PERTAMA

Hikayat Agung Running Man : SAVE THE WATERMELONS!!!

Di sebuah kerajaan agung yang dipanggil Kerajaan Running, yang diperintah oleh Raja Running dan Permaisuri Walking, tinggal 7 orang hulubalang yang gagah perkasa. Mereka digelar Running Man. Running Man diketuai oleh Yoo Jae Suk, seorang hulubalang yang pakar mengendalikan pistol air. Dia dibantu oleh Kim Jong Kook, seorang hulubalang yang terkuat tetapi boleh menjadi lemah apabila berhadapan dengan wanita. Hulubalang-hulubalang yang lain termasuklah Ji Suk Jin; hulubalang yang paling lemah tetapi bijak menangani sesuatu situasi, Kang Gary; hulubalang hip hop yang tengah angau dengan seseorang, Haha; hulubalang yang bersikap kebudak-budakan, Song Ji Hyo; satu-satunya hulubalang wanita, tetapi jangan pandang rendah terhadapnya kerana dia seorang wanita yang sangat kuat, dan Lee Kwang Soo; seorang hulubalang yang sangat tinggi macam zirafah dan dia selalu mendapat nasib malang.

 

Alkisah pada suatu ketika, satu rombongan dari Kerajaan Watermelon datang menghadap Raja Running dan Permaisuri Walking. setelah mendengar berita tersebut, baginda Raja dan Permaisuri pun berangkat ke balairung seri bagi menerima kedatangan rombongan tersebut. Rombongan tersebut disertai oleh pemerintah Kerajaan Watermelon, iaitu Ratu Nicki Minaj bersama-sama dengan perdana menteri serta timbalannya dan beberapa orang pengawal kerajaan tersebut. Raja Running dan Permaisuri Walking menerima ketibaan mereka dengan sukacitanya.

Setelah Raja Running duduk di singgahsananya, baginda lalu bertitah, "Wahai tuanku Ratu Nicki Minaj, apakah tujuan tuanku untuk datang ke mari?"

Ratu Nicki Minaj dengan ayunya cuba untuk duduk bersimpuh, namun tidak dapat kerana punggungnya terlalu besar. Jadi baginda hanya duduk bersila sahaja. "Tuanku Raja Running, tujuan beta datang ke sini kerana beta ingin meminta tolong daripada tuanku Raja dan Permaisuri. Kesemua kebun watermelon di kerajaan beta telah hancur musnah. Jadi, beta ingin meminta tolong tuanku untuk meyiasat siapakah dalang kejadian itu."

Belum sempat Raja Running berkata-kata, Perdana Menteri Kerajaan Watermelon, iaitu Perdana Menteri Farah pun mencelah, "Maafkan patik kerana mencelah. Dengar kata, kerajaan tuanku ada sekumpulan hulubalang yang gagah perkasa. Mungkin tuanku boleh menyuruh mereka untuk menolong kami menangani masalah ini."

Mendengarkan kata-kata PM tersebut, Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Watermelon, iaitu Shayne bersetuju. "Betul tu! Lagipun, kerajaan tuanku sering mengimport watermelon dari kerajaan kami. Kalau masalah ini berlarutan, maka bekalan watermelon kami akan berkurangan dan harganya pasti akan meningkat. Ditambah pula dengan cukai GST, tuanku pasti tidak akan mampu untuk membelinya lagi."

Raja Running berfikir sejenak setelah mendengar cadangan daripada PM dan TPM Kerajaan Watermelon tadi. Baginda lalu bertitah, "Baiklah, tapi sebelum itu, beta harus berunding dengan hulubalang-hulubalang beta. Apa kata rombongan tuanku bermalam di sini seketika. Perjalanan antara kerajaan beta dengan kerajaan tuanku sangat jauh. Sudah pasti tuanku berasa penat."

Ratu Nicki Minaj bersetuju dengan cadangan Raja Running. "Baiklah, kami akan bermalam di sini."

 

 

"Oi! Jangan lari!!!" jerit hulubalang Gary yang sedang mengejar seorang pencuri yang telah mencuri telur ayam milik pakciknya. Dia lalu melontarkan tali macam gaya seorang koboi untuk menangkap pencuri tersebut. Akhirnya, pencuri itu berjaya diberkas. Ketika dia sedang membawa pencuri itu ke balai polis, telefonnya yang berjenama iPhone berdering.

"Oi, Gary, kau kat mana ni? Ini aku, Jaesuk."

"Oh, Jaesuk hyung. Saya tengah tangkap pencuri yang curi telur ayam pakcik saya."

"Kau kena balik sekarang. Raja Running minta kita menghadap baginda di istana."

"OK lah. Aku balik sekarang."

Setelah itu, Gary segera membawa pencuri itu ke balai polis dan menyerahkannya kepada pihak polis. Dia pun menunggang skuternya lalu terus memecut laju ke arah kediaman Running Man.

 

 

"Hish! Mana perginya Gary ni? Lambat betul!!" bebel si hulubalang Jongkook. Dia ni memang pantang tengok orang lambat sikit. Hulubalang Jaesuk yang berada di sebelahnya berasa rimas mendengar bebelan Jongkook.

"Bising betul kau ni! Kau jangan asyik nak marah je. Sakit telinga aku dengar kau membebel dari tadi. Kau ni lebih teruk daripada mak mertua aku." marah si Jaesuk. Jaesuk ni memang petah berbicara. Sehingga pernah memenangi Pertandingan Pidato Nonsense Peringkat Alam Semesta. Sedang mereka leka bergaduh, Gary pun tiba dengan gaya hip hopnya.

"Ayo wassup~~ sorry lambat datang." kata Gary sambil tersengih macam kerang busuk yang tak pernah wangi. Dia sempat lagi mengenyitkan matanya ke arah hulubalang Jihyo. Jihyo seperti biasa tidak menghiraukannya.

"Baguslah kau dah datang. Jom kita ke istana. Nanti marah pula tuanku kalau kita lambat." kata Jaesuk sambil mengelap cermin matanya.

"Kalau kita lambat pun, kita cakaplah yang Gary yang bersalah. Apa susah..." ujar hulubalang Haha dengan selamba. Gary memandang tajam ke arahnya. Suka hati dia je nak jual nama orang. Dia lalu menarik kasar rambut Haha. Dua orang budak itu lalu bergaduh sehingga bergolek-golek macam ayam golek di atas lantai. Tanpa menghiraukan pergaduhan kebudak-budakan itu, Jaesuk dan yang lain lalu pergi meninggalkan mereka.

"Oi! TUNGGU!!!"

 

 

 

 

"Baguslah kalau semua dah datang. Hari ini, beta ingin memberitahu sesuatu. Rombongan dari Kerajaan Watermelon datang menghadap beta kelmarin. Mereka meminta tolong daripada kita untuk menyiasat siapakah orang yang memusnahkan kesemua kebun tembikai di negara mereka. Kalau kamu semua bersetuju, kamu akan mengikuti mereka pergi ke Kerajaan Watermelon keesokkan harinya untuk menolong mereka menyiasat perkara tersebut." titah Raja Running membuatkan hulubalang-hulubalang tersebut terkejut. Jaesuk dengan muka belalangnya lalu bertanya kepada Raja Running.

"Bukan ke Kerajaan Watermelon ada pasukan penyiasat mereka sendiri? Kenapa nak minta tolong kita? Bukannya kami tak nak tolong, cuma berasa hairan je."

"Ya, betul kata kamu tu. Tetapi pasukan penyiasat mereka sekarang tengah berada di Kerajaan Hollywood untuk menyiasat tentang kehilangan penyanyi terkenal kerajaan itu, iaitu Bruno Mars. Kerajaan Hollywood terletak beribu kilometer jauhnya dari Kerajaan Watermelon. Sudah pasti mereka tidak pulang dengan pantas." ujar Raja Running.

Para hulubalang hanya mengangguk. Hulubalang Jongkook mula bersuara, "Jaesuk hyung, kita terima jelah tawaran ni. Lagipun, kita bukannya ada buat apa-apa sejak kebelakangan ni."

"Kalau kita pergi, siapa nak melindungi tuanku raja dan permaisuri nanti?" soal Gary pula. Hulubalang Jihyo pun menjawab, "Tak pe, skuad pengawal diraja Kim Woo Bin kan ada. Mereka boleh tolong lindungi tuanku."

"Eleh, nak harapkan budak Woobin tu... Harap badan je tinggi, pegang pedang pun macam perempuan. Baik duduk kat rumah, potong bawang. Sekurang-kurangnya, dapat memasak untuk keluarga." kata hulubalang Kwangsoo sambil mencebik bibirnya. Dia ni dari dulu lagi memang jeles kat Woobin sebab Woobin lagi hensem darinya. Hulubalang Sukjin yang mendengarnya terus mengetuk kepala zirafah itu. "Kau tu apa kurangnya? Badan tinggi, nasib malang pun tinggi. Selalu menyusahkan orang. Sekurang-kurangnya Woobin lagi kacak dari kau, lagi bernasib baik dari kau."

"Sudah sudah! Korang ni tak tahu malu ke bergaduh depan tuanku?!!" marah Jaesuk lalu tersenyum setelah dia mengalihkan pandangannya kepada Raja Running. "Ampunkan kami tuanku, kerana bersikap sedemikian di hadapan tuanku."

"Tidak mengapa... Jadi adakah tuan hamba sekalian terima tawaran tersebut?"

Hulubalang Jaesuk lalu mengangguk, "Baiklah, kami bersetuju."

 

 

Keesokkan harinya, para hulubalang Running Man berangkat ke Kerajaan Watermelon dengan menaiki bas ekspres Watermelon yang dibawa khas oleh Ratu Nicki Minaj. Setelah beberapa jam perjalanan, mereka akhirnya tiba di kerajaan tersebut.

"Uii... Macam ni rupanya Kerajaan Watermelon. Moden juga. Aku ingatkan tempat ni penuh dengan tembikai je." kata Kwangsoo, terpinga-pinga seperti zirafah masuk kampung apabila melihat keadaan di kerajaan tersebut. Jaesuk hanya menggelengkan kepalanya melihat kebodohan si zirafah. Mentang-mentang nama kerajaan ini Kerajaan Watermelon, dia fikir tempat ni semuanya watermelon. Apalah yang mak dia makan semasa mengandungkan Kwangsoo dulu sehingga menjadi sebodoh ini.

"Wahai hulubalang-hulubalang sekalian, kalau tuan hamba tidak keberatan, tuan hamba bolehlah menginap di istana nanti." titah Ratu Nicki Minaj kepada hulubalang Running Man. Jaesuk sebagai ketua hulubalang lalu menjawab dengan penuh sopan santun macam sutun. Huhuhu...

"Tidak payahlah tuanku nak bersusah payah. Biar kami hulubalang bersaudara ini menginap di hotel ataupun sewa rumah..........." belum sempat Jaesuk menghabiskan ayatnya, Jongkook lalu mencelah.

"Oi! Kau gila ke apa? Elok-elok tuanku Ratu membenarkan kita menginap di istana baginda. Yang kau sibuk-sibuk nak cari hotel apahal? Membazir duit je." sememangnya bebelan Jongkook boleh mengalahkan sos cili Maggie. Yang lain mengiyakan pernyataan Jongkook kerana tiada siapa yang mampu melawan bebelan si harimau tadi. Disebabkan majoriti mengundi untuk menginap di istana, Jaesuk terpaksa mengalah.

 

Setelah mereka mengemas barang, para hulubalang Running Man lalu pergi ke balairung seri untuk menghadap Ratu Nicki Minaj.

"Ampun tuanku, beribu-ribu ampun dan maaf dipinta. Sembah patik sekalian harap diampun." sembah para hulubalang tersebut dengan serentak. Mereka sudah beberapa kali berlatih membuat sembah dan banyak kali gagal. Nasib baiklah kali ini berjaya.

"Sila duduk wahai hulubalang sekalian. Hari ini beta ingin memberitahu apakah misi tuan hamba sekalian." titah Ratu Nicki Minaj lalu menghulurkan kad misi kepada hulubalang Jaesuk.

"Sila pergi ke tempat-tempat kejadian untuk mencari bukti." Jaesuk membaca misi yang tertulis dalam tulisan Jawi pada kad misi tersebut. Dia kemudiannya bertanya kepada ratu, "Tetapi tuanku, di manakah tempat-tempat tersebut?"

"Pegawai polis beta akan memberitahunya." Tidak lama kemudian, datang seorang perempuan memakai uniform polis yang lengkap. Dia kemudian menabik hormat Ratu Nicki Minaj dan mengalihkan pandangannya kepada hulubalang Running Man.

"Nama saya Inspektor Amira. Saya merupakan Ketua Polis Kerajaan Watermelon." katanya dengan muka yang strict. Hulubalang Running Man lalu menunduk 90 darjah, kelihatan sedikit takut melihat wajah strict polis itu.

"Ala... Tak payahlah nak takut sangat dengan dia ni. Eksyen je lebih." kata seorang perempuan yang tiba-tiba muncul di belakang Inspektor Amira. Entah dari mana dia datang tak tahulah.

"Hai! Nama saya Chris. Saya ialah lawyer diraja yang suka loya buruk." kata Peguam Chris, memperkenalkan dirinya. Dia kemudian sambung lagi, "Saya dan Inspektor Amira adalah BFF!!" Dia lalu membuat tanda 'peace' sambil tersenyum ceria. Inspektor Amira pula masih lagi dengan muka strictnya.

"Tak nampak macam BFF pun." bisik hulubalang Haha kepada Gary. Gary hanya mengangguk.

"Cukuplah sesi meperkenalkan diri itu. Lebih baik kamu semua menjalankan misi tadi."

"Junjung perintah, tuanku!"

 

 

 

 

 

 

saya sambungkan first part dgn second part. hope you all like it~~

kan saya dah cakap ada watak yang anda tidak akan duga dalam cerita ni. huhuhu....

please subscribe and comment.. saya suka baca komen anda. walaupun saya jarang membalasnya. hahah

(pesanan ikhlas daripada Inspektor Amira~~)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ANDWAAE #1
Chapter 5: Haha.. Akhirnya, tamat la sudah hikayat agung ni. Mmg laka-laka! Boleh pula ada wartawan dari Astro Awani datang rakam perlawanan epic tu~ Hehe.. Terbaik dik! Semoga Berjaya utk PT3! ^^
TeeyaNeox
#2
Chapter 5: Aq bru jumpe ff ni... wooo best x berhenti gelak... aq pon bdk pt3 hehe... tpi authornim yg lg best ialah ade name aq dlm ff ni... terkejut i hehe... apepon daebak
BloodyMist3550 #3
Chapter 1: Aq pon bdk pt3 dan x lme lgi pt3 :3
tpi msih sibuk bce aff lgi xD
aiyani
#4
Chapter 3: Lol, macam2 kerenah lah dorang ni~ XD
Btw, saya pun budak PT3 jugak. Good luck, chingu! ^^
happygurlz #5
Chapter 1: Best!Cepat update tau...
rp_pcy
#6
Chapter 2: <3 best wo update soon
Beep_beep_me #7
I love this... ♡♡♡
SongHaBin #8
Chapter 2: Baekhyun nangis sambil melantak kopok lekor,DAEBAK!!XD
ANDWAAE #9
Keke~ Lawak gila cite ni! Sampai mengalir air mata aku baca! Mmg mengarut tahap DAEBAK!! Kipidap, k? ^^
SongHaBin #10
Chapter 1: Raja Running + Permaisuri Walking.. Hahaha.. Daebaknya couple ni,ntah2 anak diorang sorang nama Prince Jumping then sorang lg Princess Crawling.. Adoi la