Prolog

D I A

 

Aku anak yang rapat dengan ibuku. Dia seperti rakan karib aku. Lagipun, ibuku mempunyai wajah yang awet muda serta susuk tubuh kurus seperti aku. Keluarga aku sederhana saja. Ibuku adalah seorang suri rumah disebabkan ayah aku yang bekerja sebagai penjawat awam tidak membenarkannya bekerja. Ayah aku tahu dia mampu menyara keluarga seorang diri; itu yang selalu aku dengar. Ayah menjadi role model dalam hidup aku. Tentang adik beradik, aku hanya mempunyai seorang abang.

Setiap pagi, ibu akan menghantar aku ke sekolah dengan kereta. Sekolah itu memang agak jauh daripada rumah aku. Kira-kira 3 km? Maybe, sebab aku tak pernah kira pun. Ibu selalu memeluk aku sebelum aku masuk ke dalam kawasan sekolah. Menasihati aku dan menyuruh aku supaya tekun dalam belajar. Kelakuan kami sentiasa menjadi tumpuan pelajar yang ada di sekitar. Aku perasan mereka curi-curi pandang aku dan ibuku. Mungkin sebab perbuatan ni sweet di mata mereka. Tapi, aku tak nafikan bahawa ibuku adalah seorang caring dan sweet.

Di tempat aku berdiri inilah; aku ingat ibu berlari anak kepada aku sambil berpayung. Hujan lebat masa tu. Akhirnya kami berkongsi payung menuju ke kereta. Ibu erat memeluk aku dari sisi sambil teguh memegang batang payung. Perhatian tertumpu pada kami. All eyes on us except her.

 


 

Aku berjalan ke kelas aku dengan santai seperti biasa. Jam baru menunjukkan pukul 7.00 pagi. Kelas aku berada di hadapan dengan kelas dia, jadi kalau dia datang ke sekolah, mesti aku nampak kelibatnya nanti. Tapi dia suka datang lambat. Dalam pukul 7.30 pagi nanti, baru dia akan lalu di tepi kelas aku.

“Hai Kyungsoo!” tegur Min Ah dengan ceria kepadaku.  Antara top student di dalam kelas aku ni, A1. Aku hanya senyum dan terus duduk di tempat aku yang berhadapan dengan meja guru. 

Ahh bosannya. Aku mengeluarkan buku Additional Math dan mula membuat latihan di dalamnya tanpa mempedulikan rakan sekelas aku yang lain. Aku mengeluarkan cermin mata daripada kotaknya lalu memakainya. Aku hanya berkaca mata bila perlu.

 


 

“Kamu tak pergi sekolah ke hari ni?!” jerit ibu dari luar biliknya. Terus dia terbangun dan memecut ke bilik air sambil membebel. Kesejukan air tak menghalang dia daripada membasahkan badannya.

Selepas 10 minit, dia keluar dan memandang jam dinding. 7.20 am. Perasaan marah dan geram mula menebal. “Ahh, kenapa mak tak kejut awal-awal!” rintihnya sambil mencari uniform sekolahnya di dalam almari. “Aku nak datang awal hari ni!” sambungnya sambil mencebik mencuka.

Keluar saja dari bilik, dia menuju ke bilik ibunya yang sedang bersiap untuk ke tempat kerjanya. “Mak, saya pergi dulu!” ucapnya usai tiba di muka pintu. Ibunya hanya mengangguk dan memberinya pelukan serta sedikit wang saku. Kemudian dia terus ke pintu utama tanpa bersarapan. Lagipun, ibunya jarang membuat sarapan. Malas katanya. Penat.

Sebaik saja melepasi pagar rumahnya, dia terus mengayuh basikalnya dengan laju. Mujur jalan raya masih lengang tanpa kenderaan. Namun sangkaannya meleset sebaik saja menghampiri sekolah. Traffic jam lah pulak! Dia memperlahankan kayuhan dan menggunakan skil berbasikalnya dengan sebaik mungkin untuk melepaskan diri daripada kesesakan jalan raya itu.

 


 

 Selepas 10 minit, aku berhenti daripada menyelesaikan persamaan yang cukup memeningkan kepala aku. Jam tangan aku lihat. 7.25 am. Dan tak lama kemudian, aku ternampak dia dengan childish berjalan melepasi kelas aku, menuju ke kelasnya. 

Senyuman bermain di bibirnya sambil tangan dihayun-hayunkan. Aku hanya memerhatikan saja tingkah lakunya. Sejak dua tahun lepas, kelas aku berjiran dengan kelasnya. Sejak daripada itulah, aku mula perasan akan tingkah lakunya. Bukan untuk menarik perhatian aku tapi.. entahlah. Aku tak tahu.

 

"Weh Kyungsoo!" Seseorang tiba-tiba memanggilku dari belakang. Aku berpaling dan ternampak Park Jimin termengah-mengah menghampiri. Dia terbongkok sambil menahan tapak tangannya di lutut. "Weh, cikgu panggil kau suruh tanda kehadiran kelas kita kat pejabat!" ujarnya, masih semput.

"Sekarang ke?" tanyaku dengan tenang. Jimin hanya mengganguk. Aku terus bangun dan memerhati isi kelas aku sambil mengira pelajar yang hadir pada hari ini. Biasanya, kelas aku penuh kehadirannya. "Okay, semua hadir."

Aku segera beredar dari tempatku dan keluar daripada kelas. Belum sempat aku berjalan, nama aku dipanggil lagi. Aku berpaling ke belakang dan orang yang memanggil aku itu rupanya Hoseok, ketua kelas A2 merangkap rakan baik aku. 

"Kau nak pergi pejabat jugak eh?!" laungnya dari dalam kelasnya. Aku datang menghampiri muka pintu dengan sengihan. Hoseok sedang ligat menulis sesuatu di atas cebisan kertas. "Aku pun nak bagi nama budak tak hadir dekat cikgu aku. Dia duk tunggu dekat sana dah."  

Aku mengangguk dan hanya menebar pandangan aku ke dalam kelas A2 yang sememangnya terkenal di kalangan guru. As the most noisiest class in the building. Gelak ketawa isi kelas ni boleh dengar sampai ke kelas aku sampaikan cikgu yang tengah mengajar pun boleh keluar dan marah mereka. Dahsyat.

Biasalah, Park Chanyeol si yoda tu memang suka ketawa dan buat lawak bodoh dengan kawan-kawannya. Sempat aku curi-curi melihat gadis itu yang berada di tempat duduknya. Dia hanya leka berbual-bual dengan rakan perempuannya. Tak lama kemudian, Hoseok menghampiriku dan kami mula berjalan beriringan menuju pejabat.

"Kenapa cikgu kau tak datang saja ke kelas?" tanya aku sambil menuruni tangga. Hoseok hanya mencebik kecil. 

"Kau tahulah cikgu aku tu. Malas nak jalan jauh-jauh." Hampir saja Hoseok membalikkan matanya. Namun kerana masih hormatkan cikgu itu, dia hanya menggeleng. "Tapi biasalah, aku kan ketua." Dia menepuk bahunya dengan bangga. Aku hanya tersengih. 

Hoseok ni nampak saja cool, tapi kalau bab gelak dan lawak, dialah kepala. No wonder kelas A2 macam tu. Jauh berbeza dengan kelas aku. Mungkin sebab tu, dia menarik perhatian aku. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kaywuu
(D.I.A ) I think I'll re-edit this story.

Comments

You must be logged in to comment
-chaseul
#1
Chapter 3: tolonglaaaaaa jangan jadi apa-apa pulak kat ayah dia and sehun tu btw comel la sibling fight dorang. Sehun, awak dgan saya yaaa Hahaha XD i kennot la
Winterqreen #2
Chapter 2: haha sweetnya watak-2 cerita ni. memang ada 'vibe' true story, anywayy keep update ^^
-chaseul
#3
Chapter 2: ohhh saya baru nak tanya siapakan nama si dia yg mencuri perhatian encik kyungsoo. Ohgoshhh comel la XD