Satu

D I A

 

Panggillah aku sombong, dingin atau apa saja, aku tak ambil kisah. Orang yang tak kenal aku memang akan ada tanggapan sebegitu terhadap aku. Nak buat macam mana, muka aku ni takkan setiap masa nak senyum. Nanti jadi macam Park Chanyeol kelas sebelah pulak, asyik tersengih saja. Tapi bila dia marah, habislah. Kata-kata dia umpama pedang yang boleh menghiris jiwa dan perasaan. Setakat ni hanya Hoseok saja yang boleh membidas dia balik. Hoseok pun boleh tahan lidah dia. Sama saja satu kelas, muka garang macam nak pukul orang tapi perangai gila-gila.

Cikgu Jihyo, guru Bahasa Korea kelas aku melangkah masuk ke dalam kelas dengan senyuman. Aku terus bangun bersama yang lain dan mengucapkan selamat pagi kepadanya. Cikgu yang terkenal dengan sifat lemah lembutnya itu meminta kami duduk. “Baiklah-“ Lidahnya seakan kelu apabila gema gelak ketawa yang datang dari kelas A2 mencerobohi kelas aku yang senyap sunyi. “Haih, mereka tu takde cikgu ke apa?”

Rakan-rakan sekelas aku mula berbisik sesama sendiri tatkala Cikgu Jihyo bertindak untuk keluar dari kelas.

 

••

 

“Kau ni Hoseok, kelakarlah!” laung Chanyeol yang masih sakan bergelak ketawa bersama Chen dan Luhan dari tempat duduknya di belakang kelas. Hoseok yang tersengih di hadapan papan putih hanya menunjukkan isyarat diam kepada Chanyeol. Baru lepas buat lawak as usual. Isi kelas pun turut mengekek ketawa.

“Perlahan sikit suara kau tu Chanyeol! Kau gelak sampai ke bawah boleh dengar kau tahu!” marah Hoseok namun kembali tersengih apabila Chanyeol membalas.

“Eleh, kau pun sama! Dahlah gelak macam perempuan!”

Tiba-tiba semua diam menikus apabila susuk tubuh seseorang menghampiri pintu kelas. Cikgu Jihyo yang sudah tercekak pinggang rupanya. Semua pelajar A2 menunduk dan ada yang memandang ke arah lain. Hoseok segera kembali ke tempatnya dan membuat muka tak bersalah.

“Kamu ni takde cikgu mengajar ke hah?!” sergah Cikgu Jihyo. Hilang habis semua kelembutannya. Matanya melirik kepada Hoseok. “Hah kamu ketua! Tak nak pergi cari cikgu kamu ke?!”

Hoseok mengangkat wajah. “Cikgu tak hadir, cikgu.”

“Habis, kamu takde kerja ke nak buat?! Asyik buat bising saja. Kelas lain nak belajar tahu.” Isi kelas A2 hanya mendiamkan diri. Park Chanyeol tenang merenung Cikgu Jihyo dengan tangan tersilang. “Dah, buat kerja masing-masing.” sambung Cikgu Jihyo sebelum beredar. Aura dingin yang dibawanya turut menghilang.

“Alah kecohlah cikgu tu.” gumam Chanyeol yang boleh didengar oleh sesetengah pelajar termasuk Hoseok. “Tahulah kita ni kelas yang paling bising.” Bibirnya mencebik.

Dia, si gadis itu yang duduk di hadapan Chanyeol, hanya menggeleng. “Kau pun, control lah sikit suara kau tu.” ujarnya. “Dah banyak kali kelas kita kena tegur dengan cikgu.”

Chanyeol membuat muka meluat. “Biasalah, A2 kan selalu dipandang rendah. Lagipun kitakan rebels.

Bibir gadis itu mula mengukir sengihan. “Kaulah kepala. Hoseok pembantu kau.” Chen dan Luhan turut mengiakan.

“Of course. Sepatutnya aku yang jadi ketua, bukannya Hoseok! Dia bijak pun sikit je daripada aku!” gurau Chanyeol dalam nada serius.

Hoseok terus berpaling dengan dramatik yang mengundang ketawa lagi kepada Chanyeol. “Aku gurau je, Hoseok. Aku malas nak buat kerja banyak-banyak. Tak macam kau. Rajin sangat.” Sempat lagi Chanyeol menyindir.

“Tahu takpe.” jeling Hoseok; berpaling ke hadapan semula. Keadaan kembali tenang seperti biasa.

 

•••

 

Cikgu Jihyo kembali ke kelas A1 setelah memarahi pelajar-pelajar kelas A2. Aku dan pelajar lain hanya memerhati; menunggu cikgu untuk melontarkan suaranya. “Pening cikgu dengan kelas A2.” Kepalanya menggeleng kebimbangan. “Baiklah, cikgu nak pesan kepada kamu semua yang peperiksaan bulanan kamu dah nak dekat.” Setimbun kertas diletakkan ke atas meja guru. “So, ni latihan untuk perbaiki karangan Bahasa Korea kamu semua.”

Aku hanya terkebil-kebil memandang timbunan kertas tersebut.  Aduh, latihan lagi.

 

“Wei, dah pukul berapa sekarang?” bisik Jimin di sebelah aku. Yang lain masih tekun mencari idea untuk dicurahkan ke dalam karangan mereka sejak 30 minit yang lepas. Aku suakan jam tangan kepadanya. Hampir juling mata Jimin melihat jam yang hanya seinci dari mukanya. Aku tersenyum senget.

Yes, sikit lagi nak rehat.” Jimin menongkat dagu sambil memerhati tangan aku yang tergerak-gerak menulis ayat di dalam buku. “Aku takde idealah.” rungut Jimin. “Oh idea, datanglah kepadaku~”

“Jangan sampai tak siap pulak. Esok dah nak kena hantar.” pesan aku. Suara-suara perbualan dari luar kedengaran. Beberapa pelajar A2 melepasi kelas aku. A2 selalu rehat awal daripada kelas aku. Cikgu Jihyo turut melontar pandangan ke luar.

“Okay, kamu semua boleh rehat.”

Usai cikgu tiada dalam kelas, kami mula berpecah untuk mencari jalan ke cafeteria. Hoseok telah menunggu aku di tangga yang dah bebas daripada pelajar-pelajar yang kelaparan. Tangannya mudah menyaut bahuku. Langkah kaki aku tersekat apabila dia dengan tidak disangka mencelah dari belakang aku; menuruni tangga diikuti dua orang kawannya. Dia mendongak ke atas dengan senyuman lebar di bibir. Matanya terarah ke Hoseok.

“Sori ye Hoseok!” laungnya lalu menghilang di sebalik dinding. Dia tak pandang pun aku. Aku mendengus perlahan. Hoseok hanya menggeleng.

 

Bagi aku, personaliti aku dan dia ada persamaan. Dia macam aku; pendiam bila berseorangan, banyak cakap dengan kawan rapat. Jika aku terlihat dia tanpa teman dari jauh, mukanya pasti hanya beriak dingin. Pandangan matanya cukup tajam namun di sebaliknya terlindung seorang kanak-kanak. Dia hanya bersifat seperti budak bila dengan kawannya saja. Yang aku dengar, dia tak ramai kawan. Yang dia ada hanyalah rakan sekelas dia dan kelas aku. Aku tahu, dia taklah seperamah orang lain. Aku dan dia juga lebih suka memerhati daripada bercakap kadang kala.

Macam mana aku begitu yakin?

 

“Ah! Maaf makcik!”

Satu suara mengejutkan aku daripada lamunan. Hoseok hilang entah ke mana. Aku mencari empunya suara itu. Mataku meliar di sekitar cafeteria. Dan sekali lagi, pandangan aku terhenti padanya.

“Saya mintak maaf makcik! Saya tak sengaja!” luah si gadis itu dengan ikhlas. Dia mengambil kotak tisu berdekatan dan terus mengelap sisa air yang tumpah di atas kaunter. Gelengan diberi oleh mak cik penjual air.

“Tak mengapalah. Nanti mak cik ganti dengan yang lain.” Gelas plastik berpenutup yang kelihatan seperti bocor di tepinya diambil. Dia hanya tersenyum bersalah. Aku menghampiri gerai itu untuk membeli minuman untuk diriku.

“Nah, pegang elok-elok tau.” pesan mak cik itu lalu menyerahkan gelas berisi air kepada dia.

“Terima kasih ya makcik.” Dia segera berlalu dengan gopoh.

Perhatiannya kembali kepada aku yang sedang menghulur wang untuk membayar air. “Cucuk straw tu elok-elok, kan bocor pulak gelas tu.” nasihat mak cik itu tanpa dipinta.

Aku menaikkan keningku tanda tidak faham. Tanganku kaku buat seketika dengan straw.

“Nanti jadi macam budak perempuan tu tadi. Entah macam mana, badan gelas plastik tu boleh bocor lepas dia cucuk straw.” sambungnya dengan tenang. “Tajam sangat ke benda ni?” Soalan yang seperti ditujukan kepada aku. Aku hanya menjongketkan bahu dan perlahan-lahan menjauhi gerai itu.

Kuatnya dia. Entah sama ada itu adalah pujian atau kutukan.

 

 

“Hah! Kenapa lama sangat kau pergi beli air tu?” soal rakannya, Minju sebaik dia tiba di meja makan. Tempat kosong di sebelah Minju diisi.

“Entahlah. Lepas aku cucuk straw kat penutup dia, tiba-tiba gelas ni bocor kat tepi.” jawabnya dengan dahi berkerut. Dia pun hairan bagaimana perkara itu terjadi. Buat malu je.

 

Masa seakan berlari bagi pelajar A2 kerana sebentar lagi pasti loceng menandakan waktu persekolahan tamat akan berbunyi. Hari ni kebanyakan guru tak masuk mengajar kerana tidak hadir ataupun mempunyai urusan lain. Seronok bagi mereka yang sememangnya pakar dalam membuang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah.

“Alah, kejap lagi nak balik dah.” rungut Minju yang masih tidak penat-penat berbual sejak dua masa subjek lepas. “Tak habis lagi nak cerita.” Lengan gadis itu disaut lalu kepala Minju dilentokkan ke bahu.

“Aku nak pergi kedai buku lepas ni. Nak ikut?” tanyanya kepada Minju. Lama Minju membisu kemudian baru menggeleng. “Aku nak pergi beli buku untuk bahan rujukan.”

“Mesti abang kau si Oh Sehun tu ada buku rujukan. Kan dulu dia sama aliran dengan kau.” gumam Minju; masih dalam keadaan yang sama.

Dia merengus perlahan sambil membalikkan mata. “Tak guna punya Sehun. Dia dah buang dan bagi kat orang buku-buku dia, kau tahu. Macamlah dia takde adik.” rungutnya. “Habis aku apa? Penempelan?”

Minju kembali duduk dengan tegak. “Ye ke? Kesian kat kau. Tak patut betul dia buat macam tu.” Bahu kawannya itu ditepuk lembut berkali-kali. “Aku simpati dengan kau.” ucapnya dengan sayu. Dia hanya mencemuh melihat kepada lakonan kayu Minju itu.

 

Sampai saja di hadapan kedai buku, dia terus memarkir basikalnya. Melalui pintu kedai yang sentiasa terbuka, dia terus menuju ke bahagian novel. Dia memang minat membaca novel tapi sekarang dia dah jarang sebab malas. Cover-cover novel yang pelbagai menjadi eye candy kepada gadis itu. Tajuknya yang unik juga kadang kala mengundang senyuman di bibir.

Beralih ke rak buku-buku rujukan yang tersusun rapi, mulutnya sedikit terbuka dek buntu untuk memilih. Banyaknya buku! Satu persatu buku diambil dan dibelek isinya. Hampir 10 minit selepas proses pemilihan buku yang ketat, dia akhirnya berjaya membeli beberapa buah buku dengan diskaun hasil kad keahlian yang dimilikinya.

“Ah! Siapa pulak yang gatal nak letak motor kat sini ni!” bebelnya sebaik melihat basikalnya dihalang oleh sebuah motorsikal tak bertuan. Kanan kirinya juga dikelilingi oleh motosikal. Dengan beg plastik yang terbimbit, dia menghampiri kenderaan beroda dua itu.

Dia cuba mengalihkan motosikal tersebut dengan berpegang kepada kedua handlebar dan menolak perlahan-perlahan ke belakang.

“Aduh, beratnya motor ni!” Malang nasib gadis itu, dia tiba-tiba hilang keseimbangan dan genggaman pada handlebar terlepas. Dia jatuh terduduk. Mujur tongkat motorsikal itu lupa dinaikkan, kalau tidak, pasti berlaku tragedi di situ. Dia segera bangun sambil mengusap pinggulnya yang sakit. Mulutnya terkumat-kamit memaki kenderaan yang tak bernyawa itu.

Basikal dituntun dan sempat lagi dia merenung motorsikal itu dengan tajam. “Menyusahkan aku je. Huh!” cemuhnya. Sedang dia menuntun basikalnya, baru dia tersedar bahawa ada seseorang memerhatikan gelagatnya dari dalam sebuah kereta. Lelaki itu dingin melontarkan pandangan. Gadis itu segera menundukkan kepala dan ingin saja menghilangkan diri. Aish, kenapa aku boleh tak nampak si Kyungsoo tu ada kat situ! Malulah aku!

Dia mulakan kayuhan dengan selaju yang mungkin.

 

 


p/s: saya bahasakan OC sebagai 'Dia' sebab Kyungsoo tak tahu nama dia. Harap awak tak confius. :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kaywuu
(D.I.A ) I think I'll re-edit this story.

Comments

You must be logged in to comment
-chaseul
#1
Chapter 3: tolonglaaaaaa jangan jadi apa-apa pulak kat ayah dia and sehun tu btw comel la sibling fight dorang. Sehun, awak dgan saya yaaa Hahaha XD i kennot la
Winterqreen #2
Chapter 2: haha sweetnya watak-2 cerita ni. memang ada 'vibe' true story, anywayy keep update ^^
-chaseul
#3
Chapter 2: ohhh saya baru nak tanya siapakan nama si dia yg mencuri perhatian encik kyungsoo. Ohgoshhh comel la XD