KETIGA

Hikayat Agung Running Man : SAVE THE WATERMELONS!!!

“Entah kenapa firasat aku cakap yang Raja Kim Young Min ada kaitan dengan kes ni.” Kata Jongkook ketika mereka sedang berehat dalam kamar mereka. Yang lain lalu memandang Jongkook. Kalau firasat Jongkook berkata sedemikian, maka kes ini mungkin ada kaitan dengan Raja KYM itu. Atau lebih teruk lagi baginda terlibat dalam kes ini.

“Tapi, kalau Raja KYM terlibat, takkanlah bukti-bukti yang kita jumpa tu dia punya?”tanya Sukjin kehairanan.

“Mungkin dia terlibat, tapi dia tidak buat. Dia hanya mengarahkan orang-orangnya membuat kerja itu. Jadi, bukti yang kita jumpa tu milik orang-orang suruhan dia. Takkanlah seorang raja sanggup berbuat kerja itu sendiri. Mestilah dia suruh orang kan...” kata Jihyo.

“Apa kata kita berehat dulu. Kita sambung penyiasatan kita keesokkan harinya.” Cadang Jaesuk. Mereka lalu beredar ke bilik mereka masing-masing.

 

 

Waktu malam telahpun tiba, menggelapkan seluruh kawasan. Hanya sinaran bulan purnama yang menemani malam yang sepi. Ketika yang lain sedang nyenyak dibuai mimpi, hulubalang Jaesuk tiba-tiba bermimpi.

 

Jaesuk tiba-tiba berada di sebuah kebun tembikai dengan hanya memakai baju tidurnya. Tiba-tiba dia ternampak sekumpulan lelaki sedang membuat sesuatu terhadap buah-buah tembikai tersebut.

“Cepatlah! Kalau orang nampak, masak kita! Tuang semua racun tu. Cepat habis, cepatlah kita balik.”

“Yelah... kita orang tengah tuang lah ni. Ini kebun yang last kan?”

“Oi Xiumin hyung! Jangan asyik makan tembikai je. Tolonglah kami buat kerja ni.”

“Aku laparlah...”

“Nanti kita pulang, hyung boleh makan puas-puas. Sekarang ni kita kena buat kerja ni dengan cepat. Jangan ada orang yang nampak. Kalau tak, Raja KYM akan murka dengan kita.”

“OK. Dah selesai. Jom kita balik sekarang.”

Sekumpulan lelaki itu lalu beredar dengan kereta keldai mereka. Huhu... Jaesuk yang sedang bersembunyi dalam semak dari tadi lalu keluar dari tempat persembunyiannya. Dia melihat buah-buah tembikai itu perlahan-lahan menjadi hancur macam terkena asid. Tanah di kebun itu juga mengalami keadaan  yang sama. Dia kemudiannya terpijak sesuatu dan mengambilnya.

“Eyeliner??!”

 

Jaesuk lalu tersedar dari tidurnya. Hari sudahpun siang. Dia lalu bergegas mandi dan berjumpa dengan hulubalang yang lain.

 

 

“APA??!!”

“Ya, betul. Aku terjumpa eyeliner yang sama kita jumpa hari tu. Aku rasa mimpi aku ni bukan main-main. Ini mimpi betul ni!!” kata Jaesuk sambil melompat-lompat macam katak baru keluar dari tempurung.

“Habis, siapa budak bernama Xiumin yang kau cakap tadi?”

Mereka lalu terdiam seketika. Tiba-tiba, muncul sebiji mentol terang di atas kepala Jongkook.

“Ha! Aku tahu!! Kita cari dalam internet lah. Hahahaha...”

“Aku fikir apalah tadi..” keluh si Sukjin.

Jongkook kemudiannya melayari internet dengan menggunakan Wi-Fi percuma istana Kerajaan Watermelon. Kat sana tak ada line 4G LTE, tak macam Kerajaan Running. Dia kemudian menaip nama ‘Xiumin’ dalam Google Search dan menekan butang ‘enter’.

“Xiumin atau nama sebenarnya Kim Min Seok merupakan salah seorang kesatria Kerajaan SM yang digelar ‘Kesatria Meja Segi Empat 12 Bersaudara atau lebih dikenali sebagai Kesatria EXO. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki yang rupawan, menawan dan sawan. Mereka sangat setia akan raja mereka.” Jongkook membaca artikel-artikel tentang kumpulan kesatria tersebut dalam Wikipedia. Dia kemudiannya scroll down untuk melihat gambar mereka.

“Eh? Inilah wajah-wajah yang aku nampak dalam mimpi aku tu!”jerit Jaesuk sebaik sahaja dia melihat gambar Kesatria EXO.

“Jadi, memang betullah Raja KYM terlibat! Mari kita beritahu kepada ratu dan tangkap raja keparat itu!” kata Haha dengan yakin sekali.

“Hey... jangan bertindak terburu-buru. Kita kumpul kesemua bukti yang ada. Kalau berdasarkan mimpi Jaesuk oppa saja tak cukup. Nanti orang tak percaya pula.” Ujar Jihyo.

“Baiklah. Apa kata kita pergi berjumpa dengan Inspektor Amira? Mungkin dia ada menjumpai bukti-bukti baharu.”

“Yes sir!”

 

 

“Hmm..... kalau macam tu, memang nak kena si raja keparat tu! Sampai hati dia nak musnahkan kebun-kebun tembikai kami! Hey! Cerminlah diri tu sikit! Kalau hensem, bergaya, stylish, ada six pack, nak lah aku kahwin dengan dia! Ini tak, muka lebih darurat daripada pengemis!!! Dah lah tua bangka! Bini pun sampai 10 orang! Hish! Tak sanggup aku jadi bini ke-11 dia!”

Para hulubalang Running Man dan Inspektor Amira hanya berdiam diri mendengar amukan Puteri/Peguam Chris. Kalau dia buka je mulut, boleh kalah hulubalang Jongkook.  Beberapa minit kemudian, baru dia berhenti. Itu pun kerana dah sesak nafas. Hahahahahah....

Tanpa membuang masa yang telah dibuang dalam tong sampah, Inspektor Amira lalu menunjukkan bukti yang baru ditemui.

“Ini ialah sapu tangan yang kamu semua jumpa hari tu. Pakar forensik kami telah menjumpai ini.” Inspektor Amira kemudian menunjukkan...........benang emas?

“Eh? Ini benang emas kan? Macam mana boleh ada dekat sapu tangan tu? Hari tu tak ada pun kami tengok benang emas dekat sapu tangan tadi...” tanya Kwangsoo kehairanan sambil menggaru kepalanya yang berkutu. (*peace*)

“Kami menjumpai benang emas ini di dalam sapu tangan tersebut. Dan benang emas ini dijahit dengan cara yang unik, iaitu dengan cara.........................................................................................................................................................................menggunakan tangan.” Terang salah seorang pakar forensik yang bernama Abby. Rakan sekerja dan juga BFF nya, Michelle mengangguk.

“La... Guna tangan je.. apa yang uniknya... semua orang boleh buat.” Kata Gary. Rakyat dalam kerajaan ni memang tak betul ke...

“Bagi kami, ia merupakan cara unik kerana kami tak pernah menjahit menggunakan tangan. Kami selalu menjahit menggunakan kaki.” Kata Michelle pula. Jongkook yang sedang meminum air tersembur airnya.

“Ahem... Jadi, apa maksudnya? Benang emas tu ada kaitan ke dengan kes ni?”

“MEMANGLAH ADA KAITAN!!! Kalau tak kenapa kami nak tunjuk!” ujar Abby sambil menghentakkan tangannya atas meja.

“So?”

“So.........benang emas ini dijahit atas nama seseorang. Ia tertulis ‘KMS’.”

“KMS? KIM MIN SEOK!!!!” jerit Haha dengan lantang sekali.

“Huhuhuhuhu.... Nampaknya, kebenaran sudah pun terungkai. Mari kita serbu Kerajaan Sayur Masin dan tangkap Raja KYM serta konco-konconya!!!”

 

 

 

“HAAACHUUUMMM!!!”

“Tuanku, tuanku tak apa-apa ke? Tuanku selesema ke?” tanya Bendahara Choi Si Won kepada Raja KYM.

“Beta tak apa-apa. Beta cuma rasa tidak sedap hati. Macam ada sesuatu yang buruk berlaku terhadap beta nanti.” Kata Raja KYM sambil mengelap hingusnya yang meleleh menggunakan sebatang mop. Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu.

“Wahai Bendahara Sawan, sila panggil kesatria-kesatria beta sekarang. Ada perkara penting yang beta ingin bincangkan dengan mereka.” Titah Raja KYM.

“Junjung perintah, tuanku.” Nama aku Siwon lah, bangang. Dasar raja tak guna. Siwon mengutuknya dalam hati.

 

 

 

“Ada apa tuanku panggil kami kesatria 12 bersaudara tak ada dara ini datang ke sini?” tanya Suho dengan penuh sopan santun dan tatatertib serta tatasusila. Kesatria yang lain memandangnya dengan pandangan ‘oi ingat kita orang ni perempuan ke tak ada dara. Mungkin kau tu yang dah hilang dara.’

“Beta ingin mendapatkan kepastian daripada tuan hamba sekalian. Betulkah tugas rahsia yang kalian telah selesaikan itu tidak ada sebarang masalah? Adakah kalian tidak meninggalkan apa-apa bukti di tempat kejadian?”

“Rasanya tak ada, tuanku. Kami buat kerja dengan penuh efisien dan lancar sekali. Tidak ada cacat celanya. Semuanya perfect!” kata Luhan dengan yakinnya. Baekhyun pada masa itu sudah mula berpeluh. Dia tiba-tiba teringatkan eyelinernya yang telah hilang hari itu. Jangan-jangan tercicir kat sana! Aduh! Macam mana ni??!

“Baguslah kalau begitu. Kalian boleh beredar sekarang. Beta ingin buat facial treatment dulu.”

Dengan itu, kesatria EXO lalu beredar dari balairung seri. Baekhyun pula masih dalam perasaan paniknya tentang eyeliner dia. Macam mana kalau orang lain jumpanya? Matilah aku!!!

 

 

 

 

 

 

macam boring je chapter ni. hahahah... by the way, enjoy~~~

nantikan update seterusnya, kemungkinan bukan minggu ini atau minggu hadapan. PT3 semakin hampir woo...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ANDWAAE #1
Chapter 5: Haha.. Akhirnya, tamat la sudah hikayat agung ni. Mmg laka-laka! Boleh pula ada wartawan dari Astro Awani datang rakam perlawanan epic tu~ Hehe.. Terbaik dik! Semoga Berjaya utk PT3! ^^
TeeyaNeox
#2
Chapter 5: Aq bru jumpe ff ni... wooo best x berhenti gelak... aq pon bdk pt3 hehe... tpi authornim yg lg best ialah ade name aq dlm ff ni... terkejut i hehe... apepon daebak
BloodyMist3550 #3
Chapter 1: Aq pon bdk pt3 dan x lme lgi pt3 :3
tpi msih sibuk bce aff lgi xD
aiyani
#4
Chapter 3: Lol, macam2 kerenah lah dorang ni~ XD
Btw, saya pun budak PT3 jugak. Good luck, chingu! ^^
happygurlz #5
Chapter 1: Best!Cepat update tau...
rp_pcy
#6
Chapter 2: <3 best wo update soon
Beep_beep_me #7
I love this... ♡♡♡
SongHaBin #8
Chapter 2: Baekhyun nangis sambil melantak kopok lekor,DAEBAK!!XD
ANDWAAE #9
Keke~ Lawak gila cite ni! Sampai mengalir air mata aku baca! Mmg mengarut tahap DAEBAK!! Kipidap, k? ^^
SongHaBin #10
Chapter 1: Raja Running + Permaisuri Walking.. Hahaha.. Daebaknya couple ni,ntah2 anak diorang sorang nama Prince Jumping then sorang lg Princess Crawling.. Adoi la