bab 2

"Cheer Up, Jeon Jungkook!"

“Jungkook! Jeon Jungkook!” suara seorang gadis memanggil Jungkook di luar rumah. Tak lama kemudian, puan Jeon keluar dari rumah dan menghampiri gadis itu.

 

“Kamu bukan apa depan rumah mak cik ni, Jay. Tak malu ke malam-malam terjerit-jerit depan rumah orang?” bidas puan Jeon sambil menggeleng. Gadis bernama Jay itu hanya tersengih sumbing. Dihulurkan bekas tupperware yang mengandungi kimbab gulung kepada puan Jeon.

 

“Emak bagi kimbab ni. Katanya sedekah..” ujar Jay. Matanya melilau ke tingkap bilik Jungkook yang tertutup rapat namun cahaya lampu menerangi bilik itu. “Jungkook ada, mak cik?” tanya Jay tanpa rasa segan.

 

Dia membukakan pintu pagar untuk Jay. “Kamu pergilah masuk bilik dia. Dia tak makan malam lagi tu,” kata puan Jeon sedikit sedih. Jae menjongketkan keningnya.

 

“Datang bulan ke mak cik si Jungkook tu? Sampai skip-skip makan malam?” puan Jeon menyeringai. Mahu saja dia hempuk kepala anak jiran sebelah dia ni.

 

“Masuk jelah. Kamu buatlah apa je asalkan dia keluar makan. Tak pun,kamu ajaklah dia pergi mana-mana.” Kata puan Jeon. Jay memeluk erat tubuh puan Jeon sebelum berlari masuk ke dalam rumah Jungkook.

 

“Jeon Jungkookie~” Jay memasuki rumah Jungkook dengan senang hati. Figura Haneul yang sedang menonton televisyen dia pandang.

 

“Haneul, abang dalam bilik ea?” soal Jay dalam bahasa isyarat sambil menunjuk-nunjuk pintu bilik Jungkook. Haneul mengangguk. Jay cuba memulas pintu Jungkook.

 

Yes! Tak berkunci!

 

Jay masuk ke dalam bilik Jungkook dengan berhati-hati. Dia menarik nafas lega saat melihat Jungkook yang sedang lena tidur di atas tilam. Jay berjalan ke tepi tilam. Dia sempat menutup pintu bilik sebelum melabuhkan punggungnya di sisi Jungkook.

 

“Kenapalah kau ni comel sangat? Tak macam gangster langsung bila tengok kau tidur,” ujar Jay di dalam hati. wajah Jungkook tak ubah seperti bayi apabila dia sedang tidur. Sangat tenang.

 

“Jungkook, bangunlah.. Jungkook.” Jay menggoyang-goyangkan tubuh Jungkook agar lelaki itu tersedar. Jungkook mengeliat kecil.

 

“Jangan kacau abanglah, Haneul. Abang ngantuk ni..” kata Jungkook dalam keadaan mamai. Jungkook sempat mengusap kepala Jay sebelum kembali tidur. Tersentak Jay dibuatnya.

 

Ngigau ke apa mamat ni? fikir Jay di dalam hati. Tiba-tiba telefon Jungkook berdering. Sekaligus mengejutkan Jungkook dari tidur.

 

“Bisingn- wei! Aku kau buat kat bilik aku ni?” soal Jungkook sedikit terperanjat. Segera dia menutup tubuhnya dengan selimut. “Kau cuba nak rogol aku ke? Ibu!!” Jay menutup mulut Jungkook dengan tangan.

 

“Rogol abah kau! Kau fikir aku apa?”

 

“Yang kau ceroboh masuk bilik lelaki apahal pulak?” soal Jungkook sambil mendengus kasar. “Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa muka ni juga yang selalu masuk bilik aku,” dia merungut kecil. Jay mencebik.

 

“Telefon kau berbunyi tadi,” kata Jay lalu menghulurkan telefon bimbit Jungkook kepada tuannya. Segera Jungkook menyambutnya.

 

Setelah Jungkook melihat siapa yang menelefonnya tadi, muka Jungkook berubah serta merta. Macam mana aku boleh terlupa, jerit Jungkook di dalam hati. Langkahnya bergegas ke muka pintu.

 

“Kau nak pergi mana? Ibu kau suruh kau makan malam,” soal Jay yang pelik melihat Jungkook tiba-tiba gelabah semacam.

 

“Aish! Ikut aku!” Jungkook terus menarik tangan Jay dan keluar dari rumah. Mereka terserempak dengan Puan Jeon di luar rumah.

 

“Eh! Nak pergi mana tu?” ujar Puan Jeon.

 

“Jalan-jalan. Pergi dulu, ibu!” Kata Jungkook tanpa memandang ibunya dan segera keluar dari halaman rumah. Dia masih erat memegang tangan Jay walaupun dia terpaksa. “Kau nak bawa aku pergi mana ni?” tanya Jay lagi semasa perjalanan.

 

Jungkook hanya mendiamkan diri. Macam mana dia boleh terlupa yang dia harus berjumpa dengan geng budak sekolah sebelah malam ni. Tidak mungkin dia mahu memberitahu Jay yang dia mahu bergaduh.

 

“Kau nak jumpa dengan geng sekolah sebelah kita ek? Kau cakap betul-betul dengan aku.” Jay meneka dengan tepat sekali. “Aku kenal kau, Jungkook. Baik kau jangan jum-

 

Belum sempat Jay mahu berbicara, Jungkook terlebih dahulu memegang bahu Jar, agar Jay menghadapnya. “Tolonglah balik.. aku tak nak kau sakit sebab aku. Sebanyak mana kau sukakan aku, aku tak boleh balas. Jadi, tinggalkan aku.” Ujar Jungkook membuatkan Jay tersentak. Adakah ini satu tolakan?

 

“Aku tak ada masa depan. Aku tak nak kau susah hidup dengan orang yang tak ada masa depan macam aku. Tolong, Jiyu..” kata Jungkook lagi. Dia terus melepaskan bahu Jay dan pergi.

 

Jay kaku di situ. Kata-kata Jungkook meresap ke telinganya. Seolah dia terlalu mengharap dengan cintanya pada Jungkook.

 

“Jungkook bodoh! Siapa juga yang suka kau yang tak ada masa depan.” Kata Jay sambil mengelap air mata yang tiba-tiba keluar dari kelopak matanya.

 

Ada kalanya dia terfikir, dia atau Jungkook yang bodoh.

 


 

Jungkook berjalan lemah setelah dia meninggalkan Jay di belakang. Walaupun sejuta kali dia menafikan perasaan ini, namun jawapannya dia tetap sama.

 

Jungkook cintakan Yoo Jiyu..bukan Jay.

 

Aku tak nak Jiyu yang sekarang. Aku nak Jiyu yang dulu, Jiyu yang sering memberi semangat kepadanya sebagai seorang kawan baik... bukan kekasih.

 

“Aku takut Jiyu. Aku masih perlukan kan kau yang dulu untuk meneruskan impian aku. Aku takut kalau aku terima kau sekarang, kau jadi susah. Aku tak nak kau disakiti,” gumam Jungkook di dalam hati.

 

Jungkook masih teringat akan kata-kata ibunya tempoh hari,

 

‘Cari impian kau.. Sebab itu je yang boleh ubah masa depan kau. Jadi anak yang baik’

 

Kerana kata-kata itu, Jungkook nekad untuk berubah menjadi insan yang baik. Dia mahu membanggakan ibu dan Haneul dengan kerjayanya nanti. Jungkook teringat dengan ucapan Jay yang dia pintas kerana sifat egonya

 

‘Aku kenal kau, Jungkook. Baik kau jangan jum-

 

“Arh!” Jungkook menjerit sekuat hati. Kemudian dia berpatah semula jalan, dimana dia meninggalkan Jay seorang diri. Dia sudah tidak sanggup melihat gadis itu menangis diam-diam kerananya.

 

Di hujung jalan, Jungkook tersenyum kecil. Jay masih lagi di situ sambil mendengar lagu bertemankan anjing cihuahua milik pengawal keselamatan berdekatan. Langkahnya dipercepatkan.

 

“Yoo Jiyu!” panggil Jungkook dari jauh. Jay yang menyedari panggilan itu terus menoleh ke belakang. Dia mempamerkan wajah terkejut dan menyampah pada masa yang sama.

 

“Kau nak apa dekat sini? Dah habis gaduh dan sakitkan hati aku?” soalnya dalam intonasi marah. Jungkook tahu yang Jay masih marah dengannya. Dia sudah biasa.

 

“Aku dah cuci tanganlah. Tak kan kau lupa?” kata Jungkook mengingatkan Jay. Namun Jay sekadar membuat muka. Malas mahu melayan. “So, apa alasan kau nak datang sini. Pergilah balik.”

 

“Halau nampak,”

 

“Tak adalah. Mengusir je,”

 

Jungkook mengangkat anjing itu ke bahu, “Jom pergi kedai pak cik Lee. Aku belanja kau makan ramen,” kata Jungkook lembut. Jay terdiam.

 

Jungkook memandang Jay sambil tersenyum kecil, “Tak yah lah buat muka minta kaki depan aku. Kau pun tak makan lagi kan sebenarnya,” Jay hanya diam. “Aku tahu,” tanpa diminta, Jungkook menarik tangan Jay agar Jay berjalan di sebelahnya.

 

Sejujurnya Jay rasa berdebar ketika Jungkook tersenyum kepadanya. Walaupun ini bukan kali pertama, tetapi Jay tetap rasa berdebar.

 

“Kau kata kau tak suka aku, tapi kenapa kau sentiasa bagi aku harapan..agar aku sentiasa sukakan kau,” Jay mengeluh perlahan.

 

“Aku dengar kau ponteng sekolah semalam. Apahal?” soal Jungkook sekaligus memecahkan suasana malam. Tak sangka, Yoo Jiyu, pelajar cemerlang di Jungwon High School ponteng sekolah. Itu perkara tergempar.

 

Jay memasukkan tangannya ke dalam poket seluar, “Perlu ke aku bagitau kau?” kata Jay dingin. “Selama ni aku ponteng sekolah jugak. Tapi kenapa baru sekarang kau tanya aku.” Katanya lagi.

 

“Kau nak ke berkawan dengan budak paling teruk dekat sekolah? Tak malu?” balas Jungkook. Ya. Pelajar paling teruk adalah Jeon Jungkook. Dia harus bersyukur yang pengetua tidak terfikir mahu membuangnya dari sekolah itu.

 

 

“Tapi kau pun budak pandai apa. Cuma malas nak buktikan,”

 

“Well, aku tak suka menunjuk. Tak macam kau,” sindir Jungkook. Muka Jay berubah.

 

“Jadi kau nak kata aku suka menunjuk kebolehan aku lah? Kurang ajar kau!” Jay memukul badan Jungkook menyebabkan Jungkook menjerit kesakitan. Sebenarnya tak sakit pun. Saja nak main-main Jay.

 

“Aku tak cakap! Kau yang cakap!” kata Jungkook menafikan perkara itu. Jay tak peduli, dia memang geram dengan Jungkook yang asyik menyindirnya.

 

Mereka terdiam apabila sekumpulan lelaki berada di hadapan mereka. Jungkook kenal mereka. Geng budak sekolah sebelah!

 

“Pengecut mana yang petang tadi kata nak jumpa aku? Sekarang berdating pula,”

 

 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VampireLuxury
Double update^^

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 1: Alolo kesiannya Jungkook T^T that crying poster face broke my heart.. Btw, awak guna font apa ek? Cantiklah font tu xD
lyly_ameera #2
Chapter 3: ampunkan patik wahai tuanku kris, patik bersalah kerana telah memanggil tuanku banga*g dlm ep lepas. bukan niat patik mahu memaki, perkataan itu cuma terlepas dri mulut patik secara tk sengaja. T_T sekali lgi patik mohon ampunkan lah patik... huhuhu... ok, sketsa permohonan maaf sye dn kris tamat di sini. waduhh.... suka pulak sye tengok jungkook, jiyu dgn geng exo ni. nmpk ikatan friendship diorang. daebak. ;)
tyhah_nad #3
Chapter 3: Lol kesian sehun XD jungkook nak jd penyanyi? Woww
misz_dina #4
Chapter 3: Apela agak2nyA impian sebenar Jungkook?nk jd penyanyi ke...wow,kookie ku yg termanja dh jd ganaxzz..daebaklah! Btw,jgn lupa update for the next chap...hwaiting!!
SWOL_JI88 #5
Chapter 3: Yeyeye >.< Lawak la... xD Kris jahat?? Lahaiii...
xD
SWOL_JI88 #6
Chapter 2: Kyaaa.... bestnyaa!!! ::>_<:: sesuai dgn jiwa sye!!>< Jungkook jdi gengster... ̄ω ̄ omo~~
hahah..XD
SWOL_JI88 #7
Chapter 1: Huhu.. bestlahh..>_<
lyly_ameera #8
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni memang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
lyly_ameera #9
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni mrmang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
tyhah_nad #10
Chapter 2: Omgg...ape jd le ni ..adoi