuatan tersebut sambil tersenyum senget. Chen hanya memuncungkan bibirnya ke arah Mehun.

Mereka bertiga memandang sesama sendiri dan tersenyum sewel. Hanya dengan senyuman, mereka tahu apa yang sedang bermain di minda masing-masing. Sekepala katakan. Kemudian Mehun yang malang itu ditenung semula.

“Apa?” soal Mehun setelah menyedari dirinya ditenung sebegitu rupa. Dia memandang mereka  dengan wajah kosong.

“Baca ni.”

Setelah beberapa minit, reaksi Mehun masih lagi kosong. “Jadi? Minju nak buat ke?” tanyanya sambil pandang Minju kemudiannya Chanyeol.

“Taklah. Aku nak kau yang buat.” sampuk Chen. Terus berkeriput muka Mehun.

“Eei! Tak naklah! Kenapa aku pulak?!” Mehun memandang Minju dengan harapan yang Minju akan membantu dirinya.

“Kau tak buat.. kau pondan!” ujar Chanyeol sambil ketawa terburai sehingga nak terjangkit kepada semua. Namun, Minju hanya menahan manakala Mehun berkeriput lagi mukanya.

“Pondan tu untuk lelaki lah, Park Chanyeol!”

“Ini dare untuk kau.” potong Chen sebelum Mehun sempat mengebom Chanyeol dengan geramnya.

“Tapi…”

“Takpe, kitaorang akan rancang semuanya.” sengih Minju bersama-sama dengan dua orang model iklan ubat gigi itu.

“Chen.. kau nak troll dia ni ke? Tapi.. kenapa nak libatkan aku?!” Mehun sedaya upaya cuba meloloskan diri daripada malapetaka yang dirancang si penyangak bertiga berkenaan.

“Saja. Sebab kau pemalu macam siput sedut.” balas Chen, selamba.

It’s okay Mehun cap merak ku sayang. Kau boleh menimba pengalaman.” Perkataan ‘menimba’ disebut patah demi patah oleh Chanyeol. Muka Mehun mula gelisah.

Don’t worry. Cause we gonna make that boy falls in love with you, Mehun.” Minju cuba memujuk. “Jahat pula bunyinya. Hehehe.”

“Wei, bahaya tau main dengan hati dan perasaan orang tau. Kalau benda ni kena kat kita balik macam mana?!” soal Mehun, masih tidak berpuas hati. “Aku tak naklah!”

“Ah, siapa yang mula dulu? Dia kan? Even tengok syarat mengarut dia tu.”

“Betul tu. Let’s win that dare, Mehun.” celah Chanyeol, menunjukkan buku lima terkepal.

That’s correct. You got an expert here.” Chen dengan tenang, berlagak.

“Bukan ada hadiah pun! Alahaiii! Kenapaaa!”

 

••

 

“Kyungsoo, tengok ni,” Jimin dengan beria mempamerkan telefonnya kepada aku. “Gilalah budak ni, hahaha!” Mungkin sudah viral satu sekolah pasal status tersebut.

Dengan muka menilai, aku mengiakan. “Ada sangatlah tu yang nak terima.”

“Mesti ada punya. Sama ada dia nak mainkan budak ni atau dia memang bodoh.” Meletus lagi ketawa Jimin tak ingat dunia.

“Ehem.”

Aku terus memandang ke depan dan mengeras. Pelajar lain ada yang menoleh kepada Jimin dan ada seperti aku. Tak sedar Cikgu Siwon selaku cikgu disiplin plus cikgu seni sudahpun tercongok menunggu di meja guru. Matanya dijegilkan menghadirkan rasa seram. Aku mencubit kuat lengan Jimin.

“Aduh!” Jimin ingin membalas kembali, namun terdiam perasan akan kehadiran makhluk asing bertopengkan manusia yang merenungnya.

Barulah mata Cikgu Siwon kembali saiz asal. Sedikit sebanyak kehenseman guru itu kembali. “Baiklah semua. Tadi masa mesyuarat yang keberapa kali cikgu pun dah lupa--dengan pengetua, semua cikgu bersetuju nak adakan kem sempena cuti persekolahan selama 3 hari yang bermula esok. Dan kamu tahu, pengetua nak buatkan kem ni jadi lebih special untuk kamu semua. Jadi, kita akan adakan kem ni di dalam sekolah ni saja. Bermaksud kita semua- tak, kamu semua akan bermalam di sini. Di dalam sekolah berhantu ini~”

Kami semua membuat muka patung.

“Untuk berapa hari-“

“Sampai habis cuti.” Senyuman Cikgu Siwon telah mematahkan hati majoriti pelajar A1.

“Tidak… tidak Kyungsooo..” Jimin mula merintih perlahan seakan nak hilang nyawa.

 

••

 

“Cikguuu, kenapa?! Kami nak balik, tak nak tidur kat sekolah ni!” Chanyeol menyoal dengan tidak puas hati. Cikgu Kwangsoo seakan terkejut tapi dikawal. Nanti pelajar pandang rendah pula. Dia berdehem kecil.

“Aiy, kenapa? Tak ada bantahan. Ini arahan pengetua untuk pelajar senior.” Cikgu Kwangsoo bercekak pinggang. “Sebab pengetua tak nak kejadian tak hadir kem berlaku lagi. Kamu semua wajib hadirkan diri.”

“Kat mana kami nak tidur nanti?” Hoseok cuba mengumpul maklumat sebanyak mungkin. Tangan sudah sedia memegang sebatang pen. Kertas tak pula kelihatan.

“Tempat tidur pelajar lelaki kemungkinan di gelanggang bola keranjang. Untuk pelajar perempuan mungkin di bangunan B, tingkat 2. Kelas kosong banyak kat situ.”

Mulalah beberapa gadis merintih. “Eee, tak nak kat situ cikgu. Seramlah.”

Minju yang menonton sambil dagu ditongkat, mencebik. “Seram apa ke bendanya?” Mata dibalikkan tanda bosan.

“Hidup ini memang seram…” Umpama jiwanya telah disedut keluar, Mehun longlai menconteng buku disaksikan Minju yang membuat muka menilai.

 

Tamat saja kelas tambahan, semua pelajar berpusu untuk pulang. Laju mereka mengemas beg dan tak lama kemudian, kelas menjadi kosong. Dia dan Minju dengan tenang berjalan keluar daripada sekolah. Mehun dengan senyuman yang masih terpamer di bibirnya, melambai pada Minju sebelum rakan baiknya itu menaiki bas. Dia meneruskan perjalanan pulang ke rumah dengan basikalnya.

Hai cik adik, nak mintak tumpang balik boleh tak?!”

Terus Mehun terjerit dan terhuyung-hayang dia cuba mengawal basikal daripada terbabas. Brek ditarik cemas. Lelaki yang datang menyergah dari bahu jalan, gelak besar.

“Tak guna Oh Sehun! Nyaris aku kemalangan tahu tak?!”

Oh Sehun masih memegang perut, ketawakan Mehun. “Itupun terkejut. Haih,” Dia menghampiri Mehun. Plastik yang dibimbit terus dicampak ke dalam bakul basikal. Selamba dia membonceng di belakang.

“Oi, oi! Apa ni?”

“Jalan. Beta dah penat jalan kaki dari kedai serbaneka tu.”

Mehun mendengus jengkel dan sedaya upaya cuba mengayuh basikal dengan muatan seberat anak gajah.

 

Menghampiri saja pintu pagar, mereka turun daripada basikal. Mata Sehun mengecam kereta sedan berwarna hitam yang diparkir di hadapan rumah.

“Mak dah balik!” Terus berlari Sehun meninggalkan Mehun di belakang beserta sengihan.

“Beg plastik ni siapa nak bawak?!”

Berderai ketawa Sehun dari jauh. Mehun sudah dapat mengagak yang Sehun memang sengaja nak kenakan dia. Sebaik saja, Mehun menjejak lantai jubin rumah, dia terus menjerit.

“Ambik ni barang kau, Oh Sehunnnnn!”

“Kamu ni dah kenapa?!” Terus senyap Mehun apabila ibunya menyoal dengan tegas. Dia dengan rajuk menghulur beg plastik di tangan membuatkan ibu menggeleng. “Kamu ni kan. Kalau kita ada tetamu masa menjerit tadi macam mana? Buat malu je.”

“Entah. Buat malu je.” sampuk Sehun yang datang dari dapur. “Sian kat ibu nanti. Kena cari jodoh untuk kau sebab takde orang berkenan.”

“Ish!” Mehun meluru ke Sehun yang segera berlari ke atas diiringi ejekan. Makin berserabut kepala si Mehun dibuatnya. Dengan dare gila lagi, tambah pulak abang yang annoying.

 


wahh lama betul saya tak update ff ni ^^" semuanya sebab writer's block. T,T harap ada lagi yang sudi komen huhuhu
dan pasal status tu, benda tu memang wujud. -,-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kaywuu
(D.I.A ) I think I'll re-edit this story.

Comments

You must be logged in to comment
-chaseul
#1
Chapter 3: tolonglaaaaaa jangan jadi apa-apa pulak kat ayah dia and sehun tu btw comel la sibling fight dorang. Sehun, awak dgan saya yaaa Hahaha XD i kennot la
Winterqreen #2
Chapter 2: haha sweetnya watak-2 cerita ni. memang ada 'vibe' true story, anywayy keep update ^^
-chaseul
#3
Chapter 2: ohhh saya baru nak tanya siapakan nama si dia yg mencuri perhatian encik kyungsoo. Ohgoshhh comel la XD