KEDUA

Hikayat Agung Running Man : SAVE THE WATERMELONS!!!

Setibanya mereka di kebun-kebun tembikai, hulubalang-hulubalang Running Man lalu segera mencari bukti-bukti yang berkemungkinan dapat membantu dalam penyiasatan. Sedang mereka sibuk memerhati, mencari, membelek, menggali, mencangkul dan sebagainya, hulubalang Jihyo terjumpa sesuatu.

“Weh, korang!!! Aku terjumpa sesuatulah!” jerit Jihyo dengan lantang membuatkan hulubalang yang lain berlari ke arahnya.

“Apa yang kau jumpa?” tanya hulubalang Sukjin, tercungap-cungap. Baru sekejap berlari dah letih.

“Ni.” Jihyo menunjukkan......................................sebatang eyeliner? Dengan perasaan yang hairan, Kwangsoo lalu mengambil eyeliner tersebut.

“Ini eyeliner Maybeline. Berwarna merah dan waterproof.”

“Jom kita tanya pemilik kebun ni siapa yang punya eyeliner.” Cadang Haha. Mereka lalu berjumpa dengan pemilik kebun itu yang bernama Brendon.

“Eh? Mana ada saya pakai ini eyeliner. Sejak saya lahir saya tidak pernah pakai ini benda la. Saya tak tahu macam mana ini benda ada di kebun saya.” Jawab Brendon setelah ditanya oleh para hulubalang sebentar tadi.

“Encik ada saudara perempuan ke yang pakai eyeliner ini?” tanya Jaesuk untuk mendapatkan kepastian.

“Haiya... kamu tadi sudah tengok sendiri. Saya mana ada saudara perempuan. Saya ni hidup sorang-sorang la. Masih single and available. Belum sold out lagi.”kata Brendon dengan panjang lebar. Sempat jugak nak promote diri sendiri.

“Mungkin eyeliner ni milik orang yang bertanggungjawab memusnahkan kebun ini. Dia mungkin tidak sengaja tercicirkan eyeliner dia sewaktu membuat kerjanya.” Kata hulubalang Jongkook. Yang lain mengangguk tanda bersetuju dengan pernyataan Jongkook, kerana Jongkook selalu betul. Boleh kalah Detective Conan.

“Kalau begitu kita ambil eyeliner ini sebagai bahan bukti. Lepas tu serahkan kepada pihak forensik untuk dilakukan pemeriksaan.” Ujar Inspektor Amira pula.

“Baiklah. Kita siasat pula di kebun yang lain.”

 

 

 

“AAAHHH!!!!”

Jeritan seorang lelaki yang tak berapa manly telah menggegarkan seluruh kediaman mereka di Kerajaan SM. Ya, sekarang kita telah pergi ke Kerajaan SM atau nama panjangnya Kerajaan Sayur Masin. Kerajaan itu terletak tidak berapa jauh dari Kerajaan Watermelon. Berbalik kepada situasi tadi, lelaki itu sedang bermundar-mandir di ruang tamu rumahnya. Melihatkan keadaan itu, seorang lelaki yang merupakan kawannya datang menyapanya.

“Oi Baekhyun. Kau apahal? Mundar-mandir dari tadi.” Lelaki yang bernama Baekhyun itu lalu memandang kawannya.

“Chanyeol, eyeliner aku hilang!!!!!!” Baekhyun lalu menghentakkan kepalanya atas meja kaca sehingga retak meja tersebut. Nasib baik belum pecah.

“La... pasal tu pun kau resah gelisah macam ni? Bukannya kau ada banyak eyeliner ke tersimpan bawah katil kau tu...” kata Chanyeol lalu duduk di atas sofa sambil menyilangkan kakinya. Like a boss... hahahah... OK, tak lawak..

“Memanglah aku ada banyak eyeliner. Tapi eyeliner yang hilang tu limited edition punya! Eyeliner Maybeline warna merah dan waterproof! Aku beli kat Kerajaan Hollywood. Jauh tu!” Baekhyun lalu menangis teresak-esak sehingga mukanya menjadi comot akibat eyeliner warna pink yang dipakainya. Chanyeol menjadi terkejut melihat perubahan wajah Baekhyun. Macam Ju-on pun ada.

Tiba-tiba......

“Minah mana pulak yang menangis tu?” kata seorang lelaki yang baru keluar dari biliknya. Kemudian, datang lagi beberapa orang lelaki dan akhirnya semua penghuni rumah itu berkumpul di ruang tamu.

“Oi Chen! Suka hati kau je panggil aku minah! Aku ni jantan, bukan betina. Dasar unta tak guna!” marah Baekhyun dengan suara yang tidak berapa jantan. Huhuhu...

“Apa kecoh-kecoh ni?” tanya Suho, ketua mereka. Oh, lupa nak bagi tahu. Mereka ni merupakan sekumpulan kesatria diraja Kerajaan SM yang digelar ‘Kesatria Meja Segi Empat 12 Bersaudara’. Kesatria yang lain ialah Xiumin, Luhan, Kris, Lay,  D.O, Tao, Kai dan Sehun.

“Ni, eyeliner Maybeline limited edition nya hilang. Sebab tu dah kena histeria ni.” Ujar Chanyeol sambil makan keropok lekor yang digoreng D.O tadi. Yang lain turut join Chanyeol dalam sesi makan keropok lekor termasuklah Baekhyun yang tengah meratapi kehilangan eyelinernya.

“Sedapnya eyeliner, eh salah, keropok lekor ni” ujar Baekhyun sambil menangis. Disebabkan terlalu sedih atas kehilangan eyelinernya, keropok lekor pun dianggap eyeliner. Kesian.... sadisnya kehidupan manusia bernama Baekhyun ni. Oleh kerana kesian melihat si Baekhyun, Suho lalu berkata, “Nanti aku belikan eyeliner baru untuk kau kat Kerajaan Hollywood. Jangan sedih sangat. Kesatria macam kita ni tak layak nak menitiskan air mata untuk benda remeh ni.”

“Eleh, dia sendiri yang menangis tengok cerita hantu hari tu. Kesian Lay hyung, dia yang menjadi mangsa pelukan maut Suho hyung.” Kata Sehun, menepuk lembut belakang Lay yang sedang teringatkan peristiwa hitam itu. Suho lalu terdiam dan yang lain ketawa terbahak-bahak sehingga habis tersembut keropok lekor dalam mulut mereka. Kediaman kesatria EXO memang tak pernah nak diam.

 

 

 

Keesokkan harinya.........

Setelah menyiasat semua kebun-kebun tembikai, hulubalang Running Man telah menemui 3 bukti, iaitu eyeliner, sapu tangan dan gelang tangan.

“Aku rasa, dalang di sebalik kejadian ini PEREMPUAN!” ujar Kwangsoo tiba-tiba, mengejutkan yang lain yang tengah menikmati makan tengah hari.

“La... kalau kau nak cakap sesuatu tak payahlah nak jerit-jerit. Hampir tercekik aku.” Marah Gary.

“Macam mana kau tahu suspek itu perempuan?” tanya Jihyo pula.

“Tengok bukti-bukti yang kita dapat ni. Semuanya barang perempuan. Mestilah suspeknya perempuan!” kata Kwangsoo dengan yakinnya. Jaesuk lalu mengangguk. “Mungkin betul apa yang dikatakan Kwangsoo tadi. Dan kemungkinan besar jugak suspek itu musuh kepada baginda Ratu Nicki Minaj.”

“Apa kata kita datang menghadap Ratu Nicki untuk tanya hal ini.” Cadang Jongkook. Mereka kemudiannya sambung makan untuk mengisi perut yang kosong.

 

 

“Hmm... Beta rasa beta tidak ada musuh perempuan. Tetapi, musuh lelaki adalah.” Kata Ratu Nicki Minaj setelah ditanya soalan oleh hulubalang Running Man.

“Boleh kami tahu siapa musuh tuanku?”

“Raja Kim Young Min. pemerintah Kerajaan Sayur Masin.”

Kesemua hulubalang memandang sesama sendiri. Tiba-tiba, Haha menjerit, membuatkan semua orang dalam balairung seri terkejut.

“HA!! Aku tahu! Tuanku dengan Raja Sayur Masin tu mula bermusuh setelah tuanku tolak pinangan dia kan?” Ratu Nicki Minaj mengangguk.

“Pinangan? Raja Kim Young Min meminang tuanku?” tanya Sukjin kehairanan.

“2 bulan yang lepas, rombongan meminang Raja Kim Young Min datang ke istana beta. Baginda berkata baginda berhasrat untuk berkahwin dengan puteri beta. Tetapi puteri beta menolak, sebab itu beta menolak pinangan baginda.” Ujar Ratu Nicki Minaj. Hulubalang Running Man bertambah hairan. Ratu Nicki Minaj ada anak? Untuk mendapatkan kepastian, hulubalang Jongkook bertanya, “Tuanku ada anak rupanya. Kenapa kami tak pernah berjumpa pun?”

“Eh... kan dah jumpa hari tu...”

“Siapa?”

“Peguam Chris.”

Hulubalang Running Man terdiam. Peguam terlebih riang yang mereka jumpa itu anak kepad Ratu Nicki? Sedang mereka terdiam, Jongkook tiba-tiba berkata.

“Saya rasa kes ini ada kaitan dengan Raja Kim Young Min. Mungkin dia sengaja memusnahkan kebun watermelon untuk membalas dendam terhadap tuanku yang telah menolak pinangan dia untuk berkahwin dengan Puteri Chris.”

“Tak sangka baginda sanggup berbuat demikian...” ujar Ratu Nicki Minaj dengan sedihnya.

“Tetapi, kita jangan melakukan tindakan terlebih dahulu. Takut-takut nanti, kita tersalah tangkap orang. Baik kita siasat dengan lebih mendalam dan terperinci lagi.” Kata Jaesuk, lalu mereka meminta izin untuk beredar.

 

 

 

 

 

apa yang akan terjadi seterusnya nanti? subscribe dan nantikan update daripada saya..... huhuhu...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ANDWAAE #1
Chapter 5: Haha.. Akhirnya, tamat la sudah hikayat agung ni. Mmg laka-laka! Boleh pula ada wartawan dari Astro Awani datang rakam perlawanan epic tu~ Hehe.. Terbaik dik! Semoga Berjaya utk PT3! ^^
TeeyaNeox
#2
Chapter 5: Aq bru jumpe ff ni... wooo best x berhenti gelak... aq pon bdk pt3 hehe... tpi authornim yg lg best ialah ade name aq dlm ff ni... terkejut i hehe... apepon daebak
BloodyMist3550 #3
Chapter 1: Aq pon bdk pt3 dan x lme lgi pt3 :3
tpi msih sibuk bce aff lgi xD
aiyani
#4
Chapter 3: Lol, macam2 kerenah lah dorang ni~ XD
Btw, saya pun budak PT3 jugak. Good luck, chingu! ^^
happygurlz #5
Chapter 1: Best!Cepat update tau...
rp_pcy
#6
Chapter 2: <3 best wo update soon
Beep_beep_me #7
I love this... ♡♡♡
SongHaBin #8
Chapter 2: Baekhyun nangis sambil melantak kopok lekor,DAEBAK!!XD
ANDWAAE #9
Keke~ Lawak gila cite ni! Sampai mengalir air mata aku baca! Mmg mengarut tahap DAEBAK!! Kipidap, k? ^^
SongHaBin #10
Chapter 1: Raja Running + Permaisuri Walking.. Hahaha.. Daebaknya couple ni,ntah2 anak diorang sorang nama Prince Jumping then sorang lg Princess Crawling.. Adoi la