bab 5

"Cheer Up, Jeon Jungkook!"

“Jeon Jungkook, guru displin nak jumpa kau dekat bilik guru,” kata Yugyeom kepada Jungkook yang sedang menulis sesuatu di buku tulisnya.

 

Jungkook terus menutup buku itu dan memasukkan ke dalam bawah meja. Dia terus keluar dari kelas dengan lagak yang selamba. Yugyeom yang dari tadi memerhatikan Jungkook terus menggelengkan kepalanya.

 

“Budak sekolah ni, kalau masuk bilik displin, semua takut. Dia ni berlengang je jalan..” ujar Yugyeon perlahan. Dia duduk di tempatnya, bersebelahan dengan Jungkook. Baru dia mahu mengeluarkan buku latihan matematik, dia ternampak buku tulis yang terkeluar sedikit di bawah meja Jungkook. hatinya tergerak mahu mengambilnya.

 

Segera Yugyeom menggeleng. “Tak baik ceroboh privasi orang.” Dia mengingati dirinya agar tidak melakukan perkara yang tidak elok. Tetapi..

 

Dia mahu, tapi dia takut. Jungkook seorang gangster sekolah yang agak digeruni. Namun sejak akhir-akhir ini, dia selalu berseorangan. Sehun selaku kawan baiknya juga selalu menghilang selepas tamat persekolahan. Firasatnya mengatakan yang mereka berdua sebenarnya baik.

 

Mahu, tak mahu, mahu, tidak mahu, mahu, tak mahu.

 

Tanpa diperasan oleh sesiapa, Yugyeom mengambil buku itu dan menyembunyikannya di bawah meja. Dengan perasaan yang tidak sabar, dia menyelak halaman pertama.

 

“Ini...” dia mati kata.

 

***

 

Tok, tok! Jungkook mengetuk pintu bilik pengetua. Dia sebenarnya agak takut dan ragu-ragu kerana pengetua tiba-tiba memanggilnya sedangkan beberapa bulan ini, dia tidak buat apa-apa kesalahan yang berat.

 

“Janganlah pasal kerja tu. Aku bunuh cikgu Rai karang.”

 

“Masuk.” Jungkook membuka pintu lalu menutupnya dengan muka tenang. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi.

 

“Ada apa papa panggil saya?” tanya Jungkook dengan pengetua yang mukanya sedikit berkerut. Pada kali pertama dia masuk ke dalam bilik displin, dia sudah menggelarkan pengetua itu papa. Ini kerana pengetua sangat ‘mengambil berat’ terhadapnya. Pengetua sekadar mengiakannya.

 

“Kamu tau tak kenapa saya panggil kamu?” kata pengetua Jeon dibalas dengan menggelengan. Jungkook benar-benar tidak tahu kenapa dia dipanggil sekarang ini. “Cikgu Rai, dia...”

 

Tiba-tiba Jungkook menelan air liur. Kenapa nama cikgu Rai disebut dalam hal ni. Tolonglah... ya tuhan.

 

“Kenapa dengan cikgu tu?”

 

“Dia...”

 

“Apa?”

 

“Dia kata, adakan tuisyen percuma untuk kamu dan Yoo Jiyu sampai ujian akhir. Kamu berdua kan pelajar tahun akhir tahun ni.”

 

“Apa? Tuisyen percuma? Cikgu Rai?” pengetua Jeon mengangguk perlahan. Mukanya berubah sedikit gembira. Jungkook? dia...

 

“Tapi kenapa mesti ada budak Yoo Jiyu tu? Tak ada orang lain ke?”

 

“Manalah cikgu tau, Jungkook oi...” masalah betul budak Jay tu. Kalau ada apa-apa je, mesti dia muncul. Dari planet mana ntah dia terbang.

 

“Keluarlah kamu. Saya nak sambung buat kertas ni.” ujar pengetua itu sambil matanya kaku memandang laptop di hadapannya. Jungkook bangun dan menunduk sedikit.

 

“Bye papa. Jangan sampai kantoi yang papa tengah tengok .. bye papa sayangku.” Jungkook terus keluar dari bilik itu. Tersentak pengetua itu dibuatnya.

 

“Macam mana dia tahu?”

 

***

 

Jungkook berjalan dengan separuh lega. Separuh lagi dia rasa nak sepak je si Jay tu. Menyemak tak sudah. Alele Jungkook~ Kau sebenarnya suka kan?

 

“Mestilah aku suka.” Gumam Jungkook di dalam hati. Dia tersengih seorang diri. Seronok dapat berbicara dengan diri sendiri.

 

Langkah yang tadi mahu ke tandas terbatal kerana ada seseorang menolak bahunya sehingga dia terjatuh. Tersungkur dia di hadapan bilik guru itu.

 

“Damn.. setan pulak yang langgar aku ni. Sabar, Kook..” Jungkook memandang figura lelaki yang berdiri di hadapannya. Dia sempat menjeling kearah Jungkook sebelum pergi dari situ. Jungkook rasa panas.

 

“Jahanam! Bukan nak tolong aku!” kata Jungkook dengan geram. Dia bangun sendiri. “Siap kau!” Jungkook tersengih sinis. Dia sempat melihat tag nama lelaki itu.

 

‘Kim Jongin..’  

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
VampireLuxury
Double update^^

Comments

You must be logged in to comment
young_girl
#1
Chapter 1: Alolo kesiannya Jungkook T^T that crying poster face broke my heart.. Btw, awak guna font apa ek? Cantiklah font tu xD
lyly_ameera #2
Chapter 3: ampunkan patik wahai tuanku kris, patik bersalah kerana telah memanggil tuanku banga*g dlm ep lepas. bukan niat patik mahu memaki, perkataan itu cuma terlepas dri mulut patik secara tk sengaja. T_T sekali lgi patik mohon ampunkan lah patik... huhuhu... ok, sketsa permohonan maaf sye dn kris tamat di sini. waduhh.... suka pulak sye tengok jungkook, jiyu dgn geng exo ni. nmpk ikatan friendship diorang. daebak. ;)
tyhah_nad #3
Chapter 3: Lol kesian sehun XD jungkook nak jd penyanyi? Woww
misz_dina #4
Chapter 3: Apela agak2nyA impian sebenar Jungkook?nk jd penyanyi ke...wow,kookie ku yg termanja dh jd ganaxzz..daebaklah! Btw,jgn lupa update for the next chap...hwaiting!!
SWOL_JI88 #5
Chapter 3: Yeyeye >.< Lawak la... xD Kris jahat?? Lahaiii...
xD
SWOL_JI88 #6
Chapter 2: Kyaaa.... bestnyaa!!! ::>_<:: sesuai dgn jiwa sye!!>< Jungkook jdi gengster... ̄ω ̄ omo~~
hahah..XD
SWOL_JI88 #7
Chapter 1: Huhu.. bestlahh..>_<
lyly_ameera #8
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni memang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
lyly_ameera #9
Chapter 2: hishhh sape budak2 banganggg tu?! sebok je... bru nk tengok sweet scene. hehe... hai authornim! sye bru je subscribe cite ni. sye dh tk thu nk ckp ape lgi, cite ni mrmang best, jalan cerita tersusun dan babak yg logik dn sesuai dgn genre cerita. Thumbs up!!!
tyhah_nad #10
Chapter 2: Omgg...ape jd le ni ..adoi