Dua

D I A

 

Hampir-hampir saja pintu pagar rumah yang tertutup hendak dilanggar.  Namun sebagai penunggang basikal amatur yang telah lama bergelumang dengan basikal, dia memberhentikan tayar tepat-tepat pada masanya. Nafas masih berat dan perasaan malu dek peristiwa tadi masih menebal. Pintu pagar dibuka dan dia menuntun basikalnya sehingga memasuki garaj.

Tangannya dikepal-kepal sambil bibir diketap. “Argh, malu! Malu!” luahnya seakan marah pada dirinya sendiri. “Dahla si Kyungsoo pulak tu.”  Kyungsoo, si budak yang suka men-judging orang dengan matanya.

Segera menggeleng, dia melangkah masuk ke dalam rumah. Perutnya mula memulas kelaparan. Beg dilempar ke sofa dan kaki terus dihayun ke meja makan.  Satu pemandangan yang agak aneh baginya datang menyapa. “Kenapa penutup saji tu tinggi sangat?”

Dia memendekkan jaraknya dengan meja.

“Ada apa-“ What? Mukanya terus mencemberut tidak percaya. Dengan kuali-kualinya mak letak bawah ni?! Di dalam kuali tersebut, terisi nasi goreng.

“Hah! Dah balik rupanya.” tegur satu suara yang cukup dikenali gadis itu dari ruang tamu. Dia terus memusingkan badannya.

“Abang! Apa ni?!” Dia menunjuk kepada kuali yang diam tak terkutik di atas meja. Abangnya, Oh Sehun menjongket kening.

“Kenapa?” soal Sehun yang hairan dengan sikap adiknya. “Mak sempat goreng nasi pagi tadi, terus dengan kuali sekali mak letak bawah tu.” Sehun menjawab soalannya sendiri. Adiknya mencemuh.

Like seriously? At least, letaklah dalam mangkuk ke apa ke.” Adiknya berlalu ke dapur untuk mengambil pinggan dan kutleri. Bibirnya menuturkan beberapa perkataan yang tak jelas didengari oleh Sehun.

“Eh, Oh Mehun! Bersyukurlah sikit. Ni pun mujur mak buatkan.” Sehun mendekati meja dan menjenguk isi kuali.

“Bila masa pulak nama aku Oh Mehun! Sedap kau je kan.”

Harap maaf, gaya bahasa antara dua beradik ini memang boleh dikatakan kasar. Atau mungkin tidak. Lagipun Sehun hanya tua setahun daripadanya. Dia menolak Sehun ke tepi yang menghalang dirinya mencedok nasi.

Well, aku Oh Sehun. So, kau mestilah Oh Mehun! Kan senada sebunyinya.”

Gadis itu berpura-pura nak termuntah. “Nama yang mak bagi lagi sedaplah. Kau tak payah nak gatal bagi nama baru pulak.”  Sehun hanya mengerutkan hidungnya; mengejek.

Oh Mehun, apa standard.

 

••

 

Siap aku bersihkan diri dan berganti pakaian, aku kini berada di dapur bersama ibuku yang sibuk membelek buku resepi yang baru dibelinya tadi. “Ibu nak masak resepi baru ke?” tanyaku sambil memegang perut. Maklumlah, belum makan tengahari lagi ni.

“Nak try, tapi macam susahlah pula.” jawab ibu tanpa melihat aku.

Aku mengeluh perlahan. Peti sejuk aku buka dan lebihan makanan semalam aku keluarkan dan letakkannya di atas kaunter dapur.

Baru ibu mengangkat wajahnya kepada aku. “Kamu nak makan yang ni ke?” Aku terus mengiakan. “Biar ibu masak untuk kamu. Pergi tunggu kat ruang tamu. Nanti siap, ibu panggil.” Nak tak nak aku menuruti arahan ibu. Dengan malas, kakiku membawa aku ke ruang tamu.

Menghenyakkan diri ke sofa, aku mula terimbas kembali tentang kejadian tadi. Dalam masa aku sedang menunggu ibu di dalam kereta tu, dia munculkan diri. Keanehan kelakuannya menarik perhatian aku. Saat dia meninggalkan kedai buku itu dengan sengihan, aku pasti sesuatu yang agak memalukan akan berlaku. Dan tekaan aku itu tepat sekali. Membebel pada benda tak bernyawa pula hari ni. Hari itu bercakap dengan kucing bersama Chanyeol yang teruja. Tapi, nasib baiklah motorsikal tu tak hempap badan dia. Sebab hari itu, dia dan Chanyeol kena cakar dengan kucing tu. Kesian.

“Kenapa aku suka sangat fikir pasal dia?” Aku memegang kepala aku dan menggeleng beberapa kali. “Mungkin sebab dia weirdo?” Weirdo ke dia? Aku merehatkan kepala aku ke lengan sofa, memandang kipas berputar di siling. Kelopak mata pula makin lama makin memberat. Aku cuba menahan, namun akhirnya aku terlena juga.

 

••

 

Dia melunjurkan badannya di atas sofa sambil memakai earphones di telinga. Tangannya ligat menskrol skrin telefon untuk memilih lagu yang hampir beratus. Buntu; akhirnya dia hanya menekan butang shuffle dan play. Skrin dikunci dan biarkan lagu itu bermain rawak. Entah lagu apa yang sedang didengari olehnya sekarang.  Fikirannya mula menerawang. Alunan suara mendayu seorang wanita menjadi halwa telinganya.

 

“Eh, mak dah balik tu.” tegur Sehun yang berlalu ke pintu utama. Dia terus meletakkan earphones di sisi dan menyambut ibunya pulang. Beberapa beg plastik berisi barang diambil oleh dua beradik itu daripada tangan ibu mereka.

“Wah, mak beli ayam gorenglah!” ucap gadis itu sebaik ternampak bayangan ayam goreng di sebalik plastik. Dia mula tersengih. Well, ayam dan dia takkan terpisah.

“Hah, pergilah ajak Kai, sepupu kita yang gilakan ayam macam kau tu.” sindir Sehun yang mengikuti ibu ke dapur. Sesaat kemudian, Sehun menghampiri meja makan semula.

“Kau tak payah gatal nak makan ayam tu.” Sempat lagi dia mengugut. Sehun tersenyum sinis, tidak gentar dengan ugutan kecil itu.

“Mak ada belikan ayam goreng tu,” ujar ibu mereka yang keluar dari dapur setelah selesai meletakkan barang dapur. “Sehun ambiklah dua, kamu satu. Mak nak pergi rehat kejap. Kamu makanlah ya.”

Sehun mengangguk dengan angkuhnya. Gadis itu ingin saja menjerit untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya namun apakan daya. Mak! Mana aci macam ni! Mulutnya mencebik. Sehun tak buat kerja pun dalam rumah ni! Duk bermaharajalela je! Kenapa dia dapat lebih! Pandangan tajam dilempar kepada Sehun. Hatinya sudah menangis kegeraman.

“Apa?” soal Sehun berpura-pura tidak mengerti adiknya.

 

••

 

“Kyungsoo..” Aku terasa rambutku diusap lembut. Rasa mengantuk masih berlarutan membuatkan aku kekal dalam posisi. “Bangun Kyungsoo.. Dah malam dah ni.”

Malam? Kelopak mataku mula terbuka dengan perlahan-lahan. Pedih bila cahaya lampu ruang tamu menerpa penglihatan. Aku bangun daripada pembaringan sambil mengosok-gosok mata. Ibu hanya tersenyum kecil kepada aku. Lalu dia memaut bahu dari sisi, “Jom makan malam. Sejak petang tadi lagi kamu tidur.”

 

“Ayah.” sapa aku tatkala aku mengambil tempat aku yang bertentangan dengan ayah. Sebelah aku kosong kerana abang berada di universiti sekarang. Hanya kami bertiga di rumah ini.

“Makanlah.” ajak ayah sambil meletakkan sayur ke dalam mangkuk nasi aku. Kepala aku diangguk perlahan. Makan malam yang agak sunyi seperti biasa.

Tak lama kemudian ayah bersuara.

“Ramai yang dah kena pecat kat tempat ayah bekerja.” Aku dan ibu memerhati ayah yang masih tenang mengambil makanan dengan chopstick-nya. “Mujur ayah tak kena lagi.”

“Kenapa bang? Sebab ekonomi dunia tengah tak stabil ke sekarang?” tanya ibuku yang kedengaran seperti risau. Ayah meletakkan chopstick-nya dan mengangguk kecil. “Mungkin. Tapi entahlah. Saya dengar syarikat nak kurangkan kos perbelanjaan mereka. So ramai perkerja kena buang dan ada yang kena ditukar ke cawangan lain. Ayah takut ayah kena tukar je nanti.” Ayah memandang aku yang hanya menunduk; mengunyah makanan.

“Soo nak habiskan sekolah kat sini, ayah.” ujar aku dengan perlahan tapi ada ketegasannya. Beransur-ansur aku menatap wajah ayah.

Ibu mengangguk perlahan. “Saya harap awak tak dipilih.”

“Janganlah risau. Sayakan antara pekerja cemerlang kat syarikat. Takkan mereka nak buang saya.” Ayah cuba untuk menghilangkan kegusaran ibu dengan satu senyuman.

Tapi ayah, hati manusia boleh berubah bila-bila masa saja.

 

Aku melihat jam yang tersangkut di dinding bilik aku dari hujung katil. 11 p.m. Waktu yang sesuai untuk pelajar seperti aku melelapkan mata, namun aku masih tidak berasa mengantuk. Kerja sekolah sudah aku siapkan. Sekarang aku nak buat apa? Chatting dengan Hoseok? Mesti dia dah tidur ternganga dah sekarang ni.

“Ah, bosannya.” Badan aku direbahkan ke katil. Kaki aku masih terlekap menyentuh lantai. Aku mula memikirkan tentang ayah tadi. Dalam diam, aku berharap ayah aku akan kekal berkerja di syarikat perkapalan tersebut. Kegusaran mula melanda diriku.

Pintu bilik aku diketuk lembut. Aku segera bangkit dan memulas pemegang pintu. Wajah ibu menerpa pandangan.

“Tak boleh tidur ke?” tanyanya kepada aku yang biasanya sudah tidur pada waktu sebegini. Aku mengiakan. Ibu melangkah masuk ke dalam bilik aku dan duduk di hujung katil aku. Tempat di sebelahnya ditepuk-tepuk, isyarat untuk aku.

Aku menuruti dan duduk bersila di tepi ibu. “Bu, kalau ayah kena tukar nanti, macam mana?”

“Kita kena ikutlah, Soo. Takkan kamu nak tinggal kat sini seorang diri?” balas ibu dengan tenang. Lama aku termenung sebelum mengangguk.

 

••

 

“Dah, tepi tepi! Aku nak tengok tv.” Sehun datang menghalang televisyen secara tiba-tiba. Dia yang sedang leka menonton, tersentak dengan kehadiran si pengacau pelat itu.

“Eh, tepilah! Aku nak tengok tv lah!” jeritnya dengan geram. Bantal dilempar ke arah Sehun. Lelaki itu selamba menepis bantal itu dengan gaya taekwandonya.

“Kau dah tengok dari tadi lagi! Sekarang pergi tidur! Esok lewat pulak pergi sekolah!” bantah Sehun dengan alasan yang paling kukuh. Remote tv di atas meja kopi diambil sebelum adiknya sempat merampas.

Dia merengus geram. “Eh, kau bila nak pergi U hah?! Ada pun buat menyemak ajelah!”

“Eleh nanti aku takde, mulalah rindu kat aku.” Cebik Sehun; memimik gaya percakapan adiknya dengan hodoh. Hendak saja gadis itu membaling bantal lagi, telefon Sehun berdering. Segera Sehun menjawab panggilan tersebut.

“Sehun.”

Riak wajahnya berubah tatkala dia mengecam suara itu. Sehun menjauhi adiknya.

Ayah? Gadis itu memerhati saja Sehun yang berdiri jauh dari dirinya. Dia tahu pemanggil tersebut itu adalah ayah mereka. Suara garau itu tidak pernah berubah. Dah lama aku tak berjumpa dengannya.

“Bang, kenapa ayah telefon?” tanyanya dengan berhati-hati melihatkan riak muka Sehun yang tegang. Lain sungguh dengan Sehun yang tadi.

“Takde apa-apalah.” balas Sehun ringkas. “Dah, pergi tidur.” Sehun mematikan televisyen dan beredar dari situ, meninggalkan gadis itu terpinga-pinga.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kaywuu
(D.I.A ) I think I'll re-edit this story.

Comments

You must be logged in to comment
-chaseul
#1
Chapter 3: tolonglaaaaaa jangan jadi apa-apa pulak kat ayah dia and sehun tu btw comel la sibling fight dorang. Sehun, awak dgan saya yaaa Hahaha XD i kennot la
Winterqreen #2
Chapter 2: haha sweetnya watak-2 cerita ni. memang ada 'vibe' true story, anywayy keep update ^^
-chaseul
#3
Chapter 2: ohhh saya baru nak tanya siapakan nama si dia yg mencuri perhatian encik kyungsoo. Ohgoshhh comel la XD