KEEMPAT

Hikayat Agung Running Man : SAVE THE WATERMELONS!!!

Hulubalang Jaesuk memandang di luar jendela biliknya. Sedang dia leka melihat keindahan matahari terbenam, tiba-tiba hulubalang Jongkook datang menerjahnya.

“Jaesuk hyung! Cepatlah bersiap! Nanti lambat pulak!”

“Bersiap? Pergi mana?” tanya Jaesuk kehairanan. Dia tak tahu pulak ada event hari ni.

“La... pergi ke Kerajaan Sayur Masin lah. Kan kita nak tangkap Raja KYM tu.”

“Eh? Bukannya kita nak pergi esok ke? Kenapa tukar hari ini? Dah lah hari nak malam. Bahaya tau.” Kata Jaesuk dengan riak wajah risau. Dia ni memang takut keluar malam-malam.

“Ratu Nicki Minaj kata, lebih baik kita pergi waktu malam. Kerana pada waktu ini lebih senang kita nak tangkap raja tu. Tak payahlah kita nak susah-susah berlawan dengan pelindung-pelindung raja nanti.” Ujar Jongkook. Jaesuk mengeluh kerana dia tak dapat nak lawan cakap si Jongkook.

“OK lah. Aku bersiap sekarang.”

 

 

“Baiklah semua. Malam ini kita berkumpul adalah untuk menangkap Raja KYM dari Kerajaan Sayur Masin atas kesalahan mensabotaj Kerajaan Watermelon. Saya telahpun mendapat waran tangkap daripada Pasukan Polis Seluruh Kerajaan.” Kata Jaesuk sambil menunjukkan waran tangkap tersebut.

“Woah! Bila masa pulak hyung pergi jumpa Pasukan Polis Seluruh Kerajaan tu?” tanya Gary, berasa teruja melihat waran tangkap tersebut. Sejak dia lahir tak pernah dia tengok benda tersebut.

“Inspektor Amira yang pergi jumpa, bersama-sama dengan bahan bukti. Sebab tulah kita dapat waran tangkap ni. Dengan waran ni, kita boleh tangkap raja tu dengan senang. Dia dah tak boleh nak berdolak-dalih lagi.”

“Inspektor tak ikut kita ke?” tanya Jihyo yang sedang membetulkan rambutnya.

“Tak. Tapi dia hantar pegawai dia. Namanya Detektif Athirah.”

“Oh... kalau macam tu, jom kita pergi sekarang!” ujar Gary dengan gembiranya. Akhirnya suspek bakal ditangkap sekarang.

 

 

“Entah kenapa hari ini beta rasa tidak sedap hati sahaja. Macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku.” Kata Raja KYM kepada isterinya, Permaisuri Krystal (huhu...).

“Janganlah kakanda berasa begitu. Tak baik untuk kesihatan. Lebih baik kakanda tidur sahaja.” Ujar Permaisuri Krystal dengan lemah lembut. Raja KYM mengangguk.

 

 

Di kediaman EXO pula, seorang kesatria ini pula yang tak dapat tidur. Asyik bermundar-mandir macam Pak Pandir di dalam biliknya. Chanyeol sebagai BFFEEEE nya, melontarkan bantal busuk miliknya ke arah Baekhyun. Dia tahu Baekhyun memang tak suka dengan bantal tersebut.

“What the.....YAH!! Suka hati kau nak tikam bantal busuk kau dekat aku! Eiiiii!!!”

“Dah tu, kau asyik bermundar-mandir dari tadi. Pening kepala aku tengok. Kau ada masalah ke?”

Baekhyun terdiam. Dia kemudiannya duduk atas katilnya sambil bermain dengan jari-jemarinya.

“Aku risaulah pasal eyeliner aku tu. Aku takut eyeliner tu tercicir masa kita buat kerja hari tu.” Chanyeol lalu memandang Baekhyun dengan serius, membuatkan Baekhyun berasa terkejut.

“Kau apahal tengok aku macam tu?”

“Kau bawa eyeliner?? Kalau betullah tercicir, habislah kita!!! ADUHHH!!!! SUHO HYUNG!!!!!!!!!!!” Chanyeol lalu menjerit dengan kuat, menggegarkan seluruh kediaman mereka. Apabila terdengar namanya dipanggil (ataupun dijerit), Suho sebagai ketua yang berkaliber (lah sangat) bergegas ke bilik ChanBaek itu.

“Ada apa ni? Jerit-jerit nama saya? Ada emergency ke? Baekhyun bocor lagi?” tanya Suho, tercungap-cungap setelah berlari sejauh 500 meter. Kediaman mereka besor gilerr.

“Kita dalam bahaya...”

 

 

 

 

 

 

very short update today...... huhuhu...

lepas PT3, otak tiba-tiba jadi malas. 

 

by the way, kenal group SEVENTEEN tak? hihihi...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ANDWAAE #1
Chapter 5: Haha.. Akhirnya, tamat la sudah hikayat agung ni. Mmg laka-laka! Boleh pula ada wartawan dari Astro Awani datang rakam perlawanan epic tu~ Hehe.. Terbaik dik! Semoga Berjaya utk PT3! ^^
TeeyaNeox
#2
Chapter 5: Aq bru jumpe ff ni... wooo best x berhenti gelak... aq pon bdk pt3 hehe... tpi authornim yg lg best ialah ade name aq dlm ff ni... terkejut i hehe... apepon daebak
BloodyMist3550 #3
Chapter 1: Aq pon bdk pt3 dan x lme lgi pt3 :3
tpi msih sibuk bce aff lgi xD
aiyani
#4
Chapter 3: Lol, macam2 kerenah lah dorang ni~ XD
Btw, saya pun budak PT3 jugak. Good luck, chingu! ^^
happygurlz #5
Chapter 1: Best!Cepat update tau...
rp_pcy
#6
Chapter 2: <3 best wo update soon
Beep_beep_me #7
I love this... ♡♡♡
SongHaBin #8
Chapter 2: Baekhyun nangis sambil melantak kopok lekor,DAEBAK!!XD
ANDWAAE #9
Keke~ Lawak gila cite ni! Sampai mengalir air mata aku baca! Mmg mengarut tahap DAEBAK!! Kipidap, k? ^^
SongHaBin #10
Chapter 1: Raja Running + Permaisuri Walking.. Hahaha.. Daebaknya couple ni,ntah2 anak diorang sorang nama Prince Jumping then sorang lg Princess Crawling.. Adoi la